Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Korang dapat panggilan ke peperiksaan online Pegawai Imigresen Gred KP19? Sakit kepala kan? Tak perlu! Sebab di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen Gred KP19 yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada kali ini.

Tidak mahu ketinggalan info penting seperti ini? Nak terus tahu bila ada exam dan apakah rujukan yg sesuai digunakan utk exam tersebut. Follow atokpencen.com di Twitter dan atokpencen.com di Facebook.

Nota Penting: Sementara itu, bagi yg terpilih menduduki sesi temuduga Pegawai Imigresen KP19 yg dijadualkan pada 20 Ogos 2023 – 24 Ogos 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Imigresen KP19 ini.

Kepada korang yg baru saja dipanggil ke ujian SPiER Pegawai Imigresen KP19 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh diperolehi di contoh soalan SPiER Pegawai Imigresen KP19.

Khas untuk korang yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Pegawai Imigresen KP19 bagi ambilan di Jabatan Imigresen Malaysia pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu korang buat? Baca di ujian fizikal Pegawai Imigresen KP19.

Kepada korang yg baru saja dapat panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 untuk ambilan Jabatan Imigresen Malaysia pada kali ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19.

Permohonan jawatan kosong Pegawai Imigresen KP19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Imigresen KP19 secara rasmi di Jabatan Imigresen dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan sebagai Pegawai Imigresen adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan jawatan Pegawai Imigresen KP19 Thun 2022

Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada bulan 31 Disember 2021 lalu untuk ambilan di Jabatan Imigresen Malaysia. Bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 230 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 250 orang.

Ini suatu angka kekosongan yg menarik. Kerana berdasarkan rekod, tahun-tahun sudah ambilan Pegawai Imigresen KP19 biasanya tidak melebihi 120 utk satu sesi peperiksaan.

Nampaknya ada peuang baik, kalau korang pandai gunakannya.

Namun, ini masih lagi satu jumlah kekosongan yang sedikit kalau mengambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19 DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN: 7 APRIL 2022, 12 APRIL 2022 dan 14 APRIL 2022

MASA PEPERIKSAAN: 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/pegawai-imigresen-kp19/

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang – 3:00 petang.

Jadual gaji Pegawai Imigresen KP19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Imigresen ;

Gaji minimum RM 1,360.00
Gaji maksimum RM 4,052.00
Kenaikan Gaji TahunanRM 100.00
Jadual Gaji Pegawai Imigresen Gred KP19

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Imigresen KP19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Imigresen KP19?

Secara am, tugas seorang Pegawai Imigresen Gred KP19 adalah seperti berikut:

Menerima/menyemak permohonan daripada warganegara dalam urusan pengeluaran passport dan dokumen perjalanan, pengeluaran visa, pas dan permit kepada rakyat asing yang memasuki negara untuk tujuan melancong, melabur, berniaga, belajar dan sebagainya, membuat tugas-tugas penguatkuasaan dan tugas-tugas imigresen di pintu-pintu masuk.

Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Imigresen KP19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).

Dan

Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan kebolehan pancaindera seperti yang berikut:

  • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
  • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
  • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
  • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
  • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
  • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
  • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Imigresen KP19 untuk tahun 2022 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online Pegawai Imigresen akan dijalankan tiga (3) kali dalam tahun ini. Iaitu pada 7 April 2022, 12 April 2022 dan 14 April 2022.

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2:00 petang sampai la jam 3:00 petang (masa standard SPA). Inilah petang paling singkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Imigresen KP19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Imigresen KP19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Format Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 sesi 2021/2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Imigresen untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2021/2022

Format Pegawai Imigresen KP19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Imigresen KP19 – 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak gejala ‘passport hilang’

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai akaun calon ‘kehilangan passport‘ semasa exam lalu mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA.

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan sampai ‘menung tgk phone’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘menung tgk phone‘ setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Namun begitu pun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Imigresen KP19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Imigresen KP19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Irwin dan abangnya Samin baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Irwin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

2) Farha seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Farha dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

3) Fiqriah ialah adik kepada Farha. Selain turut cantik seperti kakaknya, Fiqriah juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Fiqriah untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

4) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Tarmizi ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Tarmizi?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

5) Encik Alias membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Alias dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

6) Royneal baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Imigresen KP19 di Jabatan Imigresen Malaysia. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Royneal membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

7) Harga sebuah kereta Exora Merah terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga Exora itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga Exora Merah terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

8) Harga sebuah apartment 2 bilik tidur 1 bilik air di Kinrara ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga apartment tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

9) Sejumlah 16250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang dapur P dan ruang dapur Q. Berapakah bilangan jubin bagi ruang dapur Q?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Imigresen KP19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Imigresen Gred KP19 Edisi 2022 berikut..

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19 Gaji

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada; a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, b) soalan berkaitan vocabulary dan c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Imigresen KP19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

1) Christine has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Christine has three animals in total.
B) Christine has more cats than dogs.
C) One of Christine’s cats is black.
D) None of these

2) Please read the following sentence.

Once Norizan lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Norizan lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

3) Where ___________ Fatin Hananie live?

A. are
B. is
C. do
D. does

4) Hafiz Hakimi _____________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

5) I have only a ____________ Kaamatan cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 6 – 9).

“Anne,” cried Mary, still at her window, “there is Mrs Clay, I am sure, standing under the colonnade, and a gentleman with her. I saw them turn the corner from Bath Street just now. They seemed deep in talk. Who is it? Come, and tell me. Good heavens! I recollect. It is Mr Elliot himself.” “No,” cried Anne, quickly, “it cannot be Mr Elliot, I assure you. He was to leave Bath at nine this morning, and does not come back till to-morrow.”

As she spoke, she felt that Captain Wentworth was looking at her, the consciousness of which vexed and embarrassed her, and made her regret that she had said so much, simple as it was.

Mary, resenting that she should be supposed not to know her own cousin, began talking very warmly about the family features, and protesting still more positively that it was Mr Elliot, calling again upon Anne to come and look for herself, but Anne did not mean to stir, and tried to be cool and unconcerned. Her distress returned, however, on perceiving smiles and intelligent glances pass between two or three of the lady visitors, as if they believed themselves quite in the secret. It was evident that the report concerning her had spread, and a short pause succeeded, which seemed to ensure that it would now spread farther.

“Do come, Anne” cried Mary, “come and look yourself. You will be too late if you do not make haste. They are parting; they are shaking hands. He is turning away. Not know Mr Elliot, indeed! You seem to have forgotten all about Lyme.”

To pacify Mary, and perhaps screen her own embarrassment, Anne did move quietly to the window. She was just in time to ascertain that it really was Mr Elliot, which she had never believed, before he disappeared on one side, as Mrs Clay walked quickly off on the other; and checking the surprise which she could not but feel at such an appearance of friendly conference between two persons of totally opposite interest, she calmly said, “Yes, it is Mr Elliot, certainly. He has changed his hour of going, I suppose, that is all, or I may be mistaken, I might not attend;” and walked back to her chair, recomposed, and with the comfortable hope of having acquitted herself well.

From ‘Persuasion’, by Jane Austen.

6) Anne does not believe it is Mr Elliot whom Mary sees from the window because

A. Mary does not know what Mr Elliot looks like.
B. Mr Elliot was to have left Bath earlier that day.
C. it was highly unlikely that Mr Elliot would be a friend of Mrs Clay.
D. A and B together.

7) Anne obviously knows Mr Elliot quite well for all the following reasons EXCEPT

A. she has knowledge of his travel plans.
B. she shows discomfort at Mary spotting him.
C. she is sensitive to what the other ladies might know.
D. she had been speaking about Mr Elliot to others in the room.

8) Anne finally goes to the window because

A. she knows in her heart that it really is Mr Elliot.
B. she wishes to prove Mary wrong.
C. she wishes to calm Mary and cover up her own lack of composure.
D. Mary frets that Mr Elliot will disappear from view.

9) From what occurs it can be inferred that Anne

A. couldn’t care less about Mr Elliot.
B. had not known Mr Elliot long enough to recognise him.
C. is attracted to Mr Elliot.
D. is uncomfortable at Mr Elliot’s behaviour.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Imigresen KP19 (dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Imigresen Gred KP19 Versi 2022 di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2022) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19

Untuk sesi 2022, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

  1. Murah giler (smartphone korang harga beribu kot)
  2. Contoh Soalan (biasakan korang dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian korang)
  4. Boleh beli ikut bajet (ada pakej untuk dipilih).
  5. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan korang)

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pegawai Imigresen KP19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Imigresen KP19 ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang korang da tinggalkan hampir 5 tahun lepas. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2022.

X perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duduk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang tak perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 05 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Boleh saja. Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuauh buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Lagi satu, contoh soalan Pegawai Imigresen KP19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Korang tahukan, peperiksaan PSEE online pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Khusus calon yang dipangil ke peperiksaan PSEE online pembantu operasi, sila dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE tu. Jangan sekali-kali.

Peperiksaan PSEE online yg terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Pada bila-bila masa, SPA akan keluarkan panggilan exam online PSEE Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam SPA8i atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Kepada yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan yg cukup bertanggungjawab. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi SPRM nanti k..

Last but not least, Kementerian Komunikasi dan Multimedia & KKR sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan peperiksaan online PSEE untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) baharu saja mengeluarkan panggilan exam online untuk jawatan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 melalui portal SPA. Dlm tempoh PKP ni, ramai yg dibuang kerja dan kehilangan pendapatan. Jadi, guna peluang ini sebaiknya. Buat persiapan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Belia Dan Sukan S29 ni.

Kepada korang yang layak, dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke peperiksaan PSEE online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Serius, ni baru penutup!

Panggilan peperiksaan PSEE online pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil tak beragak ramai. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

Calon untuk peperiksaan PSEE online pembantu pembangunan masyarakat adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam boleh jadi akan dikeluarkan oleh SPA pada bila-bila masa saja. Jangan da last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke peperiksaan PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input berguna.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara jumlah panggilan exam PSEE yang agak tinggi. Boleh dikatakan salah satu daripada jawatan yang popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Tidak lupa juga kepada calon peperiksaan PSEE online atendan hospital ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA untuk juruteknik komputer. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input berguna.

OK, ni btl2 last. Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Yeay.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

6 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Imigresen KP19”

    • Hai Abbirami, nanti jualan dah dibuka atok akan update dllm blog ni ya. Buat masa ni, rujukan masih dikemaskini dan blm dibuka utk jualan lagi.

      Reply
    • Salam Zimah, nanti jualan dah dibuka atok akan update dllm blog ni ya. Buat masa ni, rujukan masih dikemaskini dan blm dibuka utk jualan lagi.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!