Kerja Kerajaan & 4 Tapisan Kemasukan Yang Getir!

Kali ini atok nak kongsikan cara memohon kerja kerajaan atau orang kampung atok sebut sebagai government sector. Baca betul-betul perkongsian ni, kerana cara memasuki kerja kerajaan tidak sama dengan cara memohon kerja swasta. Jom selami pahit maung memohon kerja kerajaan & 4 tapisan kemasukan yang getir perlu korang hadapi!

Kerja Kerajaan & 4 Tapisan Kemasukan Yang Getir!

Korang jangan ingat mohon kerja kerajaan ni boleh walk-in begitu jer. Datang-datang, terus nak minta kerja. Memang kena baling dengan fail la jawabnya. Korang kalau nak walk-in interview, atok da terangkan 4 tips penting sebelum hadir temuduga terbuka sektor swasta. Bacalah, insyaAllah ada manfaatnya.

Bagi yang nak cepat, korang boleh baca terus topik yang nak diketahui dengan menggunakan pautan dalam isi kandungan di bawah.

Kerja Kerajaan dan SPA

Kerajaan Malaysia melalui SPA telah dipertanggungjawabkan dalam pengambilan staf sektor awam.

Apakah maksud SPA? SPA ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yakni sebuah agensi kerajaan yang berperanan dalam menjalankan proses tapisan, panggilan, temuduga dan lantikan bakal penjawat awam persekutuan di Malaysia.

Bagaimana SPA melaksanakan tugas yang mereka pikul ini?

Mohon kerja kerajaan melalui portal SPA
Portal rasmi SPA

Pernah dengar MyRecruitment? Ia adalah kaedah pengambilan secara profiling. Tujuan MyRecruitment ialah untuk mengesan calon yang mempunyai profil sesuai dari sudut personaliti, minat, sikap, kecerdasan dan juga kemahiran untuk suatu jawatan.

Kesesuaian keperibadian dengan tugas hakiki adalah penting bagi menjamin kepuasan dalam menjalankan amanah yang dipikul kelak. Serta mengekalkan motivasi kerja di samping membolehkan ketekalan produktiviti yang mapan.

Tapisan #1 – Saringan Awal

Pelaksanaan MyRecruitment dimulakan dengan stage yang pertama iaitu calon-calon berminat dikehendaki mendaftarkan diri dalam sistem yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa (e-SMSM). Korang tak pernah dengar kan? Iya. Betul. Sistem e-SMSM adalah bentuk awal sebelum ia dikenali kini sebagai Borang SPA8i.

Borang online SPA8i
Borang SPA8i

Jadi langkah awal korang adalah membuat permohonan SPA melalui pendaftaran di dalam sistem SPA8i terlebih dahulu. Borang SPA8i telah dijenamakan semula sebagai Portal SPA9. Bagi yang belum membuat permohonan SPA, sila daftarkan diri segera di laman pendaftaran SPA9.

Ini adalah saringan pertama. Maklumat-maklumat pemohon akan disimpan di dalam pengkalan data Portal SPA9. Kemudian, ditapis terlebih dahulu dengan meneliti sama ada seseorang calon itu memenuhi syarat skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon.

Tapisan #2 – Peperiksaan Online SPA

Setelah calon didapati layak dan memenuhi keperluan minima skim perkhidmatan, peringkat seterusnya ialah fasa peperiksaan. Sebelum ini, peperiksaan dijalankan secara bertulis dan berpusat. Jadi korang kena tahu dimana tempat untuk menduduki exam bertulis tersebut.

Tapi kini, dasar kerajaan telah diubahsuai seiring dengan kepesatan perkembangan teknologi. Peperiksaan bertulis telah diganti dengan peperiksaan secara online. Calon sudah tidak perlu kemana-mana, boleh duduk kedai mamak sambil jawab exam online beramai-ramai bhai..

Antara peperiksaan online SPA yang sudah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sepanjang tahun 2019 ialah :

  1. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
  2. Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor)
  3. Pembantu Anti Dadah S19
  4. Pembantu Laut A19
  5. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
  7. Pembantu Operasi N11
  8. Penolong Pegawai Pendaftaran KP29
  9. Pegawai Bomba Gred KB19
  10. Pemeriksa Kilang dan Jentera J41
  11. Penolong Pegawai Siasatan P29
  12. Pembantu Kemahiran H19
  13. Penolong Jurutera JA29
  14. Pembantu Awam Gred H11
  15. Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
  16. Pembantu Pendaftaran KP19
  17. Pembantu Penguasa Kastam WK19
  18. Penghantar Notis N11
  19. Atendan Hospital U11
  20. Juruteknik Komputer FT19
  21. Pembantu Juruaudit W19
  22. Pegawai Imigresen KP19
  23. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  24. Penolong Pegawai Perangkaan E29
  25. Perangkawan E41
  26. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
  27. Penolong Pegawai Tanah NT29
  28. Pembantu Penerangan S19

Ini pula antara peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2020 setakat ini :

  1. Pegawai Kawalan Trafik Udara A41
  2. Pembantu Perikanan G19
  3. Pegawai Undang-Undang L41
  4. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19
  5. Pembantu Syariah LS19
  6. Pegawai Teknologi Maklumat F41
  7. Penolong Pegawai Penerangan S29
  8. Pegawai Penguatkuasa KP41
  9. Pegawai Khidmat Pelanggan N19
  10. Pegawai Sains C41
  11. Penolong Pegawai Sains C29
  12. Pegawai Arkib S41
  13. Pembantu Pemuliharaan S19
  14. Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
  15. Penolong Pegawai Penyelidik Q29
  16. Pegawai Tadbir Negeri Johor N41
  17. Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
  18. Laskar Kelas II Maritim T1
  19. Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19
  20. Pengawal Keselamatan KP11
  21. Akauntan Gred WA41
  22. Pembantu Makmal C19
  23. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  24. Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)
  25. Pembantu Keselamatan KP19
  26. Jurutera Gred J41
  27. Pembantu Pertahanan Awam KP19
  28. Pegawai Penjara KA19
  29. Penguasa Bomba KB41
  30. Penolong Penguasa Bomba KB29
  31. Pembantu Muzium S19
  32. Pembantu Arkib S19
  33. Pegawai Perikanan G41
  34. Pegawai Penyelidik Q41
  35. Penolong Pegawai Veterinar G29
  36. Pegawai Pertanian G41
  37. Penolong Pegawai Pertanian G29
  38. Penolong Pegawai Senibina JA29
  39. Penolong Juruukur Bahan JA29
  40. Pegawai Veterinar GV41
  41. Leftenan Muda Maritim T13

Manakala, yg ni pula antara peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2021 setakat ini :

  1. Pembantu Hal Ehwal Islam S19
  2. Pegawai Latihan Vokasional DV41
  3. Pegawai Pendaftaran KP41
  4. Pegawai Farmasi UF41
  5. Penguasa Penjara KA41
  6. Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29
  7. Penolong Pustakawan S29
  8. Pegawai Hal Ehwal Islam S41
  9. Pembantu Pustakawan S19
  10. Jurufotografi B19
  11. Pembantu Penyelidik Q19
  12. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  13. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29
  14. Juruaudit W41
  15. Pembantu Kesatria S19
  16. Pembantu Hidupan Liar G19
  17. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19
  18. Pembantu Penguatkuasa KP19
  19. Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
  20. Pengawas Hutan G19
  21. Pembantu Penilaian W19
  22. Pembantu Belia Dan Sukan S19
  23. Penolong Juruaudit W29
  24. Pembantu Perangkaan E19
  25. Pereka B41
  26. Pegawai Siasatan P41
  27. Penguasa Kastam WK41
  28. Penolong Pegawai Tadbir N29 (REQT)
  29. Pemeriksa Cap Jari N19
  30. Pembantu Geosains C19
  31. Pegawai Kebudayaan B29
  32. Penolong Kurator S29
  33. Penolong Penguasa Kastam WK29
  34. Pembantu Penerbitan N19
  35. Pegawai Belia dan Sukan S41
  36. Penolong Pegawai Syariah LS29
  37. Pegawai Penerangan S41

Sementara, yg ni pula antara peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sepanjang tahun 2022 setakat ini :

  1. Pelbagai Jawatan 29 Terengganu

Dan, yg ni pula antara peperiksaan online SPA yang sudah dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) sepanjang tahun 2023 setakat ini :

  1. Penghulu Gred NP29
  2. REQT Sarawak (Pelbagai Jawatan)

Seksyen Soalan

Bergantung kepada keperluan skim perkhidmatan, seskyen soalan tidak sama. Tetapi secara amnya, calon diuji dan dinilai tahap pengetahuan am, pengetahuan khusus bidang dipohon, daya menyelesaikan masalah serta kemahiran bahasa yang dimiliki.

Biasanya;

a) Peperiksaan dibahagikan kepada 2 seksyen utama yang perlu dijawab iaitu Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah) dan Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) ; atau

b) Peperiksaan diagihkan kepada 3 seksyen utama yang perlu dijawab iaitu Seksyen A, Seksyen B dan Seksyen C.

c) Peperiksaan hanya mengandungi satu bahagian sahaja yakni Seksyen Pengetahuan Am.

*Nota – soalan-soalan ini tidak sama setiap kali peperiksaan diadakan.

Biasanya panggilan dibuat beberapa minggu awal daripada tarikh peperiksaan online. Panggilan dibuat menerusi emel. Bagi yang sudah dipanggil ke sesi peperiksaan online, boleh baca rujukan exam online bagi perjawatan gred 41 dan ke bawah.

Ujian Psikometrik

Satu lagi peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA ialah ujian psikometrik. Ujian ini lebih kepada penilaian personaliti, sikap dan daya tahan terhadap tekanan kerja.

Untuk penjelasan lengkap mengenai ujian psikometrik ini, rujukan artikel lepas atok bertajuk ujian psikometrik SPA gerbang kemasukan dalam perkhidmatan awam.

Tapisan #3 – Penilaian kompetensi

Saringan ketiga melibatkan penilaian tahap kompetensi pula. Itu pun kalau lulus tapisan dua di atas, maka barulah layak di sini. Sesi ini bertujuan mengukur calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang diminta.

Nota: Harus diingat. Stage penilaian kompetensi ini tidak dijalankan untuk kesemua jawatan. Contoh jawatan yang ada stage penilaian kompetensi ialah Pembantu Kastam, Pegawai Penjara dll. Biasanya jawatan beruniform la.

Melalui kaedah penilaian kompetensi, cuma calon-calon yang difikirkan ideal dari segi fizikal, psikologi, aptitud, sahsiah dan kompetensi sahaja yang akan dipanggil ke sesi paling getir dan terakhir – temuduga yang akan kita bincangkan selepas ini.

Antara jenis ujian yang termasuk di dalam penilaian kompetensi ini termasuklah PAC (ini biasanya untuk jawatan PTD Gred M41), Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera (jawatan beruniform) dan ujian kompetensi pemanduan (untuk jawatan Pemandu Kenderaan H11).

Lihat senarai penuh jawatan yang ada pemeriksaan fizikal di sini.

Untuk jawatan berasaskan kemahiran dan bakat, ujian kompetensi dijalankan untuk melihat kebolehan calon sekiranya diamanahkan memikul tanggungjawab kelak. Contoh ujian kompetensi ialah ujian memandu bagi jawatan Pemandu Kenderaan H11.

Cara panggilan dibuat kepada calon terpilih sama seperti exam online juga. Awal beberapa minggu sebelum tarikh sebenar. Atok menggalakkan calon membuat persediaan awal dengan membaca panduan ujian psikometrik .

Tapisan #4 – Temuduga Kerja Kerajaan

Tapisan demi tapisan yang dibuat menjadikan bilangan calon yang dipanggil ke temuduga menjadi semakin berkurangan daripada jumlah asal permohonan.

Selain memperolehi calon terbaik, proses temuduga juga dapat diselesaikan dalam tempoh yang lebih singkat. Biasanya, di peringkat ini ia dijalankan oleh wakil pihak kementerian terlibat atau jabatan terlibat bersama-sama dengan wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Temuduga dibuat bertujuan membuat penilaian akhir mengenai kesesuaian dan perwatakan calon dengan keperluan jawatan di agensi terlibat. Sesi ini menentu sahkan kualiti calon yang dibuat di tapisan-tapisan sebelum ini.

Jangan datang dengan tangan kosong ke sesi temuduga. Boleh dikatakan ia urusan antara hidup dan mati. Bacalah tips-tips temuduga, buku-buku yang baik juga banyak boleh didapati di kedai buku atau kalau malas sangat boleh baca ebook bestseller temuduga kerja kerajaan.

Jadi, berapa lama tempoh keputusan temuduga SPA keluar?

Keputusan temuduga SPA akan diperolehi dalam tempoh 1 bulan hingga 3 bulan (maksimum) daripada tarikh menghadiri temuduga tersebut. Jika tidak menerima apa-apa respon dalam tempoh ini, calon hendaklah menganggap diri gagal dalam temuduga berkenaan.

Surat Pelantikan Sementara

Selepas sesi akhir ini maka calon berjaya akan diumumkan dan akan diberikan surat tawaran pelantikan sementara untuk skim perkhidmatan yang dipohon.

Sehingga tahap ini, korang sudah dikira berada sebelah kaki dalam kerja kerajaan. Tapi jangan senang hati sangat. Kemungkinan untuk korang dibuang kerja atau tidak disambung kontrak masih tinggi.

Dibuang Kerja Kerajaan

Bukan perkara yang ganjil apabila seseorang dibuang daripada perkhidmatan awam. Walaupun tidak selalu, tetapi ia tetap berlaku. Biasanya melibatkan seseorang pegawai sementara yang berprestasi rendah, melibatkan masalah disiplin yang teruk atau disabitkan dengan jenayah.

Kerja rajin-rajin, jangan berhutang sehingga 50% gaji, jangan suka ambil cuti, jangan curi tulang, buat kerja melebihi tahap keperluan dan lagi beberapa tahun kemudian korang akan diberikan tawaran pelantikan tetap. Masa ni korang bolehlah joli sesikit.

Pesanan penaja daripada Atok

Penutup

So, demikianlah sedikit perkongsian berkenaan cara memohon kerja kerajaan serta 4 tapisan kemasukan yang getir! Mudah-mudahan ia memberi sedikit info yang berguna kepada korang.

Kalau korang rasa nak hubungi atok melalui emel, manalah tahu nak bagi hadiah ka, nak bagi duit poket ka. Korang boleh la pakai borang hubungi ni. Diharapkan perkongsian atok ini memberikan manfaat. Tq..

Sebelum atok akhiri, kita off topic jap. Bagi korang yg bercadang menjana pendapatan sampingan sehinggalah dapat kerja kerajaan yg diimpikan tu. Atok cadangkan korang usha bisnes air balang. Nampak macam cikai. Tapi korang tak tahu, sebulan boleh dapat 7k tu kalau buat dengan teknik jual air balang yg betul!

Atok
Follow me

89 thoughts on “Kerja Kerajaan & 4 Tapisan Kemasukan Yang Getir!”

  1. Salam. Saya ada dapat email dan tawaran SPA iaitu jawatan pembantu perangkaan E19. Pada masa yang sama, saya menjalani intern bagi menghabiskan waktu belajar degree saya. saya ada tanya pendapat pensyarah saya. mereka menyuruh saya tolak atau terima tawaran tu tetapi kena lapor diri lepas habis intern. Parents saya pula suruh saya terima tawaran tersebut. Jadi apa perlu saya buat. Adakah saya perlu tolak dan mencari kerja mengikut sijil kelayakan saya atau saya terima saja?. Mohon beri pandangan yang jelas.

    Reply
    • Wkslm Fatin,

      Pandangan atok begini.

      Sebagai anak yg solehah, molek sekali andai menurut kata ibu dan ayah. Kerana ada keberkatan di situ. InsyaAllah.

      Mencari kerja pada masa ini agak payah. Persaingan merebut tempat di sektor kerajaan bertambah sengit dari tahun ke tahun.

      Ini pandangan peribadi atok. Apa pun, masih terpulang kepada Fatin sendiri untuk memikirkannya.

      Reply
      • Assalamualikum tok..sya nk brtnya..Sya tlh brjaya dpt krja GOV under SPP sbagai pmbntu operasi dn tarikh lapor diri akn dimaklumkn dlm wktu trdekat..Soalannya sya kini msih lgi bkerja swasta operator kilang dn jika sya tidak mmberi notis sbulan brhnti dn syarikat mnghantar Surat saman mahkamah,adakah akn mmpengaruhi kptusan SPP dn kmasukan sya dlm sektor kerjaan x lama lgi?

        Reply
        • Wkslm Yazid..

          Perkara ini, yazid kena berhati-hati.

          Cuba terangkan dengan baik kepada pihak syarikat berkenaan. Mohon pengertian daripada syarikat. Dalam masa yg sama, beri juga notis walaupun tidak cukup sebulan tempohnya.

          Reply
  2. Salam atok,
    Status permohonan semasa saya bg jawatan PTD Gred M41 adalah melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh suruhanjaya.

    Soalan saya adalah adakah saya berada di tapisan #1-saringan awal dan perlu menunggu berita dr pihak SPA untuk peperiksaan online?

    Reply
  3. Hai atok! Saya seorang isteri yang sangat curious dengan hal suami saya. Suami saya dapat lantikan tetap S19, tetapi tak dapat jawab ujian psikologi kerjaya dalam waktu yang ditetapkan (saya tak ingat nama ujian dia yangselepas terima tawaran tu). Adakah suami saya akan automatik di batalkan tawaran jawatan tersebut?

    Reply
    • Hai,

      Mengenai hal ini. Atok pun kurang pasti sebenarnya.

      Tapi pada pendapat atok, tidak la sampai auto dibatalkan tawaran tetap.

      Kecuali ada dinyatakan bahawa syarat utk menyandang jawatan Gred S19 tersebut wajib lulus ujian psikologi kerjaya tersebut.

      Reply
  4. Terima kasih atas perkongsiannya atok,

    Saya sedang belajar di tingkatan 6 sekarang dan mengisi SPA pada tahun lepas, tahun ini saya berada dalam tapisan #2, jika saya lulus dan berjaya ke tapisan-tapisan seterusnya, pada tapisan berapakah saya patut berhenti sekolah? Saya takut jika tidak berjaya saya terlanjur berhenti sekolah dalam masa yang sama sya tidak berjaya mendapat lantikan sementara.

    Itu sahaja dari saya 🙂

    Reply
    • Hi Allyca,

      Soal berhenti sekolah tidak timbul di sini. Amat rugi andai tersilap langkah. Jgn berhenti wlu di tapisan mana pun. Sehingga dah dapat lantikan sementara / tetap di tangan.

      Reply
  5. Assalamualaikum atok…sy shasha..jika sy dah dapat surat lantikan sementara Tu, jika sy dah mula kerja nanti, sy kena sewa rumah sendiri ataupun pihak kerajaan akan bagi sy rumah utk stay sementara je? Sbb sy tinggal DI perak..dapat kerja DI negeri sembilan sana…

    Reply
    • Wkslm Shasha,

      Kuarters atau perumahan kerajaan adalah berdasarkan kekosongan yg ada. Tiada jaminan yg kita akan dapat kuarters. Kalau kebetulan ada kekosongan di kawasan tersebut, kita akan dapat.

      Bagaimana pun, atok cadangkan Shasha kemukakan permohonan kepada ketua jabatan secara bersurat dan maklumkan sebab Shasha perlukannya. Klu nasib baik ada, pasti dapat.

      Reply
    • Wkslm Syafiqah,

      Tak tentu. Hal ini terpulang kpd pihak SPA. Biasanya di antara 3 minggu – 3 bulan.

      Lebih daripada 3 bulan, kita kena anggap tidak terpilih / tidak layak ke sesi temuduga.

      Reply
  6. Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

    2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah bersetuju mencalonkan tuan/puan untuk pelantikan secara kontrak sebagai Penolong Jurutera Gred JA29 (Kontrak). Sehubungan itu, sebagai prosedur tatacara pelantikan jawatan tersebut ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), tuan/puan hendaklah melengkapkan Borang Pemeriksaan Kesihatan seperti yang dilampirkan untuk proses selanjutnya. Seiring dengan keadaan semasa Malaysia yang sedang mengalami Pandemik Covid19, pemeriksaan kesihatan ini boleh dibuat dimana-mana klinik kesihatan kerajaan, pusat perubatan swasta mengikut keadaan kawasan masing-masing.

    soalan sy, kalau dh dapat email mcm ni, adakah sy dh dapat kerja ni? atau akan melalui tapisan lain lagi?

    Reply
    • Salam Shufi,

      Tahniah. Shufi dah dapat kerja. Sudah tidak ada tapisan lagi. Hanya perlu jaga tatacara dan kelakuan kerana jawatan secara kontrak adalah agak ‘fragile’. Maksud atok, mudah dibuang dan mudah diambil tindakan. Kerja elok2 dan selamat bertugas.

      Reply
      • Assalammualaikum atok,

        Nak tnya…
        Saya dah lulus temuduga ptpo, skrg tgu surat tawaran n arahan buat pemeriksaan kesihatan.Persoalan nya,

        1. ada tak kemungkinan tapisan lagi dlm tempoh tgu surat tawaran ni yg buat keputusan nya bertukar?
        2. apa kemungkinan keputusan pemeriksaan kesihatan yg blh mmbuatkan ssorg tu tak lepas?

        Reply
        • Wkslm Scha,

          1. Biasanya mmg tiada tapisan lain lagi.
          2. Sekiranya seseorang disahkan mengidap penyakit kronik atau berbahaya. Yg mana ia akan menjejaskan keupayaan calon utk menjalankan tugas-tugas hakiki. Atau dikhuatiri boleh membahayakan/menjangkiti orang lain.

          Reply
  7. Assalamualaikum saya nk tanya jika kita ada terima e-mail dari SPA selepas sesi temuduga untuk mintak hantar lagi salinan. contoh salinan ibu bapa,sijil lahir, sijil berhenti sekolah.. Adakah harapan untuk lulus lebih tinggi.. Sekian

    Reply
    • Wklsm Siti Salwa,

      Susah juga nak cakap.

      Boleh jadi ya.

      Tapi, boleh jadi juga kemungkinan sebab penemuduga ada keraguan terhadap sijil-sijil yg dikemukakan sebelum ini.

      So, 50-50 la..

      Reply
  8. Hai atok, tumpang bertanya. Adakah markah peperiksaan psee juga akan memberi kesan kepada markah akhir selepas temuduga? Terima kasih atok.

    Reply
  9. Assalamualaikum atokk. Saya izzati. Saya nak tanya kalau kita dah dapat panggilan untuk bekerja , dalam jawatan yang kita telah lepas temuduga , tapi kita tolak , betul ke nama kita akan di blacklist selama 3 tahun?

    Reply
  10. Salam Atuk, saya syafiq, sudah lebih 2 bulan saya dapat status macam ni
    NO URUSAN: SM########
    STATUS URUSAN:
    KEPUTUSAN TEMU DUGA AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN

    Adakah saya tak dapat jawatan tersebut?

    Reply
    • Wkslm Syafiq,

      Kita tunggu sampai 3 bulan. Selepas itu, calon hendaklah menganggap tidak berjaya dalam temuduga.

      Ada sebulan lagi. So, doa2 la..

      Reply
  11. Assalam atok, nak tanya.. adakah ada kemungkinan utk kita lulus ujian psikometrik dahulu baru dpt ujian online (seksyen A, B, C) ? sbbnya saya dpt email utk ujian psikometrik, saya baca email2 lain patutnya perlu ujian online dulu.. ye ke atok ?

    Reply
    • Wkslm Faiedz,

      Tak semestinya juga. Ia adalah mengikut jawatan yg diiklankan. Di samping keputusan semasa SPA.
      Ada ujian psikometrik kemudian exam. Ada pula sebaliknya..

      Reply
      • atok sya nk tnye kalau sya ada rekod lampau (status tidak bole dituduh) kena tgkp sbb nama kena petik mencuri pastu polis siasat dan sya bebas sbb xde bukti apa2 ada kah sya ada peluang untuk memohan jawatan kerajaan sbb skrg nie sya tgh belajar law enforcement diploma

        Reply
  12. Salam atok, saya baru tamat ujian peringkat ketiga untuk p.tadbir di fama iaitu ujian psikologi. Tapi sblum ni di peringkat 1 n 2 saya dh lepas exam dan juga temuduga online. Adakah bakal ada peringkat ke 4? dan ujian apa yang bakal ada sebab temuduga dah dilakukan di peringkat 2.. Thank you atok.

    Reply
    • Biasanya dah takda. Klu ada rezeki, insyaAllah dpt la keputusan yg ditunggu2 tu.

      Wlubgaimana pun, ia masih bergantung kepada ketetapan semasa pihak SPA. Boleh jadi juga ada tapisan seterusnya. Siapa tahu kan?

      Reply
  13. Assalamualaikum Atok, saya baru sahaja menerima tawaran untuk jawatan kontrak Pembantu Tadbir Kewangan W19, saya sedang bekerja di syarikat swasta, mempunyai degree dan gaji pun agak berbeza serta perjalanan pun agak jauh dari rumah. Pada pendapat atok, patut ke saya terima tawaran ni?

    Reply
    • Wkslm,

      Kerja mana-mana pun elok.

      Apa yg penting potensi kerjaya tersebut. Cerah atau tidak. Maksud atok, peluang kenaikan gaji, imbuhan, cuti dan lain-lain.

      Selain itu, Zack juga harus pertimbangkan dari semua sudut. Baik sudut kewangan mahupun keluarga.

      Reply
  14. Salam atok. Nak minta pendapat atok. Sy skrg tgh bekerja dekat syarikat A. Tadi baru terima tawarsn kerja kat syarikat B dgn offer gaji yg lebih besar dari A. Bulan depan sy akan attend interview SPA.Katakanlah rezeki sy lulus interview SPA dan kena lapor diri dalam sebulan mcm tu dan ketika itu sy dah keje dgn company B, notis resign 2 bulan perlu. Apa yg harus sy buat tok?
    A. Resign company A, masuk company B sementara tunggu keptusan SPA.
    B. Stay kat A, tolak B

    Reply
    • Wkslm wbt,

      Klu atok, pilih A. Sebab interview tu tak pasti lulus lagi. Saingan agak tinggi. Klu dpt masuk pun, gaji permulaan adalah rendah.

      Katakanlah lulus pula, naya ckit. Tapi klu ‘terpaksa’ tolak keja SPA sekali pun, dah kira untung jg sebab gaji lagi elok daripada sykt A.

      Ini sekadar pendapat peribadi saja. Eli tak perlu ikut. Yg tanggung akibatnya nanti Eli jg..

      Reply
  15. Salam Atok,

    Apa khabar? Saya just nak bertanya. Alhamdulillah saya dah berjaya melepasi ujian PSEE dan sekarang menunggu tarikh dan lokasi untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK). Adakah ini bermaksud saya sudah pasti untuk diberi tawaran sekiranya lulus ujian UFPK ni?

    Reply
    • Wkslm,

      Atok tak boleh bagi jaminan sebegitu. Sebab SPA berhak menambah atau mengurangkan tapisan yang dijalankan.

      Walaubagaimana pun, InsyaAllah ada harapan la tu. Biasanya kalau lepas UFPK ada peluang cerah.

      Reply
  16. Assalamualaikum tok..nak tnya selama ni ujian online sy biasa dpt yg yg soalan mt/bi tu..tp semua tu tak lepas smpi dh lali dh bila jawab tu…harini dpt email ujian online lg tp psikometri n sy tak prnh dpt ujian ni…so nak tnya andai kata lepas kan kita akan ada lg ujian online yg mt/bi tu ke mcm mana?

    ke ujian online tu ada dua jenis? sbb sy dh pernah dpt jwtn ni tp ujian online yg bi/mt tp kali ni psikometri…lepastu nak tips ujian ni sebab first time nak hadap…nak study apa jer yek?

    terima kasih banyak tok.

    Reply
  17. Assalamualaikum atok, saya nak bertanya, perlantikan sementara itu maksudnya kontrak ke? Dan berapa lama masa diambil untuk dapat tetap? Adakah semua jawatan yang dipohon mendapat perlantikan sementara dahulu selepas berjaya temuduga atau ada jawatan yang terus ke perlantikan tetap? Itu sahaja soalan saya, terima kasih atok.

    Reply
    • Wkslm. Semua lantikan baru akan menerima lantikan sementara/kontrak dahulu.

      Utk berapa lama kontrak tu pula, ia bergantung kepada jawatan. Ada 1 tahun, ada 3 tahun, sesetengah jawatan ada yg sampai berbelas tahun masih dalam taraf kontrak.

      Reply
  18. Salam atok . Saya ada dapat sms pd 21hb 3 mengata saya ada temujanji dgn spp(bawah kementerian pendidikan)pada 28hb 3 utk jawatan pembantu operasi gred N11 , Alhamdulillah . Tapi yg bagi masalah pada saya adalah , sijil berhenti sekolah sy hilang . Yg lain tu semua ada . Sy ada pergi ke sekolah , sekolah kata tak janji boleh dpt awal . Kalau sy xdpt sjil berhenti sekolah tu , boleh ke sy terus iv dan sijil tu sy beri kemudian ?

    Reply
  19. assalamualaikum atok
    nama saya amirul,saya nak tanya,2 minggu lepas saya ada pergi interview spa untuk jawatan pembantu penerbitan n19 under jabatan penerangan,semasa interview kita kena serahkan semua dokumen yang pihak spa minta kita sediakan untuk diserahkan semasa mendaftar pada hari interview,saya hairan kenapa mereka tidak ambil saya punya salinan sijil sedangkan mereka ambil saya punya salinan yang lain termasuk salinan ic ibubapa saya,kawan saya beritahu bahawa salinan ic ibubapa mereka tak ambil

    adakah sebab ibubapa saya bekerja kerajaan sebab itu mereka ambil? ada peluang cerah ke saya berkhidmat dalam kerajaan sedangkan ibubapa saya orang kerajaan? dan juga saya mempunyai sakit dan perlu dapatkan rawatan hospital setiap bulan.

    terima kasih atok.

    Reply
    • Wkslm Amirul,

      Mengenai hal ini, atok pun kurang pasti. Tiada sebab mereka perlu berbuat demikian. Dan itu juga tidak bermakna ada peluang yg cerah.

      Reply
  20. Hai Atok, saya nak tanya..

    Adakah kita perlu menulis pendidikan STPM dalam resume namun sijil stpm belum dapat? hanya ada keputusan stpm. Member saya dapat iv spa dan dia bertanyakan hal itu kpd saya.

    So better letak atau tak stpm dalam resume ya? Itu sahaja soalan dari saya.

    Terima kasih utk segala jawapan tuan.

    Reply
    • Hai Nana,

      Rasanya tak ada masalah. Yg penting slip STPM dah ada. Sijil kemudian pun takpa. Masa iv, bawa sekali slip tu sebagai bukti apabila dikehendaki.

      Reply
  21. Hai atok, nk tanya. Selepas kita daftar spa tu, brpa lama tempoh masa utk kita tunggu utk tahu sama ada kita lepas tapisan itu.

    Terima kasih..

    Reply
    • Hai Affy,

      Tiada tempoh. Ia bergantung kepada kelayakan, kelulusan, nasib dan rezeki Affy.

      Ada calon mohon, sebulan dah dapat panggilan PSEE. Ada calon, dah bertahun-tahun, tak pernah dapat apa-apa panggilan pun.

      Reply
  22. Salam Atok,

    Maaf dengan pertanyaan saya, SPA selaku agensi melantik untuk berkhidmat di perkhidmatan awam, baru2 ni saya ada dapat tawaran temuduga untuk jwtn Penolong SeniBina JA29 drpd SUK Kelantan, (sy lupa sy mohon bila memandangkan byk tmpt sy mohon berkerja), exam tak ada, terus dpt temuduga, dan soalan2 yg ditanya amat berbeza dgn contoh soalan yg Atok sediakan dlm Blog Atok ni..jadi sy confuse skrg? Adakah sama penolong senibina under SPA dan SUK?

    Terima Kasih Atok

    Reply
    • Wkslm.

      Utk makluman, contoh yg atok sediakan di sini adalah utk ambilan bawah SPA. Dan ia berbeza dgn SUK.
      Walaupun utk jawatan sama, namun bidang tugas ada sedikit perbezaan mengikut tempat kita ditugaskan. Soalan juga berlainan atas sebab perbezaan ini.

      Reply
  23. Asalam atok,
    saya baru saja lepas buat pemeriksaan kesihatan utk tawaran kerja kerani n19… saya ada asthma tahap ringan shj.. adakah mempengaruhi tawaran kerja tersebut.. 😢

    Reply
  24. Assalamualaikum atok . Pd 28/9 haritu sy ad mnduduki ujian psikometrik bg jawatan separa perubatan. Sblum ni pernah exam online tp ujian myelesaikan masalah etc. Tidak lulus.

    Soalan saya , ujian psikometrik ni step slepas jwb soalan psee td tu ke ? Atau ujian berlainan .Dan sy masih menunggu email kelayakan , katanya kputusan 7hari slps mnghadiri peperiksaan , dh cuba cek dkt portal tp tkde senarai LSPerubatan utk semakan . Terima kasih atokkk

    Reply
    • Wkslm Lily,

      Keputusan jenis saringan kelayakan sama ada 3 step (PSEE, psikometrik & temuduga) atau 2 step (psikometrik & temuduga shj) akan ditentukan oleh SPA berdasarkan keputusan mesyuarat semasa. Ada tahun perlu 3 step dan ada yg hanya 2 step. Harap menjawab. Tq..

      Reply
  25. salam atok, dalam setahun ni berkemungkinan kita akan dpt email untuk menduduki exam online tapi kalau dalam masa setahun takde dapat sebarang email, adakah kita perlu mengemaskini website SPA kita? terima kasih atok.

    Reply
  26. Salam Tok,

    Nak tanya,saya salah seorang jururawat yang dapat tawaran untuk kontrak Covid..

    saya dah habiskan kontrak setahun seperti yang ditetapkan..KKM ada menawarkan kontrak penyambungan untuk setahun lagi tp sy menolak tawaran tersebut..

    adakah saya di blacklist oleh SPA sekiranya saya memohon semula untuk kerja dlm sektor kerajaan?

    adakah saya masih mempunyai peluang untuk mendapat pekerjaan dlm sektor kerajaan terutama dalam KKM?

    trima kasih Tok

    Reply
    • Wkslm.

      Setahu atok, tidak disenarai hitam dan boleh mohon jawatan lain dlm SPA. Tapi under KKM, rasanya ada problem sikit. Kemungkinan mereka ada data penolakan tersebut.

      Tapi itu setakat yang atok tahu la dan pengetahuan atok taklah banyak mana. Boleh rujuk sumber lain yg lebih sahih.

      Reply
  27. Salam Atok…. Sekiranya calon gagal dalam ujian psikometrik,adakah akan diberi peluang untuk menduduki ujian sekali lagi sebelum tamat tempoh permohonan spa iaitu 14/03/2023

    Reply
    • Wkslm Lin,

      Ia bergantung kepada:

      1. Senarai jawatan yg dipohon dlm SPA9. Sekiranya ada pengambilan, kemungkinan dipanggil semula akan ada.
      2. Kelayakan yg dimiliki. Jika Lin melepasi kelayakan ditentukan, kemungkinan dipanggil ujian itu ada.
      3. Rezeki. Kalau ada rezeki, insyaAllah dpt peluang lagi.

      Reply
    • Hai,

      Pada pendapat atok, kemungkinan ada. InsyaAllah..
      Jangan risau, cuma pastikan Audrey ada mohon jawatan ni dlm SPA9 dan masih blm expired ya..

      Reply
    • Wkslm. Ada. Misalnya tgh ambil diploma, tapi mohon SPA9 guna SPM.

      Boleh pilih sama ada mahu sambung belajar atau terus kerja dengan kelayakan SPM.

      Tapi masa iv jgn bagi tahu tgh belajar kepada panel. Nanti penemuduga akan gesa utk teruskan belajar. Jadi, kemungkinan lepas iv tu jadi rendah.

      Reply
  28. As salam nak tanya, sekarang saya memang berkhidmat dalam kerajaan tapi status kontrak. dan baru2 ni saya ada temuduga untuk jawatan yang sama cuma nya jawatan yang lebih tinggi dari sekarang iaitu S41. adakah peluang untuk lulus temuduga itu cerah? memandangkan saya memang sudah ada pengalaman bekerja dalam kerajaan? dan panel ada tanya mengenai soalan peribadi kepada saya mengenai suami bekerja apa, anak ada berapa dan kandungan sudah berapa bulan (memandangkan sekarang saya tengah mengandung) dan persoalanan terakhir panel adalah mengenai apa yang saya dapat sumbangkan kepada jabatan jika saya dapat soalan ini? masa temuduga saya pun agak sedikit lama iaitu dalam 30 minit.

    Reply
  29. Salam Atok. Saya telah pernah menjawab soalan pemeriksaan online Pegawai Imigresen KP19 pada tahun 2020, tetapi saya mendapat keputusan tidak berjaya. Pada tahun 2023, saya mendapat email bagi menjalani pemeriksaan ujian psikometrik bagi pengambilan Pegawai Imigresen KP19. Saya hanya pernah reapply jawatan ini semula pada tahun 2022 (2 tahun setelah mendapat keputusan gagal). Adakah ini bermaksud nama saya sebelum ini termasuk kedalam senarai calon simpanan?

    Reply
    • Wkslm. Biasanya keputusan sama ada jadi calon simpanan atau tidak akan diperolehi selepas sesorang calon menduduki temuduga dan bukannya selepas ujian psikometrik.

      Reply
  30. saya terkemaskini utk jawatan spa9 yang terbaru ..tarikh daftar yg sblm ni saya buat bertukar tarikh yg baru saya kemaskini yg skrang..soalan saya dia menjejaskan ke utk jawatan yg saya dapat utk menunggu tarikh temuduga utk ppk u11?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!