Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Korang dipanggil PSEE Penolong Jurutera Gred JA29 ambilan di Jabatan Kerja Raya pada kali ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29. Koleksi contoh soalan ini sesuai dijadikan latihan bagi calon peperiksaan Penolong Jurutera (Awam) JA29, Penolong Jurutera (Elektrik) JA29 dan Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29. Koleksi contoh soalan PSEE ini terdiri daripada 10 contoh seksyen A dan 10 contoh seksyen B. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera Gred JA29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera (Awam) JA29 KKR

Nota Penting: Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Penolong Jurutera JA29 utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 17 April 2024 – 23 April 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Jurutera JA29 ini.

Bagi korang yang bertuah dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Jurutera Gred JA29 (Mekanikal) pada 29 Februari 2024 ni (untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia). Sila dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian ni di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Jurutera JA29 ni.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29, Penolong Jurutera (Elektrik) JA29 dan Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Permohonan jawatan kosong Penolong Jurutera JA29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Jurutera (Awam) JA29 JKR atau Penolong Jurutera (Elektrik) JA29 atau Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29 secara rasmi di Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR), permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Penolong Jurutera JA29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk jawatan Penolong Jurutera JA29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Penolong Jurutera JA29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG JURUTERA (AWAM) GRED JA29 DI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 3 NOVEMBER 2021

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-jurutera-awam-ja29/

Atau

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Semakan Keputusan pSEE Penolong Jurutera JA29

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PENOLONG JURUTERA (ELEKTRIK) GRED JA29 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

BILANGAN CALON YANG DIPANGGIL PEPERIKSAAN: 5,403 ORANG CALON

BILANGAN CALON YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN: 3,376 ORANG CALON

BILANGAN CALON YANG LULUS PEPERIKSAAN: 1,356 ORANG CALON

BILANGAN KEKOSONGAN JAWATAN: 16 LANTIKAN DAN 135 SIMPANAN

Pautan Semakan Keputusan:

http://e-semakan.spa.gov.my/keputusan-psee-penolong-jurutera-elektrik-ja29

Jadual gaji Penolong Jurutera JA29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Jurutera Gred JA29 ;

Gaji minimum RM 1,549.00
Gaji maksimum RM 5,701.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 145.00
Jadual Gaji Penolong Jurutera Gred JA29

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Jurutera JA29 layak terima.

Deskripsi tugas Penolong Jurutera Gred JA29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Jurutera JA29?

Secara am, tugas seorang Penolong Jurutera adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk, menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek, menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek, membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop, melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Jurutera JA29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00);

atau

Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Penolong Jurutera JA29

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Jurutera JA29 untuk bulan Januari dan Februari 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA. Dan panggilan kali ketiga utk tahun ini juga sudah dikeluarkan oleh SPA. Atok ringkaskan di bawah.

Untuk tahun 2020, peperiksaan online Penolong Jurutera Gred JA29 akan dijalankan satu (1) kali dalam bulan Januari, satu (1) kali dalam bulan Februari, satu (1) kali dalam bulan Disember.

Sementara untuk tahun 2021, sekali (1) dalam bulan Januari ini dan sekali (1) dalam bulan Ogos ini dan sekali dalam bulan November ini.

Tarikhnya ialah pada :

3 November 2021 (bersamaan dengan hari Rabu).

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10 pagi sampai la jam 11 pagi.

Inilah tempoh pagi tersingkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Untuk menjadi penyandang jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Jurutera JA29 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Format Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Jurutera JA29 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Penolong Jurutera JA29 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Jurutera JA29 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ.

Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Jurutera JA29 sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak ‘terjatuh di tapak pembinaan’ (sekadar metafora)

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘terjatuh di tapak pembinaan‘ lalu akhirnya gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang ‘yes ‘ dengan ‘no’ je la yg tahu.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai salah lukis pelan bangunan

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam. Ibarat ‘salah lukis pelan bangunan projek’. Alamat memang kena la dengan bos.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Penolong Jurutera JA29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Penolong Jurutera JA29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju belang lengan pendek mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju kapas pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju satin lengan panjang . Manakala Budak berbaju satin lengan panjang mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju belang lengan pendek. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Ipoh mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Ipoh?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Gobala dan abangnya Krishna baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Gobala mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Jothika seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Jothika dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Deepika ialah adik kepada Jothika. Selain turut cantik seperti kakaknya, Deepika juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Deepika untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Naresh ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Naresh?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Andrew Ang membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Andrew Ang dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Edmond Loh baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Jururtera JA29 JKR. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Edmond Loh membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) Sejumlah 16250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang dapur P dan ruang dapur Q. Berapakah bilangan jubin bagi ruang dapur Q?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

10) Nilai bagi Y ialah

CARTRAINBOOKSHIP
5445 3604 950Y

A) 10 368
B) 16 888
C) 21 888
D) 23 368

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Jurutera Gred JA29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera (Elektrik) Gred JA29 Kementerian Kerja Raya Malaysia

Sedikit masalah teknikal: Kekadang link tak boleh buka. So, paling senang korang taip semula link ni dlm chrome korang: https://atokpencen.com/baca/penolong-jurutera/

Atau pun,

Baca post yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia pastinya akan menambahkan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian ramai calon. Impian untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Impian utk membahagiakan ibu dan ayah. Dah la susah payah hidup sewaktu kecil..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi akan sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada, a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Debbie has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Debbie has three animals in total.
B) Debbie has more cats than dogs.
C) One of Debbie’s cats is black.
D) All of Debbie’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Sangeetha Devi lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Sangeetha Devi lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where ________________ Soh Chin Hao live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Phan Tsu Han ______________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) I have only a ___________________ Christmas cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 8).

When I returned to the common the sun was setting. The crowd about the pit had increased, and stood out black against the lemon yellow of the sky-a couple of hundred people, perhaps. There were raised voices, and some sort of struggle appeared to be going on about the pit. Strange imaginings passed through my mind. As I drew nearer I heard Stent’s voice:

“Keep back! Keep back!” A boy came running towards me. “It’s movin’,” he said to me as he passed; “it’s screwin’ and screwin’ out. I don’t like it. I’m goin’ home, I am.” I went on to the crowd. There were really, I should think, two or three hundred people elbowing and jostling one another, the one or two ladies there being by no means the least active. “He’s fallen in the pit!” cried some one. “Keep back!” said several. The crowd swayed a little, and I elbowed my way through. Everyone seemed greatly excited. I heard a peculiar humming sound from the pit. “I say!” said Ogilvy. “Help keep these idiots back. We don’t know what’s in the confounded thing, you know!”

I saw a young man, a shop assistant in Woking I believe he was, standing on the cylinder and trying to scramble out of the hole again. The crowd had pushed him in. The end of the cylinder was being screwed out from within. Nearly two feet of shining screw projected. Somebody blundered against me, and I narrowly missed being pitched onto the top of the screw. I turned, and as I did so the screw must have come out, for the lid of the cylinder fell upon the gravel with a ringing concussion. I stuck my elbow into the person behind me, and turned my head towards the Thing again. For a moment that circular cavity seemed perfectly black. I had the sunset in my eyes.

I think everyone expected to see a man emerge-possibly something a little unlike us terrestrial men, but in all essentials a man. I know I did. But, looking, I presently saw something stirring within the shadow: greyish billowy movements, one above another, and then two luminous disks-like eyes. Then something resembling a little grey snake, about the thickness of a walking stick, coiled up out of the writhing middle, and wriggled in the air towards me-and then another.

A sudden chill came over me. There was a loud shriek from a woman behind. I half turned, keeping my eyes fixed upon the cylinder still, from which other tentacles were now projecting, and began pushing my way back from the edge of the pit. I saw astonishment giving place to horror on the faces of the people about me. I heard inarticulate exclamations on all sides. There was a general movement backwards. I saw the shopman struggling still on the edge of the pit. I found myself alone, and saw the people on the other side of the pit running off, Stent among them. I looked again at the cylinder and ungovernable terror gripped me. I stood petrified and staring.

A big greyish rounded bulk, the size, perhaps, of a bear, was rising slowly and painfully out of the cylinder. As it bulged up and caught the light, it glistened like wet leather.

Two large dark-coloured eyes were regarding me steadfastly. The mass that framed them, the head of the thing, was rounded, and had, one might say, a face. There was a mouth under the eyes, the lipless brim of which quivered and panted, and dropped saliva. The whole creature heaved and pulsated convulsively. A lank tentacular appendage gripped the edge of the cylinder, another swayed in the air.

Those who have never seen a living Martian can scarcely imagine the strange horror of its appearance. The peculiar V-shaped mouth with its pointed upper lip, the absence of brow ridges, the absence of a chin beneath the wedgelike lower lip, the incessant quivering of this mouth, the Gorgon groups of tentacles, the tumultuous breathing of the lungs in a strange atmosphere, the evident heaviness and painfulness of movement due to the greater gravitational energy of the earth-above all, the extraordinary intensity of the immense eyes-were at once vital, intense, inhuman, crippled and monstrous. There was something fungoid in the oily brown skin, something in the clumsy deliberation of the tedious movements unspeakably nasty. Even at this first encounter, this first glimpse, I was overcome with disgust and dread.

From ‘The War of the Worlds’, by H G Wells

6) The author hints that the women in the crowd were

A) just as aggressive as the men.
B) more aggressive than the men.
C) reluctant to push forward.
D) merely passive onlookers.

7) The mood of the crowd altered suddenly when

A) the cylinder opened.
B) a bear emerged from the cylinder.
C) a pair of eyes was detected peering at them from the cylinder.
D) tentacles appeared out of the top of the cylinder.
E) the creature opened its mouth.

8) Of the Martian’s features, the one most causing the writer’s disgust and dread was

A) the slobbering mouth.
B) the huge, intensely staring eyes.
C) the oily, fungoid skin.
D) the Gorgon-like tentacles.
E) the heaving, pulsating body.

9) Far from being upright and moral, his behaviour showed him to be fallible.

The word fallible in this sentence means

A. capable of falling over
B. weak-kneed
C. capable of error
D. immoral

10) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

we arent welcome here said Jenny so we had better go dont you think

A. “We aren’t welcome here, said Jenny. We had better go don’t you think.”
B. “We aren’t welcome here,” said Jenny, “we had better go, don’t you think?”
C. “We aren’t welcome here,” said Jenny. “We had better go, don’t you think?”
D. “We arent welcome here,” said Jenny, “we had better go, don’t you think.”

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Jurutera Gred JA29 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 di bawah :

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera (Awam) JA29 Kementerian Kerja Raya Malaysia

Join channel dulu: Jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 sudah dibuka. Segala proses kemaskini sudah selesai. Dapatkan segera kerana jualan dibuka selama 4 hari sahaja! Selain itu, jika korang nak menjadi orang terawal mendapatkan rujukan ini sebagai bahan latih tubi dan bantuan dalam persiapan korang. Korang join jer channel telegram Penolong Jurutera JA29 atok ni. Channel tu sunyi jer dan atok takkan bunyi kecuali update pasal rujukan ni saja. So, hidup korang takkan terganggu dengan notification2 yg tak perlu.

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan lebih detil. Ia akan menambah lagi tahap kefahaman korang terhadap ‘pecahan dalam pecahan’ soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29

Good news! Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih)
  5. Murah giler (HP korang harga beribu kot)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting, korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Jurutera Gred JA29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2021.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Peperiksaan da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bizi sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Boleh. Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera (Awam) JA29 pada 5 Februari 2020, Penolong Jurutera (Elektrik) JA29 yang akan korang hadapi pada 17 Disember 2020 dan juga Penolong Jurutera (Mekanikal) JA29 yg akan berlangsung pada 7 Januari 2021 nanti.

Dan terkini ialah pada 25 Ogos 2021.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main FB, pastu tidur lagi. Terus baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29 ni untuk korang yang betul2 berminat nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih meminati kerja swasta (atas sebab amount komisyen yg nampak lebih mantul), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menggerakkan diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dahulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup lagi

Ramai cakap, exam Pembantu Laut yg lepas adalah sukar. Jadi, elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu Anti Dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Dapat panggilan PSEE pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Last but not least, khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu.

Baru penutup!

Exam online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi exam online untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Anytime SPA akan keluarkan panggilan exam Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok da sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

Jabatan Penjara Malaysia telah mengeluarkan iklan melalui SPA utk pengambilan jawatan Pegawai Penjara Gred KA19. Seandainya korang ada mengisi jawatan ini dalam SPA9 dan sedang membuat persediaan, elok sangat kalau baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penjara KA19 ni.

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu akan mengadakan peperiksaan oline utk pengambilan pelbagai jawatan Gred 29. Adakah korang terlibat? Sila buat persediaan dan dapatkan bahan ulangkaji di contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu.

OK, ni btl2 last. KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan exam untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

31 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Jurutera JA29”

    • Salam Elmi,

      Jualan utk rujukan Penolong Jurutera JA29 ini belum dibuka lagi.

      Ini kerana isi kandungan rujukan Penolong Jurutera JA29 masih sedang dikemaskini agar sesuai digunakan untuk sesi pada PSEE 17 Disember ini.

      Pembelian rujukan ini adalah secara online. Bila da buka nanti, atok akan update di dalam blog ini ya.

      Terima kasih.

      Reply
  1. Assalamualaikum Atok

    Bila rasa2nya jualan utk rujukan Penolong Jurutera JA29 di buka sebab bukan selalu dapat bukak blog atok ni….
    kalau dah ada boleh email saya ye

    Reply
  2. Assalamualaikum Atok, saya exam online pada 17 Disember 2020 ni, macam mana saya nak dapatkan contoh-contoh soalan tu ? ada alternatif lain tak, selain dari check blog atok ?

    Terima Kasih.

    Reply
    • Salam Jannah,

      Nanti atok berikan link untuk daftar dalam waiting list pembeli. So, bila jualan buka. Emel notifikasi akan dihantar kepada Jannah.

      Terima kasih.

      Reply
  3. Assmlkm Atok & team…
    Alhamdulillah, sy berjaya lulus exam yg diadakn pd 17 Dec haritu…buku rujukan ni sangat2 membantu untk sy membuat persiapan exam…
    Next step, kena prepare untk IV plak…

    Thank you Atok & team…😊

    Reply
    • Wkslm Afiq,

      Alhamdulillah. Tahniah diucapkan. Atok tumpang gembiranya mendengarnya.

      Buat btl2 IV nnt k. Didoakan semoga berjaya. Aaminn..

      Reply
  4. Tok saya dah beli online pada 26.12.2020 tapi sampai sekarang (5.1.2021) tak sampai-sampai ni, camne ni tok..7 jan exem.

    Reply
    • Salam Ahmad,

      Rujukan JA29 ni bkn dlm bentuk buku. Tiada pengeposan dilakukan.

      Ia adalah format PDF dan dihantar melalui emel.

      Tapi atok fikir, sudah tidak sempat nak study. Masa da terlalu singkat.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!