Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pembantu Arkib Gred S19 ambilan Arkib Negara Malaysia pada kali ni? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19 Arkib Negara Malaysia

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pembantu Arkib S19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Nota: Untuk korang yang dipanggil PSEE bagi jawatan Pegawai Arkib S41, post lain yang lebih sesuai dirujuk adalah contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41 ni.

Nota: Sementara itu, bagi korang yang dah melepasi semua tapisan, dan kini dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Arkib Gred S19 (calon Semenanjung) untuk ambilan di Arkib Negara Malaysia yang dijadualkan pada 13 Mac 2023 – 16 Mac 2023 ini. Tahniah diucapkan. Buat betul2 okay. Sila perkemaskan lagi persiapan ke temuduga korang dengan membaca contoh soalan temuduga Pembantu Arkib S19 ini.

Sebelum itu, untuk korang yg baru menerima panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Arkib S19 untuk ambilan di Arkib Negara Malaysia (calon Semenanjung) yg dijadualkan pada kali ini. Sila jangan sia-siakan peluang yg diberi ini. Buat persediaan sepadu mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Arkib S19.

Permohonan Jawatan Kosong Pembantu Arkib S19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Arkib S19 secara rasmi di Arkib Negara Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pembantu Arkib S19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pembantu Arkib S19

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 28 Julai 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 17 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 100 orang.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pembantu Arkib S19 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pembantu Arkib S19 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pembantu Arkib S19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU ARKIB GRED S19 DI ARKIB NEGARA MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 26 NOVEMBER 2020

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pembantu-arkib-s19

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/ web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual Gaji Pembantu Arkib S19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Arkib S19 ;

Gaji minimum RM 1,352.00
Gaji maksimum RM 4,003.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00
Jadual Gaji Pembantu Arkib Gred S19

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Arkib dengan gred S19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Arkib S19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Arkib S19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Arkib S19 adalah bertanggungjawab:

” Menerima, menyemak dan mendaftar bahan-bahan arkib yang diterima, mendaftar bahan-bahan arkib yang diminta bagi tujuan penyelidikan dan rujukan, bahan-bahan arkib yang dikembalikan dan memastikan susunan dan pemeliharaan bahan-bahan arkib di bawah pengawasannya. “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pembantu Arkib S19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,352.00)

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yg diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,408.40)

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan pada Gred S19 : RM1,464.80)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Pembantu Arkib S19

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Arkib S19 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Arkib S19 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 26 November 2020. Jatuh pada hari Khamis.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Arkib S19 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yg dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Arkib S19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Arkib S19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Arkib S19 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Format Peperiksaan Pembantu Arkib S19 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Arkib S19 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 Vs Format 2019/2020

Format Pembantu Arkib S19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Arkib S19 – 2019/2020

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Arkib S19 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak terkoyakkan ‘Dokumen Bersejarah’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas sehingga ‘terkoyakkan dokumen bersejarah’. Cuma kali ini, bukan dimarahi oleh pegawai atasan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pembantu Arkib S19!

Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai ‘Nangis Di Birai Katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur. Padahnya ‘nangis di birai katil’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pembantu Arkib S19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.

Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Arkib S19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Ayuni Mikeyla ialah adik kepada Sehra Habibah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Ayuni Mikeyla juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Ayuni Mikeyla untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Shamsyul ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Shamsyul?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Helmer Aydn membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Helmer Aydn dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Sylvester anak Hendry baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Arkib Gred S19 di Arkib Negara Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Sylvester anak Hendry membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna umber daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna umber yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Rekreasi Kolej Shining Star membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Rekreasi Kolej Shining Star yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Salim dan Suraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Salim mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma ikosagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma ikosagonal O. Prisma ikosagonal P pula lebih berat daripada Prisma ikosagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma ikosagonal M. Susun kedudukan Prisma ikosagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna electric limesickle terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW warna electric limesickle terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Kuantan ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu H dan ruang tamu I. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu I?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Herin Hariana seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Herin Hariana dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk triakontagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk triakontagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Rokam manis. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Rokam manis tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Rokam manis daripada Tajol. Berapakah jumlah Rokam manis yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Deglet Noor diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Deglet Noor tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Deglet Noor tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Deglet Noor yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Arkib S19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Arkib Gred S19 berikut.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Atau pun,

Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pembantu Arkib S19. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Maniam needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Margaret Lee has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Margaret has three animals in total.
B) Margaret has more cats than dogs.
C) One of Margaret’s cats is black.
D) All of Margaret’s dogs have spots.

3) Afeeffah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Rialisya An-Nur lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Rialisya An-Nur lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Jemain said to his wife.

A) Jemain told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Jemain told his wife to cook his special dinner that night.
C) Jemain’s wife will cook a special dinner with Jemain at night.
D) Jemain’s wife told Jemain to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Suleiman live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Lazim Ali __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Richard V was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

“Mummy! Mummy!” shouted little Murna racing from the front door through to the kitchen. “There’s a parcel. The postman’s brought a parcel!”

Her mother, Savni, looked at her in surprise. She had no idea who could have sent them a parcel. Maybe it was a mistake. She hurried to the door to find out. Sure enough, the postman was there, holding a parcel about the size of a small brick.

“From America, madam,” he said. “See! American stamps.”

It was true. In the top right-hand corner of the brown paper parcel were three strange-looking stamps, showing a man’s head. The package was addressed to Savni, in big, clear black letters.

“Well, I suppose it must be from Great-Aunt Pasni,” said Savni to herself, as the postman went on his way down the street, whistling. “Although it must be twenty years since we heard anything from her. I thought she would have been dead by now.”

Savni’s husband Jornas and her son Arinas were just coming in from the garden, where Murna had run to tell them about the parcel. “Well, open it then!” said Arinas impatiently. “Let’s see what’s inside!”

Setting the parcel down in the middle of the table, Savni carefully began to tear open the paper. Inside, there was a large silver container with a hinged lid, which was taped shut. There was also a letter.

“What is it? What is it?” demanded Murna impatiently. “Is it a present?”

“I have no idea,” said Savni in confusion. “I think it must be from Great-Aunt Pasni. She went to America almost thirty years ago now. But we haven’t heard from her in twenty years. Perhaps the letter will tell us.” She opened the folded page cautiously, then looked up in dismay. “Well, this is no help!” she said in annoyance. “It’s written in English! How does she expect us to read English? We’re poor people, we have no education. Maybe Pasni has forgotten her native language, after thirty years in America.”

“Well, open the pot, anyway,” said Jornas. “Let’s see what’s inside.”

Cautiously, Savni pulled the tape from the neck of the silver pot, and opened the lid. Four heads touched over the top of the container, as their owners stared down inside.

“Strange,” said Arinas. “All I see is powder.” The pot was about one-third full of a kind of light-grey powder.

“What is it?” asked Murna, mystified.

“We don’t know, darling,” said Savni, stroking her daughter’s hair. “What do you think?” Murna stared again into the pot.

“I think it’s coffee,” she announced, finally. “American coffee.”

“It’s the wrong colour for coffee, darling,” said Jornas thoughtfully. “But maybe she’s on the right track. It must be some kind of food.” Murna, by now, had her nose right down into the pot. Suddenly, she lifted her head and sneezed loudly.

“Id god ub by doze,” she explained.

“That’s it!” said Arinas. “It must be pepper! Let me try some.” Dipping a finger into the powder, he licked it. “Yes,” he said, “it’s pepper all right. Mild, but quite tasty. It’s American pepper.”

“All right,” said Savni, “we’ll try it on the stew tonight. We’ll have American-style stew!”

That evening, the whole family agreed that the American pepper had added a special extra taste to their usual evening stew. They were delighted with it. By the end of the week, there was only a teaspoonful of the grey powder left in the silver container. Then Savni called a halt.

“We’re saving the last bit for Sunday. Dr. Haret is coming to dinner, and we’ll let him have some as a special treat. Then it will be finished.”

The following Sunday, the whole family put on their best clothes, ready for dinner with Dr. Haret. He was the local doctor, and he had become a friend of the family many years before, when he had saved Arinas’s life after an accident. Once every couple of months, Savni invited the doctor for dinner, and they all looked forward to his entertaining stories of his youth at the university in the
capital.

During dinner, Savni explained to the doctor about the mysterious American pepper, the last of which she had put in the stew they were eating, and the letter they could not read.

“Well, give it to me, give it to me!” said the doctor briskly. “I speak English! I can translate it for you.”

Savni brought the letter, and the family waited, fascinated, as the doctor began to translate.

“Dear Savni: you don’t know me, but I am the son of your old Great-Aunt Pasni. She never talked much to us about the old country, but in her final illness earlier this year, she told us that after her death, she wanted her ashes to be sent back home to you, so that you could scatter them on the hills of the country where she was born. My mother died two weeks ago, and her funeral and cremation took place last week. I am sending her ashes to you in a silver casket. Please do as she asked, and spread them over the ground near where she was born. Your cousin, George Leary.”

9) Where does this story take place?

A) America
B) Arinas
C) India
D) The text doesn’t say

10) How was the parcel wrapped?

A) in brown paper
B) in silver paper
C) in grey paper
D) in tape

11) Who was Savni?

A) a little girl
B) the Great-Aunt
C) the mother of the family
D) the son of the family

12) Why don’t the family read the letter?

A) They are too impatient to look in the container.
B) It is addressed to the doctor.
C) It is in English.
D) It is missing.

13) What does Murna think is in the pot?

A) dust
B) ashes
C) coffee
D) pepper

14) Why does Arinas think that the powder is pepper?

A) It tastes very hot.
B) It makes Murna sneeze.
C) It is written on the pot.
D) The letter says so.

15) What does the family do with the powder?

A) They keep it to give to the doctor.
B) They send it back to America.
C) They make drinks with it.
D) They put it on their food.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Arkib S19 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Arkib Gred S19 di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19

Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Arkib S19 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Arkib S19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Pembantu Arkib S19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Arkib S19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pembantu Arkib S19 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Arkib S19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 yg akan korang hadapi pada 26 November 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pembantu Arkib Gred S19 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Agak ramai jg yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Pembantu Makmal sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kepada korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Jurutera. Persiapan rapi haruslah dilakukan utk menghadapi exam online. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41.

Tak lupa jg kepada calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam utk ambilan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan peperiksaan Pembantu Tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yg amat sesuai kepada korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pembantu Muzium? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Muzium S19.

Last but not least, khusus buat calon exam online SPA utk jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Peperiksaan Online SPA yg terakhir utk jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 ambilan CGSO bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA for jawatan Akauntan WA41 tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penguasa Bomba dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba KB41.

Kepada mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Penolong Penguasa Bomba. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi bomba k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA utk jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni.

Kepada korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni jg sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan peperiksaan online SPA Pembantu Awam gred H11 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon peperiksaan SPA utk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!