Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains C41

Korang tengah cari bahan-bahan dan contoh soalan peperiksaan Pegawai Sains C41 yg bagus untuk digunakan sebagai rujukan untuk study? Teruskan bacaan, kerana di bawah ada disediakan 6 contoh soalan daya menyelesaikan masalah dan juga 6 contoh soalan kefahaman bahasa inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains Gred C41

Nota Penting: Bagi korang yg dapat panggilan ke sesi temuduga Pegawai Sains C41 (Biomedikal) pada 18 Mac 2024 – 22 Mac 2024 ini untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Atok syorkan korang dapatkan maklumat penting temuduga ini di contoh soalan temuduga Pegawai Sains C41 ni.

Sebelum itu, bagi korang yang bertuah dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Sains Gred C41 (Kaji Serangga) dan ujian psikometrik Pegawai Sains Gred C41 (Biomedikal) bagi ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 28 Februari 2024 dan 22 Februari 2024 ni. Dapatkan tips dan bahan ulangkaji sebelum menduduki ujian ini di contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Sains C41.

Kepada korang yang akan menduduki peperiksaan online UMK bagi jawatan Pegawai Tadbir N41, Pegawai Sains C41 dan Pegawai Penyelidik Q41 pada kali ini. Korang boleh dapatkan rujukan berkaitan bahagian Pengetahuan Am di contoh soalan SPA pengetahuam am dan rujukan berkaitan bahagian matematik di contoh soalan SPA daya menyelesaikan masalah.

Bagi korang yg berhasrat mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Sains C41 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pegawai Sains C41adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Untuk memudahkan bacaan korang, boleh gunakan pautan tajuk-tajuk kecil di bawah. Nak terus ke tajuk yang spesifik, klik jer.

Jadual Gaji Pegawai Sains C41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Sains C41;

Gaji minimumRM2,317.00
Gaji maksimumRM9,620.00
KGTRM225.00
Jadual gaji Pegawai Sains Gred C41

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Sains C41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Sains C41

Apa senarai tugas/ skop kerja seorang Pegawai Sains C41

PECAHAN BIDANG :


Kementerian Kesihatan Malaysia –

  • Mikrobiologi – bidang Mikrobiologi
  • Kimia Hayat – bidang Biokimia
  • Genetik – Genetik dan Biologi Molekul, Biologi Sel
  • Embriologi – Biologi, Genetik
  • Forensik – Sains Forensik
  • Fizik – Fizik Perubatan, Fizik Kesihatan, Sinaran Perubatan
  • Biomedikal – Bioperubatan, Teknologi Makmal Perubatan
  • Kaji Serangga – Pengurusan Vektor dan Parasit, Entomologi, Entomologi Gunaan
  • Pemakanan – Sains Pemakanan/Nutrition, Pemakanan dan Kesihatan Komuniti, Sains Makanan dan Pemakanan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi –

  • Biologi/Kaji Hayat, Bioteknologi, Kimia, Sains pertanian, Perikanan, Mikrobiologi, Oseanografi, Sains Marin

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Sains C41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

  • Kewarganegaraan Malaysia;
  • Umur 18 tahun atau lebih;
  • ijazah sarjana muda sains kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • (Gaji Permulaan pada Gred C41 : RM2,317.00)

Dan

  • Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Kekosongan Jawatan Pegawai Sains C41

Iklan SPA bertarikh 12 November 2021 menyatakan bahawa jumlah kekosongan jawatan Pegawai Sains C41 (Biomedikal) di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah sebanyak 2 orang. Manakala, jumlah calon simpanan yg dinyatakan adalah sebanyak 8 tempat.

Manakala, utk kekosongan jawatan Pegawai Sains C41 (Mikrobiologi) di Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan SPA bertarikh 12 Nov 2021 tersebut menyatakan bilangan kekosongan ialah sebanyak 8 orang. Manakala, jumlah calon simpanan yg dinyatakan adalah sebanyak 30 tempat.

Sementara, untuk kekosongan jawatan Pegawai Sains C41 (Fizik) di Kementerian Kesihatan Malaysia. Iklan SPA bertarikh 10 November 2021 menjelaskan bahawa ada 2 kekosongan. Simpanan yg diperlukan adalah 15 tempat.

Tidak perlu atok tekankan betapa pentingnya korang membuat ulangkaji sebelum menduduki exam ini. Kerana jumlah kekosongan yg ditawarkan adalah terlalu sedikit berbanding jumlah permohonan yg diterima.

Semakan Peperiksaan Pegawai Sains C41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI SAINS GRED C41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI -11.00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-sains-c41/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Peperiksaan Pegawai Sains C41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Sains C41 untuk tahun 2022 belum dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Sains C41 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih di peringkat perbincangan SPA.

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11 tepat.

Senario Peperiksaan Pegawai Sains C41

Untuk menyandang jawatan Pegawai Sains C41, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Sains C41.

Format Peperiksaan Pegawai Sains C41

Format Peperiksaan Pegawai Sains C41 pada tahun 2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Jika korang perasan, format soalan Pegawai Sains C41 untuk sesi 2016 berbeza dengan format 2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2021/2022

Format Pegawai Sains C41 2017/2018

Seksyen APengetahuan Am
Seksyen BDaya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Sains C41 2021/2022

Seksyen ADaya Menyelesaikan Masalah
Seksyen BKefahaman Bahasa Inggeris

Kelihatan macam sama ja. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen tetapi perasan tak, ada perubahan.

Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Sains C41 sesi exam 2018 memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Tertumpah Bahan Kimia

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai semasa menjalankan tugas sebagai Pegawai Sains lalu ‘tertumpah bahan kimia’. Kali ni bukan membahayakan diri tetapi lebih kurang juga bahayanya yakni – gagal dalam peperiksaan Pegawai Sains C41.

Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains C41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Alergi Sepi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘alergi sepi’ terhadap soalan yang berkaitan pengiraan. Asal tengok soalan yg ada nombor dan melibatkan rumus math yg dah hampir lupa, terus sepi sesepi-sepinya.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pegawai Sains C41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Pegawai Sains C41 :

1. Jika kadar tukaran matawang antara Ringgit dan Dolar Singapura ialah RM100 = S$31.56.

S$157.78 = RM _

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

2. Negara Y mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara Y itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3. Unang dan Megat baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Ipin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4. Pamela seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Pamela dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5. Huril ialah adik kepada Pamela. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Huril untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6. Harga 40 biji mangga Harum Manis ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Harum Manis?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

Untuk contoh lengkap dan skema jawapan lengkap bagi seksyen A Pegawai Sains C41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen yang atok recommend di bawah.

Contoh soalan peperiksaan Online SPA Pegawai Sains C41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains C41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

The word silly in this sentence means:

A. funny
B. pretty
C. tricky
D. scary

2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A. i am a good runner.
B. I am a good runner
C. Im a good runner.
D. I am a good runner.

3. Erni has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A. Erni has three animals in total.
B. Erni has more cats than dogs.
C. One of Erni’s cats is black.
D. All of Erni’s dogs have spots.

4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means:

A. basic
B. untouchable
C. actual
D. edible

5. Please read the following sentence.

Once Adeela lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy …

What will the ending be?

A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Adeela lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.

6. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated

Untuk contoh soalan lengkap bagi seksyen B Pegawai Sains C41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen di bawah.

contoh soalan kefahaman bahasa inggeris Pegawai Sains C41

Rujukan Penuh Peperiksaan Pegawai Sains C41

Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh yang akan atok edarkan ni?

Sebabnya ialah..

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)

Cara beli rujukan penuh Pegawai Sains C41

Arahan:

  1. Klik ‘Rujukan eXtra Seksyen‘.
  2. Scroll ke bawah dan klik ‘Pilih Rujukan Anda’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout‘.
  5. Ikut langkah seterusnya.

Pasti Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak janjikan korang lulus. Apa yang atok recommend ni adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan peperiksaan Pegawai Sains C41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.

Demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Sains C41 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Lain-Lain FAQ

Ini soalan bocor ker tok?

Sama sekali bukan. Tiada isu bocor sebab hanya SPA yang tahu koleksi soalan mereka. Itu rahsia rasmi kerajaan. Ini pakej rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia cuma membantu korang study dan mengulangkaji sahaja.

Bagaimana cara beli rujukan ni?

Klik pautan rujukan Pegawai Sains C41 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan berkenaan.

Ada contoh soalan bahasa Inggeris Pegawai Sains C41 tak?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam bilangan yang memadai untuk membantu ulangkaji anda.

Soalan matematik Pegawai Sains C41 ada tak?

Ada. Ini dipanggil rujukan Daya Menyelesaikan Masalah. Contoh-contoh soalan yang disediakan telah digubal setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA.

Ada skema jawapan tak dalam rujukan ni tok?

Ada. Skema jawapan turut disediakan berserta dengan jalan kira untuk memudahkan pemahaman anda.

Penutup

Lagi satu, ini rujukan untuk korang yang nak kerja dengan sektor kerajaan. Korang yang lebih suka kerja swasta, baik baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni. Maklumlah gaji swasta ni lebih tinggi. Bonus pon mantep!

Tapi sebelum korang nekad ke mana-mana karnival kerjaya, kena tahu la apa tips penting temuduga terbuka swasta.

Bagi yang dipanggil ke peperiksaan skim S29, sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Yang tengah neves untuk hadap temuduga gred W29 di JPPH, relaks la bro. Atok nasihatkan bacalah contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilain Gred W29.

Sapa cakap Atok lupakan abg-abg driver H11 kita, abg2 semua baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Untuk calon yang akan menduduki exam N29, korang pon atok syg. Atok da bagi lebih 10 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (Pengurusan Stor).

Ramai yang dipanggil untuk menduduki PSEE Pegawai Khidmat Pelanggan. Ada juga yang tanya, ada rujukan ke tok? Okeh, yg tanya tu boleh rujuk contoh soalan peperiksaan Pegawai Khidmat Pelanggan N19 ni.

Tahun ini akan menyaksikan pengambilan jawatan Penolong Juruukur Bahan JA29 yg lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelum. Jika korang ada mengisi jawatan ini dlm SPA9, persediaan secukupnya harus dibuat. Dapatkan info penting peperiksaan JA29 di contoh soalan peperiksaan Penolong Juruukur Bahan JA29 ini.

Kementerian Sumber Manusia memerlukan tenaga baharu sebagai Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29 bagi melancarkan urusan kementerian. Adakah korang dipanggil ke PSEE S29? Tahniah dan jgn lupa baca contoh soalan Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan S29.

Ni Betul-Betul Penutup

Kepada bakal warga ILP dan IKBN, jangan duduk temuduga korang tu sebelum baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29.

Apa? Dipanggil untuk psikometrik? Boleh. Nah.. Baca penjelasan penuh mengenai ujian psikometrik SPA. Inilah artikel terpanjang yang atok pernah tulis. Naik kremmm jemari atok menaipnya hari tu. Ermm.. Jemari ke jejari? Konpius atok.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara jumlah panggilan ke PSEE yang agak tinggi. Boleh dikatakan ini adalah salah satu daripada jawatan yang popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tidak lupa juga kepada calon peperiksaan PSEE SPA atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap sedikit sebanyak membantu persiapan korang.

Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA untuk jawatan pembantu juruaudit. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Oleh kerana ura-ura PKP bakal ditamatkan semakin jelas. Pihak SPA dengan sikap proaktif telah mengeluarkan panggilan kepada calon yang layak. Jika korang dipanggil ke exam S29, sila buat persiapan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S29 ini.

JAKIM dengan kerjasama SPA sedang membuka peluang kepada para graduan dalam bidang berkaitan untuk menjadi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Pihak SPA sudah mengeluarkan panggilan PSEE kepada calon-calon yang layak. Adakah korang terlibat? Klu begitu, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ni.

OK, ni btl2 last. Kepada yang dipanggil PSEE penolong pegawai perangkaan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu.

Yaribaa dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Sains C41”

  1. Atok, sy dah ada panduan soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41. Format soalan peperiksaan Pegawai Sains C41 ni sama dengan soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41. Perlu ke sy ambil lg utk rujukan dan panduan ini? Sama tak dengan panduan Pegawai Penguatkuasa?

    Reply
    • Tak perlu Mel. Lebih kurang sahaja formatnya. Kecuali Mel ada duit lebih dan kurang yakin, atok tak larang daripada mendapatkannya.. 🙂

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!