Contoh Soalan Peperiksaan Gred 29 Terengganu

Korang dipanggil peperiksaan Pelbagai Jawatan Gred 29 utk ambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu pada kali ni? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare? Dan tengah mencari-cari contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu yg bagus?

Contoh Soalan Peperiksaan Gred 29 Terengganu

Gagal Peperiksaan online pelbagai Gred 29 Terengganu akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya. Gagal peperiksaan Gred 29 Terengganu ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi Abang Pegawai Kerajaan Negeri Terengganu yang kacak lagi bergaya.

Nota Penting: Rujukan ini kurang sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan latih tubi untuk calon-calon peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu untuk jawatan Pembantu Tadbir N19 dan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang dijadualkan pada 11 Mei 2023 (Khamis) ini. Untuk rujukan yang lebih tepat, sila dapatkan di contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir N19 dan contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi akak Pegawai Pegawai Kerajaan Negeri Terenggau yang comel gila yg menjadi permata keluarga dan byk berbakti. Dan gagal peperiksaan Gred 29 Terengganu ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan kebanggaan mak di hadapan kawan-kawannya.

Bertuahnya korang, kerana di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 15 contoh soalan seksyen Pengetahuan Am dan 8 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Lagi menambah tuahnya korang, kerana boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Gred 29 Terengganu yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2022 ini.

Permohonan jawatan kosong Di Negeri Terengganu

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong pelbagai Gred 29 di SPN Terengganu secara, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang permohonan di Portal SPN Terengganu.

Permohonan jawatan pelbagai Gred 29 Terengganu adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Gred 29 Terengganu Tahun 2022

Berdasarkan iklan SPN bertarikh 17 September 2021, bilangan kekosongan jawatan Gred 29 Terengganu yg diperlukan adalah sebanyak 160 orang sahaja. Manakala, utk calon simpanan yg diperlukan adalah 70 orang.

Kekosongan jawatan yg ditawarkan ini adalah terlalu sedikit berbanding jumlah permohonan yg diterima. Selain itu, calon yg dipanggil ke peperiksaan Gred 29 Terengganu kali ini juga adalah ‘agak’ ramai.

Persediaan yg padu harus dilakukan utk membolehkan korang ‘menyelit’ masuk ke jawatan ini. Jadi sila beri perhatian dan fokus korang terhadap perkongsian atok kali ini. Atok akan cuba setakat yg termampu utk menghuraikan format peperiksaan dan contoh-contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan termasuk jawatan Gred 29 Terengganu ini adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pelbagai Gred 29 Terengganu

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PELBAGAI JAWATAN GRED 29 DI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN NEGERI TERENGGANU

TARIKH PEPERIKSAAN : 31 MAC 2022

MASA PEPERIKSAAN : 11:30 PAGI – 12:35 TENGAHARI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/peperiksaan-pelbagai-jawatan-gred-29-terengganu

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/jadual-peperiksaan-spa

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

” Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 11:30 pagi – 12:35 tengahari. “

Jadual gaji Gred 29 Terengganu

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Gred 29 Terengganu ;

Gaji minimum RM1,493.00
Gaji maksimum RM5,672.00
Kenaikan Gaji TahunanRM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Gred 29 Terengganu layak terima.

Syarat lantikan dan kelayakan Gred 29 Terengganu

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Gred 29 Terengganu

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Gred 29 Terengganu untuk tahun 2022 sudah dikeluarkan.

Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya yg ditentukan ialah 31 Mac 2022.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 11:30 pagi sampailah 12:35 tengahari. Inilah waktu tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Gred 29 Terengganu

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Gred 29 Terengganu :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga ke jawatan Gred 29 Terengganu yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Gred 29 Terengganu terutama di Seksyen B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Gred 29 Terengganu

Format Peperiksaan Gred 29 Terengganu sesi 2022 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Gred 29 Terengganu untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2021/2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri telah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2021/2022

Format Gred 29 Terengganu – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Format Gred 29 Terengganu – 2021/2022

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi, rupa-rupanya tdk serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS telah ditiadakan dan digantikan dengan DAYA MENYELESAIKAN MASALAH.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Gred 29 Terengganu sesi peperiksaan tahun 2017 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa dan ke laut la jawabnya.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Tersalah Urus ‘program perhubungan awam kerajaan’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu DAYA MENYELESAIKAN MASALAH. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai dlm menjalankan tugas hakiki dan tersalah dalam mengurus ‘program perhubungan awam kerajaan’ sehingga mengakibatkan kekeliruan. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh ketua jabatan, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online Gred 29 Terengganu!

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan Pengetahuan Am. Seksyen ini lebih dikenali di kalangan calon sebagai seksyen yg sukar ditebak. Kerana ia merangkumi topik yang cukup besar!

Contoh Soalan Peperiksaan Gred 29 Terengganu – Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA Gred 29 Terengganu, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa?

Ini adalah disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Gred 29 Terengganu adalah cukup luas. Seluas Malaysia. Dan bidang yg disoal adalah amat sukar diramal.

Walaubagaimanapun, suka sekali atok mencadangkan korang untuk membuat pembacaan ringan mengenai topik-topik yang atok suggest di bawah:

  • Soalan Berkaitan Jawatan
  • Skop Tugasan Badan dan Penjawatan
  • Isu-isu Nasional
  • Dasar Pentadbiran Negara
  • Tarikh/Sejarah dan Fakta Penting
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia
  • Fungsi dan struktur Jabatan Penerangan Malaysia
  • Deskripsi tugas jawatan Gred S41

Di bawah beberapa contoh soalan Gred 29 Terengganu – Seksyen A : Pengetahuan Am (yg ni atok bagi jenis kenegaraan punya saja).

1) Nyatakan senarai yang digunakan untuk melantik raja mengikut giliran.

A) Senarai Negeri
B) Senarai Bersama
C) Senarai Persekutuan
D) Senarai yang disusun semula

2) Padanan kenyataan yang manakah tidak benar tentang pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan?

A. Kerajaan Negeri: Agama Islam, pertanian dan Kerajaan Tempatan.
B. Kerajaan Negeri: Bekalan air, penyu dan penangkapan ikan di sungai.
C. Kerajaan Persekutuan: Kewangan, pertahanan, tanah dan perhutanan.
D. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri: Kebajikan masyarakat dan ternakan haiwan.

3) Organisasi manakah yang dicadangkan untuk mengukur tahap kemajuan sesebuah negara ?

A) OPEC
B) CEDC
C) OECD
D) MTDC

4) Free Trade atau perdagangan bebas merupakan

I. perdagangan antarabangsa yang tidak tertakluk kepada campur tangan kerajaan atau peraturan sebagai contohnya ialah pengenaan sebarang duti.
II. perkongsian dagangan yang bertujuan membangunkan pengeluar – pengeluar di tahap sederhana dan mundur.
III. perdagangan antara negara – negara tanpa adanya halangan seperti tarif dan kuota.
IV. perdagangan berasaskan kepada ideologi neo-liberalisme.

A. III dan IV
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

5) Tingkat pendapatan penduduk tinggi adalah :

A) Penduduk bergantung kepada sektor pertanian
B) Penduduk tidak bergantung kepada sektor industri
C) Variasi pekerjaan pelbagai sektor membolehkan peroleh pendapatan
D) Pendapatan penduduk tinggi menyebabkan pendapatan per kapita tinggi

6) Apakah industri yang dimaksudkan berasaskan Bukan Sumber?

A. Farmaseutikal
B. Berasaskan kayu
C. Berasaskan getah
D. Eletrik dan eletronik

7) Microsoft Office dan Open Office merupakan perisian pejabat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu kerja. Manakah merupakan padanan yang betul?

I. Microsoft Excel – BASE
II. Microsoft Access – CALC
III. Microsoft Word – WRITER
IV. Microsoft Power Point – IMPRESS

A. I dan III
B. II dan III
C. III dan IV
D. I, II dan IV

8) Manakah antara berikut merupakan bukan petunjuk negara maju?

A) Dapat mengatasi masalah kependudukan
B) Tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi
C) Kebanyakan eksport adalah bukan hasil industri dan perkhidmatan
D) Kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi

9) Greater KL merupakan kluster pertumbuhan ekonomi yang penting serta menyumbang lapan kali ganda KDNK berbanding bandar lain di Malaysia. Berikut adalah program yang bakal dilaksanakan sepanjang tempoh RMK-10 kecuali

A. membangunkan Sime Darby Vision Valfey
B. mewujudkan rangkaian ruang awam terbuka
C. meningkatkan akses kepada pasaran antarabangsa
D. mewujudkan Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur

10) Seni Khat ialah seni yang dikaitkan dengan

A. Seni lukis yang berlatarbelakang kesenian Islam.
B. Seni dan budaya Islam yang menggunakan tulisan Arab.
C. Seni bina bangunan yang berlatarbelakangkan kesenian Islam.
D. Seni lukis yang menggunakan alat tulis khat yang diperbuat daripada daun lontar.

11) Manakah di bawah BUKAN maksud kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang, kesetaraan gender dan penghormatan terhadap hak asasi manusia ?

A) Memiliki disiplin yang tinggi terhadap undang-undang
B) Menghormati hak asasi manusia termasuk golongan minoriti seperti OKU
C) Akauntabiliti adalah satu prinsip dalam melakukan suatu tindakan
D) Keterbukaan dalam tindakan merupakan bukan prinsip akauntabiliti

12) Gempa bumi dan tsunami telah berlaku di negara Jepun pada 11 hb Mac 2011 yang mengakibatkan kebocoran loji nuklear. Di manakah letaknya loji nuklear tersebut?

A. Chiba
B. Kyoto
C. Takashi Kurita
D. Fukushima Daiichi

13) Selepas kapal angkasa yang membawa Angkasawan Negara meninggalkan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), di manakah kapal tersebut telah mendarat?

A. Moscow, Rusia
B. Arkyik, Kazakhstan
C. Astana, Kazakhstan
D. Baikonour, Kazakhstan

14) Langkah-langkah berikut BUKAN kaedah untuk membina Negara maju Dan Sejahtera ialah :

A) Memperbaiki sistem penyampaian dan menghapuskan birokrasi
B) Tidak mengambil kira pelaksanaan program sosial merentasi kaum yang bertujuan untuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial
C) Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pembinaan dan penyediaan prasarana rakyat
D) Membina ekonomi berasaskan pengetahuan yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti dan inovasi

15) Manakah antara berikut merupakan empat tonggak asas yang telah dilancarkan dalam Dasar Teknologi Hijau Negara?

I. Tenaga
II. Ekonomi
III. Alam sekitar
IV. Sains dan Teknologi

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Gred 29 Terengganu ini. Korang boleh dapatkan rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu berikut.

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu Gred N41

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2022) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Eh.. Atok tak silap ke ni?

Kenapa tu?

Ni bukan rujukan Gred 29 la tok. Ni utk Gred 41..

Tak. Atok tak silap. Utk makluman korang, rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu ni adalah sesuai dan boleh dijadikan rujukan utk peperiksaan Gred 29 Terengganu.

Buat masa ini, masih belum ada rujukan khusus utk Gred 29 Terengganu yg dikeluarkan. Dan pilihan terbaik yang ada ialah rujukan yg atok cadangkan ini. InsyaAllah ia akan membantu persiapan korang nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Gred 29 Terengganu – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Pening Dan Mual-Mual Nombor

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘pening dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan angka dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan pengiraan dan rumus saja terus rasa nak pitam.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam peperiksaan Gred 29 Terengganu, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Berikut Beberapa Contoh Soalan Gred 29 Terengganu – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Budak baju belang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak baju petak pula mendapat kurang 250 markah daripada Budak baju bunga-bunga. Manakala Budak baju bunga-bunga mendapat kurang 350 markah daripada Budak baju belang. Berapakah jumlah markah mereka bertiga?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

2) Daerah Marang mempunyai suku M seramai 0.47 juta orang. Suku N pula seramai ¼ daripada bilangan suku M. Manakala suku O adalah seramai ¾ dari bilangan suku N. Berapakah jumlah suku O di Daerah Marang?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3) Afifah Maisarah dan kakaknya Afizah Syahmina baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Afifah Maisarah mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4) Zhakiya Syuhadah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Math yang boleh dijawab oleh Zhakiya Syuhadah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

5) Zhariah Syahidah ialah adik kepada Zhakiya Syuhadah. Oleh kerana awek Terengganu semuanya manis-manis belaka, selain turut cantik seperti kakaknya, Zhariah Syahidah suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Zhariah Syahidah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

6) Harga 40 ekor Lobster Pok Mat ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Lobster Pok Mat?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

7) Ezul membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Ezul dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

8) Antara 2kg beras, 2kg batu dan 2kg kapas yang manakah yang lebih berat?

A. Kapas
B. Beras
C. Batu
D. Semua berat

Untuk contoh soalan penuh dan skema jawapan lengkap bagi seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Gred 29 Terengganu ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 Terengganu berikut :

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri Terengganu N41

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) dengan detil. Ia akan meningkatkan lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam Seksyen B Peperiksaan Gred 29 Terengganu ini.

Kunci Kejayaan Calon Gred 29 Terengganu Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon Gred 29 Terengganu sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama fakta-fakta dan grammar.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu ni, korang akan dapat minimum 30 contoh soalan Pengetahuan Am dan jawapan dan 30 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan.

Rujukan Bantuan Contoh Soalan Peperiksaan Gred 29 Terengganu

Untuk sesi 2022, rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan Gred 29 Terengganu ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Kenapa riang ria tu? Sebab, nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 14 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawen. Tak lama lagi PKP akan berakhir. Jadi walimah korang tu dah boleh diadakan secara besar-besaran. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Macam atok baru grab Realme 9 Pro. Hehe..

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan SEGERA rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu ni!

Cara Beli Rujukan Penuh

Berikut step by step cara membuat pembelian:

  1. Klik Rujukan Pegawai Tadbir N41 Terengganu. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda’.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Ikuti langkah seterusnya.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok bukan Ketua Pengarah SPA. Jadi, atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan tambahan & contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Gred 29 Terengganu korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Haku Ni Lomah Pasal Fakta Dan Pengetahuan Am la tok!

Jangan bimbang. Dalam rujukan contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas untuk korang tambah ilmu pengetahuan. Jadi walaupun korang gagal exam online Gred 29 Terengganu ni tapi pembelian korang tak sia-sia. Sekurang-kurangnya korang bertambah bijak dan mengetahui pelbagai fakta-fakta umum yg sebelum ni korang tak tahu.

Paling penting, nota-nota ringkas ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2022.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks ‘Malaysia Kita’ atau ‘Pengajian Am’ yg tebal gila tu. Korang bukannya mahu duk STPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam da dekat ni tok, Sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tiada pengeposan barang akan dilakukan. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Lagi pun, kalau korang beli menggunakan FPX (via Billplz) / online banking. Link download rujukan ni akan diterima dlm tempoh 10 – 15 minit sahaja.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku yg comel. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga rujukan eXtra contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu yang akan korang hadapi pada tahun 2022 ini.

Contoh soalan Gred 29 Terengganu yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Senarai FAQ

Ada tak contoh soalan Pengetahuan Am Gred 29 Terengganu dalam rujukan ini?

Sudah tentu ada!

Contoh soalan Gred 29 Terengganu Daya Menyelesaikan Masalah ada dalam rujukan ni?

Pun ada juga.

Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Gred 29 Terengganu sudah pasti ada bukan?

Oleh kerana exam Gred 29 Terengganu kali ini tiada seksyen ini. Maka, tidak dimasukkan.

Ini soalan bocor ke?

Bukan sayang. Ini pakej yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia membantu korang study sahaja.

Penutup

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online Pembantu Penerbitan? Alhamdulillah.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerbitan N19.

Kpd yg dipanggil ke PSEE Pegawai Kebudayaan, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Kebudayaan B29. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap tahun adalah berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE Penolong Kurator ambilan kementerian pelancongan, seni dan budaya malaysia. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Kurator S29 ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Jurufotografi B19 ambilan KKMM bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah LS29 ambilan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat penting di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pemeriksa Cap Jari N19. Kali ini untuk Kementerian Dalam Negeri pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Cap Jari N19.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Last but not least, Jabatan Penerangan sedang menapis calon2 Pegawai Penerangan S41 yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA9 untuk jawatan ni, teruskan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ni. Sebagai persediaan awal.

penutup juga

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan amatlah sedikit. Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

SPA dah keluarkan panggilan untuk Penolong Penguasa Kastam. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 ni.

Sapa calon exam PSEE online Pembantu Geosains? Angkat phone! Dah angkat? OK, skrg baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Geosains C19. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk pegawai penguatkuasa ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!