Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Dapat panggilan exam online Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 pada bulan ni? Dah prepare? Klu belum, nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 (Kementerian Sumber Manusia)

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Sebelum tu, kepada korang yg dapat panggilan ujian psikometrik Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41 (Kejuruteraan Elektrik) ini utk ambilan Kementerian Sumber Manusia. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE dan ujian psikometrik Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41 pada 21 September 2021 – 01 Oktober 2021 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41 ini.

Permohonan jawatan kosong Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Semakan penjadualan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMERIKSA KILANG DAN JENTERA GRED J41 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN: 10.00 PAGI -11.00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pemeriksa-kilang-dan-jentera-j41/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ;

Gaji minimum RM 2,529.00
Gaji maksimum RM 9,643.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 225.00
Jadual Gaji Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 layak terima.

Deskripsi tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pemeriksa Kilang dan Jentera J41?

Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

Syarat lantikan dan kelayakan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred J41 : RM2,529.00)

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 untuk tahun 2021 bakal dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih belum ditentukan lagi.

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00. Inilah tempoh singkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Untuk menyandang jawatan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Format Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 bagi tahun 2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak dilanggar jentera

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘dilanggar jentera‘ lalu mendapat kecederaan teruk dalam keputusan peperiksaan online.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, haram sepatah tak faham.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai tergelincir daripada tangga kilang

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir ‘tergelincir daripada tangga kilang‘.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (macam IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju jingga mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju maroon pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju peach. Manakala Budak berbaju peach mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju jingga. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Bachok mempunyai bangsa M seramai 0.47 juta orang. Bangsa N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala Bangsa O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah Bangsa O di Daerah Bachok?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Aafiyah dan kakaknya Sarlene baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Aafiyah mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Zarina seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Geografi dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Geografi yang boleh dijawab oleh Zarina dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Ziezie ialah adik kepada Zarina. Selain turut cantik seperti kakaknya, Ziezie pula suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun tabungan Ziezie untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Mustajid membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Mustajid dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Ezzham membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Ezzham membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

Untuk lebih banyak contoh dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41

Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Shakira has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Shakira has three animals in total.
B) Shakira has more cats than dogs.
C) One of Shakira’s cats is black.
D) All of Shakira’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Monalissa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy…

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Monalissa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) He stopped ______________ to us. We spent ten minutes having a really nice chat before he moved on again.

A) to talk
B) talking
C) talks
D) talked

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 4 – 7).

“Anne,” cried Mary, still at her window, “there is Mrs Clay, I am sure, standing under the colonnade, and a gentleman with her. I saw them turn the corner from Bath Street just now. They seemed deep in talk. Who is it? Come, and tell me. Good heavens! I recollect. It is Mr Elliot himself.”

“No,” cried Anne, quickly, “it cannot be Mr Elliot, I assure you. He was to leave Bath at nine this morning, and does not come back till to-morrow.”
As she spoke, she felt that Captain Wentworth was looking at her, the consciousness of which vexed and embarrassed her, and made her regret that she had said so much, simple as it was.

Mary, resenting that she should be supposed not to know her own cousin, began talking very warmly about the family features, and protesting still more positively that it was Mr Elliot, calling again upon Anne to come and look for herself, but Anne did not mean to stir, and tried to be cool and unconcerned. Her distress returned, however, on perceiving smiles and intelligent glances pass between two or three of the lady visitors, as if they believed themselves quite in the secret. It was evident that the report concerning her had spread, and a short pause succeeded, which seemed to ensure that it would now spread farther.

“Do come, Anne” cried Mary, “come and look yourself. You will be too late if you do not make haste. They are parting; they are shaking hands. He is turning away. Not know Mr Elliot, indeed! You seem to have forgotten all about Lyme.”

To pacify Mary, and perhaps screen her own embarrassment, Anne did move quietly to the window. She was just in time to ascertain that it really was Mr Elliot, which she had never believed, before he disappeared on one side, as Mrs Clay walked quickly off on the other; and checking the surprise which she could not but feel at such an appearance of friendly conference between two persons of totally opposite interest, she calmly said, “Yes, it is Mr Elliot, certainly. He has changed his hour of going, I suppose, that is all, or I may be mistaken, I might not attend;” and walked back to her chair, recomposed, and with the comfortable hope of having acquitted herself well.

From ‘Persuasion’, by Jane Austen.

4) Anne does not believe it is Mr Elliot whom Mary sees from the window because:

A) Mary does not know what Mr Elliot looks like.
B) Mr Elliot was to have left Bath earlier that day.
C) it was highly unlikely that Mr Elliot would be a friend of Mrs Clay.
D) A and B together.
E) B and C together.

5) Anne obviously knows Mr Elliot quite well for all the following reasons EXCEPT:

A) she has knowledge of his travel plans.
B) she shows discomfort at Mary spotting him.
C) she is sensitive to what the other ladies might know.
D) she had been speaking about Mr Elliot to others in the room.
E) Mary refers to Anne meeting Mr Elliot in Lyme.

6) Anne finally goes to the window because:

A) she knows in her heart that it really is Mr Elliot.
B) she wishes to prove Mary wrong.
C) she wishes to calm Mary and cover up her own lack of composure.
D) Mary frets that Mr Elliot will disappear from view.
E) Mary is creating a fuss in front of the others in the room.

7) From what occurs it can be inferred that Anne:

A) couldn’t care less about Mr Elliot.
B) had not known Mr Elliot long enough to recognise him.
C) is attracted to Mr Elliot.
D) is uncomfortable at Mr Elliot’s behaviour.
E) C and D together.

8) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

dont you understand what im saying shouted his father get down at once

A) Don’t you understand what Im saying, shouted his father. Get down at once.
B) “Don’t you understand what I’m saying”, shouted his father, “Get down at once.”
C) “Don’t you understand what Im saying”, shouted his father. “Get down at once”
D) “Dont you understand what I’m saying.” shouted his father. “Get down at once”
E) “Don’t you understand what I’m saying?” shouted his father. “Get down at once.”

Dapat tak jawpan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 ini (yang dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Ikuti arahan selanjutnya.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred J41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Masalahnya tok, saya dipanggil ke exam Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29?

Tiada masalah. Rujukan ni juga sesuai digunakan untuk korang yang dipanggil exam jawatan Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera JA29. Topik yang dibincangkan sama, nota-nota sama dan contoh soalan juga sama untuk kedua-dua jawatan.

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pun. Yang bestnya, dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat. Sempat ke pos buku ni tok?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm setengah jam. Pegi ulang-alik amik barang.

Korang juga tak perlu tengok tracking number tiap hari. Nak tengok barang korang da sampai mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikannya buku. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main hp, tidur lagi. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih meminati kerja swasta (atas sebab ruang peningkatan kerjaya yang lebih menarik), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menghadirkan diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup betul ni

Jabatan Arkib Negara membuka peluang kepada calon-calon yang berkelayakan untuk menyertai jabatan mereka. Iklan PSEE S19 sudah dibuka. Jika orang calon dipanggil exam, sila baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pemuliharaan S19 ini.

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai NADA sebagai pembantu S19. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah PSEE online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Arkib Negara Malaysia sedang membuat pengambilan kakitangan baharu melalui SPA. Jika korang salah sorang calon yg dipanggil menduduki exam SPA, baca dahulu perkongsian atok mengenai contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41.

Keperluan sebagai Pegawai Penyelidik Q41 di Jabatan Perikanan Malaysia adalah pada tahap kritikal. Disebabkan itulah, maka SPA diarahkan untuk membuat pengambilan segera. Panggilan PSEE sudah dikeluarkan. Jika korang terlibat, dapatkan input maksimum di contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41 ini.

Last but not least, khas cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit pendedahan berguna.

Serius, ni baru penutup!

Jabatan Akauntan Negara sedang membuka ruang dan peluang kepada calon yg berkelayakan. Iklan sudah dibuka, so korang isi la cepat2 borang SPA9 di portal SPA tu. Bagi yang dah dapat panggil ke exam online, sila baca contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Dapat panggilan PSEE pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukah, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu.

Exam online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui SPA sudah mengeluarkan iklan kekosongan jawatan Pembantu Hal Ehwal Islam S19. Ini adalah jawatan yg cukup femes di kalangan pemohon SPA9. Persiapkan diri dari sekarang jika korang ada memohon jawatan ini. Baca beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Hal Ehwal Islam S19 ni.

OK, ni btl2 last. Sesi exam online untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Bon Voyage dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41”

  1. Tok!!
    jawab exam dah lepas. Dia dah bgtau akan dipanggil Interview.
    So, interview ni nak kena prepare ape tok utk jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera J41 ni tok?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!