Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19

Dapat panggilan exam online Pembantu Kemahiran Gred H19 pada bulan ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 JKR

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Nota Penting: Sebelum itu, bagi korang yg dapat panggilan untuk ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 untuk ambilan di Kementerian Kerja Raya yg akan berlangsung pada 14 Mei 2024 ini. Sila jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19.

Dah ready utk iv Pembantu Kemahiran H19? Syabas diucapkan. Last cabaran yg korang kena lalui dgn cemerlang sebelum dpt lantikan jawatan Pembantu Kemahiran H19 ialah stage sesi temuduga Pembantu Kemahiran H19 utk ambilan di Kementerian Kerja Raya pada kali ini. Cer cuba baca contoh soalan temuduga Pembantu Kemahiran H19 ni. Cer cuba..

Kekosongan jawatan kosong Pembantu Kemahiran H19

Berpandukan hebahan SPA bertarikh 23 Julai 2021, Kementerian Kerja Raya Malaysia memerlukan seramai 152 Pembantu Kemahiran H19. Sementara calon simpanan yg dinyatakan adalah seramai 150 tempat.

Jumlah ini nampak memberi ‘harapan’. Nampak macam banyak tempat kosong tu.

Tapi jumlah permohonan yg diterima utk jawatan ini adalah jauh lebih ramai daripada itu. Dianggarkan sekitar 40 – 80 ribu permohonan. Macam?

Jadi sila tumpukan perhatian korang pada perkongsian ini!

Permohonan jawatan kosong Pembantu Kemahiran H19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Kemahiran H19 JKR secara rasmi di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Kemahiran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA (KKR)

TARIKH PEPERIKSAAN : AKAN DIUMUMKAN KEMUDIAN

Pautan Alternatif:

Pautan akan dikemaskini kemudian

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual gaji Pembantu Kemahiran

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Kemahiran Gred H19 ;

Gaji minimum RM 1,377.00
Gaji maksimum RM 4,052.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00
Jadual Gaji Pembantu Kemahiran Gred H19

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Kemahiran H19 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Kemahiran Gred H19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Kemahiran?

Secara am, tugas seorang Pembantu Kemahiran JKR adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan / jentera / peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Kemahiran H19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24).

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Pembantu Kemahiran H19

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Kemahiran H19 untuk tahun 2021 bakal dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Kemahiran Gred H19 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00. Inilah tempoh singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19

Untuk menyandang jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19

Format Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Kemahiran H19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2018 vs Format 2021

Format Pembantu Kemahiran H19 – 2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Kemahiran H19 – 2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama. Nampaknya penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ.

Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS. Nampak di situ..

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak terkena renjatan

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon exam Pembantu Kemahiran ‘terkena renjatan‘ lalu gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang ‘yes sir‘ ‘no sir‘ je la.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai tersadung paip

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir terjatuh akibat ‘tersadung paip‘ soalan matematik.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Interpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Pembantu Kemahiran H19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju belang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju kapas pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju satin. Manakala Budak berbaju satin mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju belang. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Segamat mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Segamat?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Afif dan abangnya Aiman baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Afif mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Zakimah Imannah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Zakimah Imannah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Arriana Aina ialah adik kepada Zakimah Imannah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Arriana Aina juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Arriana Aina untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Kanang ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Modisin membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Modisin dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Davindy membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Davindy membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Kemahiran Gred H19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 Jabatan Kerja Raya

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan akan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, soalan berkaitan vocabulary atau soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Deborah has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Deborah has three animals in total.
B) Deborah has more cats than dogs.
C) One of Deborah’s cats is black.
D) All of Deborah’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Annjali lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Annjali lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where ___________________ Sarah live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Jamaluddin __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) How many people _ in your family?

A. are there
B. is there
C. there are
D. there

6) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

dont you understand what im saying shouted his father get down at once

A) Don’t you understand what Im saying, shouted his father. Get down at once.
B) “Don’t you understand what I’m saying”, shouted his father, “Get down at once.”
C) “Don’t you understand what Im saying”, shouted his father. “Get down at once”
D) “Dont you understand what I’m saying.” shouted his father. “Get down at once”
E) “Don’t you understand what I’m saying?” shouted his father. “Get down at once.”

7) Choose the option which will best replace the underlined word in the sentence to make it correct.

The hotel accomodation was luxurious.

A) acommodation
B) accommodation
C) accomadation
D) accommerdation

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 8 – 9).

When I returned to the common the sun was setting. The crowd about the pit had increased, and stood out black against the lemon yellow of the sky-a couple of hundred people, perhaps. There were raised voices, and some sort of struggle appeared to be going on about the pit. Strange imaginings passed through my mind. As I drew nearer I heard Stent’s voice:

“Keep back! Keep back!” A boy came running towards me. “It’s movin’,” he said to me as he passed; “it’s screwin’ and screwin’ out. I don’t like it. I’m goin’ home, I am.” I went on to the crowd. There were really, I should think, two or three hundred people elbowing and jostling one another, the one or two ladies there being by no means the least active. “He’s fallen in the pit!” cried some one. “Keep back!” said several. The crowd swayed a little, and I elbowed my way through. Everyone seemed greatly excited. I heard a peculiar humming sound from the pit. “I say!” said Ogilvy. “Help keep these idiots back. We don’t know what’s in the confounded thing, you know!”

I saw a young man, a shop assistant in Woking I believe he was, standing on the cylinder and trying to scramble out of the hole again. The crowd had pushed him in. The end of the cylinder was being screwed out from within. Nearly two feet of shining screw projected. Somebody blundered against me, and I narrowly missed being pitched onto the top of the screw. I turned, and as I did so the screw must have come out, for the lid of the cylinder fell upon the gravel with a ringing concussion. I stuck my elbow into the person behind me, and turned my head towards the Thing again. For a moment that circular cavity seemed perfectly black. I had the sunset in my eyes.

I think everyone expected to see a man emerge-possibly something a little unlike us terrestrial men, but in all essentials a man. I know I did. But, looking, I presently saw something stirring within the shadow: greyish billowy movements, one above another, and then two luminous disks-like eyes. Then something resembling a little grey snake, about the thickness of a walking stick, coiled up out of the writhing middle, and wriggled in the air towards me-and then another.

A sudden chill came over me. There was a loud shriek from a woman behind. I half turned, keeping my eyes fixed upon the cylinder still, from which other tentacles were now projecting, and began pushing my way back from the edge of the pit. I saw astonishment giving place to horror on the faces of the people about me. I heard inarticulate exclamations on all sides. There was a general movement backwards. I saw the shopman struggling still on the edge of the pit. I found myself alone, and saw the people on the other side of the pit running off, Stent among them. I looked again at the cylinder and ungovernable terror gripped me. I stood petrified and staring.

From ‘The War of the Worlds’, by H G Wells

8) This is part of a science fiction story. The most important clue to this would be:

A) the cylinder in a hole on the common.
B) something unscrewing the cylinder from within.
C) the sense of terror and apprehension in the crowd.
D) the emergence of a Martian.
E) the author’s feelings of disgust and dread.

9) The people in the crowd were first ‘elbowing and jostling’ one another because:

A) they were retreating in fear from the pit.
B) some were trying to push others into the pit.
C) they were excited and curious to see what was in the pit.
D) a few had lost their tempers.
E) there were no police present to control them.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Kemahiran Gred H19 ini (yang dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 di bawah :

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 Kementerian Kerja Raya

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan eXtra Seksyen.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke ni tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting, korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Kemahiran Gred H19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian terperinci untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2021.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm setengah jam. Pegi ulang-alik amik barang.

Korang juga tak perlu tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, tgk hp, main Free Fire, pastu tidur lagi dan seterusnya. Terus baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih meminati kerja swasta (atas sebab peningkatan kerjaya dirasakan lebih cerah), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menghadirkan diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup betul ni

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

JPA sudah memaklumkan SPA untuk membuat tapisan bagi calon-calon Pegawai Latihan Vokasional DV41 yg bakal diserap tidak lama lagi. Jadi, panggilan exam online dah dikeluarkan. Jika korang terlibat, atok ada sediakan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Latihan Vokasional DV41. Baca la.

Kepada yang bakal menganggotai Agensi Anti Dadah Kebangsaan sebagai pembantu S19. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Dapat panggilan PSEE online pembantu tadbir? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Last but not least, jawatan sebagai Pembantu Makmal C19 adalah merentas kementerian/jabatan. Maksudnya, banyak agensi kerajaan yg memerlukan perkhidmatan C19 ini. Jika korang ada isi dalam SPA9 dan dah dpt panggilan, kumpulkan maklumat penting di contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19.

Ni la dia baru penutup!

Khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu.

Exam online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi exam online untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Anytime from now, SPA akan keluarkan panggilan exam Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Arkib Negara Malaysia sedang membuka ruang dan peluang kepada calon yang layak dan berminat untuk berkhidmat bersama mereka. Jika korang dapat panggilan exam, ambil sedikit info berguna daripada perkongsian atok berjudul contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41.

Jabatan Veterinar dijangka akan membuat pengambilan bagi jawatan Penolong Pegawai Veterinar dalam suku pertama tahun 2021 ni. Bagi yg ada membuat permohonan, elok korang bersedia awal-awal. Baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni siap-siap.

OK, ni btl2 last. Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok da sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Untuk maklumat lain jawatan ni, korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Bon voyage dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!