Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Korang dipanggil ke peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma (Semenanjung/Sabah/Sarawak) untuk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini? Tahniah kalau begitu. Dan di bawah merupakan koleksi contoh soalan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang boleh dijadikan latihan calon-calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Nota Penting: Bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 23 Februari 2024 ini (untuk calon Sabah dan Sarawak) dan pada 27 Februari 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Sebelum itu, untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Bertaraf Diploma Bagi Sesi Januari 2024 yang dijadualkan pada 29 Oktober 2023 – 10 November 2023 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 23 Oktober 2023 – 2 November 2023 ini (untuk calon Sabah) atau pada 30 Oktober 2023 – 3 November 2023 ini (untuk calon Sarawak). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk sesi temuduga ini boleh diperolehi di contoh soalan temuduga latihan separa perubatan.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

LATIIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN: 10.00 PAGI – 11.15 PAGI

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/psee-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:15 pagi.

Analisis Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

*Analisis ini adalah berdasarkan peperiksaan online separa perubatan bertaraf diploma yang telah dijalankan pada sesi Oktober 2019 yang lepas.

Peperiksaan online kali ini adalah untuk ambilan sesi pembelajaran 2022.

Untuk calon Semenanjung, jumlah calon yang menduduki ialah seramai 24 377 orang. Jumlah kekosongan jawatan yang diperuntukkan adalah sebanyak 625 tempat.

Bagi calon Sabah, bilangan calon yang menduduki ialah seramai 6 463 orang. Jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan adalah sebanyak 140 tempat.

Manakala, Calon Sarawak pula, bilangan calon yang menduduki ialah seramai 4 943 orang. Jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan juga adalah sebanyak 140 tempat.

Kekosongan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil (Sesi Julai 2023)

Berikut adalah bilangan kekosongan bagi Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil (Sesi Julai 2023). Iklan kekongan jawatan oleh SPA ini adalah yg terkini bertarikh 5 Januari 2023.

Berdasarkan iklan berkenaan, bilangan kekosongan jawatan untuk latihan separa perubatan bertaraf diploma dan sijil sesi Julai 2023 secara keseluruhan ialah sebanyak 1 825 tempat.

Pecahan kekosongan latihan separa perubatan adalah seperti berikut:

Kekosongan latihan separa perubatan bertaraf Diploma

Jururawat – 105 (lelaki) / 415 (perempuan)
Jururawat (PSL) – 460 (perempuan)
Penolong Pegawai Perubatan – 205 (lelaki) / 95 (perempuan)
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran – 50 (lelaki) / 25 (perempuan)
Juruteknologi Makmal Perubatan – 90 orang
Penolong Pegawai Farmasi – 70 orang
Juru X-Ray (Radioterapi) – 20 orang
Jurupulih Perubatan Carakerja – 20 orang
Jurupulih Perubatan Fisioterapi – 40 orang
Juruterapi Pergigian – 60 orang
Juruteknologi Pergigian – 50 orang

Kekosongan latihan separa perubatan bertaraf sijil

Pembantu Kesihatan Awam – 60 orang
Pembantu Pembedahan Pergigian – 60 orang

Ini adalah satu peluang keemasan untuk korang. Jangan lupa masukan jawatan-jawatan yang disenaraikan ini dalam SPA9 korang. Mana tahu dapat kan..

Senarai Penuh Latihan Separa Perubatan bertaraf diploma

Bagi calon pertama kali, mungkin ada yang bertanya – latihan separa perubatan ni apa nama jawatan dia tok?

Berikut adalah senarai penuh latihan Separa Perubatan bertaraf diploma di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :

  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Alamat Surat Menyurat Unit Latihan Separa Perubatan

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan melalui E-mel melalui sistem ePertanyaan SPA (SISPAA SPA).

Elaun Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Sepanjang pengajian korang selama 3 tahun (6 semester) di bawah KKM, korang akan menerima biasiswa dan elaun-elaun berikut :

  • Biasiswa – RM835.57 sebulan
  • Elaun Buku – RM250.00 Setahun
  • Elaun Kertas Projek – RM90 setahun
  • Elaun Perkakas – RM25.00 sepanjang tempoh latihan
  • Elaun Jahitan Pakaian Seragam – RM45.00 sepasang

Format exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Tahukah korang, soalan exam online yang bakal disoal sudah tentu berkait rapat dengan bidang kesihatan dan perubatan itu sendiri?

Sebagai calon yang dipanggil ke peperiksaan online (PSEE) ini, korang haruslah membuat persediaan sebaiknya. Termasuk fizikal dan kesediaan mental.

Persediaan untuk exam Separa Perubatan

Sudah pasti korang sudah sedia maklum, kalau belum seharusnya korang tahu bahawa SPA mengadakan pengambilan ini khusus untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh kerana ambilan ini adalah untuk sektor awam, korang perlu mempersiapkan diri dengan maklumat yang berkaitan dengan kerajaan juga.

Termasuklah berkenaan dengan pentadbiran negara, kementerian-kementerian, suruhanjaya-suruhanjaya, agensi dan jabatan lain.

Info ini cukup luas dan kalau hendak dicari memang sukar. Apa lagi untuk dihafal dalam tempoh yang pendek.

Jadi kali ini, atok akan buat sedikit perkongsian berkenaan contoh soalan pengetahuan am. Kenapa pengetahuan am sahaja? Sambung bacaan di bawah..

Format exam Separa Perubatan Bertaraf Diploma Sesi 2022

Format Exam Online untuk Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma kali ini terdapat sedikit perubahan lagi.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum. Tahun sebelum ini formatnya adalah seperti berikut :

Dibahagikan kepada 2 seksyen:

Seksyen A – Psikometrik
Seksyen B – Pengetahuan Am

Tapi pada kali ini, format peperiksaan diubah lagi. Iaitu,

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – Pengetahuan Am

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji pengetahuan calon terhadap perkara yang terjadi di peringkat global secara am dan perkembangan di Malaysia secara khususnya.

Antara subtopik yang pada kebiasaannya disoal adalah :

  • isu-isu semasa,
  • hal-ehwal politik,
  • dasar-dasar ekonomi kerajaan,
  • dasar pengurusan kewangan,
  • isu teknologi maklumat dan komunikasi

Penting : Pengetahuan korang mengenai bidang kesihatan harus dipertingkatkan!

15 Contoh Soalan Pengetahuan Am Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Apa yang dikongsikan di bawah bukanlah soalan bocor atau soalan sebenar. Tujuan perkongsian untuk djadikan sebagai gambaran tajuk dan topik yang mungkin ditanya dalam peperiksaan online itu nanti.

1) Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan kebersihan & keselamatan makanan, pihak manakah yang boleh diajukan perkara tersebut?

A. Pejabat Penerangan Daerah yang berhampiran.
B. Hospital kerajaan yang berhampiran.
C. Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.
D. Pejabat Pertanian Daerah yang berhampiran.

2) Apakah keadaan yang menyebabkan sesebuah premis makanan boleh diarahkan ditutup?

i. Tahap kebersihan premis makanan yang kurang memuaskan.
ii. Berlakunya kes penyakit berjangkit berkaitan makanan seperti kolera, tifoid atau keracunan makanan.
iii. Tidak memenuhi syarat-syarat perlesenan juga boleh menyebabkan sesebuah premis makanan ditutup.
iv. Peniaga tidak meletakkan tanda pada makanan.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

3) Mekanisma kawalan yang manakah dapat dilakukan untuk mengurangkan bau busuk di pasar awam?

i. Sistem pengurusan sisa pepejal teratur.
ii. Sistem perparitan yang baik.
iii. Sistem pendawaian yang selamat
iv. Penyelenggaran keseluruhan yang berkesan.

A. I dan II
B. I dan III
C. II, III dan IV
D. I, II dan IV

4) Apakah amalan-amalan pengguna tandas yang bijak?

i. Pam berkali-kali
ii. Guna tandas dengan cermat untuk pengguna seterusnya.
iii. Pam selepas guna.
iv. Bersihkan tangan setelah menggunakan tandas.

A. I dan II
B. I dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5) Bilakah Sambutan Hari Tandas Sedunia?

A. 19 September setiap tahun
B. 19 November setiap tahun
C. 19 Disember setiap tahun
D. 19 Oktober setiap tahun

6) Bagaimanakah cara untuk mengawal dan mencegah penyakit demam denggi?

i. Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes
ii. Mengamalkan kebersihan persekitaran rumah dan tempat bekerja
iii. Menghapuskan haiwan terbiar seperti anjing
iv. Mengamalkan cara pemakanan sihat

A. I dan II
B. I dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

7) Apakah peranan masyarakat dalam mengawal dan mencegah penyakit bawaan nyamuk?

i. Pemeriksaan sendiri rumah
ii. pemeriksaan kilang berhampiran
iii. Ambil bahagian dalam program gotong royong
iv. Memastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk

A. I dan II
B. I dan III
C. I, III dan IV
D. I, II, III dan IV

8) Bagaimanakah bahan mentah makanan boleh tercemar dengan radioaktif ?

i. Melalui pencemaran rantaian makanan
ii. Melalui tanah dan air
iii. Melalui pendengaran
iv. Melalui pernafasan

A. I dan II
B. I dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

9) Ringkaskan pemeriksaan tahap 5 yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

A. Tahan, Uji dan Lepas.
B. Tahan, Uji dan Tahan.
C. Tahan, Uji dan Uji.
D. Tahan, Lepas dan Lepas.

10) Apakah tujuan ujian Cholinesterase untuk anggota vector dilakukan?

A. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Organophosphate sahaja.
B. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan pestisid (Organophosphate dan Carbamate).
C. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Carbamate sahaja.
D. Pengesanan awal keracunan akibat pendedahan Genosid.

11) Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam?

I. Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II. Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III. Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV. Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

12) Bilakah masanya anda perlu berhenti dari bersenam?

A. Bila anda berasa penat
B. Bila anda sudah bosan
C. Bila anda berasa sakit, pening dan tidak selesa
D. Bila hari sudah mula panas atau matahari terbenam

13) Berikut adalah senarai punca-punca keracunan makanan KECUALI

A. Logam berat contohnya tembaga, plumbum dan raksa.
B. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
C. Bahan kimia contohnya racun rumpai dan racun serangga.
D. Asid askorbik, asid folik, vitamin B12 atau cobalamin.

14) Berikut ialah simpton keracunan makanan KECUALI

A. Pening
B. Sakit kepala
C. Muntah-muntah
D. Berpeluh/demam

15) Bagaimanakah makanan boleh menjadi punca kepada keracunan makanan?

A. Makanan dimasak oleh chef tidak terlatih
B. Makanan dimasak oleh warga asing
C. Makanan tidak dimasak dengan baik
D. Makanan dimasak oleh tukang masak tidak mahir

Untuk lebih banyak contoh soalan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma di Seksyen A yang berkualiti tinggi (serta dilengkapi skema jawapan lengkap). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Murali needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Taylor Ching has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Taylor has three animals in total.
B) Taylor has more cats than dogs.
C) One of Taylor’s cats is black.
D) All of Taylor’s dogs have spots.

3) Habibah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Aafiyahtul Izma lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Aafiyahtul Izma lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Omar said to his wife.

A) Omar told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Omar told his wife to cook his special dinner that night.
C) Omar’s wife will cook a special dinner with Omar at night.
D) Omar’s wife told Omar to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Hambaly live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Masidy __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King David VI was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 16).

There is a famous expression in English: “Stop the world, I want to get off!” This expression refers to a feeling of panic, or stress, that makes a person want to stop whatever they are doing, try to relax, and become calm again. ‘Stress’ means pressure or tension. It is one of the most common causes of health problems in modern life. Too much stress results in physical, emotional, and mental health problems.

There are numerous physical effects of stress. Stress can affect the heart. It can increase the pulse rate, make the heart miss beats, and can cause high blood pressure. Stress can affect the respiratory system. It can lead to asthma. It can cause a person to breathe too fast, resulting in a loss of important carbon dioxide. Stress can affect the stomach. It can cause stomach aches and problems digesting food. These are only a few examples of the wide range of illnesses and symptoms resulting from stress.

Emotions are also easily affected by stress. People suffering from stress often feel anxious. They may have panic attacks. They may feel tired all the time. When people are under stress, they often overreact to little problems. For example, a normally gentle parent under a lot of stress at work may yell at a child for dropping a glass of juice. Stress can make people angry, moody, or nervous.

Long-term stress can lead to a variety of serious mental illnesses. Depression, an extreme feeling of sadness and hopelessness, can be the result of continued and increasing stress. Alcoholism and other addictions often develop as a result of overuse of alcohol or drugs to try to relieve stress. Eating disorders, such as anorexia, are sometimes caused by stress and are often made worse by stress. If stress is allowed to continue, then one’s mental health is put at risk.

It is obvious that stress is a serious problem. It attacks the body. It affects the emotions. Untreated, it may eventually result in mental illness. Stress has a great influence on the health and well-being of our bodies, our feelings, and our minds. So, reduce stress: stop the world and rest for a while.

9) Which of the following is not a common problem caused by stress?

A) physical problems
B) anecdotal problems
C) mental problems
D) emotional problems

10) According to the essay, which of the following parts of the body does not have physical problems caused by stress.

A) the arms
B) the stomach
C) the lungs
D) the heart

11) Which of the following show how stress can affect the emotions?

A) it can make people feel nervous
B) it can cause panic attacks
C) it can make people feel elated
D) it can make people feel angry

12) Which of the following can result from long-term stress?

A) bliss
B) depression
C) alcoholism
D) whimsy

13) Choose the best answer to explain how alcoholism is caused by stress.

A) alcohol is used to relieve stress
B) alcohol is popular
C) alcohol is a chemical
D) alcohol is similar to medicine

14) Which of the following is not caused by long-term stress?

A) bloating
B) addiction
C) anorexia
D) alcoholism

15) Choose aanswers that can complete this sentence:

Stress can affect the respiratory system by _______________ .

A) causing stomach problems
B) causing asthma
C) a loss of carbon dioxide
D) causing breathing problems

16) Symptoms of emotional stress include ____________ .

A) feeling joyous
B) feeling hungry
C) feeling thirsty
D) feeling tired

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma di bawah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Kunci Kejayaan Calon Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Yang Lepas

Kunci kejayaan calon-calon Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Baca semua nota berkaitan.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia.

Dalam rujukan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ni korang akan 41 nota ringkas, 157 contoh soalan Pengetahuan Am (dan jawapan) dan 30 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris (dan jawapan).

Rujukan & Contoh Soalan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Untuk sesi 2022, rujukan exam separa perubatan versi 2020 yg dicadangkan ini boleh korang gunakan. Ianya sesuai.

Jangan risau, Tim Infokerjaya dah buat double check dan ternyata rujukan versi 2020 ini masih valid dan tiada masalah untuk dijadikan rujukan untuk exam sesi 2021 ini!

No worry. Ok..

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara dapatkan rujukan exam separa perubatan

Arahan:

  1. Klik Rujukan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik ‘complete your order’.
  6. Di laman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan separa ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku rujukan separa perubatan ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan telah disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm satu jam 58 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Boleh2 saja. Korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Demikianlah adanya..

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Khusus calon yang dipangil ke exam PSEE SPA pembantu operasi, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan online Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Peperiksaan PSEE SPA online yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan online Pegawai Bomba KB19 ni.

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan exam online PSEE SPA Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan online Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg cukup bertanggungjawab. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

Kementerian Komunikasi dan Multimedia & KKR sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan exam online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan online Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak, dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan online Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Perpustakaan Negara Malaysia melalui SPA sudah mengeluarkan emel panggilan Penolong Pustakawan S29 kepada calon yang melepasi syarat-syarat yg ditetapkan. Jangan berlengah lagi. Buat persiapan sepenuhnya. Baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pustakawan S29 ni.

Last but not least, panggilan peperiksaan PSEE online pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan online Pembantu Awam Gred H11 ni.

Serius, ni baru penutup!

Calon untuk exam PSEE online pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam PSEE boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan online Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan online Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara jumlah panggilan exam PSEE yang agak tinggi. Boleh dikatakan salah satu daripada jawatan yang popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan online Penghantar Notis N11.

Tidak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan online Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yang dipanggil exam online PSEE untuk juruteknik komputer. Pastinya contoh soalan peperiksaan online Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan peperiksaan SPA online pembantu juruaudit? Yeay.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan online Pembantu Juruaudit W19.

OK, ni btl2 last. Iklan untuk pegawai imigresen sudah keluar. Jumlah kekosongan agak ramai. Atok percaya korang takkan lepaskan peluang keemasan untuk mohon jawatan ini. Biar persiapkan diri awal2 lagi dengan membaca contoh soalan peperiksaan online Pegawai Imigresen KP19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

10 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma”

  1. Sudah bayar RM80.00 kenapa BAHAGIAN RUJUKAN UTAMA SEPARA PERUBATAN U29 tidak boleh buka walaupun dah key in password yang diberi .

    Komponen yang lain boleh buka

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!