27 Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am & Jawapan

Korang dipanggil peperiksaan online SPA atau dipanggil ke exam under SPA negeri? Sampai saat ini masih tak pasti apa benda nak kena prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan SPA Pengetahuan Am & Jawapan yg bagus? Gagal Peperiksaan online SPA (PSEE) akan ‘menghancurkan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap yang menjadi idaman ramai.

Contoh soalan spa pengetahuan am

Mai follow atok di atokpencen.com di Twitter dan atokpencen.com di Facebook. Takkan tak sudi kot..

Gagal peperiksaan SPA (terutama seksyen Pengetahuan Am), akan ‘menguburkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Pegawai Kerajaan yang hensem sangat’ atau ‘Akak Gomen yg cantik manis’. Gagal peperiksaan SPA juga semestinya ‘memudarkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal byk berbakti kelak.

Gagal peperiksaan SPA ini sudah pasti ‘melemaskan’ hasrat korang untuk menjadi anak yg selalu menjadi ’sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang. Dan gagal peperiksaan SPA juga ini sudah pasti ‘mematahkan’ anganan korang untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa kupi-kupi di kedai mamak.

Khas orang Kedah: Asalnya, rujukan ini digunakan untuk calon-calon yang akan menduduki PSEE under SPA Pusat. Namun, kebanyakan skop dan nota yang terkandung di dalam rujukan ini juga turut sesuai digunakan untuk peperiksaan-peperiksaan online yang lain termasuk Peperiksaan Atas Talian kelolaan SPA Kedah. Jadi, kepada korang yang akan menduduki Peperiksaan Atas Talian SPA Kedah bagi jawatan Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 (Tetap) pada Bulan November 2023 ini. Kalau korang ada duit lebih, boleh jadikan ini sebagai bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada korang.

Nota Penting: Untuk korang yang akan menduduki Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT) Sarawak pada bulan September & Oktober 2023 ini. Buat persediaan penuh! Bahan ulangkaji dan latih tubi untuk peperiksaan REQT Sarawak boleh korang dapatkan di Rujukan peperiksaan online Sarawak (REQT) ini.

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan SPA Pengetahuan Am & jawapan yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan SPA Pengetahuan Am yang disediakan di bawah.

Bertuahnya, sebab korang juga boleh dapatkan rujukan tambahan contoh soalan SPA Pengetahuan Am yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sampingan dalam menghadapi peperiksaan online (PSEE) pada tahun ini.

Objektif Peperiksaan Online SPA – Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam

Peperiksaan Online SPA – Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam adalah bertujuan untuk menapis calon yang layak untuk diserap masuk ke dalam sistem Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Umum mengetahui, bahawa berjuta-juta pemohon telah mengisi borang permohonan online di laman web SPA dan hanya sebilangan kecil sahaja yang benar-benar layak untuk memohon sesuatu jawatan dalam kerajaan.

Daripada mereka yang layak ini, akan ditapis melalui pelbagai kaedah. Bermula dengan tapisan dalam sistem SPA9, diikuti dengan tapisan peperiksaan online, ujian psikometrik, pemeriksaan fizikal dan kecergasan. Kemudian, tapisan Program Assessment Center (PAC), dan dikehendaki lulus temuduga sebelum layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan.

Berkhidmat dalam sektor awam menjadi idaman ramai kerana manfaat yang tidak sedikit yang ditawarkan kepada kakitangan kerajaan. Adalah bukan rahsia lagi bahawa sesiapa yang berkhidmat dan menjawat jawatan kerajaan, kehidupan mereka akan lebih mudah. Salah satunya adalah mudah untuk mendapatkan pembiayaan kewangan dan pembiayaan perumahan.

Semakan Penjadualan Peperiksaan SPA

Semakan penjadualan peperiksaan online SPA boleh dibuat dengan melayari:

Facebook SPA:

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual ujian psikometrik terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih.

Pengenalan Seksyen Pengetahuan Am

Apa itu Seksyen Pengetahuan Am?

Basically, seksyen Pengetahuan Am ini adalah bertujuan untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara-perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan isu-isu mutakhir di Malaysia secara khusus. Antara topik besar yang sering disoal dalam seksyen Pengetahuan Am adalah berkaitan dengan isu-isu semasa, hal ehwal politik, dasar-dasar awam pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, serta keselamatan negara.

Sesetegah peperiksaan online SPA mengandungi 3 seksyen. Manakala yg lain cuma ada 2 seksyen sahaja.

Dua lagi seksyen tersebut ialah Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan Seksyen Kefahaman bahasa Inggeris.

Loya & Mual Dasar Negara

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya & mual dasar negara‘ terhadap isu semasa yang berkait dengan hal-ehwal pentadbiran dan kenegaraan.

Yup.. Atok tak tahu kenapa benda ni jadi. Korang kalau isu ‘viral‘ memang no 1. The best. Tau aje apa benda yang sedang ‘trending’ now.

Tapi atok minta mahap byk2, soal apa tgh viral dan apa yg sedang trending saat ini kompom tak kuar dalam soalan SPA seksyen Pengetahuan Am.

Analisa Pecahan Soalan Dalam Seksyen Pengetahuan Am

Baca berulang kali dan fahami betul2 bahagian ini kerana ini merupakan penerangan terpenting dalam artikel ini.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Bahagian Analisis, Tim Infokerjaya yang dikongsikan kepada atok. Didapati bahawa, bermula PSEE sesi 2021. Pecahan soalan dalam seksyen Pengetahuan Am telah berubah.

Berikut adalah pecahan terkini soalan:

1) Soalan mostly tanya tentang jawatan
2) Soalan tentang pentadbiran negara
3) Soalan tentang isu semasa yg berlaku sekarang
4) Soalan tentang sejarah (sesi 2019/2020 tiada soalan jenis ni)

‘Begitu pula!’

‘So, apa sy kena buat ni tok?’

Kepada korang yg rajin tu, sila buat homework dengan membaca lebih banyak mengenai pecahan soalan yg atok jelaskan di atas. Bagi yang kureng ckit tu? Pun kena banyak membaca juga. Tiada pilihan. Tiada short cut!

Tetapi untuk meringankan sedikit beban korang, beli jela rujukan yg atok cadangkan di bawah.

Sekurang-kurangnya masih lebih baik daripada korang duk exam tanpa membuat apa-apa persediaan langsung.

Tapi itu tak bermakna korang da tak payah menambah pengetahuan am pula (terutama pecahan 3 dan pecahan 4 di atas).

Lagi pula, Pengetahuan Am ni tetap sentiasa penting pada sepanjang masa. Taklah nampak tak tahu sangat kalau orang tanya kan..

Nota tambahan: untuk korang yang dipanggil peperiksaan under SPA negeri. Soalan Pengetahuan Am yg korang perlu study perlu merangkumi dua benda ni:

  1. Peranan, fungsi dan latar belakang organisasi yg panggil korang tu.
  2. Everything about your negeri.

Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am

Di bawah adalah 10 Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am & Jawapan. Contoh-contoh soalan ini bolehlah digunakan sebagai panduan awal korang sebelum duduk peperiksaan online nanti.

Setiap soalan di bawah adalah berdasarkan soalan-soalan yang ditanya dalam peperiksaan online SPA yang lepas-lepas. Jadi korang boleh dapat gambaran skop soalan dan jenis soalan yang mungkin akan keluar dalam peperiksaan online SPA.

10 Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am & Jawapan

  1. Berikut adalah benar tentang Dewan Undangan Negeri kecuali

A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri
B. Terbubar secara automatik selepas 5 tahun
C. Membuat enakmen dan ordinan dan pindaan
D. Merupakan sebuah badan eksekutif peringkat negeri

Jawapan : A. Sebuah badan perundangan peringkat negeri.

Penerangan : Dewan Undangan Negeri (DUN) bukan sebuah badan perundangan di peringkat negeri.

  1. Apakah badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman dan berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada pencabulan oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan?

A. Badan Parlimen
B. Badan Kehakiman
C. Badan Berkanun Negeri
D. Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan

Jawapan : B. Badan Kehakiman

Penerangan : Badan Kehakiman adalah bertanggungjawab dalam menjalankan kuasa-kuasa kehakiman.

  1. Pilih pernyataan yang menerangkan tentang Jata Negara Malaysia

I. Lima bilah keris melambangkan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
II. Cogan yang ditulis dibawah jata ialah “Bersatu Bertambah Mutu”
III. Terdapat gambar Bunga Raya yang merupakan Bunga Kebangsaan Malaysia
IV. Gambar bintang dengan 14 bucu melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Jawapan : C. I, III dan IV

Penerangan : Cogan pada jata adalah “Bersekutu Bertambah Mutu” bukan “Bersatu Bertambah Mutu”.

  1. Manakah antara berikut bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

A. Selangor
B. Johor
C. Perak
D. Pahang

Jawapan : B. Johor

Penerangan : Johor adalah salah satu daripada 5 negeri-negeri tidak bersekutu (iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu).

  1. Pilih kenyataan yang SALAH mengenai Rukun Negara.

A. Diperkenalkan pada tarikh 31 Ogos 1970.
B. Dicipta untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat negara ini.
C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia.
D. Peristiwa 13 Mei 1969 mendorong kepada pembentukan Rukun Negara.

Jawapan : C. Menjadi kunci keharmonian kaum Bumiputera di Malaysia. Bumiputera Sabah dan Sarawak memang sudah siap-siap hidup dalam harmoni dan sejahtera jauh sebelum itu.

Penerangan : Salah satu matlamat Rukun Negara adalah mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat dan bukan tertumpu kepada bumiputera sahaja.

  1. Komanwel disertai oleh negara berikut KECUALI

A. India
B. Filipina
C. Singapura
D. Bangladesh

Jawapan : B. Filipina

Penerangan : Filipina bukan negara anggota dalam Komanwel.

  1. Matlamat penubuhan ASEAN Free Trade Area (AFTA) ialah

A. Membantu negara-negara ASEAN memantapkan sumber pendapatan eksport melalui kerjasama antara sektor swasta.
B. Menghapuskan birokrasi dalam pentadbiran berkaitan urusan import eksport barangan negara-negara kalangan ASEAN.
C. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara.
D. Menyemai konsep memakmurkan jiran selaras dengan semangat kerjasama ekonomi antara ASEAN.

Jawapan : C. Menghapuskan sekatan dagangan dan menggalakkan kerjasama ekonomi antara negara.

Penerangan : Matlamat penubuhan AFTA (Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN) lebih kepada menghapuskan halangan tarif dan bukan tarif dalam ASEAN.

  1. Logo olimpik memaparkan simbol bulatan yang mencerminkan

A. Kekuatan
B. Kesatuan
C. Jumlah benua di dunia
D. Semangat kesukanan

Jawapan : C. Jumlah benua di dunia.

Penerangan : Bulatan itu sebenarnya mewakili lima benua di dunia.

  1. Lokasi Banjaran Titiwangsa yang mempunyai kemuncak paling tinggi ialah di

A. Gunung Stong
B. Gunung Tahan
C. Gunung Korbu
D. Gunung Gayong

Jawapan : C. Gunung Korbu

Penerangan : Gunung Korbu berketinggian 2,183 merupakan gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia.

  1. Berikut adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO di Malaysia KECUALI

A. Taman Negara Mulu
B. Langkawi
C. Gunung Kinabalu
D. Bandaraya Melaka

Jawapan : B. Langkawi

Penerangan : Pilihan A, C dan D adalah tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO kecuali Langkawi (pusat pelancongan dan bebas cukai).

17 Contoh Soalan SPA Online Pengetahuan Am Sebagai Latihan

Okeh.. contoh soalan SPA Pengetahuan Am di bawah pulak tidak disertakan dengan jawapan. Ini untuk korang jadikan latihan sebelum duduk exam online sebenar.

Korang carilah sendiri jawapannya. Nama pun latihan kan. Lepas jumpa semua jawapan-jawapan tu, tanpa korang sedari korang dah bertambah pandai dan bijak bestari.

So.. inilah dia another 17 contoh soalan SPA onlien Pengetahuan Am tu..

  1. Berikut adalah objektif Pelan Induk Perindustrian kecuali

A) mengimport dan menyerap teknologi lebih sofistikated.
B) menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara.
C) meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi tempatan.
D) menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuhan perindustrian negara.

  1. Dasar Sosial Negara mempunyai objektif utama seperti berikut, kecuali:

A) Berdaya tahan dan mengekalkan sistem demokratik
B) Menjana sinergi multisektor
C) Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial
D) Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.

  1. Organisasi berikut merupakan organisasi di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kecuali

A) World Health Organization.
B) International Monetary Fund.
C) International Civil Aviation Organization.
D) Civil Rights International Foundation.

  1. Kementerian yang diberi mandat untuk menerajui perbincangan Transformasi Nasional (TN50) adalah:

A) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
B) Kementerian Komunikasi & Multimedia
C) Kementerian Kewangan
D) Kementerian Belia dan Sukan

  1. Yang manakah bukan ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas Malaysia?

A) Mikrofilem
B) Jalur hologram
C) Cetakan intaglio
D) Benang keselamatan

  1. Berikut adalah benar tentang Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kecuali:

A. Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) merupakan peralihan kerajaan daripada Strategi Lautan Merah Kebangsaan
B. Kerajaan menggunakan prinsip NBOS untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi
C. NBOS menekankan prinsip impak tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan
D. NBOS adalah asas kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS)

  1. Taman asuhan kanak-kanak dikategorikan kepada

I . rumah
II . tempat kerja
III . rumah kedai
IV . institusi

A) I dan II
B) II dan IV
C) I, II dan IV
D) II, III dan IV

  1. Antara berikut, pilih padanan yang sesuai tentang kategori mahkamah dan jenis mahkamah di negara kita:

I. Mahkamah Rendah –> Mahkamah Penghulu
II. Mahkamah Atasan -> Mahkamah Sesyen
III. Mahkamah Khas –> Mahkamah Juvana
IV. Mahkamah Adat –> Mahkamah Pegawai

A. I sahaja
B. I, II dan III
C. I, I, III dan IV
D. I dan IV

  1. Kewarganegaraan Malaysia boleh diperolehi dengan kaedah berikut kecuali

A) kuatkuasa undang-undang.
B) penganugerahan taraf.
C) percantuman wilayah.
D) pendaftaran.

  1. Apakah panggilan yang diberikan kepada ahli parlimen Dewan Negara?

A. Senator
B. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
C. Ahli Majlis
D. Ahli Dewan Negara

  1. Siapakah yang mengetuai Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman?

A) Peguam Negara
B) Perdana Menteri
C) Yang di-Pertuan Agong
D) Yang di-Pertua Dewan Negara

  1. Pilih kes-kes sivil yang berkaitan dengan Mahkamah Awam?

I. Jenayah curi wang syarikat
II. Saman hutang yang dituntut
III. Hal ehwal tuntutan harta pusaka
IV. Dokumen perjalanan yang dipalsukan

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

  1. Sebuah komputer yang diserang oleh virus, cecacing atau trojan mempunyai tanda-tanda berikut

I . ingatan utama melebihi dari jangkaan.
II . perubahan pada sistem.
III . program dan fail sedia ada hilang.
IV . fail menjadi korup.

A) I dan II
B) III dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III, dan I

  1. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama di bawah, kecuali:

A. Yang di-Pertuan Agong
B. Parlimen
C. Dewan Negara
D. Dewan Rakyat

  1. Berikut merupakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan kecuali

A) Perkapalan dan Pelayaran.
B) Pertanian dan Perhutanan.
C) Perdagangan dan Perusahaan.
D) Perhubungan dan Pengangkutan

  1. Klinik Nur Sejahtera LPPKN adalah sebuah klinik yang berkonsepkan kesejahteraan. Perkhidmatan yang disediakan di klinik ini ialah

I . Pengurusan Kesihatan Kanak-kanak.
II . Saringan kanser reproduktif.
III . Ujian makmal kesuburan.
IV . Perkhidmatan perancang keluarga.

A) I, II dan III
B) I, II dan IV
C) I, III dan IV
D) II, III dan IV

  1. Negeri yang manakah dikenali sebagai Jelapang Padi Negara?

A) Perak
B) Kelantan
C) Kedah
D) Sarawak

Atok Tahu Korang Tentu Perasan, Dan Tertanya-Tanya Dalam Hati..

Untuk lagi 17 soalan tu, dalam hati korang tu ada rasa macam geram jer kan. Dan tertanya-tanya..

Mana jawapannya tok?

Tak aci la atok camni!’

Ape ni tok!

Jadi, kalau korang mahu lebih banyak contoh soalan SPA : Pengetahuan Am yang dilengkapi dengan skema jawapan yang padu. Bukan 40 dan bukan juga 50 contoh soalan. Tetapi 90 contoh soalan Pengetahuan Am beserta jawapan. Segera dapatkan rujukan di bawah!

Rujukan & Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am

17 Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2024)

Rujukan ini mengandungi contoh-contoh soalan SPA – Seksyen Pengetahuan Am yang berkualiti tinggi dan memenuhi standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Ada calon B19 yang tanya:

Salam tok, rujukan ni sesuai tak untuk exam online Jurusolek Gred B19 pada 21 Mei 2021 ni?

Jawapannya:

Rujukan extra Pengetahuan Am ni sebenarnya bersifat umum dan boleh digunakan sebagai bahan ulangkaji utk hampir kesemua jawatan. Jadi, iya. Boleh jg.

Cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan Pengetahuan Am. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan anda

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan (>) yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #1‘ (yg kaler biru). Ini ialah pakej utk eBook Pengetahuan Am. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

Klik tempah sekarang rujukan pengetahuan am

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘Syarat & Terma Pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions’ tu.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

7. Selepas itu, korang kena login dlm online banking mcm selalu. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..

Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Bleh emel atok, di atokpencen.com @ gmail.com utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.

Itu cara bayaran menggunakan online banking.

Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?

Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan contoh soalan SPA Seksyen Pengetahuan Am ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Korang bleh emel atok di atokpencen.com @ gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Beli Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang gumbira

Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan peperiksaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin sesambil merantau satu internet. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Guna pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan yg diberikan dalam rujukan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis (pena & kertas) dan masih berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan dalam rujukan pastinya menambah kepandaian korang. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu tidur dalam library baca pelbagai buku berkenaan undang-undang Malaysia. Tak perlu kaji satu-satu kementerian yg terdapat dalam sistem negara.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk beli phone baru)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen Pengetahuan Am saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang yg tak berapa nak banyak tu. Simpan duit lebih tu. Buat kawin.

Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Realme 7 5G ke, Oppo Reno5 Pro ke, tak pon Huawei P40 Pro ker.. Kan.. Kan..

5) Honda City

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang lebih terjamin. Kalau dapat kerja kerajaan kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cakap.

Dapat bini cantik. Dapat suami hensem gila. Malah boleh beli rumah indah. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan dalam hidup korang setakat ini.

6) Tidak Perlu Upah Jawab Soalan SPA

Paling mustahak, korang tak perlu upah orang jawab soalan SPA. Jimat duit korang. Lagi pula, tahukah bahawasanya mengupah orang lain menjawab soalan SPA bagi pihak korang adalah perbuatan yg salah? Di samping itu, ia juga dianggap sebagai perkara yang tidak beretika. Bayangkan, klu korang lulus disebabkan orang yg tolong jawabkan, dimana maruah korang sebagai seorang calon yang jujur? Dpt kerja secara tidak amanah. Status rezeki sepanjang hayat korang (jika berjaya dilantik ke dalam jawatan) akan menjadi tanda tanya halal haramnya..

Dengan membuat ulangkaji dan latih tubi berbantukan rujukan extra Pengetahuan Am ini. Korang akan lebih bersedia. Tak payah upah orang. Tak payah bergantung kpd org lain.

Tu la sebab kenapa korang bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!

Tapi Tok, Confirm Lulus Ke Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.

Rujukan contoh soalan SPA Pengetahuan Am ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang korang untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.

Namun, atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan contoh soalan SPA Pengetahuan Am terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi Tok, Confirm Naik Ke Soalan Ni Dalam Exam?

Ini adalah bantuan persediaan korang. Selain persediaan yang korang buat sendiri (termasuk membaca dan menonton pelbagai bahan lain). Ini bukan soalan spot. Ini bukan soalan ramalan.

Rujukan sebegitu tak wujud. Kalau ada sekalipun, tak berbaloi utk atok jual RM40 mcm sekarang ni. Kurang-kurang pun, RM440 satu set. Baru puas hati.

Tapi Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan & Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi korang tdk perlu duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan SPA Pengetahuan Am yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian peperiksaan SPA!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam tempoh terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main FB, main Insta, pastu tidur lagi. Usaha ckit dgn baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) ni untuk korang yang betul2 berminat nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih menggemari kerja swasta (atas sebab jumlah komisyen yg nampaknya lebih mantul), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menggerakkan kaki dan membawa diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dahulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup Juga

PSEE SPA Pembantu Laut boleh dikatakan sukar kerana mengandung 3 seksyen. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu Anti Dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman dadah dari negara kita. Duduklah exam online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tidak lupa juga kepada calon exam SPA penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok berharap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yang dipanggil exam SPA penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit sebanyak pendedahan berguna.

Dapat panggilan exam SPA pembantu tadbir Perkeranian / Operasi? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk exam online tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam SPA pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang tu tuk baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Last but not least, khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan SPA tu.

Ni Baru Penutup!

Peperiksaan SPA online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi PSEE online SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap awal-awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Bila-bila masa sahaja SPA akan keluarkan panggilan exam online Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam sistem SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg berdedikasi. Atok da sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Selain itu, maklumat lanjut korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

Kementerian Kerja Raya dan KKMM sedang menantikan kehadiran calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang telah menerima emel panggilan exam online untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersedia. Adalah dikatakan exam ni sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

OK, ni btl2 last. Panggilan exam SPA bagi pembantu awam telah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil amat ramai. So better bersedia. Jangan lupa baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

9 thoughts on “27 Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am & Jawapan”

  1. Telah beli module KOMBO ULTIMATE RM130. Bagaimana cara untuk buka link. Download tetapi error sebab perlu masuk password. Bagaimana utk masuk password?

    Reply
    • Hai..

      Masih boleh. Cuma utk nama menteri, timbalan dan ketua pengarah jabatan-jabatan kerajaan tu memang kena cari sendiri la. Sebab hal ni sering ada perubahan. Kadang tak sedar pun dah tukar. Utk info2 dan fakta2 yg lain, masih sama..

      Reply
  2. Salam. Soalan no. 1 itu seharusnya D, bukan A. Perundangan membabitkan Parlimen (Dewan Negara dan Rakyat) di peringkat persekutuan. Manakala diperingkat negeri, ianya membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!