Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ambilan Jabatan Akauntan Negara pada kali ni? Tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Akauntan WA41 Jabatan Akauntan Negara yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 Jabatan Akauntan Negara

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2023 ini.

Nota Penting: Kepada korang yang baru sahaja dipanggil ke sesi temuduga Akauntan WA41 untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia yg dijadualkan pada 13 Disember 2023 – 29 Disember 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Akauntan WA41 ini.

Bagi yg dah dipanggil ke ujian psikometrik Akauntan WA41 untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada kali ni, tahniah diucapkan. Dah sedia? Bagi yg belum, atok cadangkan korang dapatkan info penting ujian ini di contoh soalan Ujian Psikometrik Akauntan WA41 ni.

Permohonan Jawatan Kosong Akauntan Gred WA41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Akauntan Gred WA41 secara rasmi di Jabatan Akauntan Negara, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Akauntan Gred WA41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Akauntan Gred WA41 Tahun 2021

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 18 Ogos 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 15 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 100 tempat.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Akauntan Gred WA41 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

AKAUNTAN GRED WA41 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-akauntan-gred-wa41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.

Semakan Keputusan PSEE Akauntan WA41

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) AKAUNTAN GRED WA41 DI JABATAN AKAUNTAN NEGARA

BILANGAN CALON YANG DIPANGGIL PEPERIKSAAN: 9,187 ORANG CALON

BILANGAN CALON YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN: 6,932 ORANG CALON

BILANGAN CALON YANG LULUS PEPERIKSAAN: 2,335 ORANG CALON

BILANGAN KEKOSONGAN JAWATAN: 15 LANTIKAN DAN 100 SIMPANAN

Pautan semakan keputusan:

http://e-semakan.spa.gov.my/keputusan-psee-akauntan-wa41

Jadual Gaji Akauntan Gred WA41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Akauntan WA41 ;

Gaji minimum – RM2,820.00
Gaji maksimum – RM9,585.00
KGT – RM225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Akauntan bergred WA41 layak terima.

Deskripsi Tugas Akauntan Gred WA41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Akauntan Gred WA41?

Secara am, tugas seorang Akauntan Gred WA41 adalah seperti berikut:

” Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan, meliputi melaksanakan analisis laporan kerangan serta fungsi perbendaharaan. “

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Akauntan Gred WA41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

atau

lulus peperiksaan akhir Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

atau

lulus Peperiksaan Kelayakan (QE) Institut Akauntan Malaysia (MIA)
(Gaji Permulaan pada Gred WA41 : RM2,820.00)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Akauntan WA41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Akauntan Gred WA41 untuk tahun 2021 masih belum sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Akauntan Gred WA41 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih lagi di peringkat perbincangan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Akauntan Gred WA41 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.00. Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Online Akauntan Gred WA41

Syarat untuk menyandang jawatan Akauntan Gred WA41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Akauntan Gred WA41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Akauntan Gred WA41 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Format Peperiksaan Akauntan Gred WA41 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Akauntan Gred WA41 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 Vs Format 2020/2021

Format Akauntan Gred WA41 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Akauntan Gred WA41 – 2020/2021

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian dah ditambah daripada dua kepada tiga seksyen. Seksyen tambahan itu ialah Seksyen C KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Akauntan Gred WA41 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Elak ‘Tersilap Menyediakan Anggaran Kewangan’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah ‘tersilap menyediakan anggaran kewangan’. Cuma kali ini, bukan menyebabkan lebihan perbelanjaan tetapi akan berakibat buruk mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Akauntan Gred WA41.

Sementera, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense dan lain-lain benda ala tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Akauntan WA41 – Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa tu?

Ini disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Akauntan WA41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah sukar diramal.

Topik Ulangkaji Seksyen Pengetahuan Am Akauntan WA41

Untuk seksyen A: Pengetahuan Am Akauntan WA41, ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang. Soalan yang diutarakan menguji sama ada calon ‘alert’ dengan hal-ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal. Di samping menguji pengetahuan korang terhadap perjawatan Akauntan WA41 ini.

Sudah tentu skop yang diajukan dalam seksyen A ini luas & sukar untuk dijangka. Walaubagaimana pun, daripada pemerhatian atok, antara topik yang ‘agak kerap’ keluar adalah seperti di bawah:

  • Deskripsi tugas jawatan Akauntan WA41
  • Skop kerja Akauntan WA41
  • Teknikal akaun dan perakaunan
  • Fungsi, peranan dan struktur Jabatan Akauntan Negara
  • Fungsi, peranan dan struktur Bank Negara Malaysia
  • Fungsi, peranan dan struktur Kementerian Kewangan Malaysia
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia

Di bawah beberapa contoh soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen A : Pengetahuan Am

1) Proses perakaunan terdiri daripada perkara-perkara yang berikut :

I. Merekod
II. Mengenal pasti
III. Meringkas
IV. Melapor

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II, III dan IV
D) I, II, III dan IV

2) Apakah agensi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan Dasar Kewangan (Monetary and Credit)?

A) Unit Perancang Ekonomi
B) Unit Perangsang Ekonomi
C) Bank Negara Malaysia
D) Kementerian Kewangan Malaysia

2) Di antara berikut, yang manakah perkara-perkara yang TIDAK BERKAITAN dengan Kitaran Perakaunan?

A) Pelarasan
B) Catatan jurnal
C) Catatan penutupan
D) Penyata untung rugi

3) Persamaan Perakaunan Asas Tunai (Tunai + Pelaburan) melibatkan 3 jenis akaun KECUALI

A) Akaun Hasil
B) Akaun Sewaan
C) Akaun Pinjaman
D) Akaun Amanah

4) Pilih persamaan Perakaunan Asas Akruan yang BETUL

A) Ekuiti = Liabiliti – Aset
B) Ekuiti = Aset – Liabiliti
C) Aset = Ekuiti – Liabiliti
D) Liabiliti = Aset + Ekuiti

5) Asas-asas perakaunan melibatkan perkara seperti :

I. Tunai
II. Tunai ubahsuai
III. Akruan
IV. Akruan ubahsuai

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II, III dan IV
D) I, II, III dan IV

6) Antara berikut, yang manakah SALAH tentang perniagaan milikan tunggal?

I. Pengumpulan modal daripada terbitan saham kepada orang ramai
II. Liabiliti tidak terhad
III. Laporan penyata kewangan hendaklah disiarkan melalui surat khaba
IV. Seorang pemilik perniagaan sahaja

A) I dan II
B) I dan III
C) II dan IV
D) III dan IV

7) Apakah Tujuan Utama Membuat Akaun?

I. Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu.
II. Segala hutang piutang perniagaan dapat dikawal dan dikutip.
III. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau.
IV. Daya ingatan manusia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.

A) I dan II
B) I, II dan III
C) II dan IV
D) I, II, III dan IV

8) Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut KECUALI

A) Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
B) Menderhaka kepada raja dan negara
C) Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
D) Dibuang daerah

9) Berikut merupakan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja KECUALI

A) Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
B) Memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.
C) Membubarkan Parlimen
D) Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa-apa perkara berkaitan agama Islam

10) Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan di bawah

A) Akta Keselamatan Dalam Negeri
B) Akta Hasutan 1948
C) kta Dadah Berbahaya
D) Akta Jenayah

11) ”Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang.”

Objektif di atas ada kaitannya dengan pertubuhan

A) ASEAN
B) OIC
C) NAM
D) EU

12) Apakah mahkamah yang paling tinggi di Malaysia

A) Mahkamah Persekutuan
B) Mahkamah Rayuan
C) Mahkamah Khas
D) Mahkamah Syariah

13) Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI

A) Parlimen
B) Dewan Negara
C) Dewan Rakyat
D) Majlis Mesyuarat Kerajaan

14) Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

A) Majlis Raja-raja
B) Majlis Perundangan Persekutuan
C) Perdana Menteri
D) Mahkamah Agung

15) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

A) Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
B) Kepentingan bahasa Melayu
C) Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
D) Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Akauntan WA41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 berikut.

Contoh Soalan Pengetahuan Am Akauntan WA41

Sedikit masalah teknikal: Kekadang link tak boleh buka. So, paling senang korang taip semula link ni dlm chrome korang: https://atokpencen.com/baca/akauntan-wa41/

Atau pun,

Korang baca dahulu post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai ‘Nangis Di Bucu Katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis di bucu katil’ la selepas result peperiksaan SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Akauntan Gred WA41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Tetapi simpan dalam minda warning berikut:

Sebagai peringatan: Soalan daya menyelesaikan masalah untuk jawatan Akauntan Gred WA41 adalah lebih tinggi standard-nya jika dibandingkan dengan jawatan lain (kecuali PTD Gred M41). Ini kerana bidang tugas jawatan ini merangkumi kerja-kerja yang melibatkan pengiraan yg rumit dan penting kepada kementerian/jabatan kerajaan.

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Akauntan Gred WA41 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Nurul Saidatul Niza ialah adik kepada Nor Shafieqa. Selain turut cantik seperti kakaknya, Nurul Saidatul Niza juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Nurul Saidatul Niza untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Wan Zawawi ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Wan Zawawi?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Jenie Mopun membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Jenie Mopun dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Kah Wai baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Akauntan Gred WA41 di Jabatan Akauntan Negara. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Kah Wai membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna jingga daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna jingga yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Renang UM membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang kelab renang yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni Beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Saravanan dan Sivaraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Saravanan mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Kon M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Kon O. Kon P pula lebih berat daripada Kon O, tetapi lebih ringan daripada Kon M. Susun kedudukan Kon-Kon tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta Proton X70 terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Proton X70 itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Proton X70 terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 2 bilik tidur dan 1 bilik air di Kajang ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu G dan ruang tamu H. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu H?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Viviah Lona seorang gadis Tambunan yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Viviah Lona dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk segiempat tepat dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk segiempat tepat itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 biji mangga epal. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah mangga epal tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah mangga epal daripada Tajol. Berapakah jumlah mangga epal yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji pear diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah pear tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki pear tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan pear yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Akauntan WA41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 berikut.

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Akauntan WA41

Atau pun,

Boleh baca post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon peperiksaan Akauntan Gred WA41. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Chandhran needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Angelinna Wong has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Angelinna has three animals in total.
B) Angelinna has more cats than dogs.
C) One of Angelinna’s cats is black.
D) All of Angelinna’s dogs have spots.

3) Shamsiah’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Fazira Najwa lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Fazira Najwa lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Bakar said to his wife.

A) Bakar told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Bakar told his wife to cook his special dinner that night.
C) Bakar’s wife will cook a special dinner with Bakar at night.
D) Bakar’s wife told Bakar to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Patrick live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Abdullah bin Majid __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Micheal IV was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).

Our ancestors had great difficulty in getting books. Now, our difficulty is what to read. There are books and books but our hours of reading are very few. Therefore, choice becomes essential. We should be very careful about what we read. There are books which poison our lives by suggesting evils. We should keep them at arm’s length.

We should read only those books which have stood the test of time. Such books are our great classics like the Ramayana and the Gita. They contain the wisdom of our sages and saints. They have appealed mankind from generation to generation. Reading of such books has ennobling influence on our mind and character. It gives us spiritual enjoyment.

These books give us instruction with entertainment. They represent our ancient culture. They set before us high ideals to follow. They are our best friends, best guides and the best treasure.

9) We should be selective because

a) there is a great number of books available to us
b) there is scarcity of books
c) there are only bad books in the market
d) none of the above.

10) We should avoid those books which

a) cost high price
b) come in paperback
c) corrupt our lives by suggesting evils
d) come in more than one volume.

Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).

Garbage is a great environment hazard. It comes from various sources—used paper, tiffin packing’s, plastic bags, ice-cream wrappers, bottle caps, fallen leaves from trees and many more. Garbage makes the premises ugly, unkempt and breeds diseases.

A lot of trash that is thrown away contain material that can be recycled and reused such as paper, metals and glass which can be sent to the nearest recycling centre or disposed of to the junk dealer. It also contains organic matter such as leaves which can enrich soil fertility.

A compost pit can be made at a convenient location where the refuse can be placed with layers of soil and an occasional sprinkling of water. This would help decomposition to make valuable fertilizer. This would also prevent pollution that is usually caused by burning such organic waste.

11) Garbage originates from

a) used paper, tiffin, packings, plastic bags and fallen leaves from trees
b) leftovers of food
c) fallen branches from trees
d) building materials.

12) Garbage can create havoc to the mankind by

a) spreading foul smell
b) slowing our vehicles on the road
c) spreading several diseases
d) all the above.

13) What happens to the disposed material at the recycling centre?

a) It is thrown away
b) It is recycled for reuse
c) It is sold to the rag pickers
d) It is dumped into the ground.

14) Fallen leaves from trees are useful because they

a) solve the problem of fuel wood in village households
b) enrich water quality
c) enrich soil fertility
d) beautify landscape.

15) Which of these is correct with reference to a composite pit?

a) The refuge is placed with layers of soil with an occasional sprinkling of water
b) It contributes to the manufacture of useful fertilizer
c) It prevents pollution
d) All the above.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Akauntan Gred WA41 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 di bawah.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Akauntan WA41

Join channel dulu: Jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Akauntan WA14 belum dibuka. Masih dalam proses kemaskini. Jika korang nak menjadi orang terawal mendapatkan rujukan ini sebagai bahan latih tubi & bantuan dalam persiapan korang. Korang join jer channel telegram Akauntan WA41 atok ni. Channel tu sunyi jer dan atok takkan bunyi kecuali update pasal rujukan WA41 ni saja. So, hidup korang takkan terganggu dengan notification2 yg annoying (dah la notification whatsapp korang tak berhenti2 masuk kan).

Selain itu,

Korang juga boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41

Untuk PSEE sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Akauntan Gred WA41 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main game

Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Akauntan Gred WA41, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan disediakan. Sudah tentu akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

5) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Akauntan Gred WA41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Tempah Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik ‘complete your order’.
  6. Di laman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.
  8. Korang akan dpt emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 24 jam (maksimum).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Akauntan Gred WA41 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Peperiksaan Da Dekat Ni Tok. Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam lebih (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Satu lagi, contoh soalan Akauntan WA41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai bilang, peperiksaan online Penolong Pegawai Penyelidik sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penyelidik Q29 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kepada yg akan menyertai sektor perkhidmatan kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Persiapan rapi perlu dilakukan utk menghadapi exam. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

Tidak lupa juga kepada calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, dan hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khusus buat cucu atok yang layak dipanggil peperiksaan online PSEE Laskar Kelas II Maritim T1 untuk ambilan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pastinya contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 ini akan memberi sedikit input bermanfaat.

Dapat panggilan exam SPA pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sapa yg dah dpt surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 untuk kerajaan negeri Terengganu? Exam ni agak rare sbb masih diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Last but not least, khusus calon exam online pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

PSEE Online SPA yg terakhir untuk jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bagi tahun ni akan diadakan a few days lagi. Kepada korang yang dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.

Walaupun dalam suasana Covid-19 yg sedang melanda, sesi exam online SPA untuk pegawai bomba Gred KB19 akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Bagi korang yg ada mengisi jawatan pembantu pendaftaran kp19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Kepada mereka yg akan menganggotai Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..

KKR dan KKMM sedang mengalu-alukan kehadiran calon-calon pembantu kemahiran Gred H11 yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online SPA untuk jawatan ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak & mungkin telah mendapat emel panggilan ke online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam SPA ni juga sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Panggilan PSEE online SPA Pembantu Awam gred H11 sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil x beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon utk peperiksaan online pembantu pembangunan masyarakat S19 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Dijangka tahun ini pun sama juga keadaannya. Jadi, jesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

22 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Akauntan Gred WA41”

    • InsyaAllah Iman. Pihak kami akan cuba siapkan secepatnya. Sekarang pun team atok tengah sibuk siapkannya. Risau kalau kelam kabut sgt siapkan maka kualiti rujukan tak terjamin. Rugi pula duit korang kan. Hehe..

      Reply
  1. Assalamualaikum..
    atok kena byr dlu baru dpt bahan ke atau sebaliknya…
    risau gak nnti dh byr bhan x dpt… maaf sekadar bertanya.
    tq atok

    Reply
    • Wkslm Abu,

      Jualan lom buka. Pd kebiasaanya, harga pakej rujukan peperiksaan Akauntan WA41 adalah RM40 (basic), RM60 (Super), RM80 (Gold) dan RM100 (Platinum).

      Reply
    • Wkslm Nurul,

      Atok dan team masih dlm perbincangan dan blm putuskan. Bagaimana pun, biasanya perbezaan setiap pakej ialah pada kandungan komponen di dalamnya. Contohnya – pakej basic hanya ada satu (1) komponen ebook, pakej gold ada tiga (3) komponen ebook dan seterusnya.

      Reply
  2. As’salam atok, terima kasih diatas penjualan pakej rujukan Akauntan W41 ini. Sedikit sebanyak membantu saya untuk study sebelum menduduki peperiksaan online pada 17/12/2020 yang lepas. Alhamdulillah, saya dipanggil untuk ke peringkat seterusnya (ujian Psikometrik). Apa yang saya perlu sediakan / tahu untuk menghadapi ujian Psikometrik ini atok? Untuk makluman atok, sebelum ini saya belum pernah menduduki ujian Psikometrik. Diharap agar sedikit sebanyak maklumat dari atok dapat membantu saya ke peringkat seterusnya nanti. Sekian, terima kasih.

    Reply
  3. Assalamualaikum.. Alhamdulillah saya dah semak keputusan dan berjaya ke peringkat seterusnya.. terima kasih atas nota2 yang disediakan.. sangat2 membantu. rasa rugi pulak sbb ambil yang Basic punya je haritu.. hehe 😅 next insyaa Allah kalau btl2 rezeki ke peringkat interview saya nk beli full pakej. maaf tanya, masih available ke kalau saya diizinkan & nak beli full pakej nanti?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!