Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 JKM yang diberikan di bawah.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Contoh Soalan Peperiksaan Online SPA Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada pada 18 Disember 2019 ini.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Jumlah Kekosongan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada bulan Mac lalu. Bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 69 kekosongan tempat sahaja.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE SPA. Jadi sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DAN DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

Pautan Alternatif:

Pautan terkini akan dikemaskini kemudian.

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 10:30 pagi.

Jadual gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat ;

Gaji minimum – RM1,352.00
Gaji maksimum – RM4,003.00
KGT – RM100.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat adalah seperti berikut:

” Membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim. “

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk tahun 2020 akan dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya belum ditentukan.

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama setengah jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 10.30. Inilah tempoh singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Untuk menyandang jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang diisyaratkan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Format Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2019. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2018 vs Format 2019/2020

Format Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 – 2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 – 2019/2020

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak lidah tergulung

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tergulung lidah’ lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang ‘yes / no’ je la.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan sampai ‘nangis di bucu katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis di bucu katil’ setelah result exam SPA keluar.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju biru dan berseluar jeans mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju merah hati pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju hijau pucuk pisang. Manakala Budak berbaju hijau pucuk pisang muda mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju biru dan berseluar jeans. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Tawau mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Tawau?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Zainol dan abangnya Samsudin baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Zainol mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Hidayah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Hidayah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Sakinah ialah adik kepada Hidayah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sakinah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sakinah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Julius Beng ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Julius?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Muthumalan membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Muthumalan dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Masran baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 di JKM. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Masran membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) 27 batang pen hitam daripada jumlah 156 kotak pen didapati rosak. Jumlah pen hitam yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pen. Berapakah jumlah semua pen tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

10) 257 orang ahli Kelab Catur membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk makanan ringan. Berapakah baki wang yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 KEMAS

Atau pun,

Boleh baca post atok yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada, a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Audrey has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Audrey has three animals in total.
B) Audrey has more cats than dogs.
C) One of Audrey’s cats is black.
D) All of Audrey’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Najwa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Najwa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where ______________ Deisy Soh live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Nik Khairul ________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) I have only a _______________ Gawai cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 7).

The debate on whether Australia will have a nation-wide carbon trading scheme ended last week with the government committed to a national emissions scheme from 2012. However, the decision-making as to how we power the economy in a carbon constrained world is only just beginning.

Fossil fuels like coal and oil have underpinned our economic growth and standard of living for decades. The current resources boom is there because other countries want our fossil fuels, and for all these reasons it is profitable to keep mining them. Ironically, the income may help develop the technologies to replace them, but it is a matter of which and when.

Almost certainly, in the race to reduce emissions, new technologies such as solar, wind and geothermal (heat from rocks) power will compete against gas, clean coal and perhaps nuclear energy to win the hearts and minds of the business world. In the end, business will favour whatever is a cheap, abundant and reliable solution. You can imagine the lobbying that will ensue from the different interest groups, to attract business capital and government support so that their technology wins out. There may be many collapsed ventures and lost fortunes along the way.

6) Fossil fuels will be in demand for some time yet because

A) we have no other options.
B) they are plentiful and cheap in Australia.
C) our wealth and lifestyle are at present dependent on them.
D) A and B together.
E) B and C together.

7) In the writer’s view ‘there may be many collapsed ventures’ along the way because

A) cheaper fossil fuels will continue to be used for a long time.
B) business will favour existing sources, rather than undergoing expensive change.
C) carbon emission rules will cripple new energy sources.
D) not all the options will be adopted, so the cheaper and more efficient will survive.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 di bawah.

Atau pun,

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 Jabatan Kebajikan Masyarakat

Boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Good news. Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang penting, korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Jika ia tidak membantu saya, camna tok?

Tiada masalah. Jika korang hadir Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu, korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas peperiksaan.

Duit korang dapat. Rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan Syarikat Infokerjaya.

Namun, pastikan korang dah baca kesemua nota dan buat kesemua latihan dalam rujukan ini. Atok yakin & percaya jika rujukan ini digunakan sebaiknya, ia bakal membantu persediaan korang menjawab Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 🙂

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai cakap, exam Pembantu Laut sukar. Elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu anti dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Jawablah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tidak lupa juga kepada calon exam online penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor). Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khusus buat cucu atok yang dipanggil exam penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan PSEE SPA pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Last but not least, khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah exam tu. Jangan sekali-kali.

Penutup Betul-Betul

Exam online SPA yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi exam online SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan exam Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok ada sediakan beberapa bahan bacaan tambahan, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

KKR dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan exam online untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke exam penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

OK, ni btl2 last. Panggilan exam online pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Follow me

Atok

Berkelulusan B. Ed (Hons) & Dip. Ed (in Science). Pegawai kerajaan Kumpulan A. Tak main online game. Suka Mee Rebus Johor & Nasi Kerabu Kelantan. Teh tarik wajib kalau lepak mamak. Bersama Tim Infokerjaya since day 1 (back to 2008). Track record peribadi : sudah membantu puluhan calon berjaya memasuki government service.
Atok
Follow me

Leave a comment

Share via
Copy link