Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 utk ambilan Kementerian Dalam Negeri pada kali ini? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 KDN yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 MAFI KPDNHEP KPDNKK KDN

Tidak mahu ketinggalan info penting seperti ini? Nak terus tahu bila ada exam dan apakah rujukan yg sesuai digunakan utk exam tersebut. Follow atokpencen.com di Twitter dan atokpencen.com di Facebook.

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada tahun 2023 ini.

Nota Penting: Bagi yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 utk ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup yg dijadualkan pada 24 Jun 2024 – 4 Julai 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini.

Khas untuk korang yg baru saaja menerima panggilan ke ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 untuk ambilan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup pada 25 April 2024 ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Khas untuk yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 bagi ambilan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) pada 10 Januari 2024 ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Untuk korang yang akan menduduki Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT) Sarawak bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 pada kali ini. Buat persediaan penuh! Bahan ulangkaji dan latih tubi untuk peperiksaan REQT Sarawak boleh korang dapatkan di Rujukan peperiksaan online Sarawak (REQT) ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ke Ujian SPiER Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 utk ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian SPiER KDN ni boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29.

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 secara rasmi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 tahun 2024

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 30 Januari 2024, bilangan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) adalah sebanyak 10 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 120 orang (dengan pecahan, 100 lelaki dan 20 perempuan).

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE – ujian psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP29 DI KEMENTERIAN DALAM NEGERI

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-penguatkuasa-kp29

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang – 3:00 petang.

Jadual Gaji Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ;

Gaji minimum – RM1,493.00
Gaji maksimum – RM5,696.00
KGT – RM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa dengan gred KP29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29?

Secara am, tugas seorang Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah berdasarkan dimana jawatan ini ditempatkan seperti berikut:

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Membuat pemeriksaan ke atas premis-premis yang menjalankan aktiviti menyewa, menjual atau mengedar filem di bawah Akta Filem (Penapisan) 1952 (Pindaan 1980), menjalankan siasatan kes-kes rampasan dan menjalankan tugas-tugas pendakwaan di Mahkamah.

Kementerian Pengangkutan (JPJ)
Menjalankan tugas-tugas operasi dan penguatkuasaan, pendakwaan mahkamah, perlesenan dan ujian memandu serta pendaftaran kenderaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Menjalankan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan bagi menguatkuasakan undang-undang di bawah akta-akta berkaitan, memproses permohonan lesen barang-barang berjadual dan menjalankan tugas-tugas penyerahan/penentuan Akta-akta Timbang dan Sukat.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)
Bertanggungjawab membantu mengurus Pentadbiran am dan Kewangan Bahagian/ Cawangan Penguat Kuasa Negeri, menjalankan pemeriksaan perisikan, serbuan dan kes-kes pendakwaan mahkamah.

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)

atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)

atau

Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00)

atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95)

atau

Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15)

Syarat lantikan untuk kegunaan di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia:

Sijil Veterinar/Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau

Diploma dalam bidang perikanan, pertanian hortikultur, pemakanan, teknologi makanan, kesihatan haiwan, penternakan atau sains veterinary yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,846.15).

Dan

Memiliki syarat-syarat ukuran fizikal dan pacaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
  • lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 untuk tahun 2023 masih belum dikeluarkan oleh SPA setakat ini.

Exam online Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya yg diputuskan masih dibincangkan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam2 petang sampai la jam 3.00 petang.

Inilah tempoh petang yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2017/2018 Vs Format 2021/2022

Format Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 – 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 sesi peperiksaan 2018 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak ‘Tersilap Lokasi Serbuan’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen A iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah ‘tersilap lokasi serbuan’. Cuma kali ini, bukan menyebabkan pesalah terlepas daripada tangkapan. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Sementara, untuk seksyen B, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda ala tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai ‘Nangis Di Bucu Katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘geli geleman dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis di bucu katil’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam yg akan datang.

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Anizah Humaira ialah adik kepada Nurhana Rubby. Selain turut cantik seperti kakaknya, Anizah Humaira juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Anizah Humaira untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Mokhtarudin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Mokhtarudin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Binjer membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Binjer dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Long Kai baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Long Kai membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna pink daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna pink yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Mendaki UUM membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang kelab mendaki yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Theeru dan Sivaraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Theeru mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Sfera M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Sfera O. Sfera P pula lebih berat daripada Sfera O, tetapi lebih ringan daripada Sfera M. Susun kedudukan Sfera-Sfera tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna putih terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW warna putih terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Kuching ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu K dan ruang tamu L. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu L?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Marcella Joanna seorang gadis suku murut yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Marcella Joanna dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk oktagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk oktagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 biji petai. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah petai tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah petai daripada Tajol. Berapakah jumlah buah petai yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji anggur hitam diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah anggur hitam tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki anggur hitam tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan anggur hitam yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 berikut.

Rujukan Contoh Soalan Daya menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Rujukan ini telah dikemaskini selaras dengan format terbaru exam KP29. Jualan dah dibuka tapi tak lama. Hanya dua hari sahaja. Selain itu, korang juga dijemput Join Telegram KP29.

Atau pun,

Boleh baca post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2023) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Sivalogan needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Christy Lew has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Christy has three animals in total.
B) Christy has more cats than dogs.
C) One of Christy’s cats is black.
D) All of Christy’s dogs have spots.

3) Sharmila’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Athirah Bahiyyah lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Athirah Bahiyyah lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Hasnol said to his wife.

A) Hasnol told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Hasnol told his wife to cook his special dinner that night.
C) Hasnol’s wife will cook a special dinner with Hasnol at night.
D) Hasnol’s wife told Hasnol to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Matthew Chang live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Manshur Abul Sharib__________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Patterson IV was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).

Patriotism is an old concept, as old perhaps as the earliest of humans civilizations. But all through the history of mankind, it has been narrowly understood. Today people have begun to realise that patriotism is an essential part of human instinct.

Patriotism has its negative sides particularly when it exceeds its proper bounds. People who think their own country to be the best and are blind to its weaknesses are not patriots at all.

We are the members of a large human family and so cannot neglect our duties and responsibilities towards it. Our love for the country should be conditioned by respect for the whole community. Narrow prejudice can do nothing except to bring misfortune. In trying to overlook others’ interest in the modern world, we harm our own.

Patriotism should be tempered with reason so that it may not be an evil.

9) Today what is the belief of people regarding patriotism?

a) It is narrowly understood
b) It is not needed
c) It is a part of human instinct
d) None of the above.

10) Which type of the people can be categorised as patriots?

a) Those who think others’ country greater than their own
b) Those who think their own country to be the best inspite of its weaknesses
c) Those who keep a neutral attitude towards their country
d) Those whose love for the country is conditioned by respect for the entire community.

Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).

What causes the monsoon? The monsoon, which is essentially the seasonal reversal in wind direction, causes most of the rainfall received in India and some other parts of the world.

The primary cause of monsoons is the difference between annual temperature trends over land and sea. The apparent position of the Sun with reference to the Earth oscillates from the Tropic of Cancer to the Tropic of Capricorn.

Thus the low pressure region created by solar heating also changes latitude. The northeast and southeast trade winds converge in this low pressure zone, which is also known as the Inter tropical Convergence Zone or ITCZ.

This low pressure region sees continuous rise of moist wind from the sea surface to the upper layers of the atmosphere, where the cooling means the air can no longer hold so much moisture resulting in precipitation. The rainy seasons of East Asia, sub-Saharan Africa, Australia and the southern part of North America coincide with the shift of ITCZ towards these regions.

11) Monsoon is

a) A type of sea wave
b) a seasonal reversal in wind direction
c) very hot wind
d) very cold wind

12) What is the full form of ITCZ?

a) Intertrance Convergence Zone
b) Intertropical Convergence Zone
c) Intertropical Capricorn Zone
d) Intertropical Conveyance Zone

13) The major cause of monsoon is the

a) difference between annual temperature trends over land and sea
b) difference between day and night temperature
c) moisture in the atmosphere
d) None of these.

14) Low Pressure region is created by

a) solar heating
b) lunar cooling
c) moist wind
d) dry wind.

15) It rains when..

a) moist wind goes down
b) dry wind meets moist wind
c) the air can no longer hold moisture resulting in precipitation
d) annual temperature goes down.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di Seksyen B ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Rujukan ini telah dikemaskini selaras dengan format terbaru exam KP29. Jualan dah dibuka tapi tak lama. Hanya dua hari sahaja. Selain itu, korang juga dijemput Join Telegram KP29.

Atau pun,

Boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2023) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Untuk PSEE sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main game

Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan? Tak payah susah-payah. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

5) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Join dahulu, Telegram Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.
  2. Setelah jualan dibuka, atok akan maklumkan di telegram.
  3. Klik link tempahan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yg diberi.
  4. Scroll ke bawah dan klik button ‘Pilih Rujukan Anda’.
  5. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  6. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  7. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik ‘complete your order’.
  8. Di laman seterusnya, pilih online banking korang, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  9. Kemudian, korang kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking korang utk selesaikan bayaran.
  10. Korang akan dpt emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 24 jam (maksimum).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2023.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok. Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam lebih (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

So, berapa lama baru leh dpt link download rujukan ni pas bayar tok?

Klu korang pilih cara bayaran menggunakan online banking / FPX (via Billplz), ia hanya mengambil masa 10 – 15 minit sahaja!

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ini.

Satu lagi, contoh soalan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Ramai bilang (bukan siti bilang yer), peperiksaan online Pembantu Makmal sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kpd korang yg akan menyertai sektor perkhidmatan kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Persiapan rapi perlu dilakukan utk menghadapi exam. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

Tdk lupa juga buat calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, dan hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yang layak dan dah dipanggil peperiksaan online PSEE Laskar Kelas II Maritim T1 untuk ambilan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pastinya contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 ini akan memberi sedikit input bermanfaat.

Dapat panggilan exam SPA pembantu tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yang amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Pasti korang tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yang sudah dpt surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 untuk kerajaan negeri Terengganu? Exam ni agak rare sbb masih diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Last but not least, khusus utk calon exam online PSEE pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

PSEE Online yang terakhir untuk jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bagi tahun ni akan diadakan a few days lagi. Kepada korang yang dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.

Walaupun dlm suasana Covid-19 yang sedang melanda, sesi exam online SPA untuk jawatan Akauntan WA41 akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Bagi korang yang ade mengisi jawatan pembantu pendaftaran kp19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam dah pon dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Kpd mereka bakal2 menjadi anggota Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..

KKR dan KKMM sdg mengalu-alukan kedatangan calon-calon pembantu kemahiran Gred H11 yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online SPA untuk jawatan H19 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kpd korang yg layak & mgkin dah mendapat emel panggilan ke online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam SPA ni jg sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan PSEE online SPA Pembantu Awam gred H11 dah pun dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil x beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon utk PSEE online pembantu pembangunan masyarakat S19 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Dan dijangka tahun ini pun sama juga kejadiannya. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

4 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29”

  1. salam atok,

    status permohonan saya untuk jawatan pen. peg. penguatkuasa kp29 telah melepasi syarat2 semasa yang ditetapkan oleh suruhanjaya dan kini menunggu masa untuk peperiksaan online. soalan saya, macam mana nak tempah soalan peperiksaan online ( menyelesaikan masalah dan kefahaman bahasa inggeris) . maaf kali pertama nak guna khidmat atok selepas kerap kali gagal peperiksaan online. mohon bantuan dan tinggalkan no. telefon atok

    Reply
  2. Assalamualaikum nak tanya, bila saya boleh buat tempahan dan ada number khas tak utk saya wasap utk pembelian atau utk bertanyakan beberapa soalan

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!