Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29

Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada tahun ini.

Nota Penting: Sementara, bagi korang yang dah melepasi semua tapisan dan kini dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Tanah NT29 untuk penempatan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 4 Jun 2024 – 5 Jun 2024 ini. Syabas diucapkan. Sila perkemaskan lagi persiapan temuduga korang dengan membaca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tanah NT29 ini.

Kepada korang yang dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Tanah NT29 ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 14 Mei 2024 ini. Sila dapatkan maklumat penting berkenaan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 di contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tanah NT29.

Khas orang Kedah: khususnya calon peperiksaan atas talian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Atok menerima banyak pertanyaan berkenaan rujukan yang sesuai digunakan untuk jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29. Berdasarkan skop yang terlibat, atok tidak mempunyai rujukan spesifik untuk negeri Kedah. Atok hanya ada rujukan berkaitan pengetahuan am Malaysia sahaja. Rujukan yang atok ada ini tidak merangkumi maklumat berkenaan kedah ya. Tetapi kalau untuk bacaan tambahan, tiada masalah. Boleh pakai. Sebab dia nak tanya pasal Kedah dan Malaysia juga secara amnya. Kalau nak tengok, boleh baca di contoh soalan SPA Pengetahuan Am.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Tanah

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KEDAH

TARIKH PEPERIKSAAN : SILA RUJUK EMEL YANG DIHANTAR

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/penolong-pegawai-tanah-nt29

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Jadual gaji Penolong Pegawai Tanah NT29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Tanah ;

Gaji minimum RM 1,493.00
Gaji maksimum RM 5,672.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 145.00
Jadual Gaji Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Tanah bergred NT29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tanah Gred NT29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Pegawai Tanah NT29?

Secara am, tugas seorang Penolong Pegawai Tanah adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab menerima dan memproses permohonan pengambilan balik tanah untuk projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Agensi-agensi Kerajaan, mengawasi pelaksanaan kerja-kerja penempatan dan memperakukan kepada Pemungut Hasil Tanah atau pengesahan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Ukur bagi penempatan terakhir, memproses permohonan tanah, lesen pendudukan sementara dan permit, terlibat dalam urusan pendaftaran hak milik dan urusan tanah, urusan penguatkuasaan dan tugas-tugas lain yang diarahkan. “

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Tanah NT29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,493.00);

Atau

Diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan Bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NT29: RM1,846.15)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Exam Online Penolong Pegawai Tanah NT29

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Tanah NT29 untuk tahun 2023 sudah dikeluarkan oleh SPA Kedah.

Exam online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya sudah dihebahkan melalui emel kepada calon yang terpilih.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2 petang sampai la jam 3.00 petang. Inilah petang yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29:

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Tanah NT29 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Penolong Pegawai Tanah NT29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 sesi 2022/2023 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Pegawai Tanah NT29 untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2022/2023. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2016/2017 vs Format 2022/2023

Format Penolong Pegawai Tanah NT29 – 2016/2017

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Pegawai Tanah NT29 – 2022/2023

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak seakan sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak gejala ‘kehilangan Geran hak milik tanah’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon bagaikan ‘kehilangan geran tanah’ semasa exam lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah ‘statistik’ kegagalan peribadi lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening nombor’ atau ‘benci nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap ‘nyampah den’.

Dan padahnya ‘statistik kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).

Kenapa tu?

Korang ada belajar kecerdasan pelbagai kan. Ala.. teori Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom di atas adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung terhadap kecerdasan verbal-linguistik atau kecerdasan naturalis. Berbanding logikal-matematik

Jika korang salah sorang daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Tanah NT29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Imran dan abangnya Hafizat baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Imran mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

2) Budak yang duduk di depan kelas 3 Seroja mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 3 Seroja. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 3 Seroja tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

3) Daerah Kapit mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Kapit?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

4) Nur Athirah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Nur Athirah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Aini Nadhira ialah adik kepada Nur Athirah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Aini Nadhira juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Aini Nadhira untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Izrul ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Izrul?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Eyjam membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Eyjam dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Nurul Nabila baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Tanah NT29 di Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Nurul Nabila membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) Sfera M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Sfera O. Sfera P pula lebih berat daripada Sfera O, tetapi lebih ringan daripada Sfera M. Susun kedudukan Sfera tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

10) 257 orang ahli Kelab Pengurusan Teknologi membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Pengurusan Teknologi yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh (bersama skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Pegawai Tanah NT29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 Tugas

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Harapan suci untuk meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Tanah NT29 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 1 – 5).

HUMANITIES

Certain reviewers believe that the novel Madame Bovary, an example of a well-crafted and provoking book, has an unusual and subversive theme that undermines its own medium: in short, these critics say that Flaubert’s remarkable piece of fiction is in fact a cautionary tale about the dangers of reading novels. As evidence, they point to its unsympathetic protagonist, Emma Bovary, who lives in books, romanticizing the simplest aspects of daily life—eating rich food, buying expensive clothing—as well as her relationships. Constantly dissatisfied with real life, she becomes cruel, dull-witted, and shortsighted, caring only about immediate physical gratification and material possessions. Her fantasies lead to her downfall; her relationship with her well-meaning but naïve husband Charles gradually disintegrates, her two adulterous affairs with Leon and Rodolfo end in disaster, her constant borrowing leads her family to financial ruin, and her desire to die in a gloriously dramatic fashion leads instead to an unexpectedly agonizing three days of death throes. She expects too much from life, and is punished horribly for it.

But is this undercurrent an essential theme in the novel, or simply a byproduct of character and plot? Are we really to assume that Flaubert thought the novel so dangerous that he wrote a virtual manifesto on the evils of losing oneself in fiction? If this is really the case, why would he choose to disseminate this message in the very medium he so despised (and, in fact, continued to work in for the rest of his life)?

Certainly Emma’s flawed personality, as well as her literary obsession, contributes to her downfall, but it is interesting to note that no other character in the novel reads habitually for pleasure. In fact, Charles spends the bulk of the novel engaged in the mundane activities of daily life: running a business, tending to family members, maintaining the household. He is naïve, true, but happy, at least until Emma’s penchant for romance begins to interfere with his responsibilities. Therefore, there really are no other appropriate characters with whom to compare her, although we can point out that the novel’s non-reading population tends to be a fairly socially responsible group. (It is also interesting to note that Flaubert hardly uses the sort of clinical, dispassionate language you might expect to see in such a novel; for example, even the most stolid characters are prone to “exclaiming” and “crying” their dialogue.) Perhaps Madame Bovary, then, was not meant to be a criticism of fiction itself, but a caution against allowing suggestible characters like Emma to have access to novels. The permissive environment in the Bovarys’ household contributes to their downfall and social ruin; the characters’ unwillingness to check Emma’s passions (and even their ignorance of the existence of such a problem) leads to the disintegration of their family.

1) The second paragraph implies which of the following with its questions?

A. The inability of Flaubert to escape his romantic leanings.
B. The failure of Emma to recognize and overcome her flaws.
C. The possible contradictory relationship between Flaubert’s message and his medium.
D. The belief that Flaubert’s novel was meant to be a treatise against overly romantic language.

2) The author’s discussion of “theme” in the second paragraph is most consistent with which of the following statements?

A. By definition, themes are an inherently important, even essential, part of a well-crafted novel.
B. Flaubert did not see the inconsistency in writing about the dangers of reading novels within a novel.
C. Nineteenth-century French novelists were often inconsistent in their examination of themes.
D. If Charles had interfered with Emma’s literary obsession, he could have avoided his family’s downfall.

3) The author mentions “mundane activities of daily life” primarily in order to

A. downplay the idea that Emma was justified in fantasizing constantly.
B. explain Flaubert’s simultaneous attraction to and repulsion by the arts.
C. provide an example of typical daily activities in a nineteenth-century French household.
D. emphasize that Charles did not read habitually for pleasure by listing his typical daily activities.

4) In the final paragraph, the author gives examples of how Flaubert used dialogue in order to

A. prove that Flaubert himself approved of overly romantic characters.
B. illustrate Flaubert’s use of hyperbolic language in a novel that supposedly decries romanticism.
C. suggest that Flaubert may have been unaware of his contradictory use of language.
D. demonstrate the romantic leanings of 19th-century French authors in general.

5) The “permissive environment” is most accurately paralleled by which of the following situations?

A. A college student who becomes so obsessed with video games that his schoolwork begins to suffer.
B. An employer overlooking an employee’s excessive time off and the resulting loss of productivity.
C. A moviegoer who sees five movies a day.
D. A man who golfs constantly.

6) Please read the following sentence.

Once Rena lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Rena lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Jonas has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Jonas has three animals in total.
B) Jonas has more cats than dogs.
C) One of Jonas’s cats is black.
D) All of Jonas’s dogs have spots.

8) Where ___________ Fazril live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Xavier ______________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a _________ Chinese New Year cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Pegawai Tanah NT29 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 Gaji

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29

Untuk sesi 2023, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penolong Pegawai Tanah NT29.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Pegawai Tanah NT29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2024.

X perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29 yang akan korang hadapi pada tanggal tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Kpd yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg cukup bertanggungjawab dan telus. Panggilan exam sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

KKMM & Kementerian Kerja Raya sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu kemahiran yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan exam online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai lagi. Khabar angin la. Tapi better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon exam PSEE online pembantu pembangunan masyarakat pun ramai bilangannya yg dipanggil. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan ke exam nanti.

Perpustakaan Negara Malaysia, melalui SPA sudah mengeluarkan panggilan PSEE kepada calon-calon yang melepasi kelayakan yg ditetapkan. Jumlah panggilan adalah ramai. Persiapan rapi perlu korang lakukan utk mengatasi saingan. Baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pustakawan S19 ini sebagai permulaan.

Last but not least, jawatan penghantar notis mencatatkan rekod antara panggilan peperiksaan PSEE yang wajib dibuat setiap tahun. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Baru penutup!

Tak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kepada yang dipanggil PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani ambil mudah?

Khusus calon yang dipangil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma, dapatkan info berguna. Fahami bentuk serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan juga utk Jabatan Perangkaan akan dijalankan lagi beberapa hari. Bijak, andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Jabatan Audit Negara baru sahaja selesai membuat pengambilan Juruaudit W41 dan sekarang pula mereka sedang menapis calon-calon Penolong Juruaudit W29 yg sesuai utk diambil bekerja. Jika korang dipanggil ke PSEE jawatan ini. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ini sekarang!

OK, ni btl2 last. Anytime, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!