Temuduga Terbuka Swasta – 4 Tips Penting Perlu Korang Tahu!

Temuduga terbuka terutama yang dianjurkan oleh phak swasta memang mengundang ramai calon. Biasanya memang lebih daripada 1 sorang la. Kompem. Hahaha..

Ok atok serius ni. Macam-macam orang dan aneka ragam perangai yang kelihatan. Pakaian pun ada pelbagai style.

Kali ini kita akan membincangkan 4 perkara yang perlu korang tahu dan perlu korang lakukan pada hari sebelum temuduga terbuka yang akan korang hadiri itu berlangsung. Hari sebelum temuduga ya. Bukan semasa hari temuduga terbuka itu berlangsung.

Bagi korang yang belum tahu caranya, atok ada tulis mengenai cara-cara membuat permohonan kerja swasta. Baca la untuk memantapkan lagi pengetahuan korang.

OK, sekarang atok andaikan korang da jumpa iklan yang sesuai dengan jiwa raga atau mahu menghadiri karnival temuduga terbuka swasta. Kemudian, lagi beberapa hari nanti temuduga terbuka tersebut akan diadakan. So what’s next? Firstly.. Ermm.. kita pakai bahasa melayu jela.

Di sini atok da sediakan 4 tips yang paling penting, paling utama dan paling mustahak untuk korang tahu sebelum menghadiri mana-mana temuduga terbuka anjuran pihak swasta.

Tips berpakaian ke temuduga terbuka swasta

Memang tidak dinafikan, perawakan calon sangat penting dalam mempengaruhi peluang untuk mendapat pekerjaan di sektor swasta. First impression memainkan peranan yang amat mustahak. Ia merangkumi pakaian, gaya rambut, kasut dan penampilan keseluruhan atau sahsiah diri.

Pakaian untuk temuduga swasta bagi lelaki

Bagi lelaki, atok nasihatkan agar memakai kemeja berlengan panjang dan berseluar slack. Ada pendapat mengatakan, berpakaian kemeja dan slack hanya untuk jawatan eksekutif dan ke atas.

Tapi bagi atok, ini temuduga terbuka bhai. Ramai gila kot calon. Kompem ada yang berpakaian smart, berpakaian biasa dan tidak kurang juga yang datang dengan selekeh.

Jadi kalau atok la, atok mesti ambil pekerja yang smart. Ia memberi tanggapan orangnya kemas, rapi dan teratur. Mesti buat kerja pun bagus. Ingat, First impression memainkan peranan penting di sini.

Sebagai tambahan, sekiranya jawatan yang dipohon adalah bertaraf eksekutif atau posisi pegawai, atok sarankan korang memakai tali leher. Bagi bukan eksekutif, tak perlu pakai.

Pastikan warna berpadanan bagi baju dan seluar serta tali leher (sekiranya perlu). Jangan lupa iron / seterika dengan elok supaya tampil segak bergaya.

Gaya rambut lelaki ke temuduga swasta

Gaya rambut mesti disesuaikan dengan jenis temuduga yang dihadiri. Sekiranya jawatan yang ditawarkan memerlukan pekerjaan di pejabat, maka potongan rambut hendaklah pendek dan disikat rapi.

Gunting rambut siap-siap, pakai pomade, sikat tepi, baru tarik atas sikit. Baru nampak poyo. Hahaha.. Ala korang agak-agak jela stail rambut yang sesuai dengan bentuk badan dan bentuk muka korang. Yang penting, nampak hensem sebelum hadir temuduga terbuka itu nanti.

Kasut lelaki ke temuduga swasta

Kasut. Iya.. Hampir atok terlupa. Kasut turut memainkan peranan dalam penampilan. Seeloknya pilih jenis kasut yang sesuai dibawa ke office. Jangan lupa pakai stoking.

Kasut apa yang sesuai? Kasut kulit yang berwarna gelap. Misalnya hitam atau dark brown, boleh juga kaler tan. Ini kerana ia mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju dan seluar.

Aku mana ada kasut tok, keja pon belum.

Korang pandai-pandai la pinjam dengan abah korang ke, abang ke, sepupu korang yang keja kerajaan ke. Sukati korang la. Tapi kiwi dulu, bagi kasut tu berkilat. Da siap pakai, jangan lupa pulangkan pula.

Satu lagi, korang jangan sekali-kali memakai selipar. Memang berbulu penemuduga nengoknya. Ia mengundang rasa menyampah dan memperlihatkan ketidakseriusan calon untuk bersaing mendapatkan jawatan yang ditawarkan.

Kasut sukan boleh dipertimbangkan bagi jawatan bukan eksekutif. Tapi pastikan tiada kesan koyak atau jangan nampak terlalu lusuh. Ia menjejaskan penampilan di mata penemuduga. Pinjam sneaker berjenama dengan kawan dulu. Korang jangan waris pula kasut tu, kesian dia. Korang ingat murah ker..

Fesyen rambut lelaki ke temuduga swasta

Suka atok menarik kembali perhatian korang mengenai rambut. Fesyen rambut biasanya bergantung kepada jenis kerjaya yang korang duduk temuduga terbuka tu.

Jika kerjaya tersebut bersifat artistik, contohnya pereka fesyen atau pelukis grafik atau syarikat animasi, fesyen rambut panjang bagi lelaki adalah satu perkara yang biasa diterima umum. Kalau syarikat berkaitan pelaburan atau kewangan, memang tak la kan.

Tapi walaupun panjang, pastikan rambut korang tu bersih dan diikat kemas, kerana rambut yang panjang mudah mendedahkan peribadi individu. Sama ada dia seorang kemas atau selekeh, dan sama ada dia seorang pembersih atau pengotor.

Pakaian untuk temuduga swasta bagi wanita

Bagi perempuan, jaket / blaus yang dipadankan dengan seluar panjang / skirt panjang adalah sesuai. Jangan suka memakai terlalu seksi ( ehem.. ), atau terlalu berwarna-warni atau terlalu terang. Kerana korang akan kelihatan tidak professional dan look cheap. Faham kan maksud atok?

Paling selamat dan memang atok syorkan, pakai baju kurung atau kebaya. Ini kerana kedua jenis pakaian wanita ini adalah sesuai untuk semua situasi.

Rambut wanita ke temuduga swasta

Seperti biasa, mesti kemas dan disisir rapi. Bagi korang yang bukan muslim, kalau rambut tu panjang apa lagi menggerbang atau gondrong kata orang, cuba ikat. Jangan korang ikat tepi pula, dah macam teh tarik ikat tepi tu atok tengok. Kang lain pula orang pandang nanti.

Ikat kemas-kemas ke belakang atau sanggul dengan cantik. Korang akan kelihatan lebih menarik dan ayu, cubalah.

Solekan dan perhiasan wanita ke temuduga swasta

Sila jangan gunakan solekan yang terlalu tebal. Korang rasa cantik, tapi hal ini sebenarnya membuat penemuduga tidak begitu selesa. Begitu juga dengan barang kemas, jangan pakai terlalu banyak atau terlalu lip lap.

Kerana silauan emas itu boleh mengganggu konsentrasi penemuduga ( terutama penemuduga perempuan ). Kecuali jika korang datang temuduga terbuka untuk jawatan di kedai emas. Rasanya itu boleh dipertimbangkan.

Tudung wanita ke temuduga swasta

Bagi muslimah-muslimah sejati yang baca perkongsian atok ni, tolong pastikan warna tudung korang sesuai / padan dengan warna baju. Kalau boleh, elakkan fesyen tudung yang berambu-ramu atau bermanik-manik atau berbatu-batu bagai tu.

Pilih tudung plain, simple dan dikenakan dengan kemas. Jangan lilit satu badan.

Perfume wanita ke temuduga swasta

Biasa memang pompuan la yang pakai perfume wangi sangat ni. Lelaki ada juga, pakai tapi yang berbau maskulin dan haruman yang mudah bersatu dengan bau peluh.

Bagi calon temuduga perempuan, tidak atok galakkan memakai bau-bauan yan terlalu kuat sehingga menusuk hidung dan kalbu penemuduga. Korang jangan bangga sangat, ada sesetengah orang termasuk penemuduga tidak tahan atau allergi dengan bau minyak wangi.

Memadai sekadar sedikit semburan, asalkan tubuh tidak berbau busuk. Jangan lupa mandi la kn, kalau tak mandi memang sebotol pun tak leh cover.

Sijil yang perlu dibawa ke temuduga terbuka

Sijil dan resume dibawa ke temuduga terbuka swasta
Bawa salinan sijil-sijil dan sekeping resume

Okeh.. Habis bab pakaian ke temuduga terbuka. Sekarang sila pastikan semua sijil-sijil korang lengkap. Susun semua sijil mengikut kepentingan. Camna tu? Yang penting didahulukan, yang kurang penting dikemudiankan. Bergantung kepada keperluan jawatan yang akan ditemuduga.

Ini untuk memastikan pihak majikan melihat yang terbaik daripada korang dahulu. Susun dalam satu fail, atok suggest guna clear folder. Semua sijil original masuk dalam tu.

Atok juga galakkan korang membawa salinan sijil-sijil dan satu resume semasa temduga itu nanti. Kepilkan sekali. Buat set macam ni banyak-banyak, sebab biasanya korang kena tinggalkan kepada bakal majikan untuk semakan. Kalau 10 kali korang temuduga terbuka, 10 set la korang kena tinggalkan.

Bagi yang pernah bekerja dengan majikan lain sebelum ini, jangan sekali-kali membawa dokumen sulit milik syarikat majikan lama. Jangan ingat korang buat benda baik dan jangan bangga melakukannya. Tiada sesiapa pun yang mahukan staff yang suka mencuri hak syarikat, walaupun dokumen itu adalah hasil kerja korang di syarikat lama.

Persiapan psikologi sebelum ke temuduga terbuka

Tips penting temuduga terbuka swasta
Persiapan temuduga secara psikologi penting dalam temuduga terbuka

Tanamkan azam dalam diri untuk menjawab semua soalan dalam sesi temuduga terbuka kelolaan swasta dengan baik dan tidak semestinya betul. Kenapa tidak semestinya betul pula tok? Sebab kita pun tak tahu apa jawapan betul yang penemuduga mahu. Jawapan betul untuk setiap orang tidak sama. Kecuali fakta, itu atok tak bleh tolong. Korang hafal la sendiri.

Tidak perlu gugup. Kalau andainya memang korang jenis darah gemuruh, cuba kawal sebaiknya dan jangan tunjukkan sangat kepada penemuduga. Cover, cover ckit. Fokuskan minda korang terhadap sesi temuduga terbuka tersebut dan fahamkan soalan dulu sebelum menjawab.

Jangan sekali-kali menjawab soalan temuduga secara membuta tuli, sebab ini akan memuat korang kelihatan bodoh dan gopoh. Majikan swasta tidak berminat mengambil pekerja yang suka membuat keputusan melulu dan sering membuat kecuaian.

Menepati masa hadir temuduga

Menepati masa merupakan faktor yang amat penting. Ia melambangkan keperibadian. Cuba untuk sampai ke pusat temuduga terbuka 30 minit sebelum masa yang dijadualkan.

Korang kena ambil kira hal-hal lain yang tidak diingini misalnya traffic jam atau sesat sebab tak jumpa lokasi temuduga terbuka tersebut. Ini bertujuan memberi korang masa menenangkan fikiran dan menghilangkan perasaan gugup.

Sekiranya korang tidak familiar dengan lokasi temuduga terbuka anjuran pihak swasta, luangkan masa dan ambil inisiaif untuk pergi ke pejabat atau lokasi tersebut sehari atau dua hari sebelum tarikh temuduga terbuka diadakan.

Jadi masalah sesat boleh dielakkan, di samping itu juga mengenalpasti masalah pengangkutan yang mungkin dihadapi. Mana nak cari parking, tu semua kena settle siap-siap.

Nanti da sampai tarikh temuduga terbuka sebenar, sebelum masuk ke pejabat / lokasi tu pastikan pakaian kemas, rambut terurus rapi, gigi bersih dan solekan tak macam opera cina. Bila betul da puas hati, barulah masuk dan kenalkan diri kepada meja urusetia atau penyambut tetamu ( receptionist ) dan nyatakan tujuan kedatangan korang.

Biasanya, korang akan diberikan borang-borang untuk diisi. Semestinya salah satu daripadanya adalah borang permohonan. Kebanyakan syarikat / majikan swasta menyediakan borang sendiri dan korang kena mengisinya semula.

Walaupun semua maklumat yang dipinta tu sebetulnya sudah ada di dalam resume yang telah korang sediakan atau hantar awal sebelum tarikh temuduga.

Korang jangan banyak cakap. Isi saja la. Sebab tu, atok suruh korang datang awal sekurang-kurangnya 30 minit. Lebih awal, lebih bagus. Lebih santai korang menguruskan benda-benda ni semua.

Pesan atok – jangan sekali-kali mengisi maklumat yang bercanggah dengan apa yang telah ditulis di dalam resume, terutama sekali tarikh dan tempat kerja / tempat belajar.

Mana la tahu kan, ada yang suka tukar fikiran di saat akhir. Jangan cari penyakit.

Sekiranya korang didapati memberi maklumat palsu, atok pon tak leh tolong.

Situasi di lokasi temuduga terbuka swasta

Mungkin ramai calon yang sedang menunggu giliran ditemuduga. Jangan berlagak sombong dan angkuh. Tegur calon yang terada di kiri dan kanan tempat duduk menunggu korang. Cuma, jangan terlalu ramah. Cukup sekadar mempamerkan senyuman dan pengenalan diri yang simple.

Kalau korang terlebih berborak kosong, fokus boleh jadi hilang. lagipun, korang bukan datang nak jual temberang atau sembang kencang. Tambah-tambah lagi setelah mengetahui pengalaman dan kelayakan calon lain yang jauh lebih baik. Baru ko tau down. Sebab tu cukup sekadar – teman tapi mesra sahaja. Lepas tu fokus pada tujuan kedatangan korang hari tu.

Pada yang akan hadir temuduga oleh pihak swasta dalam beberapa hari ini, atok ucapkan gud luck dan may force be with u.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!