Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD)

Adakah korang dipanggil ke exam online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 bagi mengikuti Program Pascasiswazah Pengurusan Awam Sesi 2022 pada kali ini? Dah sedia ker? Klu blm, jgn risau. Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD)

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun 2021 ini.

Nota Penting: Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik Bagi Mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam INTAN Bagi Tahun 2024/2025 yang akan dijalankan pada 13 Disember 2023 dan 14 Disember 2023 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.

Nota Penting: Untuk korang yang dah lulus exam PTD dan kini berjaya dipanggil ke temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia pada 25 Mac 2024 – 2 April 2024 ini. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan. Soalan-soalan dalam temuduga pegawai tadbir dan diplomatik antara yg paling ‘pecah pale’ nak jawab. Baca contoh soalan temuduga pegawai tadbir diplomatik ni sebagai persediaan awal.

Misalnya korang dalam situasi terburu-buru dan tak sempat baca ni sampai habis. Just klik tajuk2 kecil berikut untuk ke topik yang benar-benar korang perlu baca sahaja.

Bagi yang santai, jangan nak skip2 pulak. Baca jer sampai habis.

Semakan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41 DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

TARIKH PEPERIKSAAN :

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-tadbir-diplomatik-m41/

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:25 tengah hari.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Sekiranya mahu mengisi jawatan kosong sebagai PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh Sahlaku Permohonan

Suka atok ingatkan, tempoh sahlaku permohonan jawatan kosong PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Jumlah Jawatan Kosong PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41

Berdasarkan iklan SPA bertarikh 27 Mei 2021, jumlah jawatan kosong PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 di Jabatan Perkhidmatan Awam ialah sebanyak 400 tempat. Banyak juga tu. Nampaknya ada peluang nak menyelit ni..

Tapi berapakah jumlah calon yang dipanggil untuk mengisi 400 kekosongan tersebut?

Jangan buat-buat terkejut ok..

Tak ramai pon, cuma plus minus dalam 70k jer. Yup.. 70 puluh ribu calon. 70 000 (angka tujuh dengan empat digit kosong)!

Macam boleh nyelit lagi tak? Kalau tak sungguh2 dalam exam ni memang susah juga nak lepas tu.

Jadual Kadar Gaji PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41;

Gaji minimum RM 2,422.00
Gaji maksimum RM 9,631.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan yang seorang penjawat jawatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41

Apakah deskripsi tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Berikut adalah senarai tugas am seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41:

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00);

atau

Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14);

atau

Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);

Dan

Lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;

Dan

Hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut tadbiran Awam Negara.

Dan

Mempunyai Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Aliran Proses Lantikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Okeh.. sebelum kita teruskan, suka atok jelaskan serba ringkas proses pelantikan seorang PTD. Dengan memahami proses aliranan ini, korang tahu sedang berada dimana pada masa ini dan boleh mengatur langkah seterusnya.

1) Isi borang SPA9

(Ini korang da buat dan semua syarat kelayakan pon da lepas kan)

2) Dipanggil ke exam online

(Korang di stage ini sekarang!)

3) PTD Assesment centre

(Ini melibatkan penilaian fizikal dan mental. Korang pandai-pandai la jaga diri di sana sebab atok dah takda untuk bantu korang di stage ini )

4) Temuduga PTD

(Kalau ambilan PTD M41 sebelum ini, sampai sini terus dapat lantikan. Tapi sekarang tidak lagi.)

5) Kadet PTD

(Lulus temuduga, korang akan diambil sebagai Kadet PTD. Elaun dapat, tapi belum lagi lantikan tetap. Kadet PTD adalah calon-calon yg akan menjalani Kursus selama 1 tahun termasuk 7 bulan kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) yang dikatakan sangat mencabar. Ianya merupakan satu ujian persediaan dalam melahirkan Pegawai PTD yang berkualiti tinggi, sesuai dengan tugas dan tanggungjawab yang akan dipikul dalam menguruskan negara kelak.)

6) DPA (Diploma Pentadbiran Awam)

(Kadet PTD wajib mengikuti dan lulus kursus DPA. Gagal DPA, kena tendang. No mercy!)

7) Baru dilantik M41

(Lepas DPA, barulah korang akan mendapat lantikan PTD Gred M41 secara tetap. Alhamdulillah)

Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 untuk tahun 2021 dah dikeluarkan lagi oleh SPA.

Peperiksaan online PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 biasanya akan dijalankan satu (1) kali pada setiap tahun.

Tarikh yg diumumkan ialah pada 8 Julai 2021. Hari Khamis.

Kesemua calon adalah diwajibkan menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 12.25 tengah hari.

Senario Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41

Untuk memasuki skim M41 dan layak menyandang jawatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik), calon perlu, terlebih dahulu menduduki dan lulus peperiksaan online yang disyaratkan seperti yang telah digariskan dalam syarat-syarat di atas.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil menghadiri sesi temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon tak mampu melepasi (gagal) proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti : kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41.

Beza Format peperiksaan PTD M41 & Jawatan Lain

Lain-Lain GredPegawai Tadbir dan Diplomatik
1 seksyen atau 2 seksyen dalam exam3 seksyen dalam exam

Format Soalan Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 pada tahun 2021 terdapat perbezaan besar berbanding tahun-tahun lepas.

Kalau korang perasan, format soalan Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 sebelum ini mengandungi ujian sahsiah dan minat. Tetapi pada 2021, SPA melakukan perubahan drastik. Bermula pada exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 bulan Jun 2018 lepas, ia telah ditambah menjadi 3 seksyen dengan seksyen kefahaman Bahasa Inggeris telah dimasukkan!

Format Soalan Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 Tahun 2021

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

So, kalau korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai format & contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) sesi 2018 memang korang akan buang karan ja.

Masalah Soalan Pengetahuan Am PTD M41

Paling susah nak skor dalam peperiksaan online PTD M41 ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa? Skop soalan seksyen Pengetahuan Am PTD M41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal sukar diramal.

Pada jangkaan kerajaan, korang sebagai calon PTD M41 seharusnya tahu selok belok pentadbiran negara dan turut mengambil tahu sistem pentadbiran peringkat antarabangsa. Ini kerana korang bakal duta negara kot. Bakal-bakal diplomat mewakili kerajaan.

Memang patut pun..

Tahap Kesukaran Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41

Tahap kesukaran soalan di seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah) adalah sedikit lebih sukar berbanding soalan Daya Menyelesaikan Masalah bagi jawatan-jawatan lain misalnya W19, N19 dan seumpamanya.

Contohnya soalan mengenai mod, min dan median. Utk gred W19 tahap kesukaran soalan adalah pada tahap sederhana (7/10). Tetapi untuk gred M41 tahap kesukaran adalah pada skala tinggi (10/10).

Faham tak di situ?

Elak Tersangkut Atas Bumbung Kedutaan

Selain itu, calon juga adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas bumbung kedutaan‘.

Jangan terlalu ambil mudah seksyen ini.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan ringkas topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Pengetahuan Am

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki mengetahui cara umum berkaitan dengan kenegaraan Malaysia secara amnya. Selain pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara.

Selain itu, calon juga dinasihatkan agar mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenai perjawatan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41. Termasuklah diskripsi tugas dan semua info mengenai jawatan ini.

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Setiausaha Bahagian Gred Khas A
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?

A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Onn Jaafar

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK

A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Hakim Borneo
B. Ketua Hakim Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji (TH)
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur

A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 25 tahun
D. 30 tahun

Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Pengetahuan Am (beserta skema jawapan lengkap), korang boleh dapatkan rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 Pengetahuan Am

Atau

Baca dahulu perkongsian yang membincangkan skop dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Masalah Hubungan diplomatik

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘masalah hubungan diplomatik‘ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Menyebabkan jalan pengiraan mereka menyimpang ke tengah laut.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41, soalan aplikasi konsep Matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Cuma, bukan semua topik Matematik SPM disoal dalam peperiksaan ni. So jangan buang masa untuk study semua topik. Membazir tenaga saja.

Nak tahu topik yang mana? Supaya navigasi pelayaran korang menuju ke haluan yang betul.

Rujukan yang akan atok sarankan di bawah akan menjelaskan semuanya.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Daya Menyelesaikan Masalah

1. Daerah Kanowit mempunyai bangsa P seramai 0.47 juta orang. Bangsa Q pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa P. Manakala Bangsa R adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa Q. Berapakah jumlah Bangsa R di Daerah Kanowit itu?

A) Bangsa R : 72 956 Orang
B) Bangsa R : 88 125 Orang
C) Bangsa R : 117 500 Orang
D) Bangsa R : 150 750 Orang

2. Mudin baru pulang dari kedai buku. Sebuah novel yang baharu saja dibeli oleh Mudin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam novel Mudin tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3. Amna Insyirah bukan sahaja seorang gadis yang cantik dan bersopan. Malah rajin belajar. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Amna Insyirah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55 soalan
B) 50 soalan
C) 40 soalan
D) 45 soalan

4. Natalia Areesya ialah adik kepada Amna Insyirah. Nataliah mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank X dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Areesya untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

5. Harga 40 biji Tembikai Susu ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Tembikai Susu?

A) RM 10.00
B) RM 09.00
C) RM 08.50
D) RM 09.50

6. Kiub Q lebih ringan daripada kiub S, kiub R lebih ringan daripada kiub P dan kiub Q lebih berat daripada kiub P.

Susun kiub-kiub bermula dengan yang paling berat.

A) R, P, Q, S
B) S, P, Q, R
C) R, Q, P, S
D) S, Q, P, R

7. Syarikat Haruman Jaya Sdn Bhd mengadakan majlis ulang tahun. Antara acaranya ialah cabutan bertuah. Setiap orang diberi sekali peluang untuk mencabut nombor bertuahnya daripada sebuah kotak. Kotak itu mengandungi kad-kad bernombor 10 hingga 99. Kalau nombor bertuah ialah nombor yang sama digit, cari kebangkalian bahawa seorang pekerja Syarikat Haruman Jaya Sdn Bhd tidak memenangi apa-apa hadiah.

A) 0.9
B) 0.8
C) 0.7
D) 0.6

8) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah chalet bercat kuning satu tingkat ialah 100 m. Chalet bercat kuning itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar bercat kuning itu?

A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m

9) Abu dan Marjan, bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Abu bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Marjan yang bekerja sendiri. Berapa lama Abu and Marjan ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) Abu = 10 hari , Marjan = 15 hari
B) Abu = 10 hari , Marjan = 16 hari
C) Abu = 11 hari , Marjan = 17 hari
D) Abu = 11 hari , Marjan = 18 hari

Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Daya Menyelesaikan Masalah (beserta skema jawapan lengkap), dapatkan segera rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Jemput baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen matematik ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘melemaskan’ peluang ramai calon di lautan exam. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM.

Soalan diolah dalam bentuk, sama ada :

  • petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension; atau
  • Soalan berkaitan grammar; atau
  • Vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1. Choose the option which will best replace the underlined words in the sentence to make it correct.

She done it to quick, so it came out looking rough.

A. done it too quickly
B. did it too quick
C. did it too quickly
D. did it to quickly

2. Nanong has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A. Nanong has three animals in total.
B. Nanong has more cats than dogs.
C. One of Nanong’s cats is black.
D. All of Nanong’s dogs have spots.

3. Read the following paragraph to answer question.

Tailgating another vehicle is unsafe and illegal. Many rear-end collisions are caused by drivers following too close to the vehicle in front of them. The rules state that a driver must keep sufficient distance from the vehicle in front in order to stop safely and avoid a collision. Drivers should allow a minimum two seconds’ gap between their vehicle and the one ahead. At sixty kilometres an hour, this equates to thirty-three metres; at a hundred it equates to fifty-five metres. More distance is needed to safely stop in rain or poor visibility.

Tailgating another vehicle is unsafe because:

A. all rear end collisions are caused by drivers following too close to the vehicle in front.
B. it may not allow sufficient time and space to stop and avoid a collision.
C. it is against the road rules.
D. it is a reckless practice.

4. Please read the following sentence.

Once Ainie Laila lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Ainie Laila lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.

5. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated

6. A cooking utensil with a wide, flat blade that is not sharp, used especially for lifting pan; this tool called a..

A. whisk
B. colander
C. spatula
D. ladle

Read the following paragraph to answer the question.

Until widespread clearing of land began after 1861, the Tweed Valley, from the beach dunes to the mountains, was covered by dense wetland forests and rainforest. The rainforest had plenty of red cedar, which grew along the river banks and over the floodplains and foothills. Some of these trees were huge, up to sixty metres tall and as much as two thousand years old. Cedar was highly valued for its light weight, rich pink to red colours and interesting grain patterns. The tall trees provided magnificent lengths for the mills. Much early Australian furniture was made from cedar. The timber of the Tweed Valley was felled close to the river banks and then was tied and floated downstream to the river mouth for shipping to the big cities. The river provided the only means of removing the timber, because the felled trees were so bulky. By the 1870s, the cedar industry was in decline. Land cleared for farming was on the increase and easily obtainable, and large cedar trees were becoming scarce. It was purely an extractive industry, which put nothing back. Given that many original trees were thousands of years old, it would have been hundreds of years before the plantings could have been harvested in any case.

7. Tweed Valley cedar was valued in colonial Australia for all the following reasons EXCEPT:

A. the trees were easy to fell and remove.
B. the timber was sought after for furniture making.
C. the timber was light in weight.
D. the timber was prized for its colour and grain variations.
E. the tree trunks were long and straight.

8. Which of the following can we say caused the decline of the cedar industry?

A. Suitable trees closer to the river grew scarce.
B. Clearing for farming land was reducing the rainforest.
C. Felled trees were not replaced.
D. A and B together.
E. B and C together.

Untuk lebih banyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) – Kefahaman Bahasa Inggeris (beserta skema jawapan lengkap), miliki segera rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

Contoh Soalan Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau

Korang baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil yg atok da kongsikan sebelum ini. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini. InsyaAllah..

Kunci Kejayaan Calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni, korang akan dapat banyak contoh soalan dan jawapan. Bergantung kepada pakej mana yg korang dapatkan.

Rujukan Bantuan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD)

Untuk sesi 2021, rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Kenapa riang ria tu? Sebab, nota ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 13 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)

Boleh beli ikut pakej yg sesuai dengan bajet korang. So, duit lebih tu korang leh simpan utk persiapan majlis tunang ke, kawen ke, kawen baru kerrr.. Kan..

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Utk pakej basic rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) hanya berharga RM40 sahaja. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan SEGERA rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni!

Cara beli rujukan penuh.

Arahan:

  1. Klik Rujukan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD).
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Ikuti langkah seterusnya..

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Tak Ingat Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Rujukan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari kenangan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2017-2021.

Tak perlu ulangkaji dan study semua topik dalam buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pun. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses sahaja!

Sempat Ke Pos Buku Ni Tok?

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 2 jam 25 minit. Pegi ulang-alik amik barang (calon kawasan pedalaman tahu benda atok cakap ni mmg betul).

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download (format PDF). Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama dpt rujukan PTD M41 tu pas bayar tok?

Kalau korang bayar menggunakan online banking (FPX via Billplz). Rujukan ni akan diperolehi kurang sejam!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) yang akan korang hadapi pada kali ini.

Contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Namun, rujukan ini amat sesuai digunakan oleh calon peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Selamat menduduki peperiksaan!

Lain-Lain FAQ Mengenai Rujukan PTD M41

Ini soalan bocor PTD M41 ker tok?

Astaga. Tentulah bukan. Tiada isu bocor. Itu rahsia rasmi kerajaan. Ini pakej rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia cuma membantu korang study dan mengulangkaji sahaja.

Camna nak dapatkan rujukan PTD M41 ni?

Klik pautan rujukan PTD M41 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan berkenaan.

Tok, ada contoh soalan BI tak dalam rujukan PTD M41 ni?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu proses ulangkaji anda.

Contoh soalan matematik PTD M41 ada disediakan?

Ada. Ini seksyen melibatkan pengiraan. Biasa orang panggil sebagai soalan matematik. Ia adalah seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh-contoh soalan yang disediakan setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA.

Satu lagi, ada contoh soalan pengetahuan am tak dalam rujukan PTD M41 ni?

Yup, Ada. rujukan ni mengandungi kesemua 3 seksyen utama yang diuji dalam PSEE SPA.

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus yang mantep), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang kangkong ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Untuk yang dipanggil ke PSEE online Penolong Pegawai Pembangunan S29, korang cerna dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Siapa bilang atok lupakan sahabat2 driver H11 kita, untuk calon H11, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Penutup Betul Ni

Lastly, yang harus hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok bekalkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilai W29 ni. Sebagai hadiah.

Sapa calon peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM tu? Sila angkat tangan. Atok ada coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).

Serius, Ni Baru Penutup!

Bagi yang bakal menjadi tenaga pengajar di ILP dan IKTBN, temuduga korang akan dijalankan tidak lama lagi. Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni pasti akan banyak membantu persiapan korang.

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Syabas atok ucapkan. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Jangan menggiggil, relaks la dan baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang cute miut tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.

Calon untuk exam online SPA pembantu penguasa kastam adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19.

OK, ni btl2 last. Kalau korang ada mohon pembantu pendaftaran dalam SPA9, panggilan boleh jadi dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

3 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD)”

    • Hai Gan, setakat ni tidak dinyatakan secara jelas jenis ijazah yg dikhususkan utk PTD. Apa2 bidang pun boleh. Apa yg penting pointer yg tinggi dan penglibatan aktif dalam bidang luar akademik.

      Klu nak juga atok suggest, mungkin bidang hubungan antarabangsa atau sains politik atau bidang berkaitan pentadbiran organisasi. Tq..

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!