Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Korang dipanggil PSEE Penguasa Kastam Gred WK41 ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada kali ni? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan tengah tercari-cari contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yg bagus? Gagal Peperiksaan online Penguasa Kastam WK41 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Nota Penting: Cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Penguasa Kastam WK41 utk ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yg telah ditetapkan pada 9 Julai 2024 – 19 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Bahan-bahan utk persediaan dan beberapa contoh soalan temuduga Gred WK41 boleh korang baca di soalan temuduga Penguasa Kastam WK41 ini.

Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penguasa Kastam WK41 bagi ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 14 Mei 2024 – 17 Mei 2024 ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Penguasa Kastam WK41.

Kepada korang yg baru saja mendapat emel panggilan ke ujian psikometrik Penguasa Kastam WK41 untuk ambilan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dijadualkan pada 2 April 2024 ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penguasa Kastam WK41.

Gagal peperiksaan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi Abang Penguasa Kastam yang kacak lagi bergaya. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi Akak Penguasa Kastam yang cantik manis- yg menjadi permata keluarga dan byk berbakti. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan kawan-kawannya.

Bertuahnya, kerana di bawah ada disediakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Lagi menambah tuahnya korang, kerana korang boleh dapatkan rujukan khas Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada sesi kali ini.

Permohonan jawatan kosong Penguasa Kastam WK41

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penguasa Kastam WK41 secara rasmi di Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Penguasa Kastam WK41 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan jawatan Penguasa Kastam WK41

Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 6 April 2021 bagi ambilan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Bilangan kekosongan yg diwartakan ialah seramai 69 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 200 tempat.

Jangan tanya atok kenapa jumlah calon simpanan banyak gila. Kalau korang rasa itu cuma utk menyenangkan hati calon-calon yg ramai dipanggil. Andai korang rasa camtu. Atok tak nak komen k..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Penguasa Kastam WK41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENGUASA KASTAM GRED WK41 DI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 8 OKTOBER 2021 (JUMAAT)

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/penguasa-kastam-wk41/

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/peperiksaan-pemeriksaan-fizikal-pancaindera-dan-kecergasan

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

” Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi. “

Jadual gaji Penguasa Kastam WK41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penguasa Kastam WK41 ;

Gaji minimum – RM2,094.00

Gaji maksimum – RM9,585.00

Kenaikan Gaji – RM225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penguasa Kastam bergred WK41 layak terima.

Deskripsi Tugas Penguasa Kastam WK41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penguasa Kastam WK41?

Secara am, tugas seorang Penguasa Kastam WK41 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia adalah seperti berikut:

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen. 

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

Nota* – Walaubagaimanapun, tugas hakiki seorang Penguasa Kastam WK41 adalah tertakluk kepada kementerian / jabatan yg akan korang ditempatkan.

Syarat lantikan dan kelayakan Penguasa Kastam WK41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,094.00)

atau

Ijazah sarjana muda kepujian yang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,300.73)

atau

Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63)

atau

Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,819.63)

atau

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 : RM2,923.41)

atau

Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji Permulaan pada Gred WK41 :RM3,027.19)

Serta

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penguasa Kastam WK41 untuk tahun 2021 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikh yg ditentukan ialah pada 8 Oktober 2021.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 10.00 pagi sampai la jam 11.00 pagi. Inilah pagi tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Penguasa Kastam WK41 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga ke jawatan Penguasa Kastam WK41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Penguasa Kastam WK41 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Penguasa Kastam WK41

Format Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sesi 2021 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penguasa Kastam WK41 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Penguasa Kastam WK41 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penguasa Kastam WK41 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, sekali belek nampak macam sama. Tapi, dua kali belek rupa-rupanya tdk serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa dan ke laut la jawabnya.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tersilap ‘cekup semasa membuat serbuan’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘cekup semasa membuat serbuan’ semasa operasi yg dijalankan. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh pegawai atasan, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online Penguasa Kastam WK41!

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Penguasa Kastam WK41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Penguasa Kastam WK41 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Saudara X dan saudara Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila saudara X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada saudara Y yang bekerja sendiri. Berapa lama saudara X and saudara Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Dick dan abangnya Duni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dick mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Cevianah baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penguasa Kastam WK41 di Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) Ketulan M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada ketulan O. Ketulan P pula lebih berat daripada ketulan O, tetapi lebih ringan daripada ketulan M. Susun kedudukan semua ketulan tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penguasa Kastam WK41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 - Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Penguasa Kastam WK41 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Questions 1–5 are based on the following passages.

(The following is an excerpt from a speech by Esther Brimmer.)

We believe that investing in the education of women and girls is not only the “right thing to do; but it is the smart thing to do.” That is why we are committed to working with the United Nations and the international community in the lead up to 2015 to promote gender equality and the global empowerment of women and the education-related Millennium Development Goals. The United States is working with key international partners, including the United Nations, and the UN specialized agencies, such as UNESCO and UNICEF, to expand girls’ and women’s access to education in all forms and at all levels. As we seek to empower women through education, we must think of new ways to reach women and make education and skills training relevant to their lives. Some progress has been made with regard to enrollment in primary school for girls.

According to the 2010 Education For All Global Monitoring Report, the share of out-of-school girls has declined from 58% to 54% and the gender gap is narrowing in primary education in many countries. However we know that one of the challenges is not only enrollment in basic education, but also getting girls to stay in school and creating an environment where they can successfully transfer from primary to secondary school and consider post-secondary options.

We know that literacy is a critical first step for acquiring the skills needed to participate fully in one’s society. Of the 759 million adults who lack basic literacy skills around the world, two-thirds are women. UN organizations are helping governments, teachers, funders, NGOs, and students build capacity and address challenges to reaching these adults that lack basic literacy skills. Since rejoining UNESCO, one of our top priorities has been promoting literacy, with a particular focus on girls and women.

To that end, quality providers of informal/non-formal education have played and will continue to play a key role in decreasing the global adult illiteracy rate. We know that informal education can be more flexible and help reach adults who have long ago dropped out of the formal schools system or who were systematically denied access to school.

As the largest government donor to UNICEF, the United States is supporting efforts to support safe schools, quality education for each and every girl and boy. For example, UNICEF’s Child-Friendly Schools model which has been implemented in more than 50 countries, utilizes curricula that are specifically inclusive and gender-sensitive. Where barriers to gender equity exist, UNICEF works with governments to develop alternative education methods that promote gender inclusiveness in education. In Afghanistan, UNICEF has helped establish community-based schools in rural areas that allow for the participation of girls. In 2008, the Government of Afghanistan ran 815 of these community-based schools, with an enrolment of nearly 30,000 students.

1) What is the rhetorical purpose Brimmer’s first sentence in this passage?

A) She uses an analogy to set up the basic claim of her passage: it’s both smart and right to educate the world’s women.
B) She appeals to the audience by using her authority as the undersecretary for International Organizational Affairs.
C) She uses an appeal to authority to make her opinion more forceful.
D) She utilizes emotional and logical appeal with her inclusive choice of the word “we.”
E) She relies purely on an emotionless, logical approach to appeal to the intellect of the audience.

2) Which statement best explains the importance of the use of statistics in this passage?

A) The statistics back up the claim that fewer women/ girls continue to be illiterate than men/boys around the globe.
B) The statistical information in the passage sets up irrefutable proof that women and girls deserve to be educated.
C) The statistical information in the passage sets up a strong logical appeal designed to convince the audience to advocate for the education of women and girls.
D) The statistical information in the passage appeals to the emotions of the audience in order to provoke a radical change in thinking.
E) The statistical information provides a limited grasp of the available data and is meant to provide a broad overview of the logical argument for women’s education.

3) Which of the following is NOT a political assumption that can be inferred from this passage?

A) Women and girls need formal education because informal education is ineffective.
B) It’s important for us to think of new ways to reach women and girls and provide them with education.
C) Women and girls should be educated.
D) Women become empowered through education.
E) It makes sense to educate women and girls.

4) What strategy in this speech might best appeal to a hostile or critical audience?

A) The explication of the international community’s interest in promoting gender equality.
B) The claim that educating girls is a smart choice because it will benefit everyone.
C) The descriptions of how the United States is collaborating with UNESCO and UNICEF to promote women’s literacy.
D) The advocacy of “nontraditional” ways to educate women.
E) The statistics that back up the claim that fewer women and girls are remaining illiterate.

5) Which sentence best summarizes the importance of education beyond elementary school as it is expressed in the passage?

A) Women’s literacy has increased, but there are still not enough women in post-secondary education.
B) Women and girls are catching up with boys and men in school attendance but lag behind in secondary and post-secondary school.
C) Women’s literacy is important but it must be made relevant to their lives and delivered in non-traditional forms.
D) The gender gap is beyond the ability of elementary education at present to close.
E) While there have been gains in elementary education for women and girls, we need to find more ways to encourage them to stay in school through secondary and beyond.

6) Please read the following sentence.

Once Lailena lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Lailena lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Cevian has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Cevian has three animals in total.
B) Cevian has more cats than dogs.
C) One of Cevian’s cats is black.
D) All of Cevian’s dogs have spots.

8) Where _________ Michelle Nithya live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Eva Olivia ____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ___________ Pesta Gawai cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penguasa Kastam WK41 di seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 - Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Kenapa riang ria tu? Sebab, nota ringkas & padat dalam rujukan Penguasa Kastam WK41 ini akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 13 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam Penguasa Kastam WK41. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawen. Tak lama lagi PKPP akan berakhir. Jadi walimah korang tu dah boleh diadakan secara besar-besaran. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Macam atok baru grab Realme 8 Pro. Hehe..

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan Penguasa Kastam WK41 ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan segera rujukan Penguasa Kastam WK41 ni!

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penguasa Kastam WK41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Ikuti langkah seterusnya.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok bukan Ketua Pengarah SPA. Jadi, atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Penguasa Kastam WK41 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir ter-delete dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2021.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 45 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku yg comel. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan Penguasa Kastam WK41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online Pereka? Alhamdulillah.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pereka B41.

Kpd yg dipanggil ke PSEE Pembantu Belia Dan Sukan, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Belia Dan Sukan S19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap tahun adalah berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE Juruaudit. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Jurufotografi B19 ambilan KKMM bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) ambilan Jabatan Kerja Raya sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Kali ini untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Last but not least, Kementerian Dalam Negeri masih sedang menantikan kehadiran calon2 Pembantu Penguatkuasa yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA9 untuk jawatan ni, teruskan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 ni. Sebagai persediaan awal.

penutup juga

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan Pegawai Siasatan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan amatlah sedikit. Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Siasatan P41 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

SPA dah keluarkan panggilan untuk Pembantu Perangkaan E19. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perangkaan E19 ni.

Sapa calon exam PSEE online Pembantu Penilaian? Angkat phone! Dah angkat? OK, skrg baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penilaian W19. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk pegawai penguatkuasa ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!