Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19

Korang dipanggil exam online Pembantu Juruaudit W19 bulan ni? Tengah pening kepala? Tak perlu. Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit Gred W19 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Sebelum itu, bagi korang yg dipanggil ke PSEE Penolong Juruaudit W29 ambilan Jabatan Audit Negara pada 19 Ogos 2021 ini. Dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi exam gred W29 di contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Juruaudit

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Juruaudit Gred W19 secara rasmi di Jabatan Audit Negara dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Juruaudit adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19 DI JABATAN AUDIT NEGARA DAN PELBAGAI KEMENTERIAN / JABATAN

Pautan Alternatif:

Pautan terkini akan dikemaskini kemudian.

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual gaji Pembantu Juruaudit W19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Juruaudit Gred W19 ;

  • Gaji minimum – RM1,353.00
  • Gaji maksimum – RM4,005.00
  • KGT – RM100.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Juruaudit layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Juruaudit

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Juruaudit W19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Juruaudit Gred W19 adalah seperti berikut:

Menjalankan penguatkuasaan hukuman undang-undang, pengurusan ehwal kewangan serta memberi khidmat nasihat kaunseling dari segi sistem perakaunan, pengurusan pentadbiran koperasi dan perundangan serta tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Juruaudit W19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,353.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,409.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: 1,409.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:1,465.80).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Exam Online Pembantu Juruaudit W19

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Juruaudit W19 untuk tahun 2021 belum dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Juruaudit mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya belum ditentukan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00 (masa standard SPA). Inilah tempoh singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pembantu Juruaudit Gred W19

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Juruaudit W19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Juruaudit yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Juruaudit W19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19

Format Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Juruaudit untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2018 vs Format 2019

Format Pembantu Juruaudit W19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Juruaudit W19 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak gejala ‘akaun tak balance’

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai akaun calon Pembantu Juruaudit jadi ‘tak balance‘ semasa exam lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg dijawab.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian terbaik.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai ‘menung tak sudah’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘menung tak sudah‘ setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Tambah-tambah lagi exam ni khas untuk menapis calon Pembantu Juruaudit W19 yang akan bertugas di Jabatan Audit Negara. Angka dan nombor memang akan menjad rutin harian korang kelak. Atok hampir pasti soalan daya menyelesaikan masalah yang dikemukakan adalah agak ‘sukar’ berbanding jawatan-jawatan lain.

Namun begitu pun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Juruteknik Komputer FT19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Juruaudit W19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Aliew dan abangnya Matson baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Aliew mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

2) Budak berseluar pendek dan duduk mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berseluar panjang dan mencangkung pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berseluar panjang dan berdiri. Manakala Budak berseluar panjang dan berdiri mendapat kurang 350 markah daripada Budak berseluar pendek dan duduk. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

3) Daerah Kota Marudu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Kota Marudu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

4) Joanna seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Joanna dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Katerina ialah adik kepada Joanna. Selain turut cantik seperti kakaknya, Katerina juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Katerina untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Senthini ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Senthini?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Samshul membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Samshul dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Beg M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada beg O. Beg P pula lebih berat daripada beg O, tetapi lebih ringan daripada beg M. Susun kedudukan beg-beg tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta Exora terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Exora itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Exora terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Juruaudit W19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Juruaudit Gred W19 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan SPA Pembantu Juruaudit Gred W19 Jabatan Audit Negara

Atau pun,

Baca post khas membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen A

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada; a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Juruaudit W19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

1) Yati has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Yati has three animals in total.
B) Yati has more cats than dogs.
C) One of Yati’s cats is black.
D) All of Yati’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Karmila lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Karmila lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where _______________ Cecelia Tan live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Thomas Chai ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) I have only a ____________ Wesak cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 9).

Among predatory dinosaurs, few flesh-eaters were bigger, faster and nastier than the “tyrant lizard” of popular imagination, the Tyrannosaurus Rex. At least, that is what we have been led to believe.

Now research suggests that, far from being the Ferrari of dinosaurs, Tyrannosaurus Rex, whose ferocious reputation has fascinated generations of schoolchildren, was in fact a cumbersome creature with a usual running speed of twenty-five kilometres an hour. This is a mere snail’s pace compared with modern animals such as the cheetah.

Unlike some of the predators of today’s African savannah, which can change direction almost immediately, the dinosaur would have had to turn slowly or risk tumbling over. And while a human can spin forty-five degrees in a twentieth of a second, a Tyrannosaurus would have taken as much as two seconds, as it would have been hampered by its long tail. Thankfully, however, all its prey, such as triceratops, would have been afflicted with the same lack of speed and agility.

The findings were reached after researchers used computer modelling and biomechanical calculations to work out the dinosaur’s speed, agility and weight. They based their calculations on measurements taken from a fossil dinosaur representative of an average Tyrannosaurus and concluded the creatures probably weighed between six and eight tonnes.

Calculations of the leg muscles suggest that the animal would have had a top speed of forty kilometres an hour, which is nothing compared to a cheetah’s one hundred kilometres an hour. It is sobering to reflect, though, that an Olympic sprinter runs at about thirty-five kilometres an hour, not sufficient to outrun a Tyrannosaurus, should Man have been around at that time!

6) Being known as the ‘Ferrari of dinosaurs’ means Tyrannosaurus Rex

A. wore shoes.
B. was a quick and agile creature.
C. was a hunting machine.
D. was the most ferocious of dinosaurs.

7) In turning, a Tyrannosaurus would have been hampered by

A. its weight.
B. its bulky leg muscles.
C. its overall size.
D. its tail length.

8) In calculating the size, speed and agility of Tyrannosaurus Rex, scientists used

A. examination of fossils.
B. biomechanical calculations and computer models.
C. comparisons with modern animals.
D. A and B together.

9) The overall theme of the passage is

A. Because it was cumbersome, Tyrannosaurus Rex was lucky to survive.
B. Tyrannosaurus Rex’s speed and agility were still superior to those of other dinosaurs.
C. Tyrannosaurus Rex’s fierce reputation is now laid to rest.
D. Compared to modern predatory animals, Tyrannosaurus Rex was slow and cumbersome.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Juruaudit W19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Juruaudit Gred W19 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Juruaudit Gred W19

Atau pun,

Baca perkongsian sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Juruaudit W19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik ‘complete your order’.
  6. Di laman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.
  8. Korang akan dpt emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 24 jam (maksimum).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Juruaudit W19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.

X perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat tak pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 2 jam 17 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap masa. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih minat baca buku..

Boleh. Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding kan. Jadi la buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya bertindak sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Dapat panggilan exam PSEE online pembantu tadbir P/O? Tak tahu nak prepare apa? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam PSEE online pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Khusus calon yang dipangil ke PSEE online pembantu operasi, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Exam PSEE online yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi exam online PSEE untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg berdedikasi. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baharu saja mengeluarkan panggilan exam untuk jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 melalui SPA. Dlm tempoh PKP ni, mmg ramai yg dibuang kerja. Guna peluang ini sebaiknya. Buat persiapan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 ni.

Last but not least, Kementerian Komunikasi dan Multimedia & KKR sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Serius, ni baru penutup!

Kepada korang yang layak, dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Panggilan exam PSEE online pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon untuk peperiksaan PSEE online pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke peperiksaan PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara jumlah panggilan PSEE yang agak tinggi. Boleh dikatakan salah satu daripada jawatan yang popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tidak lupa juga kepada calon peperiksaan PSEE online atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia membuka peluang kepada calon yang berkelayakan dan berkebolehan untuk menjadi Pegawai Kebudayaan. Bagi yg dipanggil, sila dapatkan bahan bacaan di contoh soalan peperiksaan Pegawai Kebudayaan B29.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA untuk juruteknik komputer. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!