Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19

Dapat emel panggilan PSEE Pembantu Penerangan S19 utk ambilan Jabatan Penerangan Malaysia pada kali ni? Alhamdulillah. Tapi yg best-nya, di bawah ada koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 Jabatan Penerangan Malaysia

Nota Penting: Kepada korang yg dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Penerangan S19 untuk ambilan di Jabatan Penerangan Malaysia yg dijadualkan pada pada 20 November 2023 – 22 November 2023 ini (untuk calon Semenanjung). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Penerangan S19 ini.

Bagi korang yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Penerangan S19 (Calon Semenanjung) untuk ambilan Jabatan Penerangan Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Penerangan S19.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan Gred S19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas peperiksaan Pembantu Penerangan S19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Penerangan S19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Penerangan S19 secara rasmi di Jabatan Penerangan Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Penerangan S19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pembantu Penerangan S19 Tahun 2022

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 27 Ogos 2021, bilangan kekosongan jawatan Pembantu Penerangan S19 (calon Semenanjung) di Jabatan Penerangan Malaysia adalah sebanyak 18 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 30 orang.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pembantu Penerangan S19 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pembantu Penerangan

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU PENERANGAN GRED S19 DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

Pautan Alternatif:

http://www.spa.gov.my/peperiksaan-pembantu-penerangan-s19-semenanjung/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi – 11:00 pagi.

Jadual gaji Pembantu Penerangan S19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Penerangan ;

Minimum – RM1,355.00
Maksimum – RM4,007.00
KGT – RM100.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Penerangan bergred S19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Penerangan S19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Penerangan S19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Penerangan adalah seperti berikut:

” Membantu mengeluarkan nota kepada pengarang mengenai aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan, mengeluarkan siaran akhbar berbentuk teks ucapan, menerima dan menyemak ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan akhbar, membantu menganalisa dan memproses laporan bulanan aktiviti pemimpin negara, menjawab pertanyaan mengenai dasar-dasar kerajaan, mengesahkan ketetapan maklumat sebelum siaran akhbar dikeluarkan dan membantu dalam pengurusan serta penyelarasan pusat media. “

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Penerangan S19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pembantu Penerangan S19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Penerangan S19 untuk tahun 2022 masih lagi belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan Pembantu Penerangan S19 ini bakal dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih belum dimesyuaratkan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10 pagi sampai la jam 11.00 pagi (waktu standard SPA). Inilah pagi yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Penerangan S19

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Penerangan Gred S19:

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Penerangan S19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Penerangan S19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pembantu Penerangan S19

Format Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Penerangan S19 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2016/2017 vs Format 2021/2022

Format Pembantu Penerangan S19 – 2016/2017

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Penerangan S19 – 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak seakan sama. Tapi x serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Penerangan S19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak gejala ‘tersilap teks laporan media’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon pembantu penerangan ‘tersilap teks laporan media’ (antara kesilapan besar utk jawatan ini) semasa exam lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah ‘statistik’ kegagalan peribadi lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening lalat nombor’ atau ‘benci nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap ‘nyampah betol den’.

Kenapa tu?

Korang ada belajar kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung kepada kecerdasan naturalis atau kecerdasan kinestetik berbanding kecerdasan logikal-matematik.

Dan padahnya ‘statistik kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).

Jika korang adalah pengidap masalah ini, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Penerangan S19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Adam dan abangnya Emran baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Adam mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

2) Budak yang duduk di depan kelas 4 Kemboja mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Kemboja. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Kemboja tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

3) Daerah Betong mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Betong?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

4) Siti Aisyah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Siti Aisyah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Julianti ialah adik kepada Siti Aisyah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Julianti juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Julianti untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Nichson ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Nichson?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Patrick membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Patrick dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Faridah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Penerangan S19 di Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Faridah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) Kampit M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Kampit O. Kampit P pula lebih berat daripada Kampit O, tetapi lebih ringan daripada Kampit M. Susun kedudukan Kampit tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh soalan (bersama skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Penerangan S19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan penuh Pembantu Penerangan S19 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan Gred S19 PSEE SPA

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Penerangan S19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 1 – 5).

SOCIAL STUDIES

The quality of almost pyramidal solidity characterizes another great enterprise of the Napoleonic period, the codification of French law. The difficulties of this undertaking consisted mainly in the enormous mass of decrees emanating from the National Assemblies, in political, civil, and criminal affairs. Many of those decrees, the offspring of a momentary enthusiasm, had found a place in the codes of laws which were then compiled; and yet sagacious observers knew that several of them warred against the instincts of the Gallic race. This conviction was summed up in the brief statement of the compilers of the new code, in which they appealed from the ideas of Rousseau to the customs of the past: “New theories are but the maxims of certain individuals: the old maxims represent the sense of centuries.”

There was much force in this dictum. The overthrow of Feudalism and the old monarchy had not permanently altered the French nature. They were still the same joyous, artistic, clan-loving people whom the Latin historians described: and pride in the nation or the family was as closely linked with respect for a resolute champion of national and family interests as in the days of Caesar. Of this Roman or quasi-Gallic reaction Napoleon was to be the regulator; and no sphere of his activities bespeaks his unerring political sagacity more than his sifting of the old and the new in the great code which was afterwards to bear his name.

Old French law had been an inextricable labyrinth of laws and customs, mainly Roman and Frankish in origin, hopelessly tangled by feudal customs, provincial privileges, ecclesiastical rights, and the later undergrowth of royal decrees; and no part of the legislation of the revolutionists met with so little resistance as their root and branch destruction of this exasperating jungle. Their difficulties only began when they endeavored to apply the principles of the Rights of Man to political, civil, and criminal affairs.

The chief of these principles relating to criminal law were that law can only forbid actions that are harmful to society, and must only impose penalties that are strictly necessary. To these epoch-making pronouncements the Assembly added, in 1790, that crimes should be visited only on the guilty individual, not on the family; and that penalties must be proportioned to the offences. The last two of these principles had of late been flagrantly violated; but the general pacification of France now permitted a calm consideration of the whole question of criminal law, and of its application to normal conditions.

1) The author of the passage would likely agree with all of the following statements EXCEPT

A. The old code had an abundance of inefficient and contradictory decrees.
B. The abundance of turmoil under Napoleon’s rule allowed for the Rights of Man to be adopted.
C. The National Assembly was both a fount of needless bureaucracy and considered reform.
D. The compilers of the new code understood the need to appeal to French cultural identity.

2) The phrase, “warred against” in the first paragraph most nearly means

A. fought.
B. embittered.
C. belied.
D. opposed.

3) The primary purpose of this passage is to

A. question the efficacy of the pyramidal solidity model.
B. review the individual Rights of Man utilized in the new code.
C. praise Napoleon’s unerring political sagacity in reforming French criminal law.
D. explain the challenges Napoleon faced in codifying French law.

4) Why does the author mention Caesar in the second paragraph?

A. To compare Napoleon to one of his great forebears.
B. To reveal an aspect of the French character Napoleon utilized.
C. To describe the foundational characteristics of the Gallic people.
D. To emphasize the impact Roman law had on the development of the code.

5) It can be inferred that the author of the passage believed the old code to be flawed because of its

A. bloated inefficiency.
B. refusal to adopt the Rights of Man.
C. strict adherence to feudal customs.
D. lack of innovation.

6) Please read the following sentence.

Once Jesica lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Jesica lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Evelyn has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Evelyn has three animals in total.
B) Evelyn has more cats than dogs.
C) One of Evelyn’s cats is black.
D) All of Evelyn’s dogs have spots.

8) Where ________ Rosalina live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Khay Kim _____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ___________ Thaipusam cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Penerangan S19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan khas Pembantu Penerangan S19 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Penerangan Gred S19

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19

Untuk sesi 2022, rujukan penuh Pembantu Penerangan S19 kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh Pembantu Penerangan S19 ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Penerangan S19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Ikut langkah seterusnya.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Penerangan S19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2022.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 46 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Satu lagi, contoh soalan Pembantu Penerangan S19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

KKMM & Kementerian Kerja Raya masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu kemahiran yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan exam online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai lagi. Tp tu khabar angin la. Tapi better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon exam PSEE online pembantu pembangunan masyarakat pun ramai bilangan yg dipanggil. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Siyes atok tak tipu, jumlah dipanggil utk exam online pembantu pendaftaran amat-amat ramai. Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum keluar. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

Jawatan penghantar notis mencatatkan rekod antara panggilan peperiksaan PSEE yang wajib dibuat setiap tahun. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Perpustakaan Negara Malaysia, melalui SPA telah mengeluarkan panggilan PSEE kepada calon-calon yang melepasi syarat-syarat kelayakan yg ditetapkan. Jumlah panggilan adalah cukup ramai. Persiapan rapi perlu korang lakukan utk mengatasi saingan yg begitu sengit. Baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 ini sebagai permulaan.

Last but not least, tak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Serius, ni baru penutup!

Buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam belum dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kepada yang dipanggil PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani ambil mudah?

Khusus calon yg dipangil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma, dapatkan info berguna. Fahami bentuk serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan juga utk Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan lagi beberapa hari. Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Anytime, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

OK, ni btl2 last, kpd yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Panggilan exam sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Penerangan S19”

Leave a Comment

error: Content is protected !!