Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 ambilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 31 Mac 2021 ni? Memang tak hado la kan. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 JAKIM yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini.

Isi Kandungan

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 secara rasmi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i).

Permohonan jawatan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Mengenai jumlah kekosongan, berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 24 November 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 29 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 60 orang.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 DI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 31 MAC 2021 (RABU)

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-hal-ehwal-islam-s29

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/ web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ;

Gaji minimum RM1,493.00
Gaji maksimum RM5,672.00
Kenaikan Gaji TahunanRM145.00
Jadual Gaji Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam dengan gred S29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Apakah Skop kerja / deskripsi tugas Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29?

Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan dakwah, pengurusan masjid, akidah, halal, undang-undang Syariah, Baitulmal dan penguatkuasaan.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00);

atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00);

atau

Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 31 Mac 2021. Jatuh pada hari Rabu.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 selama satu jam dan empat puluh minit untuk sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Buat sehabis baik kali ini. Bukan utk korang tapi..

Rujukan contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Anak Solehah

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 terutama di seksyen B (Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah).

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 Vs Format 2020/2021

Format Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – 2016/2017

Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat

Seksyen B: Pengetahuan Am

Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – 2020/2021

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 3 (tiga) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen UJIAN SAHSIAH DAN MINAT ditiadakan dan telah digantikan dengan seksyen PENGETAHUAN AM.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya. Dan paling mengelirukan. Nasib baek dah takda.

Elak ‘Tersilap Menyelaras Program Keagamaan Jabatan’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas hakiki sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 sehingga tersilap menyelaras ‘program keagamaan jabatan’ yg telah direncanakan.

Cuma kali ini, bukan menyebabkan kecelaruan atau kelam-kabut kepada pihak yang terlibat. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29!

Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Untuk seksyen A pula, jangan risau. Kita akan bincangkan sebentar lagi..

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Pengetahuan Am

Daripada 3 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan skop soalan seksyen Pengetahuan Am Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan S29
  • Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
  • Isu-isu Semasa Nasional (fokus pada vaksin)
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia

Pheww.. Memang besar gila skop. Kalau nak prepare semua memang biru la. Tapi dua je yang confirm korang boleh buat persediaan tepat;

1) Hal Ehwal Islam
2) JAKIM

Pastikan soalan berkaitan hal ehwal berkaitan Islam dan JAKIM ni korang jawab semua betul.

Pernah dalam peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 sebelum ni ditanya;

  • berkaitan logo JAKIM
  • berkaitan unit khas JAKIM
  • sejarah JAKIM
  • berkaitan isu semasa Islam di Malaysia

Jadi bahagian ni korang kena master. Kalau nak study bab ‘Perkembangan Semasa’ memang korang akan ‘melayang tak tentu arah di awang-awangan’.

Boleh study secara kasar, tapi bab hal ehwal berkaitan Islam dan JAKIM ni kena fokus sebab ianya pada skop yang terarah untuk study.

Apa yang penting, fokus pada benda yang korang tahu dengan jelas apa nak baca iaitu berkaitan ehwal hal ehwal berkaitan Islam dan JAKIM!

Buat secepat mungkin!

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi contoh soalan jenis kenegaraan yer).

Nanti mungkin ada yg bertanya, kenapa soalan ni tadak jawapan. Yup.. mmg atok tak sediakan jawapan. Ini hanya contoh soalan sahaja. Kalau nak yg versi lengkap, ada soalan, ada jawapan, ada nota dan ada semuanya. Korang kena dapatkan rujukan extra versi penuh di bawah. Harap maklum ya. Terima kasih.

1) Negara yang tidak membuat tuntutan terhadap Kepulauan Spratly ialah

A. China
B. Vietnam
C. Cambodia
D. Brunei Darussalam

2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

3) Perlembagaan Malaysia memberi perlindungan seperti berikut kecuali

A. Kedudukan istimewa orang Melayu.
B. Hak bebas semua rakyat melawat mana – mana negara lain.
C. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
D. hak yang sama rata bagi semua rakyat di sisi undang – undang.

4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5). Prinsip – prinsip asas Dasar Luar Malaysia ialah

i. kewujudan bersama secara harmoni.
ii. kesamaan kedaulatan dan perasaan saling menghormati terhadap keutuhan wilayah.
iii. menyelesaikan pertelingkahan secara aman serta manfaat bersama dalam hubungan.
iv. mencampuri urusan dalaman negara luar terutamanya dalam konteks hubungan serantau.

A. I dan II
B. III dan IV
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

8) Berikut ialah agensi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, kecuali

A. Food Aid Organization (FAO)
B. International Labour Organization (ILO)
C. North Atlantic Treaty Organization (NATO)
D. International Civil Aviation Organization (ICAO)

9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

11) Apakah matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA)?

A. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara ASEAN.
B. Menyemai konsep memakmurkan jiran sesuai dengan semangat kerjasama ekonomi antara negara ASEAN.
C. Menghapuskan birokrasi pentadbiran berkaitan urusan import dan eksport barangan negara – negara ASEAN.
D. Membantu negara – negara ASEAN memantapkan seumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.

12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?

A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi

13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?

A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan

14) Salah satu aspek yang ditekankan oleh Inisiatif Pembaharuan Strategik dalam Model Baru Ekonomi adalah

A) Mengukuhkan sektor awam
B) Menyatukan semua rakyat
C) Membina infrastruktur bertaraf dunia
D) Menjadikan rakyat lebih kaya dan berpelajaran

15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan) bagi seksyen A Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan extra peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 berikut.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 JAKIM

Atau,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang menerangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap cara menangani soalan dalam seksyen A ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung sambil ‘Nangis Di Tepi Pejabat JAKIM’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘nyampah dan mata berpinar’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan nyampah giler. Padahnya ‘nangis kat tepi Pejabat JAKIM’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Ada Satu Masa’ela

Sebelum kita ke contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 utk seksyen B, atok nak kongsi satu masalah.

Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:

Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?

Jawapannya:

Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!

Kenapa korang nak rendahkan peluang lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..

Situasinya begini:

” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen B peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen A Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 kerana kehabisan masa. “

So, elakkan masa’ela ni menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga. Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Noraishah ialah adik kepada Sazila. Selain turut cantik seperti kakaknya, Noraishah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Noraishah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Kerapu yang dibeli Uncle Armin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Kerapu Uncle Armin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Imanuel membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Imanuel dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Mustaqim baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Mustaqim membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel berwarna amethyst daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna amethyst yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Tae Kwan Do Kolej Kemboja membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Tae Kwan Do Kolej Kemboja yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Samad dan Mukerji masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Samad mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma pentadekagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma pentadekagonal O. Prisma pentadekagonal P pula lebih berat daripada Prisma pentadekagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma pentadekagonal M. Susun kedudukan Prisma pentadekagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna gold black terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW warna gold black terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Jitra ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu W dan ruang tamu X. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu X?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Valerie Annabel seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Valerie Annabel dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk quindekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk quindekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Binjai (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah buah Binjai tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah buah Binjai daripada Tajol. Berapakah jumlah buah Binjai yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Piarom diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Piarom tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Piarom tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Piarom yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan extra peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 berikut.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Atau pun,

Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Kalanidhi needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Lindsay Kang has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Lindsay has three animals in total.
B) Lindsay has more cats than dogs.
C) One of Lindsay’s cats is black.
D) All of Lindsay’s dogs have spots.

3) Zubaidah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Ifftitah Sehra lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Ifftitah Sehra lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Bahdishah said to his wife.

A) Bahdishah told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Bahdishah told his wife to cook his special dinner that night.
C) Bahdishah’s wife will cook a special dinner with Bahdishah at night.
D) Bahdishah’s wife told Bahdishah to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Logan Seah live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Jahid Mail __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Leopold VII was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).

Necessity, they say, is the mother of invention. And Indian doctors have been quite creative when hamstrung by few or no tools to perform specific surgeries. They simply design it themselves at one-fourth the price they are sold abroad. In fact, some of their innovations are priced at as much as hundreds of dollars abroad.

Take 47-year-old Dr Burjor P Banaji, pioneer of Lasik surgery in India. He’s invented over a dozen surgical instruments. When this senior eye surgeon at Max Eye Care started Lasik, there were few surgeons doing it worldwide and no specific instruments were available either. “As I want things super-perfect, I designed a whole slew of instruments that made my surgery more efficient,” says Banaji. The most popular instruments are Banaji Lasik Shield and Banaji Lasik Spatula and Canulae. “It was simple. I had the designs in my head. Putting them down on paper was the simplest thing,” he says. Instruments manufacturers and large multinationals in the US snapped them up. “They would send me computer generated drawings which I would correct and send back. Their level of execution was astounding. Within two weeks of the designs being finalised, the instruments were in the world market.”

His instruments are priced at hundreds of dollars each in the US, and are also sold in Switzerland, South America, Korea, Eastern Europe, Africa and Japan. They’re available in India at a fraction of the price.

9) Why have some Indian doctors created their own surgical tools?

A) they have no tools to perform specific surgeries
B) they have a hamstring problem
C) the tools they get from abroad cost four times as much
D) they can sell these tools at a very high price.

10) What has Dr Burjor P Banaji created?

A) Lasik surgery
B) Max Eye Care Centre
C) two surgical instruments called Banaji Lasik Shield and Banaji Lasik Spatula and Canulae
D) more than a dozen instruments for operating on the eye.

Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).

Alfred Hitchcock was a man with vivid imagination, strong creative skills and a passion for life. With his unique style and God-gifted wit he produced and directed some of the most thrilling films that had the audience almost swooning with fright and falling off their seats with laughter.

Alfred Hitchcock was greatly influenced by American films and magazines. At the age of 20, he took up a job at the office of Paramount Studio, London. Using imagination, talent and dedication, he made each of his endeavours a success. He took great pleasure in working in the studio and often worked all seven days a week.

He moved to the USA in 1939 and got his American citizenship in 1955. Here, he produced many more films and hosted a weekly television show. No matter from where his ideas came, whether a magazine article, a mystery novel or incident, his films had the typical “Hitchcock touch”-where the agony of suspense was relieved by interludes of laughter! Hitchcock was knighted in 1980.

11) What qualities helped Hitchcock achieve success?

A) his imagination, creativity and passion for life
B) his hard work, his imagination and his sense of humour
C) his creativity, his passion for life and his sense of humour
D) his imagination, his talent and his dedication

12) What is Alfred Hitchcock famous as?

A) writer
B) film producer
C) Television actor
D) film actor

13) What did the typical Hitchcock-style of film-making include?

A) fear and passion
B) fear and humour
C) suspense and humour
D) fear and suspense

14) What did Alfred Hitchcock do in United States?

A) He produced films and read magazines
B) He produced films and television serials
C) He read magazines and saw films
D) He produced films and hosted a television show

15) What does the word swooning mean?

A) fainting
B) falling
C) hiding
D) becoming conscious

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan extra peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 di bawah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Kunci Kejayaan Calon Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan extra peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni, korang akan dapat 90 contoh soalan Pengetahuan Am dan jawapan, 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan dan 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan jawapan.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Rujukan peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29

Ingat ya: eBook bonus Seksyen A Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 tu hanya akan available di ruangan download pada 27 Mac 2021. So, kembali semula ke laman download korang pada tarikh tersebut.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang beramal soleh tanpa sengaja

Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini atok akan salurkan kepada badan-badan kebajikan seperti Serantau Muslim, Iman Care, AmanPalestine dan beberapa tempat lagi. Bak kata orang – membeli sambil beramal la korang ni.

Lagi pun, bukankah korang bakal-bakal ustaz dan ustazah di JAKIM? Atok percaya, inilah yg paling meriangkan korang. Sebab tiada yg lebih membahagiakan selain daripada dapat membantu sesama muslim. Di samping mengumpul bekalan amal utk hari kemudian.

(Nota: Pakej amal ini hanya efektif melalui pembelian yang dibuat dari laman ini sahaja).

Ke mana hasil sumbangan tersebut akan diagihkan?

Badan kebajikan Serantau Muslim menguruskan dana yg terkumpul utk disalurkan kpd rakan-rakan yang kurang bernasib baik di sekitar Asia Tenggara. Misalnya pembinaan masjid yang runtuh akibat gempa, pembikinan semula sekolah yang ranap akibat tsunami, menggali perigi untuk penduduk yg tiada bekalan air, mendirikan rumah buat fakir miskin, membekalkan Al-Quran kepada pondok-pondok pengajian/madrasah dan banyak lagi.

Manakala, Badan kebajikan Iman Care lebih berfokuskan kpd nasib saudara-saudara kita yg berada di negara-negara bergolak. Antara kegunaan dana yang terkumpul ialah bagi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria (berupa selimut, alat pemanas, khemah dll), menanggung kos pembuatan roti untuk penduduk Palestin, membeli bantuan perubatan kepada rakyat Gaza dan seumpamanya.

Best kan? Sambil cuba2 mengubah nasib korang n family. Dapat pula beramal soleh. Korang memang anak yg baik!

2) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S291 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

5) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan extra Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Versi Penuh

Berikut step by step cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan Extra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan anda

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena klik guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini kalau korang nak pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra daya menyelesaikan masalah

4. Tapi klu korang nak pakej utk eBook Kefahaman Bahasa Inggeris. Korang klik lagi sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #3‘ (yg kaler kuning aka gold tu). Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘. Tapi klu korang nak kesemua eBook, korang just pilih jer ‘ULTIMATE‘.

pilih ebook extra kefahaman bahasa inggeris

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian’.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions.’.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

Selepas itu, korang kena login dlm online banking mcm biasa la. Username, password dan mungkin nombor TAC. Alaaa.. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan.

Jelas tak korang? Kalau masih tak faham jugak. Boleh emel atok, di [email protected] utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.

Itu cara bayaran menggunakan billplz / online banking.

Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?

Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan extra ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Klu korang pilih kaedah ni, bleh emel atok di [email protected] untuk bantuan pembelian secara manual.

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Bak kata pepatah arab – ‘Man jadda wajada‘. Siapa berusaha bersungguh-sungguh, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

So, berapa lama saya akan dapat rujukan tu selepas bayaran dibuat?

Klu korang pilih pembayaran menggunakan billplz / online banking, proses ni hanya mengambil masa 1- 2 jam sahaja!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang akan korang hadapi pada 31 Mac 2021 ini.

Atok ingatkan sekali lagi, contoh soalan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Bukan soalan spot. Dan bukan juga soalan ramalan. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Veterinar G29 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Untuk korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Pembantu Penyelidik Q19. Persiapan rapi haruslah dilakukan bagi menghadapi exam online ni. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19.

Tak lupa juga untuk calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas untuk cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam bagi ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan exam Pegawai Hal Ehwal Islam S41? Jawatan ni agak rare dan jarang diadakan pengambilan. Antara bahan bacaan yg amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, untuk yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41.

Last but not least, khusus untuk calon exam online SPA bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Exam Online SPA yg terakhir bagi jawatan Pegawai Pertanian G41 ambilan Kementerian Jabatan Pertanian bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA untuk jawatan Jurufotografi B19 tetap akan dijalankan dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Kepada yg terlibat, sila penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat penting seperti contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penolong Pegawai Pertanian G29 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.

Kepada mereka yg dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia sebagai Pegawai Pendaftaran KP41. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan Pegawai Pendaftaran KP41. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi JPN k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA bagi jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.

Kepada korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan exam online SPA Pembantu Pustakawan S19 telah dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 ni.

OK, ni btl2 last. Calon exam SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!