Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19

Korang dapat panggilan peperiksaan online Pembantu Tadbir Gred N19 untuk pengambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri pada kali ini? Tgh pening kepala? Nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini mengandungi 10 contoh soalan Pengetahuan Am dan 10 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik).

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 Sabah Sarawak

Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 di bawah.

Selain dari itu, korang juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian peperiksaan online korang pada tahun 2023 ini.

Nota Penting: Sementara itu, bagi korang yang bertuah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Tadbir N19 (Tetap) ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang yang dijadualkan pada bulan 06 – 09 November 2023 ini. Tahniah diucapkan. Sila perkemaskan lagi persiapan ke temuduga N19 korang dengan membaca contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19.

Special untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Pembantu Tadbir N19 yang dijadualkan di antara kali ini. Setinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi khas untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di contoh soalan REQT Sarawak (JKR).

Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir N19 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika mengikut iklan yang telah dikeluarkan SPA pada 19 Disember 2022, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 di seluruh negara adalah sebanyak 12 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 40 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan rapi sebelum masa ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang, da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!

Semakan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

TARIKH PEPERIKSAAN : 11 MEI 2023 (KHAMIS)

Pautan Semakan:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-tadbir-perkeranian-operasi-n19

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA Terengganu dan Laman Facebook Rasmi SPA Terengganu. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA Terengganu!”

Jadual gaji Pembantu Tadbir N19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi N19;

Gaji minimum RM1,352.00
Gaji maksimum RM4,003.00
Kenaikan Gaji TahunanRM100.00
Jadual Gaji Pembantu Tadbir Gred N19

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi N19 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19

Apa skop kerja atau senarai tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 adalah seperti berikut:

Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Peperiksaan Pembantu Tadbir N19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N19 untuk tahun 2023 baru sahaja dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu.

Peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 akan dijalankan satu kali dalam tahun ini.

Tarikh peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 yg diumumkan ialah pada 11 Mei 2023. Ngam-ngam pada hari Khamis depan.

Senario Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Untuk menyandang jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam seksyen A peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 tahun 2023 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Jika korang perasan, format soalan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2023.

Ini kerana, Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2018 vs Format 2023

Format Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 2018

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Format Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 2023

  • Seksyen A: Pengetahuan Am (jawab soalan 40 dalam tempoh 35 minit)
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah (jawab soalan 15 dalam tempoh 25 minit)

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak macam sama ja.

Tak.

Penilaian dah menjadi 2 (Dua) Seksyen.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 sesi peperiksaan 2018, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Kefahaman Bahasa Inggeris. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Pening Lalat

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Pengeahuan Am. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘pening lalat’.

Untuk seksyen B pula, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Seksyen ni mmg masalah betul pada kebanyakan calon.

Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 (Terengganu) – Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online Negeri Terengganu, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Pembantu Tadbir N19 Terengganu adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan
  • Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Deskripsi tugas Pembantu Tadbir N19
  • Isu Terengganu, tanah Terengganu, sejarah Terengganu, warisan Terengganu, adat istiadat Terengganu dan segala maklumat lain berkaitan negeri Terengganu!

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Tadbir N19 – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja).

1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula

2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?

A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC

4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :

A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi

6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?

A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi

9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Tadbir N19 (Seksyen A) ini serta dilengkapi skema jawapan padu. Korang boleh dapatkan rujukan khas Pembantu Tadbir N19 & Pembangunan Masyarakat S19 (Negeri Terengganu) di bawah.

rujukan khas Pembantu Tadbir N19 & Pembangunan Masyarakat S19 (Negeri Terengganu)

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam peperiksaan online Pembantu Tadbir N19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pembantu Tadbir N19 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Saudara X dan saudara Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila saudara X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada saudara Y yang bekerja sendiri. Berapa lama saudara X and saudara Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Dick dan abangnya Duni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dick mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Cevianah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Tadbir N19 di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan dilengkapi skema jawapan) bagi seksyen B Pembantu Tadbir N19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan khas Pembantu Tadbir N19 & Pembangunan Masyarakat S19 (Negeri Terengganu) berikut.

rujukan khas Pembantu Tadbir N19 & Pembangunan Masyarakat S19 (Negeri Terengganu)

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 (Terengganu)

Untuk sesi peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu tahun 2023 ini, rujukan penuh Pembantu Tadbir N19 kali ini dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Apa kandungan rujukan peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 (Terengganu) ni tok?

Cer cite sikit..

Rujukan utama Pembantu Tadbir N19 (Terengganu) ini mengandungi perkara-perkara berikut:

  • 203 mukasurat
  • 54 Nota ringkas Terengganu
  • 41 Nota ringkas kerajaan persekutuan
  • Nota dan formula Matematik
  • 40 Soalan & Jawapan SEKSYEN A PENGETAHUAN AM
  • 20 Soalan & Jawapan SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Apa macam? Berbaloi kan?

Memang rugi kalau tak dapatkan.

Peringatan: Rujukan Pembantu Tadbir N19 (Terengganu) ini tidak dijual selama-lamanya. Ia akan dihentikan jualan pada 10 Mei 2023 (Rabu ni). Harap maklum!

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang jadi insan mulia

Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pembantu Tadbir N19, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan FF, PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan online Pembantu Tadbir N19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama lebih 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

5) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Pembantu Tadbir N19 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Setakat hari ni atok belum dilantik sebagai KP SPA lagi. Hahaha..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Saya dah tak ingat rumus Matematik la tok..

Jangan risau. Rujukan ni dah sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula ilmu matematik yang da hampir bekarat tu.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2018-2023.

Tak perlu studi semua buku teks Matematik SPM. Buang tenaga saja. Sebab dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Sempat ke pos buku ni tok?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni BUKAN buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Jadi tak perlu lagi tunggu POS ke rumah. Cara ni lebih cepat untuk korang mula studi!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi?

Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ni.

Satu lagi, contoh soalan Pembantu Tadbir N19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Senarai FAQ

Ada tak contoh soalan Pengetahuan Am Pembantu Tadbir dalam rujukan ini?

Sudah tentu Ada.

Contoh soalan pembantu tadbir n19 daya menyelesaikan masalah ada tak dalam rujukan ni?

Ada. Ia telah digubal setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA.

Contoh soalan kefahaman bahasa inggeris pembantu tadbir n19 sudah pasti ada bukan?

Tiada. Ini kerana, untuk sesi kali ini seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris tidak dimasukkan ke dalam sukatan peperiksaan.

Ini soalan bocor ke tok?

Bukan sayang. Ini pakej yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia membantu korang study sahaja.

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam sambil asyik menonton drama TV3 saja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab gaji yang mantul) abis, korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang gerak ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru sibuk2 nak rojer pula.

Penutup juga

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita dan akan menganggotai AADK. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under Kementerian Kesihatan Malaysia. Relaks dan bertenang sambil baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Calon exam PSEE untuk gred LS19 di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19.

Kementerian Kerja Raya sedang membuat pembambilan jawatan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Jawatan ini diperlukan dalam bilangan yang agak ramai. Jika korang terlibat, bolehlah baca contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19.

Arkib Negara Malaysia sedang membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk menyertai mereka. Melalui SPA, panggilan utk tapisan peperiksaan Pembantu Arkib sudah dikeluarkan. Jika korang terpanggil, sila dapatkan informasi berguna di contoh soalan peperiksaan Pembantu Arkib S19 ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang comel loteh tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih dan sayang daripada atok untuk korang. Hai.. gatal juga atok ni ya.

Baru la penutup!

Panggilan temuduga pembantu penyelidik under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.

Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan under Jabatan Penerangan. Atok da siapkan untuk korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga berguna.

Ujian psikometrik ntuk Juruaudio dijalankan hampir serentak dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Korang yang dipanggil bagi jawatan tu tolong baca contoh soalan psikometrik Juruaudio Visual N19.

Selain Juruaudio Visual dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Satu lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan adalah Pembantu Kemahiran, jadi baca juga contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19. Sebagai persediaan.

Agak jarang SPA keluarkan panggilan untuk pengambilan Q29 di Jabatan Perikanan Malaysia. Jika korang terlibat, sila dapatan input penting di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Q29.

OK, ni btl2 last. Exam pembantu tadbir kewangan dan exam pembantu tadbir (p/o) dijalankan serentak. Bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca Contoh soalan peperiksaan Pembanu Tadbir Kewangan W19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Bon Voyage dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

26 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19”

    • Hai Zakiyah,

      Mohon bersabar ya. Utk rujukan Pembantu Tadbir edisi 2021 masih dalam proses kemaskini.

      Once jualan dah buka, atok akan update di sini. Tq..

      Reply
    • Wkslm.

      Takde Siti. Itu just contoh shj.

      Tapi dlm rujukan penuh Pembantu Tadbir N19 ada disediakan jawapan dan nota-nota padat.

      Jualan akan dibuka semula tidak lama lagi..

      Reply
  1. Saya dah beli ebook utk Pembantu Tadbir, tapi saya rasa cth soalan math yg diberikan kurang utk sy ulang kaji. Dekat mana sy boleh dapatkan lebih lagi soalan cth utk sy ulang kaji?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!