Kerja Swasta & 2 Cara Memohon Yang Betul

Atok kalau nak kira, lebih berat kepada kerja kerajaan sebenarnya. Atok sendiri kerja di sektor awam. Tapi memandangkan rezeki setiap orang tak sama. Ada yang rezeki dapat kerja kerajaan, ada pula dah tersurat akan kerja di sektor swasta.

Kalau korang lebih minat kerja kerajaan, atok ada tulis mengenai tapisan kerja kerajaan yang korang kena lalui sebelum berjaya. Atok cadangkan korang baca.

Jadi atok gagahkan diri juga kongsikan kali ini cara mendapatkan kerja di sektor swasta. Postingan ini hasil daripada pemerhatian, perbincangan dan perkongsian pengalaman daripada sahabat-sahabat atok yang kerja swasta.

Seperti biasa, korang yang cuma nak baca part tertentu tulisan ini bolehlah gunakan kemudahan pautan dalam isi kandungan. Lompat ke topik yang menarik hati korang.

Dua cara memohon kerja swasta

Kerja swasta jadi pilihan
Kerja swasta menjadi pilihan ramai kerana bonus yang menarik

Dalam dunia pekerjaan sektor swasta, dua cara memohon yang paling lazim digunakan ialah memohon secara bertulis dan menghadiri temuduga terbuka. Bergantung kepada keperluan seperti yang diiklankan oleh syarikat.

Kedua-dua cara ini berlainan dan memerlukan cara pendekatan yang berbeza.

Memohon secara bertulis untuk kerja swasta

Inilah kaedah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan orang. Korang dikehendaki menyediakan surat iringan ( cover letter ) dan resume (curriculum vitae ). Apa benda CV ni? Sabo. Nanti atok akan terangkan dengan lebih lanjut dalam perenggan seterusnya.

Cover Letter

Cover Letter atau surat iringan yang disediakan mestilah ringkas dan padat. Korang jangan macam buat karangan kisah hidup pula. Masukkan kisah-kisah sedih family, memori pahit bagai. Jangan sama sekali!

Format surat ini adalah surat kiriman rasmi. Bertujuan memaklumkan syarikat. Mewakili diri korang dalam membuat pengenalan diri bagi menarik perhatian majikan supaya menyedari hasrat permohonan.

Jangan bongo sangat tulis pakai tangan pula. Cover Letter mestilah bertaip, saiz font standard 11 atau 12, jangan jenis font yang berbunga-bunga. Atok ingatkan ja, manalah tahu kan..

Resume

Kekadang orang sebut curriculum vitae atau CV. Sama juga benda alah tu. Dalam resume, ia mesti mengandungi

  • maklumat peribadi
  • kelayakan akademik
  • kebolehan
  • pengalaman kerja

Seperti biasa, hasilkan resume yang ringkas, padat dan mutakhir. Majikan biasanya membaca resume untuk menentukan shortlisted. Apa shortlisted? Ia senarai pendek calon, sama ada korang layak dipanggil temuduga atau pun tidak, based on resume.

Oleh itu, resume yang menarik dan paling penting padat dengan informasi berkenaan diri calon adalah amat-amat penting untuk membolehkan seseorang calon dikenal pasti oleh bakal majikan.

Ciri-ciri resume yang baik

Pertama sekali, wajib mengandungi fakta-fakta yang jujur dan tepat. Wajib ya, bukan sunat. Jangan sekali-kali menipu atau mengada-adakan cerita. Misalnya menipu pengalaman kerja yang tidak pernah wujud bagi menarik minat majikan. Kenapa?

Pertama, perkara ini salah di sisi undang-undang dan anda boleh:

a) Dibuang kerja tanpa notis
b) Dikenakan tindakan undang-undang jika sabit

Kedua, pengalaman kerja korang disertakan dengan nama individu rujukan dan no telefon untuk dihubungi. Jadi bakal majikan biasanya akan mengesahkan data-data korang terlebih dahulu. Kalau ia didapati tidak benar, sila ucapkan selamat tinggal kepada bakal majikan korang yang tidak kesampaian itu.

Contoh resume kerja swasta
Contoh resume berbahasa Inggeris

Kalau nak cerita soal resume ni memang panjang dan banyak trick-trick yang boleh diaplikasikan (yang sah dan halal la). Korang yang serius nak dapatkan kerja swasta, boleh rujuk panduan membuat resume yang kawan atok hasilkan.

Temuduga terbuka kerja swasta

Ada juga syarikat atau bakal majikan yang lebih suka membuat pengambilan pekerja baru dengan mengadakan sesi temuduga terbuka. Misalnya kilang, syarikat penerbangan, institusi kewangan dan restoran makanan segera.

Satu korang kena ingat, walau apa-apa cara ambilan, maklumat peribadi atau resume tetap diperlukan sebagai rekod!

Nama pun temuduga terbuka, jadi korang kena menjangkakan kehadiran ramai calon lain untuk mendapatkan posisi yang sama. Apa ingat korang je ke yang nak kerja.

Contoh iklan temuduga kerja swasta
Iklan temuduga terbuka akan mengundang ramai calon

Oleh kerana itu, untuk berjaya korang kena bijak menampilkan diri agar lebih menonjol berbanding dengan calon lain. Tetapi pastikan apa yang digayakan tidak keterlaluan. Lebih lanjut, korang boleh baca tips-tips berpakaian ke temuduga terbuka swasta yang betul.

Tips – belajar latar belakang syarikat secara terperinci yang boleh, dan buat persediaan diri secara fizikal serta mental.

Belajar latar belakang syarikat

Ini boleh dilakukan dengan melayari laman web syarikat. Selalunya dalam website bakal majikan maklumat terkini yang diperlukan boleh didapati. Ketahui jenis perniagaan, tahun ditubuhkan dan apa rancangan masa depan syarikat.

Kemudian, fikirkan cara korang untuk menjadi sebahagian daripada warga kerja bakal majikan dan perkara yang mampu disumbangkan sebagai seorang pekerja. Persiapan sebegini mampu menolong korang menjawab pertanyaan-pertanyaan yang mungkin diajukan sewaktu temuduga terbuka swasta nanti.

Persediaan diri secara fizikal serta mental

Untuk lebih fokus menghadapi sesi temuduga terbuka dan mencapai matlamat. Kesihatan mesti dijaga agar berada pada tahap terbaik ketika temuduga berlangsung. Pada malam sebelum temuduga, tidur awal. Jangan asyik main ML atau COC pula. Benda tu tak bagi korang gaji untuk makan.

Penutup

Kerja swasta memang menjanjikan. Paling menarik adalah bonus tahunan yang cukup lumayan. Perbandingannya begini, bonus kerja kerajaan jarang-jarang kita dengar sebulan gaji. Paling-paling pun Rm500. Tapi Alhamdulilah la kan daripada takda langsung.

Sementara di sektor swasta, bonus tahunan boleh mencecah 2 – 6 bulan gaji ( bergantung kepada kadar keuntungan syarikat.

Sebelum atok akhiri, kita off topic jap. Bagi korang yg bercadang menjana pendapatan sampingan sehinggalah dapat kerja swasta yg diimpikan tu. Atok cadangkan korang usha bisnes bakeri. Nampak macam cikai. Tapi korang tak tahu, sebulan boleh dapat 6k – 7k tu! Sebagai permulaan korang baca 7 tips memulakan bisnes makanan secara kecil-kecilan ni!

Bagi korang yg dah dapat kerja swasta, korang kena tahu cuti adalah hak korang. Korang perlu tahu mengenainya. Ayuh lihat jenis-jenis cuti pekerja swasta mengikut Akta Kerja 1955.

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!