Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 ambilan Jabatan Kerja Raya atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada time exam tu nanti? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada kali ini.

Nota Penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Penolong Juruukur Bahan JA29 utk ambilan di Kementerian Kerja Raya Malaysia yg dijangka berlangsung pada 14 November 2023 – 23 November 2023 ini atau ke sesi temuduga Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 pada 27 November 2023 – 29 November 202 ni utk ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang dapatkan di soalan temuduga Penolong Juruukur Bahan JA29 ini.

Bagi calon-calon ujian psikometrik Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 pada kali ini (untuk ambilan Kementerian Kerja Raya Malaysia). Korang boleh baca contoh-contoh soalan ujian psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29 dan dapatkan bahan latih tubi di contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruukur Bahan JA29.

Special untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 yang dijadualkan di antara kali ini. Setinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi khas untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di contoh soalan REQT Sarawak (JKR).

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Juruukur Bahan JA29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruukur Bahan JA29 secara rasmi di Jabatan Kerja Raya atau lain-lain kementerian / jabatan / agensi kerajaan / Pihak Berkuasa Tempatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Penolong Juruukur Bahan JA29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 11 Ogos 2021, bilangan kekosongan jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29 di Kementerian Kerja Raya Malaysia adalah sebanyak 52 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 50 orang.

Tidak perlu atok tekankan betapa perlu. Dan akan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh peperiksaan tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Penolong Juruukur Bahan JA29 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk permohonan jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED JA29 DI JABATAN KERJA RAYA / PIHAK BERKUASA TEMPATAN

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI HINGGA 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-juruukur-bahan-ja29

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yg sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Jadual Gaji Penolong Juruukur Bahan JA29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Juruukur Bahan JA29;

Gaji minimum RM 1,549.00
Gaji maksimum RM 5,701.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 145.00
Jadual Gaji Penolong Juruukur Bahan Gred JA29

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Juruukur Bahan dengan gred JA29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Juruukur Bahan JA29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Juruukur Bahan JA29?

Secara am, tugas seorang Penolong Juruukur Bahan JA29 merangkumi tanggungjawab:

” Mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan berhubung pentadbiran kontrak termasuk menyediakan anggaran kos awal, membuat pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan dokumen tender dan kontrak, menyedia perakuan bayaran interim, menyedia arahan perubahan kerja, perakuan akaun dan bayaran muktamad, mengemas kini sijil-sijil dan perakuan yang berkaitan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Penolong Juruukur Bahan JA29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00)

atau

Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Penolong Juruukur Bahan JA29

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Juruukur Bahan JA29 untuk tahun 2021 belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikh yang dijadualkan masih dalam perbincangan di peringkat SPA.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Juruukur Bahan JA29 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 11.00 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yg akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

Format Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Juruukur Bahan JA29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Penolong Juruukur Bahan JA29 – 2016/2017

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Juruukur Bahan JA29 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 sesi peperiksaan 2016 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling memeningkan dan memakan banyak masa calon sebenarnya.

Elak Tersalah ‘Menyediakan Anggaran Kos Awal’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai menjalankan tugas-tugas hakiki sehingga tersalah ‘Menyediakan Anggaran Kos Awal’. Cuma kali ini, bukan mengakibatkan projek ‘lari bajet’. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Penolong Juruukur Bahan JA29!

Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda alah tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai Duk Mencangkung Sambil Nangis ‘Tepi Tapak Projek’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pandangan mata berpinar’ apabila meneliti soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus pandangan tu kabur-kabur gitu. Padahnya duk mencangkung sambil nangis kat ‘tepi tapak projek’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tapi korang jangan terima bulat-bulat kata manis SPA tu.

Ada baiknya korang buat latih tubi yang banyak. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam online yg akan datang kan..

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Juruukur Bahan JA29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Azniza ialah adik kepada Zarra. Selain turut cantik seperti kakaknya, Azniza juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Azniza untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Uncle Waldo ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Uncle Waldo?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Khalek membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Khalek dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Nikson anak Byran baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 di Jabatan Kerja Raya. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Nikson anak Byran membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna redorange daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna redorange yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Kembara Kolej Kemuning membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang Kelab Kembara Kolej Kemuning yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Ravichandran dan Suraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Ravichandran mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Prisma oktagonal M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Prisma oktagonal O. Prisma oktagonal P pula lebih berat daripada Prisma oktagonal O, tetapi lebih ringan daripada Prisma oktagonal M. Susun kedudukan Prisma oktagonal tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna sugar maple terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW sugar maple terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Kota Bahru ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu V dan ruang tamu W. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu W?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Catherine Cecilia seorang gadis suku Rungus yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Catherine Cecilia dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk nonagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk nonagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 buah Saga (sejenis buahan liar). Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah Saga tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah Saga daripada Tajol. Berapakah jumlah Saga yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma jenis Sukkari diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Sukkari tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Sukkari tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Sukkari yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Juruukur Bahan JA29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 berikut.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Boleh baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Juruukur Bahan JA29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Nripendra needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Daphne Han has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Daphne has three animals in total.
B) Daphne has more cats than dogs.
C) One of Daphne’s cats is black.
D) All of Daphne’s dogs have spots.

3) Nuraffeira’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Aynul Affera lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Aynul Affera lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Khudzri said to his wife.

A) Khudzri told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Khudzri told his wife to cook his special dinner that night.
C) Khudzri’s wife will cook a special dinner with Khudzriat night.
D) Khudzri’s wife told Khudzri to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Lawrence live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Deepika __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Julian IIX was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 15).

April 2010 – One Sunday afternoon in Kazakhstan last August, three dozen fishermen met near the shore of the North Aral Sea. They brought food to eat and they had races and throwing contests. Afterwards, they relaxed telling stories and singing songs about the Aral Sea and fishing and how much they loved both of these things. For many years before this, there had been no reason to celebrate. The Aral Sea in Central Asia, once the fourth largest lake in the world, had shrunk because of irrigation and drought. Then in 2005, the Kazakh government and the World Bank constructed a dam that separated the northern and southern parts of the sea, allowing the northern part of the Aral Sea to start to recover. There are fish in the water again and for the past four years, fishermen have come here to celebrate. Philip Micklin is a scientist who has been studying the sea since the 1980s. ‘Nature can come back.’ he says.

October 2014 – Satellite images released this week show that the eastern part of the Aral Sea is completely dry. ‘It is likely the first time it has completely dried up in 600 years,’ said expert Philip Micklin. The Aral Sea once covered 67,300 square kilometres. It’s actually a freshwater lake, not a saltwater sea, since two of Central Asia’s biggest rivers, the Amu Darya and the Syr Darya, flow into it. The Aral Sea used to be a busy place. It provided work for 40,000 people and supplied the Soviet Union with a sixth of its fish. As the lake dried up, it separated into several small lakes which together were only a tenth of the lake’s original size. The eastern part nearly dried up in 2009, but it recovered in 2010 after substantial rainfall. Now, it’s completely dry.

June 2015 – Yusup Kamalov, a scientist from Uzbekistan, is my guide. We’re standing looking at a vast desert. Except that it’s not like any other desert – there are abandoned fishing boats lying on the sand. Fifty years ago, the southern shore of the Aral Sea was right where we stand. Now it is 80 kilometres away to the northwest and we set off to drive to the water’s edge. On the way, we pass oil and natural gas rigs standing on the sand. ‘Each year a few more are put up,’ says Kamalov. ‘Can you imagine,’ he says, ‘that 40 years ago the water was 30 metres deep right here?’ Eventually, we see a silver line sparkling on the horizon. We reach the water and I try to swim – but the water is so salty I just float on the surface. And with 110 grams of salt per litre of water (compared to about 35 grams in the world’s oceans), no fish are able to survive here. ‘This is what the end of the world looks like,’ says Kamalov.

9) What happened to the Aral Sea over the period of the news stories?

A) It dried up more.
B) It filled up more.
C) The water level didn’t change.
D) The water level change a lot.

10) Which of these things are NOT mentioned as having an effect on the Aral Sea water level?

A) fishing
B) irrigation
C) the dam
D) swiming

11) How many areas of the Aral Sea are mentioned?

A) two
B) three
C) four
D) five

12) Which term describes the first news story?

A) negative
B) optimistic
C) pessimistic
D) positive

13) According to the first news story, what happened after the building of the dam?

A) The Aral Sea returned to its former size.
B) There was more water available for irrigation.
C) There were more fish in the northern part of the Aral Sea.
D) There were more fish in the southern part of the Aral Sea.

14) According to the second news story, …

A) the Aral Sea has shrunk into ten small lakes.
B) the eastern part of the Aral Sea has never been dry before.
C) the water in the Aral Sea comes from rivers.
D) the water in the Aral Sea comes from pacific ocean.

15) According to the second news story, …

A) about 40,000 fishermen used to fish in the Aral Sea.
B) most of the fish people in the Soviet Union ate came from the Aral Sea.
C) the Aral Sea used to provide food and jobs.
D) about 80,000 fishermen used to fish in the Aral Sea.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Juruukur Bahan JA29 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Boleh baca dahulu perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29

Untuk sesi 2021, rujukan penuh Penolong Juruukur Bahan JA29 kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruukur Bahan JA29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Penolong Juruukur Bahan JA29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penolong Juruukur Bahan JA29.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 yg terbaik ada di pasaran setakat hari ini. Mengandungi contoh soalan, skema jawapan, penerangan jalan kira dan nota-nota ringkas untuk memudahkan persediaan sebelum tarikh Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 korang tiba.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Juruukur Bahan JA29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 yg akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Satu lagi, contoh soalan Penolong Juruukur Bahan JA29 yg atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), exam online Penolong Pegawai Veterinar G29 sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Veterinar G29 ni. Mana tahu ada contoh yg atok beri tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Buat korang yg mungkin akan menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai seorang Jurutera. Persiapan rapi haruslah dilakukan bagi menghadapi exam online. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41.

Tak lupa juga buat calon exam online SPA Pegawai perikanan G41 ambilan Jabatan Perikanan Malaysia. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Pegawai Perikanan G41. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yg memenuhi kelayakan & sudah dipanggil exam online Pembantu Pertahanan Awam bagi ambilan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Pertahanan Awam KP19 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah dapat emel panggilan exam Penolong Pegawai Senibina JA29? Jawatan ni agak rare dan jarang diadakan pengambilan. Antara bahan bacaan yg amat sesuai buat korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Senibina JA29 ni.

Sudah tentu korang dah tahukan, ke tak? Yg exam online pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, buat yg dipanggil peperiksaan pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yg sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan Pegawai Penyelidik ambilan Jabatan Perikanan Malaysia? Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penyelidik Q41.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia sekali lagi membuat pengambilan anggota. Kali ini untuk jawatan Penolong Penguasa Kastam. Adakah korang dah sedia? Baca 20 contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 ni sekarang!

Last but not least, khusus buat calon exam online SPA bagi jawatan Pembantu Operasi Gred N11, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

Exam Online SPA yg terakhir bagi jawatan Pegawai Pertanian G41 ambilan Kementerian Jabatan Pertanian bagi tahun 2020 ni akan diadakan dalam a few days lagi. Buat korang yg dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Pertanian G41 ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yg sedang membadai negara, sesi exam online SPA for jawatan Akauntan WA41 tetap akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Khas korang yg hado mengisi jawatan Penolong Pegawai Pertanian G29 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam online telah diumumkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertanian G29.

Buat mereka dijangka akan menjadi kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Penolong Penguasa Bomba. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Bomba KB29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi bomba k..

KKM sedang mengalukan kedatangan calon-calon Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online online SPA bagi jawatan N41 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ni.

Buat korang layak & barangkali telah selamat menerima emel panggilan ke peperiksaan online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam online SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yg atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan exam online SPA Pembantu Awam gred H11 masih belum dikeluarkan oleh SPA. Tapi, dengar khabarnya, jumlah yg dipanggil memang tak beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon exam SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Keadaan sama dijangka tahun ini. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!