Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (REQT)

Korang dapat panggilan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 (REQT) pada 05 Julai 2024 ni? Pasti calon-calon Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 yg lain sedang sibuk buat preparation. Korang bagaimana? Dah pepare lom? Nasib baek! Sebab di bawah adalah contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Korang digalakkan mencari jawapan untuk soalan-soalan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Selain itu juga, korang boleh dapatkan rujukan tambahan berupa set latih tubi dan set nota ringkas serta set contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dicadangkan di bawah.

Nota Penting: Bagi korang yg dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk ambilan di Jabatan Perkhidmatan Awam yang dijadualkan akan dijalankan pada 13 Mei 2024 – 7 Jun 2024 ini, beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 ini.

Untuk calon-calon yang terlibat dengan ujian psikometrik Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 utk penempatan di Jabatan Perkhidmatan Awam pada 13 Mac 2024 ini, baca penjelasan komprehensif mengenai ujian ini di contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 ni.

Nota Penting REQT Sarawak N29: Special untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang dijadualkan di antara 12 Jun 2023 – 19 Jun 2023 ini. Setinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi khas untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di contoh soalan REQT Sarawak (JKR).

Permohonan Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

Sekiranya korang ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Tadbir N29 secara rasmi di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia serta lain-lain sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA. Pendaftaran jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Jumlah Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan SPA pada 20 Oktober 2023, jumlah kekosongan jawatan yang diperlukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ialah seramai 43 orang. Manakala jumlah calon simpanan adalah seramai 700 orang.

Kenapa begitu ramai calon simpanan? Korang jangan tanya atok. Sebab atok pon tak tahu. Atok bukan orang JPA mahu pn SPA, hokey..

Oleh kerana jumlah yang diperlukan agak ramai, sudah barang tentulah bilangan calon exam yang mendapat panggilan dalam jumlah beribu. Tak perlu atok gtau betapa perlunya korang bersedia. Korang pun da besar panjang. Lagi bijak berfikir daripada atok.

Jadual gaji Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA;

Gaji minimum RM1,493.00
Gaji maksimum RM5,672.00
Kenaikan Gaji TahunanRM145.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA layak terima.

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Apakah deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29?

Berikut adalah senarai tugas am seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA :

Menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Semakan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM SARAWAK

TARIKH PEPERIKSAAN : 05 JULAI 2024

Pautan Alternatif: SILA RUJUK EMEL YANG DIHANTAR

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-tadbir-n29

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Panggilan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA untuk tahun 2024 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA akan dijalankan 1 kali dalam tahun 2024 ini.

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam 30 minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 8.00 pagi sampailah jam 4.00 petang.

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA

Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama. Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA.

Jadi pada kali ini, sedikit bantuan atok hulurkan.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 pada tahun 2024 ini terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun lepas. Kali ini Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 tidak melibatkan seksyen pengetahuan am.

Cumanya, Atok nasihatkan agar korang lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas pokok‘. Da sangkut tu, pastu tak reti-reti nak turun balik pula..

Untuk seksyen A, ia melibatkan 45 soalan objektif Bahasa Melayu.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2024

Secara ringkas, peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 mengandungi 2 bahagian utama iaitu :

45 soalan objektif Bahasa MelayuSeksyen A
45 soalan objektif Bahasa InggerisSeksyen B

Ada Satu Masa’ela

Sebelum kita ke contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29, atok nak kongsi satu masalah.

Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:

Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan dlm exam online?

Jawapannya:

Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!

Kenapa korang nak rendahkan peluang lulus dalam exam? Sudah tentu bukan saja-saja kan..

Situasinya begini:

” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen A peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aarhh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen A Penolong Pegawai Tadbir N29 kerana kehabisan masa! “

So, elakkan masa’ela ni daripada menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga! Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!

Ok, berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dalam peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 – Bahasa Melayu

Dalam banyak2 bahagian yang ada dalam Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29, paling susah nak skor ialah bahagian Bahasa Melayu. Kenapa?

Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Bahasa Melayu Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan
  • Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi dan struktur Kerajaan Negeri Sarawak
  • Deskripsi tugas jawatan Gred N29

Di bawah beberapa contoh soalan Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 – Bahasa Melayu (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja).

1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula

2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?

A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC

4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :

A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi

6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?

A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi

9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

11) Manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?

A) Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
B) Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
C) Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
D) Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti

12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?

A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi

13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?

A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan

14) Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :

A) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
B) Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
C) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
D) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi

15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan dilengkapi skema jawapan lengkap) untuk bahagian Bahasa Melayu bagi Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 berikut.

Rujukan Contoh Soalan Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2021) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Kunci Kejayaan Calon REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama fakta-fakta penting.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan contoh soalan Ujian REQT Penolong Pegawai Tadbir N29 ni, korang akan dapat minimum 45 contoh soalan Bahasa Melayu dan jawapan.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang digeruni sesetengah calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk sama ada;

petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

  • Petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman.
  • Soalan berkaitan grammar.
  • Soalan-soalan vocabulary.

Contoh soalan Seksyen B adalah seperti berikut :

1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

The word silly in this sentence means:

A) funny
B) pretty
C) tricky
D) scary

2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A) i am a good runner.
B) I am a good runner
C) Im a good runner.
D) I am a good runner.

3. Rahimah has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Rahimah has three animals in total.
B) Rahimah has more cats than dogs.
C) None of these.
D) All of Rahimah’s dogs have spots.

4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means:

A) basic
B) untouchable
C) actual
D) edible

5. Please read the following sentence.

Once Rashidah lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Rashidah lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

6. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A) appalling
B) reformed
C) incurable
D) frustrated

7) Mr. Khong needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

8) Aiman says he can’t ______________ our invitation to dinner tonight.

A) angel
B) across
C) accept
D) almost

9) Tehah’s result for her final exam was very bad. She must make __________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

10) Where _________ Irfan live?

A. are
B. is
C. do
D. does

Untuk lebih banyak contoh soalan seksyen B Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 di bawah.

Rujukan Khas Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk sesi tahun 2024, rujukan kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA.

Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir N29

Selain itu,

Korang juga boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2023) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran x kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main PUBG

Korang jangan acah-acah tak bersalah dgn atok pula. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai besok pagi!

3) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan dalam rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini ada disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

5) Boleh beramal soleh

Ini yang paling best. Untuk pengetahuan korang, lima peratus (5%) daripada hasil jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ini atok akan salurkan kepada badan-badan kebajikan seperti Serantau Muslim, Iman Care dan lain-lain. Bak kata orang – membeli sambil beramal la korang ni.

Ke mana hasil sumbangan tersebut akan diagihkan?

Badan kebajikan Serantau Muslim akan menguruskan dana yang terkumpul untuk disalurkan kepada rakan-rakan yang kurang bernasib baik di sekitar Asia. Misalnya pembinaan masjid yang runtuh akibat gempa, pembikinan semula sekolah yang ranap akibat tsunami, menggali perigi untuk penduduk yg tiada bekalan air, mendirikan rumah buat fakir miskin, membekalkan Al-Quran kepada pondok-pondok pengajian/madrasah dan banyak lagi.

Manakala, Badan kebajikan Iman Care lebih berfokuskan kepada nasib saudara-saudara kita yg berada di negara-negara bergolak. Seperti menghulurkan bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria (berupa selimut, alat pemanas, khemah dll), menanggung kos pembuatan roti untuk penduduk Palestin, membeli bantuan perubatan kepada rakyat Gaza dan seumpamanya.

Best kan? Sambil cuba2 mengubah nasib korang n family. Dapat pula beramal soleh. Korang memang anak yg baik!

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

7) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh N29

Korang follow jer step by step cara membuat pembelian di bawah:

1. Klik Rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29. Scroll sikit jer dan klik butang ‘BELI SEKARANG!‘.

Klik butang beli sekarang rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej yg ada. Pilih la mana2 yg ngam dgn bajet korang. Paling murah, RM40. Paling lengkap, RM100. Contoh: korang pilih pakej platium, klik button ‘RM100 BELI!‘.

Scroll ke bawah untuk pilih pakej Penolong Pegawai Tadbir N29

5. Selepas itu, korang akan dibawa ke laman upgrade seperti di bawah. Kalau korang nak upgrade (tambah contoh soalan), just klik ‘SAYA NAK‘ yg kaler oren. Pastikan warna oren ya..

Laman upgrade rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29

6. Kalau korang taknak upgrade. Scroll ke bawah sikit dan klik ‘SAYA NAK‘ yg kaler black. Pastikan warna hitam ya..

Taknak upgrade bahan latih tubi Penolong Pegawai Tadbir N29

4. Pastu, korang akan sampai ke halaman berikut. Isi ikut nombor panduan ini:

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

7. Selepas itu, korang kena login dlm online banking korang mcm biasa la. Username, password dan nombor TAC.

Halaaa.. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan.

Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Bleh emel atok di atokpencen.com@gmail.com utk dapatkan panduan step by step cara beli bahan latih tubi PPT N29 dalam bentuk PDF. Nnt atok balas klu online dan terus beri.

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Pegawai Tadbir N29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2024.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok, Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen rujukan selepas bayaran disahkan.

Kompem ada yg bertanya camni:

Selepas buat payment, berapa lama rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 tu bleh dpt tok?

Ok. Klu korang pilih cara bayaran menggunakan billplz / online banking, proses ini hanya mengambil masa 1- 2 jam sahaja!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatsapp daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu, naik la keta atau motor dlm 2 jam 20 minit (pegi ulang-alik amik barang). Calon Sabah Sarawak tahu apa benda atok ckp ni.

Sebab dorang kena ambil barang sendiri. Kurier tak dtg rumah anta brg. CityLink atau J&T tu pula letaknya di bandar sebelah atau pekan berhampiran.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Penutup

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 SPA yang akan korang hadap pada tahun 2024 ni.

Lagi satu, contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 yang Atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar.

Rujukan yg dicadangkan ini untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan. Bagi yang lebih suka kerja swasta, korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni. Tapi sebelum korang nekad ke mana-mana karnival kerjaya, kena tahu la apa tips penting temuduga terbuka swasta.

Penutup Betul-Betul

Untuk yang dipanggil ke peperiksaan skim S29, sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Yang tengah nebes untuk hadap temuduga gred W29 di JPPH, atok nasihatkan bacalah contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilain Gred W29.

Sapa cakap Atok lupakan abg-abg driver H11 kita. OK.. Abg2 semua baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Apa? Ada juga yang dipanggil untuk psikometrik? Boleh. Nah.. Baca ujian psikometrik (SPA) – kemasukan ke dalam perkhidmatan awam. Inilah artikel terpanjang Atok pernah tulis. Naik kremm jari jemari Atok menaipnya hari tu.

Atok da hampir lupa. Panggilan Pembantu Pendataran bakal dikeluarkan tidak berapa lama lagi. Kalau korang ingat mcm ada mohon jawatan ni dalam SPA8i, baik bersiap dari sekarang. Boleh usha2 contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19 ni sebagai permulaan.

Sebaik sahaja negara memasuki fasa PKPP, SPA dengan segera telah mengeluarkan panggilan exam kepada calon yang terlibat. Jika korang salah sorang yang dipanggil ke KP41, sila baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 KDN ini.

Tora datang lagi. Iya.. panggilan exam PSEE SPA untuk PTD Gred M41 yg ditunggu ramai sudah sampai. Jika korang salah sorang calon yang dipanggil, atok jamin sudah pasti mahu persiapan yang sempurna, jadi mohon baca contoh soalan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) M41 ni.

Last but not least, bakal perwira di perairan negara sebagai Laskar Maritim sedang dipanggil untuk menduduki PSEE. Jika korang turut dipanggil, sila luaskan bacaan mengenai contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1.

Siyes Penutup

Jabatan Penyiaran Malaysia membuka peluang kepada calon yang memenuhi kelayakan untuk menganggotai mereka. Melalui SPA, Jabatan Penyiaran telah memanggil calon ke peperiksaan online (PSEE). Jika korang dipanggil, sila baca contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41 ni.

Buat cucu atok yang dipanggil peperiksaan online SPA pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Jawatan penghantar notis mencatatkan jumlah panggilan exam yang agak tinggi. Boleh dikatakan salah satu jawatan yang popuar di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tidak lupa juga kepada calon PSEE online SPA atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Kalau korang ada mohon jawatan juruteknik komputer dalam SPA8i, panggilan boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. So, siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19.

Anytime, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai tanah. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Calon exam PSEE online gred L19 di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19.

OK, ni btl2 last, buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pegawai teknologi maklumat. Buat masa ni, panggilan belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

Amigos dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

10 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (REQT)”

  1. contoh soalan bagus. tapi jawapan untuk contoh soalan takda. macam mna nak tau kita skor brpa dlm contoh soalan ni.skema contoh jawapannya takda.

    Reply
    • Hai Lisa,

      Ini sekadar contoh soalan sahaja.

      Utk contoh yg lengkap dgn jawapan setiap satu dan nota-nota ringkas utk kebanyakan topik yg kerap disoal. Ada di dalam rujukan N29 yg dicadangkan. Tq..

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!