Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19

Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 yang boleh dijadikan latihan oleh calon Semenanjung. Koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ini adalah terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19

Khas kepada calon yang dipanggil ke sesi ujian psikometrik Pembantu Perikanan G19 untuk ambilan Jabatan Perikanan Malaysia (calon Semenanjung) yg bakal diadakan pada 13 Januari 2022 ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh korang dapatkan di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perikanan G19.

Kepada calon yang berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perikanan G19, atok galakkan korang membuat persediaan rapi. Jgn sia-siakan peluang yg diberi. Juga jangan lupa dapatkan sedikit info di soalan temuduga Pembantu Perikanan G19 ini.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan Gred G19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada kali ini.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Perikanan G19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Perikanan G19 secara rasmi di Jabatan Perikanan Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Perikanan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan jawatan Pembantu Perikanan G19

Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 1 Oktober 2021 untuk ambilan di Jabatan Perikanan Malaysia (calon Semenanjung). Bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 3 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 40 orang.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pembantu Perikanan

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU PERIKANAN GRED G19 (SEMENANJUNG) DI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-perikanan-g19

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

” *Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. “

Jadual gaji Pembantu Perikanan G19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Perikanan ;

Gaji minimum RM 1,357.00
Gaji maksimum RM 4,008.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00
Jadual Gaji Pembantu Perikanan Gred G19

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Perikanan bergred G19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Perikanan G19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Perikanan?

Secara am, tugas seorang Pembantu Perikanan Gred G19 adalah seperti berikut:

” Mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan. “

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Perikanan G19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00);

atau

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,357.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,413.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred G19: RM1,469.80).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pembantu Perikanan G19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Perikanan G19 untuk tahun 2022 masih lagi belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih belum diputuskan lagi.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10 pagi sampai la jam 11 pagi. Inilah pagi yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Perikanan

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Perikanan G19 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Perikanan G19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Perikanan G19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pembantu Perikanan G19

Format Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Perikanan G19 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2021/2022

Format Pembantu Perikanan G19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Perikanan G19 – 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak seakan sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Perikanan G19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak gejala ‘tersangkut di pukat’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon bagaikan ikan yg ‘tersangkut di pukat’ semasa exam. Lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah ‘statistik’ kegagalan peribadi lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon mempunyai penyakit ‘pening angka’ atau ‘benci nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan nombr. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap ‘nyampah tol den’.

Kenapa tu?

Korang ada belajar kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik atau kecerdasan naturalis berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya ‘statistik kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Perikanan G19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Harga sekeping Pizza X ialah RM15.35, manakala dua keping Pizza Y pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Iman Fikry membeli 8 keping Pizza dari Pizza Y berbanding Pizza X?

A) 3.75%
B) 4.60%
C) 96.25%
D) 122.80%

2) Erwan Syah dan abangnya Khairil Azwan baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Erwan Syah mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 1 Teratai mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 1 Teratai. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 1 Teratai tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Sarikei mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Sarikei?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Ellysherah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Ellysherah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Radzlizawatiy ialah adik kepada Ellysherah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Radzlizawatiy juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Radzlizawatiy untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Avitus ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Avitus?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Jipilin membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Jipilin dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Santiey baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Perikanan Gred G19 di Jabatan Perikanan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Santiey membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) Bungkusan M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Bungkusan O. Bungkusan P pula lebih berat daripada Bungkusan O, tetapi lebih ringan daripada Bungkusan M. Susun kedudukan semua bungkusan tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Perikanan G19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Sesyen berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Perikanan Gred G19 Gaji

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Perikanan G19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Questions 1–5 are based on the following passages.

Passage 1

When discussing coloration, we have first to distinguish between the color and the markings. The former is very often highly variable among snakes of the same species, to say nothing of the changes which may take place with age or with the condition of the individual snakes, whether before or after exuviation; it is not unusual to find among specimens from the same locality a great range of variation, from greyish-white to brown, or red, or black, as, for instance, in our Common Viper. The latter afford more important characters, and often furnish valuable indications for the distinction of species; but even the disposition of the markings is subject to great individual variations, more likely to mislead than to help the inexperienced student in the discrimination of species.

It is therefore always advisable to resort in the first instance to structural characters for the purpose of specific identification, and to fall back on coloration only as a means of confirmation. If we were to be guided by color and markings alone, how could we believe that an adult four-lined Coluberquatuorlineatus is of the same species as the handsomely spotted Colubersauromates. Yet, if we compare the young of these two snakes we find them to be absolutely identical in their markings, and, in the absence of any structural differences, we are forced to conclude that they only represent two forms of the same species, of which the latter is the more primitive.

It is nevertheless a fact that, with a few exceptions, the markings, however variable they may be, are reducible to certain fundamental patterns to which the innumerable variations may be traced back, and their derivation followed and scientifically explained. Let us consider, for instance, another species of Coluber, highly variable in its markings: C. leopardinus, of which the typical form, so called from having been the first described and named, is not by any means to be regarded as the most primitive.

Adapted from “The Snakes of Europe” by G.A. Boulenger. Originally published in 1913.

1) According to Passage 1, what is true about Coluberquatuorlineatus and Colubersauromates?

A. They have identical markings.
B. The Coluberquatuorlineatus is unrelated to the Colubersauromates.
C. The adult snakes do not resemble their young.
D. Colubersauromates evolved before Coluberquatuorlineatus.

2) Which choice provides the best evidence for the answer to the above question?

A. Paragraph 2, Sentence 1 (“It is … confirmation)
B. Paragraph 2, Sentence 3 (“Yet, if we…primitive.”)
C. Paragraph 3, Sentence 1 (“It is…explained.”)
D. Paragraph 3, Sentence 2 (“Let us consider…primitive.”)

3) In Passage 1, the author is primarily concerned with doing which of the following?

A. Establishing a framework for additional discussion.
B. Pointing out features unique to a particular animal species.
C. Explaining evolutionary trends in snake color and markings.
D. Comparing the appearance of multiple species.

4) Which of the following inferences about snake coloring and markings is most supported by Passage 1?

A. Coloring can be classified by a finite number of reducible patterns.
B. Coloring can be as reliable an indicator of species as markings.
C. Two different species of snake will not have the same coloring and markings.
D. Coloring sometimes helps distinguish snake species.

5) Which of the following best describes the relationship of the statement about C. leopardinus in Passage 1 to the passage as a whole?

A. It presents a hypothesis that disproves an earlier statement.
B. It offers an alternate interpretation of a previous idea.
C. It distills the broader point of the passage into a specific example.
D. It answers an anticipated question that the reader might have based on prior information.

6) Please read the following sentence.

Once Patricia lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Patricia lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Felesty has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Felesty has three animals in total.
B) Felesty has more cats than dogs.
C) One of Felesty’s cats is black.
D) All of Felesty’s dogs have spots.

8) Where _________ Chello live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Ramless ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a _________________ Hari Raya Qurban cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Perikanan G19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Sesyen di bawah.

Contoh Soalan Pembantu Perikanan G19 Jabatan Perikanan Malaysia

Atau pun,

Baca perkongsian atok yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19

Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan eXtra Seksyen.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Halamak.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Perikanan G19 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2022.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Jika proses pembayaran tiada masalah, selalunya keseluruhan proses ini mengambil masa kurang daripada sejam shj.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 45 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai lagi. Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon exam PSEE online gred S19 di Jabatan Kemajuan Masyarakat pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Bilangan dipanggil utk exam online pembantu pendaftaran amat-amat ramai. Dan itu baru calon Sabah dan Sarawak saja. Belum masuk calon Semenanjung lagi. Korang rasa? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum lagi keluar. Tapi tarikh yang dijangkakan sudah semakin dekat. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara panggilan exam PSEE yang wajib dibuat setiap tahun oleh SPA. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia (MOH). Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam belum dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Last but not least, dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Serius, ni baru penutup!

Kepada yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khusus calon yg dipangil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan juga utk Jabatan Perangkaan Malaysia akan dijalankan lagi beberapa hari. Jumlahnya lagi sedikit daripada E29. Memang peluang baik. Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Panggilan exam sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni. Sebagai persediaan awal.

OK, ni btl2 last, utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

1 thought on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Perikanan G19”

Leave a Comment

error: Content is protected !!