Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29 untuk ambilan di Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada 10 Januari 2023 – 20 Januari 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini.

Sementera itu, bagi korang yg dipanggil ke sesi ujian psikometrik Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ambilan Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang pada kali ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh korang dapatkan di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Selain dari itu, calon juga amat digalakkan mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dan bahan latih tubi dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2021 ini.

Jumlah Kekosongan jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 Tahun 2022

Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada bulan 23 September 2022 untuk ambilan di Jabatan Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan Malaysia dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang. Bilangan kekosongan jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 adalah sebanyak 24 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 76 orang.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang L29 secara rasmi di Jabatan Insolvensi Malaysia dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA.

Permohonan jawatan sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Penolong Pegawai Undang-Undang

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L29 DI JABATAN INSOLVENSI MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIUMUMKAN

MASA PEPERIKSAAN: 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-undang-undang-l29

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Jadual gaji Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Undang-Undang ;

Gaji minimum – RM1,773.00
Gaji maksimum – RM5,674.00
KGT – RM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang bergred L29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Apakah skop kerja Penolong Pegawai Undang-Undang L29?

Secara am, tugas seorang Penolong Pegawai Undang-Undang adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab kepada Hakim Kanan, membuat taksiran kos Mahkamah Rendah dan menyediakan kertas kerja perundingan bila diperlukan oleh Hakim serta menyelia tugas kakitangan lain di Bahagian Pendaftaran. “

Senarai Tugas Penolong Pegawai Undang-Undang L29 Mengikut Penempatan

Mahkamah Malaysia

  • Mengendalikan permohonan-permohonan di bawah Seksyen 117 KPJ di bawah Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 dan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
  • Menerima, menyemak dan menandatangani serta merekod keputusan saman-saman trafik DBKL dan saman-saman dari pelbagai jabatan
  • Mengeluarkan waran-waran menahan, waran tangkap, waran gelidah sapina, perintah mengeluarkan dari tahanan, bon jaminan dan lain-lain
  • Mengendalikan penyata-penyata bulanan, suku tahunan, tahunan dan ad-hoc bersabit dengan semua Mahkamah Majistret Jenayah
  • Pengawasan Pendaftaran Jenayah dan Rayuan serta penyeliaan kakitangan di bawah pengendalian

Jabatan Peguam Negara

  • Menemubual pelanggan dan menentukan perkhidmatan yang diperlukan serta kelayakan pelanggan untuk menerima bantuan guaman
  • Menyemak dan meluluskan draf dokumen berkaitan dengan pelanggan serta kes yang telah disediakan oleh Pembantu Tadbir
  • Menghadiri sebutan atau perbicaraan di mahkamah syariah dan mahkamah sivil apabila diarahkan oleh pengarah
  • Menyediakan laporan mingguan bagi kes-kes yang dikendalikan di mahkamah
  • Memberi khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa

Jabatan Insolvensi Malaysia

  • Membuat semakan fail-fail bankrapsi, memastikan fail-fail perbicaraan dalam keadaan teratur serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan sebelum menghadiri pendengaran kes di Mahkamah
  • Menghadiri mahkamah pada tarikh ditetapkan dan memaklumkan mahkamah status kes sama ada dalam keadaan teratur atau pun tidak. Sekiranya tidak teratur, pegawai bertanggungjawab membantu Mahkamah dengan memaklumkan mahkamah perkara-perkara yang belum dipatuhi oleh pihak berkenaan
  • Meminitkan keputusan mahkamah dan menyerahkan kembali fail-fail kepada kerani kebankrapan
  • Menandatangani surat-surat awalan yang dikeluarkan kepada bankrap kecuali surat kepada pihak Imigresen
  • Menetapkan tarikh temujanji dengan bankrap untuk Soalan Awalan dan penyiasatan lanjut
  • Mengendalikan Soalan Awalan terhadap bankrap bagi mendapatkan maklumat lanjut latar belakang bankrap dan keluarga; senarai tanggungan; pemiutang; maklumat harta bankrap dan pasangannya dan sebagainya. Memberikan penjelasan kepada bankrap hak-hak beliau sebagai bankrap dan permohonan-permohonan yang boleh dibuat dalam tempoh kebankrapan beliau dan menetapkan ansuran bulanan
  • Mengambil tindakan lanjut daripada maklumat yang telah diperolehi dari siasatan yang dibuat dengan menghubungi pihak terlibat termasuk membuat carian di Pejabat Tanah bagi kes-kes yang melibatkan aset bankrap
  • Penetapan tarikh MPP mempengerusikan Mesyuarat Pertama pemiutang sebaik sahaja Penyata Hal Ehwal difailkan oleh bankrap
  • Penetapan tarikh penangguhan MPP sekiranya korum tidak mencukupi;iklan atau warta belum diterbitkan dan sebagainya yang menyebabkan MPP terpaksa ditangguhkan
  • Menguruskan permohonan bankrap dan memberikan penerangan lanjut terhadap sebarang permohonan yang diajukan bankrap:

a) Permohonan Saksi di bawah Peruntukan 38(1)(a);
b) Permohonan Keluar Negara di bawah Peruntukan 38(1)(c);
c) Permohonan Menjawat Jawatan di bawah Peruntukan 38(1)(d);
d) Permohonan Bekerja Dengan Ahli Keluarga di bawah Peruntuk 38(1)(e);
e) Permohonan Keluar Masuk Gaji;
f) Permohonan Pembatalan PP & PP di bawah Seksyen 105.

  • Membuat semakan bagi fail-fail lama yang layak untuk perakuan Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia.

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji Permulaan pada Gred L29 : RM1,773.00);

atau

Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L29 : RM1,847.86).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Exam Online Penolong Pegawai Undang-Undang

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Undang-Undang L29 untuk tahun 2021 masih belum dikeluarkan oleh SPA.

Exam online untuk jawatan ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya masih di peringkat perbincangan.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2 petang sampai la jam 3.00 petang. Inilah petang yg paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Syarat untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Penolong Pegawai Undang-Undang L29 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 sesi 2020/2021 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Yup, nampak seolah sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Jangan sampai ‘bankrapsi’

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon diisytiharkan muflis lalu disabitkan sebagai ‘bankrapsi’ semasa exam kerana mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah ‘statistik kegagalan’ lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan rumus atau formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘statistik kegagalan’ peribadi bertambah lagi (setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan).

Namun begitu pun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan online Penolong Pegawai Undang-Undang L29, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Sethu dan abangnya Dinesh baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Sethu mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

2) Budak yang duduk di depan kelas mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah budak-budak tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

3) Daerah Serian mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Serian?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

4) Mazirah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Mazirah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Nordiana ialah adik kepada Mazirah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Nordiana juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Nordiana untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Afiq ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Afiq?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Encik Mohd Nazri membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Nazri dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Farah Lee baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang L29 di Jabatan Insolvensi Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Farah Lee membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

9) Segi empat sama M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Segi empat sama O. Segi empat sama P pula lebih berat daripada Segi empat sama O, tetapi lebih ringan daripada Segi empat sama M. Susun kedudukan Segi empat sama tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

10) 257 orang ahli Kelab Kejuruteraan Awam membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kejuruteraan Awam yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh (disertakan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan SPA Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Atau,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih mendalam terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘meranapkan’ harapan murni kebanyakan calon dalam usaha memakmurkan keluarga tercinta. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 1 – 5).

PROSE FICTION

It was generally agreed in New York that the Countess Olenska had “lost her looks.”

She had appeared there first, in Newland Archer’s boyhood, as a brilliantly pretty little girl of nine or ten, of whom people said that she “ought to be painted.” Her parents had been continental wanderers, and after a roaming babyhood she had lost them both, and been taken in charge by her aunt, Medora Manson, also a wanderer, who was herself returning to New York to “settle down.”

Poor Medora, repeatedly widowed, was always coming home to settle down (each time in a less expensive house), and bringing with her a new husband or an adopted child; but after a few months she invariably parted from her husband or quarrelled with her ward, and, having got rid of her house at a loss, set out again on her wanderings. As her mother had been a Rushworth, and her last unhappy marriage had linked her to one of the crazy Chiverses, New York looked indulgently on her eccentricities; but when she returned with her little orphaned niece, whose parents had been popular in spite of their regrettable taste for travel, people thought it a pity that the pretty child should be in such hands.

Everyone was disposed to be kind to little Ellen Mingott, though her dusky red cheeks and tight curls gave her an air of gaiety that seemed unsuitable in a child who should still have been in black for her parents. It was one of the misguided Medora’s many peculiarities to flout the unalterable rules that regulated American mourning, and when she stepped from the steamer her family were scandalised to see that the crape veil she wore for her own brother was seven inches shorter than those of her sisters-in-law, while little Ellen was in crimson merino and amber beads.

But New York had so long resigned itself to Medora that only a few old ladies shook their heads over Ellen’s gaudy clothes, while her other relations fell under the charm of her high colour and high spirits. She was a fearless and familiar little thing, who asked disconcerting questions, made precocious comments, and possessed outlandish arts, such as dancing a Spanish shawl dance and singing Neapolitan love-songs to a guitar. Under the direction of her aunt, the little girl received an expensive but incoherent education, which included “drawing from the model,” a thing never dreamed of before, and playing the piano in quintets with professional musicians.

Of course no good could come of this; and when, a few years later, poor Chivers finally died in a mad-house, his widow (draped in strange weeds) again pulled up stakes and departed with Ellen, who had grown into a tall bony girl with conspicuous eyes. For some time no more was heard of them; then news came of Ellen’s marriage to an immensely rich Polish nobleman of legendary fame. She disappeared, and when a few years later Medora again came back to New York, subdued, impoverished, mourning a third husband, and in quest of a still smaller house, people wondered that her rich niece had not been able to do something for her. Then came the news that Ellen’s own marriage had ended in disaster, and that she was herself returning home to seek rest and oblivion among her kinsfolk.

1) The author describes which of the following practices as undesirable to New York society?

A. Playing the piano
B. Performing Spanish shawl dances
C. Traveling
D. Adopting children

2) As a result of her “peculiarities,” Medora offends her family by

A. allowing Ellen to marry a Polish nobleman.
B. wearing a veil that is too short for mourning.
C. returning to New York with no money.
D. refusing to dress stylishly when meeting Newland Archer.

3) It is most reasonable to infer that, after the death of Medora’s third husband, Ellen did not help her aunt primarily because

A. Ellen was no longer wealthy, since her own marriage had failed.
B. Medora had become embittered because she hadn’t heard from Ellen for so long.
C. Ellen resented the incoherent education she received from her aunt.
D. receiving help from her niece would interfere with Medora’s desire to be eccentric.

4) Based on the characterization of Newland Archer in the last paragraph, he can best be described as

A. reflective and non-judgmental.
B. likable but withdrawn.
C. disinterested but fair.
D. stylish and gregarious.

5) The third paragraph suggests that Medora’s lifestyle was primarily viewed by others as

A. acceptably different from societal norms.
B. a terrible example to set for her niece.
C. unfortunate and pitiful.
D. disturbingly inconsistent.

6) Please read the following sentence.

Once Jaclyn lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Jaclyn lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Andrea has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Andrea has three animals in total.
B) Andrea has more cats than dogs.
C) One of Andrea’s cats is black.
D) All of Andrea’s dogs have spots.

8) Where _____________ Farihah live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Standley ________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ___________________ Diwali cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Online  Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Atau,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29

Untuk PSEE sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Halamak.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2019.

X perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam dah dekat sgt ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 yang akan korang hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Anytime, SPA akan keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kpd yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg cukup bertanggungjawab. Panggilan exam sudah keluar beberapa hari lepas. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

KKMM & Kementerian Kerja Raya sedang menantikan calon2 pembantu kemahiran yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan exam online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Utk korang yang layak, dan mungkin sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk pembantu awam tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon exam PSEE online pembantu pembangunan masyarakat pun ramai bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

JAKIM menantikan kedatangan para penjawat Pegawai Hal Ehwal Islam S41 yang baharu pada tahun ini. Iklan sudah dikeluarkan oleh SPA. Panggilan PSEE akan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Korang ada mohon jawatan ni dlm SPA9? Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Hal Ehwal Islam S41 ni.

Last but not least, buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna sebagai bekalan ke exam.

Serius, ni baru penutup!

Jawatan penghantar notis mencatatkan rekod antara panggilan peperiksaan PSEE yang wajib dibuat setiap tahun. Boleh la dikatakan antara salah satu daripada jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tak lupa juga kepada calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under MOH. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yg dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer (ambilan MAMPU). Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi tak tahu nak prepare apa? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kepada yang dipanggil PSEE pegawai imigresen, sila la luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani ambil mudah?

Khusus calon yang dipangil ke exam online latihan separa perubatan bertaraf diploma, dapatkan info berguna dan fahami bentuk serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Panggilan peperiksaan PSEE online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan bagi tahun ni sudah dibuat. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

OK, ni btl2 last. Sesi peperiksaan online PSEE untuk perangkawan akan dijalankan lagi beberapa hari. Bijak, andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!