Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Gred Q41 ambilan Kementerian Pertahanan Malaysia pada kali ni? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Nota Penting: Bagi korang yg dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q41 untuk penempatan di Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada 30 Januari 2024 – 2 Februari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Penyelidik Q41 ini.

Kepada korang yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Gred Q41 pada kali ni untuk penempatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Penyelidik Q41.

Kepada korang yang akan menduduki peperiksaan online UMK bagi jawatan Pegawai Tadbir N41, Pegawai Sains C41 dan Pegawai Penyelidik Q41 pada kali ini. Korang boleh dapatkan rujukan berkaitan bahagian Pengetahuan Am di contoh soalan SPA pengetahuam am dan rujukan berkaitan bahagian matematik di contoh soalan SPA daya menyelesaikan masalah.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Penyelidik Q41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penyelidik Q41 secara rasmi di Jabatan Perikanan Malaysia atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pegawai Penyelidik Q41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pegawai Penyelidik Q41 Tahun 2024

Mengenai jumlah kekosongan jawatan Pegawai Penyelidik Q41, jika berpandukan hebahan SPA yang telah dikeluarkan bertarikh 30 Disember 2023 untuk kekosongan jawatan Pegawai Penyelidik Q41 di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara, kekosongan jawatan adalah sebanyak 1 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 5 tempat.

Satu lagi, SPA juga mengeluarkan iklan bertarikh 04 Januari 2023 untuk pengambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dinyatakan bahawa jumlah Pegawai Penyelidik Q41 (Genetik) yg diperlukan cuma 1 kekosongan. Calon simpanan pula adalah sekitar 5 kekosongan sahaja.

Seterusnya, ialah iklan SPA bertarikh 06 Januari 2023 lepas, untuk pengambilan di Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Diumumkan jumlah Pegawai Penyelidik Q41 yg diperlukan di NAHRIM adalah seramai 2 orang. Calon simpanan pula adalah 10 kekosongan sahaja.

Dan terkini, iklan SPA bertarikh 09 Januari 2023 bagi pengambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Dimaklumkan jumlah Pegawai Penyelidik Q41 (yang ini bukan Genetik ya) yg diperlukan di adalah seramai 3 orang. Calon simpanan pula adalah 13 kekosongan sahaja.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pegawai Penyelidik Q41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Pegawai Penyelidik Q41 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41 DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG HINGGA 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-penyelidik-q41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Jadual Gaji Pegawai Penyelidik Q41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Penyelidik Q41 ;

Gaji minimum RM 2,315.00
Gaji maksimum RM 9,618.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00
Jadual Gaji Pegawai Penyelidik Gred Q41

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Penyelidik dengan gred Q41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Penyelidik Q41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Penyelidik Q41?

Secara am, tugas seorang Pegawai Penyelidik Q41 terbahagi kepada 3 teras utama, yakni:

  • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
  • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Penyelidik Q41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,315.00)

atau

Ijazah sarjana muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,418.66)

atau

Ijazah Sarjana Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,522.44)

atau

Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,730.00)

atau

Ijazah sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM2,833.78)

atau

Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred Q41 : RM3,145.11)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Pegawai Penyelidik Q41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Penyelidik Q41 untuk tahun 2022 masih belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikh yang dijadualkan masih di peringkat perbincangan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Penyelidik Q41 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 2.00 petang sampai la jam 3.00 petang.

Inilah tempoh petang yg paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Penyelidik Q41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Penyelidik Q41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Format Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Penyelidik Q41 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2021/2022

Format Pegawai Penyelidik Q41 – 2016/2017

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Penyelidik Q41 – 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Tersalah ‘Merekod Keputusan Analisa’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas penyelidikan sehingga tersilap ‘merekod keputusan analisa makmal’. Cuma kali ini, bukan dimarahi oleh pegawai atasan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pegawai Penyelidik Q41!

Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Duk Mencangkung Sambil Nangis ‘Tepi Lab’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur gitu. Padahnya duk mencangkung sambil nangis kat ‘tepi lab’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.

Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Penyelidik Q41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Wahy Arissa ialah adik kepada Wany Arizza. Selain turut cantik seperti kakaknya, Wahy Arissa juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Wahy Arissa untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Tan ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Tan?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Bashir membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Bashir dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Endrew anak Bian baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Penyelidik Gred Q41 di Jabatan Perikanan Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Endrew anak Bian membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna champagne daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna champagne yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Rekacipta Kolej Kejora membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Rekacipta Kolej Kejora yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ram Narayan dan Suraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Ram Narayan mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma henagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma henagonal O. Prisma henagonal P pula lebih berat daripada Prisma henagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma henagonal M. Susun kedudukan Prisma henagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna earth brown terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW earth brown terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Tebrau ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu L dan ruang tamu M. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu M?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Addie Adela seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Addie Adela dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk monogon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk monogon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Keriang Dot (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Keriang Dot tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Keriang Dot daripada Tajol. Berapakah jumlah Keriang Dot yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Barhi diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Barhi tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Barhi tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Barhi yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Penyelidik Q41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen berikut.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pegawai Penyelidik Q41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Ramakant needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Heidi Moh has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Heidi has three animals in total.
B) Heidi has more cats than dogs.
C) One of Heidi’s cats is black.
D) All of Heidi’s dogs have spots.

3) Humaira’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Maira Maryam lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Maira Maryam lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Ashraf said to his wife.

A) Ashraf told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Ashraf told his wife to cook his special dinner that night.
C) Ashraf’s wife will cook a special dinner with Ashraf at night.
D) Ashraf’s wife told Ashraf to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Ryan Chang live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Irfan Amad __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Abner III was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

How long will a baby born today live? A hundred years? A hundred and twenty years?

Scientists are studying genes that could mean long life for us all. There are already many, many people who live to more than a hundred. In fact, there are now so many healthy elderly people that there’s a name for them: the wellderly. These are people over the age of eighty who have no major illnesses, such as high blood pressure, heart disease or diabetes.

There are many scientific studies of communities where a healthy old age is typical. These include places like Calabria in southern Italy and the island of Okinawa in Japan. In Calabria, the small village of Molochio has a population of about 2,000. And of these 2,000 people, there are at least eight people over a hundred years old. Researchers ask people like this the secret of their long life. The answer is almost always about food and is almost always the same: ‘I eat a lot of fruit and vegetables’; ‘I eat a little bit of everything’; ‘I never smoke, I don’t drink’.

So, in the past, scientists looked at things such as diet and lifestyle for an explanation of long life. But these days they are also looking at genetic factors. Researcher Eric Topol says that there are probably genes that protect people from the effects of the ageing process. The new research into long life investigates groups of people who have a genetic connection. One interesting group lives in Ecuador. In one area of the country there are a number of people with the same genetic condition. It’s called Laron syndrome. These people don’t grow very tall – just over one metre. But Laron syndrome also gives them protection against cancer and diabetes. As a result, they live longer than other people in their families. On the other side of the world, on the Hawaiian island of Oahu, there’s another group of long-lived men. They are Japanese-Americans but they have a similar gene to the Laron syndrome group.

In Calabria, researchers constructed the family trees of the 100-year-old people. They looked at family information from the 19th century to today. They think that there are genetic factors that give health benefits to the men. This is interesting because generally, in Europe, women live longer than men.

So what really makes people live longer? Probably, it’s a combination of genes, the environment and one more thing – luck.

9) What do scientists investigate to try to understand long life?

A) people’s lifestyles and where they live
B) genetic factors and environmental factors
C) people’s diet and what kind of activities they do
D) people’s illnesses and what kind of activities they do

10) What do diabetes, heart problems and high blood pressure have in common?

A) They are common illnesses in old age.
B) Scientists can learn a lot about age when they study these illnesses.
C) People in Ecuador don’t suffer from these illnesses.
D) People in Okinawa don’t suffer from these illnesses.

11) What do some people from Ecuador and Okinawa have in common?

A) They have diabetes.
B) They have a genetic syndrome.
C) They live long, healthy lives.
D) They have high blood pressure.

12) According to the article …

A) scientists are investigating people who are 120 years old.
B) scientific advances mean we will all live to at least 100 years.
C) scientists have found genes that might influence how long we live.
D) scientists are investigating people who are 140 years old.

13) The ‘wellderly’ are …

A) over 100 years old.
B) over 80 years old.
C) over 60 years old.
D) elderly people with health problems.

14) According to the article …

A) some places have an unusual number of very old people.
B) Italy and Japan are very healthy places to live.
C) people who live in small villages live longer.
D) people who live in nice villages live longer.

15) The typical reason people give for their long life is:

A) diet.
B) a secret.
C) there are many different reasons.
D) a drink

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Penyelidik Q41 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41

Untuk sesi PSEE 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Penyelidik Q41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Pegawai Penyelidik Q41 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan

Berikut step by step cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan Extra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan anda Pegawai Penyelidik Q41

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh skroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej Pegawai Penyelidik Q41

3. Korang klik jer sampai jumpa pakej yg berkenan di hati korang. Sebagai contoh, korang nak beli rujukan Extra seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Klik smpai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau). Ini ialah pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘TEMPAH SEKARANG‘.

Extra seksyen daya menyelesaikan masalah Pegawai Penyelidik Q41

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘ tu.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

7. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman utk login dlm online banking. Masukkan username, password dan TAC. Mcm biasa la. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..

So, berapa lama baru leh dpt rujukan extra ni pas bayaran dibuat?

Klu korang pilih bayaran menggunakan FPX (via Billplz) / online banking. Link download leh diperolehi di antara 1 jam – 2 jam. Pastu dah leh mula study!

Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Boleh emel atok, di atokpencen.com@gmail.com utk bantuan pembelian. Nnt atok balas klu online.

Itu cara bayaran menggunakan online banking.

Macamana pula dengan calon yang tiada online banking?

Untuk korang yg takda online banking tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan contoh soalan SPA ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM. Cara bayaran manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Korang bleh emel atok di atokpencen.com@gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual. Nanti atok bagi panduan step by step (format pdf). Korang just ikut jer.

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 yg mengandungi penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Pegawai Penyelidik korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Penyelidik Q41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 yg akan korang hadapi pada tahun 2022 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pegawai Penyelidik Q41 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan Pegawai Penyelidik Gred Q41!

Atok doakan kejayaan korang!

Penutup

Agak ramai juga yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Pembantu Makmal sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kepada korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Jurutera. Persiapan rapi haruslah dilakukan utk menghadapi exam online. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41.

Tak lupa juga kepada calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam utk ambilan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan exam Pembantu Tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yg amat sesuai kepada korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pembantu Muzium? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Muzium S19.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia mempelawa calon yg berkelayakan untuk menyertai mereka. Terkini, tapisan PSEE sedang dijalankan. Adakah korang dipanggil sama? Dah sedia? Bagi yg nak kan rujukan utk exam ni, sila ke contoh soalan peperiksaan Pembantu Geosains C19.

Last but not least, khusus buat calon exam online SPA utk jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Exam Online SPA yg terakhir utk jawatan Pembantu Arkib S19 ambilan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia bagi tahun 2021 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Kepada korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA for jawatan Akauntan WA41 tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penguasa Bomba dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba KB41.

Kepada mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Penolong Penguasa Bomba. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi bomba k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA utk jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni.

Kepada korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan exam online SPA Pembantu Awam gred H11 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon exam SPA utk jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

6 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41”

    • Wkslm Siti,

      Q41 dah boleh beli. Tadak rujukan khas. Cuma ada rujukan extra seksyen sahaja. Itu pun kalau Siti belum beli exam sebelum-sebeum ni..

      Tapi extra pun extra la kan. Janji ada daripada kosong camtu jer..

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!