Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29

Korang dipanggil PSEE Penolong Juruaudit Gred W29 ambilan Jabatan Audit Negara pada 19 Ogos 2021 ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29. Koleksi contoh soalan PSEE ini terdiri daripada 10 contoh seksyen A dan 10 contoh seksyen B. Korang dinasihatkan utk cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 yang diberikan di bawah sebagai sebahagian latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29

Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Bagi korang yang bertuah dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Juruaudit W29 ambilan Jabatan Audit Negara pada 6 September 2021 ini, bahan rujukan dan ulangkaji untuk ujian ni boleh diperolehi di contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Juruaudit W29 ni.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik dan PSEE Penolong Juruaudit W29 ini dengan bergaya, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Juruaudit W29 ini.

Permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit W29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruaudit W29 secara rasmi di Jabatan Audit Negara, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Jabatan Audit Negara adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan (termasuk jawatan Penolong Juruaudit W29 ini) adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan setelah tempoh luput tersebut sampai.

Kekosongan Jawatan Penolong Juruaudit W29 Tahun 2021

Iklan SPA bertarikh 23 Disember 2020 menyatakan bahawa bilangan kekosongan jawatan Penolong Juruaudit W29 di Jabatan Audit Negara ialah 42 tempat. Sementara, jumlah calon simpanan adalah sejumlah 150 tempat.

Jumlah ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan bilangan calon yang amat tinggi dipanggil ke sesi peperiksaan Penolong Juruaudit W29!

Semakan penjadualan peperiksaan Penolong Juruaudit W29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG JURUAUDIT GRED W29 DI JABATAN AUDIT NEGARA

TARIKH PEPERIKSAAN : 19 OGOS 2021 (KHAMIS)

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-juruaudit-w29

Atau

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Jadual gaji Penolong Juruaudit W29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Juruaudit W29 ;

Gaji minimum RM 1,498.00
Gaji maksimum RM 5,678.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 145.00
Jadual Gaji Penolong Juruaudit Gred W29

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Juruaudit dengan gred W29 layak terima.

Deskripsi tugas Penolong Juruaudit W29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Juruaudit W29?

Secara am, tugas seorang Penolong Juruaudit W29 adalah seperti berikut:

Menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Juruaudit W29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92);

Atau

Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,510.92);

Atau

Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM1,776.08);

Atau

Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29 : RM2001.68).

Dan

Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Peperiksaan Online Penolong Juruaudit W29

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Juruaudit W29 untuk tahun 2021 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Tarikhnya ialah pada 19 Ogos 2021 (bersamaan dengan hari Khamis).

Pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2:00 petang – 3:00 petang.

Inilah petang tersingkat yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penolong Juruaudit W29

Untuk menjadi penyandang jawatan Penolong Juruaudit W29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Juruaudit W29 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Penolong Juruaudit W29

Format Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Juruaudit W29 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Penolong Juruaudit W29 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Juruaudit W29 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ.

Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Juruaudit W29 sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Tersilap ‘Mengaudit Akaun’ (sekadar metafora)

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon tersilap ‘mengaudit akaun‘ lalu akhirnya gagal dalam keputusan peperiksaan online Penolong Juruaudit W29.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau cikgu English masuk pun, memang ‘yes ‘ dengan ‘no’ je la yg tahu.

Sementera, untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Ada Satu Masa’ela

Sebelum kita ke contoh soalan Penolong Juruaudit W29, atok nak kongsi satu masalah.

Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:

Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?

Jawapannya:

Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!

Kenapa korang nak rendahkan peluang lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..

Situasinya begini:

” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen A peperiksaan Penolong Juruaudit W29. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen A Penolong Juruaudit W29 kerana kehabisan masa. “

So, elakkan masa’ela ni daripada menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga! Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Topup Koleksi ‘Kegagalan’ Korang Lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam. Inilah yg mengakibatkan sesetengah calon asyik men-topup koleksi kegagala dalam exam-exam SPA.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Penolong Juruaudit W29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Berikut beberapa contoh soalan Penolong Juruaudit W29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak berbaju belang lengan pendek mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak berbaju kapas pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak berbaju satin lengan panjang . Manakala Budak berbaju satin lengan panjang mendapat kurang 350 markah daripada Budak berbaju belang lengan pendek. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Ipoh mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Ipoh?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Gobala dan abangnya Krishna baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Gobala mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Jothika seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Jothika dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Deepika ialah adik kepada Jothika. Selain turut cantik seperti kakaknya, Deepika juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Deepika untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Naresh ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Naresh?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Andrew Ang membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Andrew Ang dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Edmond Loh baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Jururtera JA29 JKR. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Edmond Loh membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) Sejumlah 16250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang dapur P dan ruang dapur Q. Berapakah bilangan jubin bagi ruang dapur Q?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

10) Nilai bagi Y ialah

CARTRAINBOOKSHIP
5445 3604 950Y

A) 10 368
B) 16 888
C) 21 888
D) 23 368

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Juruaudit W29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan khas Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 berikut :

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan  Juruaudit W41 / W29 Daya Menyelesaikan Masalah

Atau pun,

Baca post yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia pastinya akan menambahkan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian ramai calon. Impian untuk meningkatkan taraf hidup keluarga. Impian utk membahagiakan ibu dan ayah. Dah la susah payah hidup sewaktu kecil..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi akan sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada, a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Debbie has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Debbie has three animals in total.
B) Debbie has more cats than dogs.
C) One of Debbie’s cats is black.
D) All of Debbie’s dogs have spots.

2) Please read the following sentence.

Once Sangeetha Devi lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Sangeetha Devi lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where ________________ Soh Chin Hao live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Phan Tsu Han ______________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) I have only a ___________________ Christmas cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 8).

When I returned to the common the sun was setting. The crowd about the pit had increased, and stood out black against the lemon yellow of the sky-a couple of hundred people, perhaps. There were raised voices, and some sort of struggle appeared to be going on about the pit. Strange imaginings passed through my mind. As I drew nearer I heard Stent’s voice:

“Keep back! Keep back!” A boy came running towards me. “It’s movin’,” he said to me as he passed; “it’s screwin’ and screwin’ out. I don’t like it. I’m goin’ home, I am.” I went on to the crowd. There were really, I should think, two or three hundred people elbowing and jostling one another, the one or two ladies there being by no means the least active. “He’s fallen in the pit!” cried some one. “Keep back!” said several. The crowd swayed a little, and I elbowed my way through. Everyone seemed greatly excited. I heard a peculiar humming sound from the pit. “I say!” said Ogilvy. “Help keep these idiots back. We don’t know what’s in the confounded thing, you know!”

I saw a young man, a shop assistant in Woking I believe he was, standing on the cylinder and trying to scramble out of the hole again. The crowd had pushed him in. The end of the cylinder was being screwed out from within. Nearly two feet of shining screw projected. Somebody blundered against me, and I narrowly missed being pitched onto the top of the screw. I turned, and as I did so the screw must have come out, for the lid of the cylinder fell upon the gravel with a ringing concussion. I stuck my elbow into the person behind me, and turned my head towards the Thing again. For a moment that circular cavity seemed perfectly black. I had the sunset in my eyes.

I think everyone expected to see a man emerge-possibly something a little unlike us terrestrial men, but in all essentials a man. I know I did. But, looking, I presently saw something stirring within the shadow: greyish billowy movements, one above another, and then two luminous disks-like eyes. Then something resembling a little grey snake, about the thickness of a walking stick, coiled up out of the writhing middle, and wriggled in the air towards me-and then another.

A sudden chill came over me. There was a loud shriek from a woman behind. I half turned, keeping my eyes fixed upon the cylinder still, from which other tentacles were now projecting, and began pushing my way back from the edge of the pit. I saw astonishment giving place to horror on the faces of the people about me. I heard inarticulate exclamations on all sides. There was a general movement backwards. I saw the shopman struggling still on the edge of the pit. I found myself alone, and saw the people on the other side of the pit running off, Stent among them. I looked again at the cylinder and ungovernable terror gripped me. I stood petrified and staring.

A big greyish rounded bulk, the size, perhaps, of a bear, was rising slowly and painfully out of the cylinder. As it bulged up and caught the light, it glistened like wet leather.

Two large dark-coloured eyes were regarding me steadfastly. The mass that framed them, the head of the thing, was rounded, and had, one might say, a face. There was a mouth under the eyes, the lipless brim of which quivered and panted, and dropped saliva. The whole creature heaved and pulsated convulsively. A lank tentacular appendage gripped the edge of the cylinder, another swayed in the air.

Those who have never seen a living Martian can scarcely imagine the strange horror of its appearance. The peculiar V-shaped mouth with its pointed upper lip, the absence of brow ridges, the absence of a chin beneath the wedgelike lower lip, the incessant quivering of this mouth, the Gorgon groups of tentacles, the tumultuous breathing of the lungs in a strange atmosphere, the evident heaviness and painfulness of movement due to the greater gravitational energy of the earth-above all, the extraordinary intensity of the immense eyes-were at once vital, intense, inhuman, crippled and monstrous. There was something fungoid in the oily brown skin, something in the clumsy deliberation of the tedious movements unspeakably nasty. Even at this first encounter, this first glimpse, I was overcome with disgust and dread.

From ‘The War of the Worlds’, by H G Wells

6) The author hints that the women in the crowd were

A) just as aggressive as the men.
B) more aggressive than the men.
C) reluctant to push forward.
D) merely passive onlookers.

7) The mood of the crowd altered suddenly when

A) the cylinder opened.
B) a bear emerged from the cylinder.
C) a pair of eyes was detected peering at them from the cylinder.
D) tentacles appeared out of the top of the cylinder.
E) the creature opened its mouth.

8) Of the Martian’s features, the one most causing the writer’s disgust and dread was

A) the slobbering mouth.
B) the huge, intensely staring eyes.
C) the oily, fungoid skin.
D) the Gorgon-like tentacles.
E) the heaving, pulsating body.

9) Far from being upright and moral, his behaviour showed him to be fallible.

The word fallible in this sentence means

A. capable of falling over
B. weak-kneed
C. capable of error
D. immoral

10) The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

we arent welcome here said Jenny so we had better go dont you think

A. “We aren’t welcome here, said Jenny. We had better go don’t you think.”
B. “We aren’t welcome here,” said Jenny, “we had better go, don’t you think?”
C. “We aren’t welcome here,” said Jenny. “We had better go, don’t you think?”
D. “We arent welcome here,” said Jenny, “we had better go, don’t you think.”

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Juruaudit W29 di seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 di bawah :

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Juruaudit W41 / W29 Kefahaman Bahasa Inggeris

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan lebih detil. Ia akan menambah lagi tahap kefahaman korang terhadap ‘pecahan dalam pecahan’ soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Contoh Soalan Penolong Juruaudit W29

Untuk sesi 2021, rujukan penuh Penolong Juruaudit W29 kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Korang jadi insan mulia

Untuk pengetahuan korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ini akan atok salurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa peperangan, kebuluran dan kem-kem pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ini, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruaudit W29 ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Buka je jualan rujukan contoh soalan Penolong Juruaudit W29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan online Penolong Juruaudit W29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

5) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Penolong Juruaudit W29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan Penolong Juruaudit W29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan

Berikut step by step cara membuat pembelian (bila jualan dah dibuka nanti):

1. Klik rujukan Penolong Juruaudit W29. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘BELI SEKARANG‘.

Pilih rujukan anda Penolong Juruaudit W29

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Cth: korang nak beli pakej platinum, just klik ‘RM100 BELI‘.

scroll ke kanan untuk pilih pakej Penolong Juruaudit W29

3. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman upgrade. Klu nak lagi banyak contoh soalan, korang leh upgrade. Just tambah RM20 atau RM40 atau RM50.

4. Sesudah pilih upgrade yg sesuai. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions’ tu.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

7. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman utk login dlm online banking. Masukkan username, password dan TAC. Mcm biasa la. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..

So, berapa lama baru leh dpt rujukan extra ni pas bayaran dibuat?

Klu korang pilih bayaran menggunakan FPX (via Billplz) / online banking. Link download leh diperolehi di antara 1 jam – 2 jam. Pastu dah leh mula study!

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Yang penting, korang da berusaha sebaik mungkin.

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah tak ingat formula Matematik la tok..

Jangan risau. Dalam rujukan ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2021.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukan nak duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Peperiksaan da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruaudit W29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bizi sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Boleh. Kalau korang yg banyak sgt ink tu, boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Takda masalah. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 yg akan berlangsung pada 19 Ogos 2021 nanti.

Contoh soalan Penolong Juruaudit W29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online Pengawas Hutan? Alhamdulillah.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pengawas Hutan G19.

Kpd yg dipanggil ke PSEE Pembantu Belia Dan Sukan, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Belia Dan Sukan S19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap tahun adalah berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE Juruaudit. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Juruaudit W41 ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Jurufotografi B19 ambilan KKMM bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) ambilan Jabatan Kerja Raya sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) JA19 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pegawai Pembangunan Masyarakat S41. Kali ini untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Last but not least, Kementerian Dalam Negeri masih sedang menantikan kehadiran calon2 Pembantu Penguatkuasa yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA9 untuk jawatan ni, teruskan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19 ni. Sebagai persediaan awal.

penutup juga

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan cuma sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

SPA dah keluarkan panggilan untuk Pembantu Kesatria. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesatria S19 ni.

Sapa calon exam PSEE online Pembantu Penilaian? Angkat phone! Dah angkat? OK, skrg baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penilaian W19. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk pegawai penguatkuasa ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!