Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Korang dipanggil PSEE Pegawai Arkib S41 pada kali ini? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan sampai saat ini juga masih lagi tercari-cari contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41 yg betul-betul bagus?

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41

Gagal Peperiksaan online Pegawai Arkib S41 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage UKJK dan seterusnya temuduga. Gagal peperiksaan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Pegawai Arkib’ yang hensem. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang menjadi permata keluarga. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi ‘sebutan’ dan ‘kebanggaan’ mak di hadapan kawan-kawannya.

Nota Penting: Sementara itu, bagi korang yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik, cabaran getir terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Pegawai Arkib S41 utk ambilan di Jabatan Arkib Negara Malaysia yg dijadualkan pada 16 Mei 2023 – 26 Mei 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Arkib S41 ini.

Untuk korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Arkib S41 ambilan di Jabatan Arkib Negara pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Arkib S41.

Untuk korang yang dipanggil PSEE bagi jawatan Pembantu Arkib Gred S19, post lain yang lebih sesuai dirujuk adalah contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni.

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini mengandungi 8 contoh soalan Seksyen A dan 7 contoh soalan seksyen B. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 yang diberikan di bawah.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada pada 14 Ogos 2020 (Jumaat) ini.

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Arkib Gred S41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Arkib Gred S41 secara rasmi di Arkib Negara Malaysia, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi dan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pegawai Arkib Gred S41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI ARKIB GRED S41 DI ARKIB NEGARA MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 14 OGOS 2020 (JUMAAT)

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai-arkib-s41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual Gaji Pegawai Arkib S41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Arkib S41 ;

Gaji minimum RM 2,078.00
Gaji maksimum RM 9,544.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Arkib S41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Arkib S41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Arkib S41?

Secara am, tugas seorang Pegawai Arkib S41 adalah seperti berikut:

” Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut. “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Arkib S41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Peperiksaan Online Pegawai Arkib S41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Arkib S41 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Arkib S41 akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 14 Ogos ini.

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00. Inilah pagi paling singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Untuk menyandang jawatan Pegawai Arkib S41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Arkib S41 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Format Peperiksaan Pegawai Arkib S41 2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Arkib S41 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 Vs Format 2019/2020

Format Penolong Pegawai Arkib S41 – 2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Arkib S41 – 2020

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok? Nampak Saja Macam Sama.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Arkib S41 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Terlanggar Rak Buku (Sekadar Metafora)

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘terlanggar pili buku’ lalu mendapat kecederaan teruk dalam keputusan peperiksaan.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu. Kalau cikgu English masuk pun, haram sepatah tak faham.

Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Tergelincir Daripada Tangga Rak Buku

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hamipr-hampir ‘tergelincir daripada tangga rak buku’ (ini metafora lagi).

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pegawai Arkib S41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut Beberapa Contoh Soalan Pegawai Arkib S41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah :

1) Budak berbaju merah hati mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju biru pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju kuning. Manakala Budak berbaju kuning mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju merah hati. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Tatau mempunyai bangsa M seramai 0.47 juta orang. Bangsa N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala Bangsa O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah Bangsa O di Daerah Tatau?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Hetty dan kakaknya Betty baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Hetty mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Ainul seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Geografi dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Geografi yang boleh dijawab oleh Ainul dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Mardihah ialah adik kepada Ainul. Selain turut cantik seperti kakaknya, Mardihah pula suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Mardihah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Udang Galah ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Udang Galah?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Mustakim membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Mustakim dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Muthupavithra membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Muthupavithra membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

Untuk lebih banyak contoh dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Pegawai Arkib S41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 berikut :

contoh soalan peperiksaan online Pegawai Arkib S41Daya Menyelesaikan Masalah

Atau, korang juga boleh baca contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (updated 2020) yg atok dah tulis sebelum ini untuk lebih maklumat sebelum membuat sebarang keputusan.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan ramai calon. Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon.

Impian nak kasi mak duit belanja tiap bulan tanpa gagal. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu perjalanan majlis kahwin kakak yg lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik. Dan impian untuk jadi anak yang dibanggakan oleh keluarga..

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Shirmala has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Shirmala has three animals in total.
B) Shirmala has more cats than dogs.
C) One of Shirmala’s cats is black.
D) All of Shirmala’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Hani Lieeza lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Hani Lieeza lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) He stopped ____________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.

A) to talk
B) talking
C) talks
D) talked

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 4 – 7).

Eutrophication is a phenomenon where excessive amounts of nutrients are added to a marine ecosystem. These nutrients cause plant life like algae to multiply rapidly, leading to very high population densities. In freshwater ecosystems, the algae can become so dense that it can turn ponds, lakes or even smaller rivers green. The algae grows to an unreasonable level at a very fast rate. The algae are known as phytoplankton and are microscopic, single-celled organisms.

A body of water that is experiencing eutrophication and a resulting bloom can be quickly devastated. Eutrophication affects all living organisms in the area including fish, birds and mammals. The top layer of phytoplankton causes such a build-up on the surface that they accumulate sediment. When this occurs the sunlight is blocked and it will choke off the plant life below the surface. The phytoplankton will also cause less surface area for the water to interface with air. As a result, there will be less oxygen available in the water. As oxygen continues to deplete, the depletion can have a negative effect on life as there will be less oxygen to support the organisms below the surface that depend on the oxygen from plants that diffuses into the water.

Scientist 1
The root cause of eutrophication is not known. However, the frequency and increasing incidents of eutrophication point to human farming activity as the potential cause. The growth of the phytoplankton is caused by runoff that contains multiple sources of nitrates that are also found in fertilizer. The nitrates allow for the phytoplankton to grow rapidly. The solution to the problem is to either move the drainage so the runoff from the human farming activity cannot reach the water source or move the farms.

Scientist 2
Sometimes eutrophication can happen naturally without any real cause. Sometimes when there are periods of heavy rain, the increase in rain water leads to an imbalance in the pH of the water. This in turn creates favorable conditions for the phytoplankton to grow and proliferate. This is a natural cycle that also ensures that too many fish and other animals do not build up in a freshwater source. This type of bloom is nature’s way of eliminating overpopulation with an abiotic factor. Although many organisms will die as a result, it will help to thin the numbers of organisms and ensure a healthier freshwater source.

4) Scientist 1 probably mentions farming and agriculture in order to:

A) point to a human activity that would cause eutrophication.
B) show that humans changing natural land is bad for the environment.
C) bolster his case for humans causing a change in the pH of the water that leads to eutrophication.
D) bolster his case that human activity such as farming increases nitrates, leading to eutrophication.

5) The end result of a severe eutrophication event will always be:

A) A regrowth of new life because of the nitrates in the water.
B) The death of the phytoplankton when it over-accumulates.
C) A massive die off of both plant and animal life in the aquatic environment.
D) The growth of more plant life in the water as they grow well with plankton.

6) Both scientists would likely agree that eutrophication is

A) algae that will occasionally grow in aquatic ecosystems due to human activities.
B) a bloom of phytoplankton that grows in response to high levels of phosphates.
C) a large build-up of algae that grows at a rapid rate in a body of water.
D) an explosion of algae due to natural factors and the need to reduce overpopulation.

7) According to Scientist 2, eutrophication is necessary for

A) the control of overpopulation in an aquatic ecosystem.
B) the natural control of the pH of water in an aquatic ecosystem.
C) the normal process that takes place in a pond in response to farmland runoff.
D) the rejuvenation of aquatic life, which thrives during such an event.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Arkib S41 ini (yang dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 di bawah.

contoh soalan peperiksaan online Pegawai Arkib S41 Tugas

Atau, korang juga boleh baca contoh soalan SPA kefahaman bahasa Inggeris (updated 2020) yg atok dah tulis sebelum ini untuk lebih info sebelum membuat keputusan.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41

Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni sekarang juga?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu jogging ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa korang yg berharga mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu.

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Pegawai Arkib S41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Ni Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Mana ada orang lulus SPM sebab beli buku rujukan. Orang lulus sebab rajin study, rajin ulangkaji dan gigih berusaha.

Dah Tak Ingat Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pun. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses!

Exam Da Dekat. Sempat Ke Pos Buku Ni Tok?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm setengah jam. Pegi ulang-alik amik barang.

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41 yang akan korang hadapi pada 14 Ogos 2020 nanti.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Lain-Lain FAQ

Ini soalan bocor Pegawai Arkib S41 ker tok?

Bukan, bukan dan bukan. Tiada isu bocor. Sebab hanya SPA yang tahu koleksi soalan mereka. Itu rahsia rasmi kerajaan. Ini pakej rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia cuma membantu korang study dan mengulangkaji sahaja.

Camna nak dapatkan rujukan ni?

Klik pautan rujukan Penolong Pegawai Arkib S41 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan berkenaan.

Tok, ada contoh soalan bahasa Inggeris tak dalam rujukan S41 ni?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam bilangan yang memadai untuk membantu ulangkaji anda.

Contoh soalan Matematik Pegawai Arkib S41 ada disediakan?

Ia dipanggil rujukan Daya Menyelesaikan Masalah (matematik). Contoh-contoh soalan yang disediakan setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA.

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam, tidur bangun makan sesaja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib Gred S41 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih meminati kerja swasta (atas sebab ruang peningkatan karier yang lebih menarik), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menghadirkan diri korang tu ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup Betul Ni

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai NADA sebagai pembantu S19. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Last but not least, khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Dapat panggilan PSEE pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Serius, Ni Baru Penutup!

Korang tahukah, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu.

Exam online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Agensi Nuklear Malaysia melalui SPA sedang membuka ruang kepada calon yang berminat untuk bekerja dengan mereka. Jika korang menerima panggilan exam online SPA, sila dapatkan maklumat penting contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Sains C29 ini.

OK, ni btl2 last, dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pegawai undang-undang di Jabatan Peguam Negara tak beragak ramai. Tp tu stakat khabar angin la kan. Apa2 pun, better bersedia jg. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Bon Voyage dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Arkib S41”

  1. assalamualaikum atok. saya nak bertanya . saya pemegang ijazah sarjana muda bahasa arab . bagaimanakah laluan saya untuk memasuki government ya? saya tiada diploma pendidikan. mungkin tuan tok boleh bantu . memberi laluan ke government?

    Reply
    • Wkslm Aisyah.

      Utk memasuki sektor awam tidak semestinya memerlukan diploma pendidikan. Ia lazimnya digunakan utk memasuki dunia perguruan/pendidikan.

      Yang penting, Aisyah dah daftarkan maklumat dalam portal SPA8i secara online. Kalau belum, boleh guna pautan SPA8i ini.

      Kini, calon yg ada ijazah turut dibenarkan memohon jawatan yg hanya memerlukan diploma.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!