Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Korang dapat panggilan daripada SPAJ untuk ke peperiksaan online Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19 pada kali ni? Tgh pening kepala? Nasib baik! Sebab di bawah merupakan koleksi Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan pada tahun ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 JPA KKM MOH

Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 di bawah.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian peperiksaan korang pada tahun ini.

Nota Penting: Kepada korang yang dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 (calon Sabah dan Sarawak) untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 7 Mac 2024 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Untuk korang yang terlibat dengan sesi temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 (Tetap) untuk penempatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yg dijadualkan pada Bulan Oktober 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir Kewangan W19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 Tahun 2024

Berdasarkan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 12 Ogos 2023, jumlah kekosongan jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 285 tempat. Manakala, calon simpanan yg diperlukan adalah sebanyak 500 orang.

Ini adalah jumlah yg amat terhad, berbanding jumlah calon yang cukup ramai dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini. Jadi, sila beri tumpuan penuh terhadap perkongsian kali ini.

Semakan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 DI SPAJ

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI – 11.40 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-tadbir-kewangan-w19/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPAJ dan Laman Facebook Rasmi SPAJ semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPAJ!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.

Jadual gaji Pembantu Tadbir Kewangan W19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Tadbir Kewangan W19;

Gaji minimum RM 1,353.00
Gaji maksimum RM 4,005.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00
Jadual Gaji Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19 layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19

Apakah skop kerja / tugas Pembantu Tadbir Kewangan W19?

Bertanggungjawab ke atas tugas-tugas kewangan sepenuh masa dengan membantu pihak pengurusan / penyelia dalam urusan-urusan seperti berikut:

> Menyedia dan mengemaskinikan belanjawan tahunan.

> Mengurus dan mengawal peruntukan.

> Menyelenggara rekod dan menyediakan laporan perbelanjaan.

> Mengurus, menyelenggara, memantau semua jenis panjar.

> Mengurus, merekod dan mengambil tindakan susulan berhubung dengan pendahuluan diri, pendahuluan pelbagai, pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia serta Kepujian dalam subjek Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,353.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira).
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,409.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan .
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan).
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19:RM1,465.80);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Tadbir Kewangan W19 untuk tahun 2023 baru sahaja dikeluarkan oleh pihak SPAJ.

Peperiksaan online Pembantu Tadbir Kewangan W19 dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 16 Januari 2023 (Isnin).

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40.

Senario Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Untuk menyandang jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 pada tahun 2023 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Jika korang perasan, format soalan Pembantu Tadbir Kewangan W19 untuk sesi 2016 berbeza dengan format 2023. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor (SPAJ) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016 vs Format 2023

Format Pembantu Tadbir Kewangan W19 2018

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Tadbir Kewangan W19 2023

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Kelihatan macam sama ja. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen tetapi perasan tak, ada perubahan.

Tambahan seksyen baharu yakni seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 sesi exam 2018 memang korang akan buang masa.

Elak tersangkut atas pokok

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas pokok’.

Untuk seksyen B, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B ini mengkehendaki korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Mual nombor

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka-angka serta digit-digit.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Pembantu Tadbir Kewangan W19 – Seksyen B

1) Beniken mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Arul pula mendapat kurang 250 markah daripada Ugang. Manakala Ugang mendapat kurang 350 markah daripada Beniken. Berapakah jumlah markah mereka?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Negara Pinang Dua Batang mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara Pinang Dua Batang itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Ann dan kakaknya Patricia baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Ann mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Nur Atiqah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Nur Atiqah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Nur Ameerah ialah adik kepada Nur Atiqah. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Nur Ameerah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Keli Afrika ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Keli Afrika?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Daya Menyelesaikan Masalah berikut.

contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pembantu Tadbir Kewangan W19

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam Seksyen B peperiksaan online Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Choose the option which will best replace the underlined words in the sentence to make it correct.

She done it to quick, so it came out looking rough.

A. done it too quickly
B. did it too quick
C. did it too quickly
D. did it to quickly

2) Hernany has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A. Hernany has three animals in total.
B. Hernany has more cats than dogs.
C. One of Hernany’s cats is black.
D. All of Hernany’s dogs have spots.

3) Read the following paragraph to answer question.

Tailgating another vehicle is unsafe and illegal. Many rear-end collisions are caused by drivers following too close to the vehicle in front of them. The rules state that a driver must keep sufficient distance from the vehicle in front in order to stop safely and avoid a collision. Drivers should allow a minimum two seconds’ gap between their vehicle and the one ahead. At sixty kilometres an hour, this equates to thirty-three metres; at a hundred it equates to fifty-five metres. More distance is needed to safely stop in rain or poor visibility.

More distance is needed to safely stop in rain or poor visibility.’ We can infer from this that:

A. people drive faster in rain and poor visibility.
B. the writer is merely calculating on the safe side.
C. braking is more hazardous in rain and poor visibility.
D. the road rules state that this must be so.

4) Please read the following sentence.

Once Zamzarina lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Zamzarina lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.

5) The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated

6) A cooking utensil with a wide, flat blade that is not sharp, used especially for lifting pan; this tool called a..

A. whisk
B. colander
C. spatula
D. ladle

7) Read the following paragraph to answer the question.

Genealogy is fun. Just as a piece of furniture or a picture takes on much more interest if you know its history, so does an individual become more real once the ancestral elements that shaped him are known. An in-depth family history is a tapestry of all those to whom we owe our existence.

Which statement best conveys the theme of this paragraph?

A. Finding out about our ancestors is more interesting than researching the history of objects.
B. Genealogy is a study of people and their belongings in the past.
C. Genealogy is a study of family history.
D. Genealogical research can bring meaning and life to a family’s history.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Tadbir Kewangan W19 (Seksyen C) ini serta dilengkapi skema jawapan padu. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Kefahaman Bahasa Inggeris di bawah.

contoh soalan kefahaman bahasa inggeris Pembantu Tadbir Kewangan W19

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dengan panjang lebar. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam peperiksaan di seksyen C Pembantu Tadbir Kewangan W19 ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19

Untuk sesi tahun 2023, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPAJ yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli asing-asing. Contoh: nak beli rujukan Kefahaman Bahasa Inggeris sahaja. Jimat duit korang!

Cara beli rujukan penuh Pembantu Tadbir Kewangan W19

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Tadbir Kewangan W19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej sama nak ada RM40 / RM60 / RM80.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Lainlah kalau Ketua Pengarah SPA tu bestpren atok. Boleh atok kawtim Hahaha..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Sempat ke pos buku ni tok?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Jadi tak perlu lagi tunggu POS ke rumah. Cara ni lebih cepat untuk korang mula studi!

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Dah tak ingat la Matematik tok..

Jangan risau. Rujukan ni sediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula ilmu matematik yang da nak bekarat tu.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam exam kerajaan sepanjang 2018-2023.

Tak perlu studi semua buku teks Matematik SPM, dalam rujukan ni da pilih yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses sahaja!

Demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ini.

Satu lagi, contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

lain-Lain FAQ

Ini soalan bocor Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 ker tok?

Astagfirullah. Tiada isu bocor. Sebab hanya SPAJ yang tahu koleksi soalan mereka. Itu rahsia rasmi kerajaan. Ini hanya pakej rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia sekadar membantu korang study dan mengulangkaji sahaja.

Camna nak dapatkan rujukan ni?

Klik pautan rujukan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan berkenaan.

Tok, ada contoh soalan bahasa Inggeris tak dalam rujukan W19 ni?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam jumlah yang memadai untuk membantu proses ulangkaji korang.

Contoh soalan matematik Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19 ada disediakan?

Itu dipanggil sebagai rujukan Daya Menyelesaikan Masalah (matematik). Juga ada dalam rujukan ini. Contoh-contoh soalan yang disediakan setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPAJ.

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam sambil asyik menonton Gegar Vaganza saja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni untuk korang yang nak masuk kerja kerajaan.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus yang mantul abis), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang gerak ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Penutup betul ni

Selain W19, pihak SPAJ juga sedang memanggil calon untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Penghulu NP29. Adakah korang terlibat untuk jawatan ini? Buat persiapan segera! Mula-mula, korang kena baca contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 ni dulu.

Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under Kementerian Kesihatan. Relaks dan bertenang sambil baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang comel loteh tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih dan sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

Ok2, ni baru penutup!

Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.

Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan under Jabatan Penerangan. Atok da siapkan untuk korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga berguna.

Ujian psikometrik ntuk Juruaudio dijalankan hampir serentak dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Korang yang dipanggil bagi jawatan tu tolong baca contoh soalan psikometrik Juruaudio Visual N19.

Selain Juruaudio Visual dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam. Satu lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan adalah Pembantu Kemahiran, jadi baca juga contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19. Sebagai persediaan.

OK, ni btl2 last, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 penolong pegawai kawalan trafik udara yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Panggilan exam sudah dikeluarkan, jadi siapkan diri dengan membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 ni. Sebagai persediaan awal.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au Revoir dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!