Ujian Psikometrik SPA (Kemasukan Ke Dalam Perkhidmatan Awam)

Kali ni topik yang akan kita bincangkan ialah mengenai ujian psikometrik SPA. Ujian psikometrik SPA merupakan ujian kemasukan yang dijalankan oleh pihak SPA kepada calon yang mahu memasuki sektor kerajaan. Pendek kata, ujian psikometrik SPA adalah wajib diduduki oleh semua calon untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam.

Ujian Psikometrik SPA - Kemasukan Ke Dalam Perkhidmatan Awam!

Seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini dalam tapisan kemasukan ke dalam perkhidmatan awam. Ujian psikometrik SPA ini merupakan salah satu daripada tapisan yang dimaksudkan. Kalau belum, korang boleh baca tapisan kemasukan ke sektor awam yang perlu dilalui.

Atok da buat kupasan dengan memecahkan topik psikometrik kepada tajuk-tajuk kecil seperti di bawah untuk memudahkan pemahaman korang.

Tapi kalau korang malas nak baca panjang-panjang dan nak terus jer ulangkaji utk ujian psikometrik SPA yang akan korang duduki dalam beberapa hari lagi. Download rujukan psikometrik berikut:

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA

Nota Penting: Rujukan ini sesuai dijadikan bahan latih tubi dan ulangkaji untuk calon-calon yang terlibat dengan ujian psikometrik Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Bagi Mengikuti Program Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam INTAN Bagi Tahun 2024/2025 yg dijadualkan pada 13 Disember 2023 dan 14 Disember 2023 ini.

Selain itu,

Untuk korang yang lebih suka menonton video penerangan, mungkin lebih mudah hadam dan faham. Korang boleh tengok video Panduan Ujian Psikometrik Oleh SPA. Penerangan ini disampaikan oleh Bahagian Penilaian Kompetensi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Bagi yg rajin membaca, terus ke topik2 di bawah:

Kenapa perlu duduk Ujian Psikometrik?

Secara umumnya, ujian psikometrik / psychometric test merupakan sebahagian daripada keperluan proses mendapatkan pekerjaan. Ia cara untuk bakal majikan mengakses pengetahuan, kemahiran dan personaliti korang.

Bakal majikan menggunakan keputusan daripada ujian ini untuk menentukan sama ada korang sesuai untuk jawatan yang korang apply.

Ujian ini distrukturkan untuk mengukur secara tepat kapasiti-kapasaiti berikut : kemahuan berkerjasama, kepantasan memproses maklumat dan kebolehan menangani tekanan kerja.

Bila ujian psikometrik dibuat?

Di negara luar, saringan psikometrik diamalkan oleh kebanyakan syarikat besar (selain sektor kerajaan ) dalam pengambilan pekerja. Sementara, di negara kita ujian ini masih kurang diamalkan.

Ujian ini kebiasaannya akan dijalankan pada salah satu daripada situasi berikut :

  1. Dengan segera sebaik sahaja borang permohonan pekerjaan dihantar.
  2. Sebagai add-on dalam temuduga
  3. Sebelum tarikh temuduga kerja.

Kenapa Psikometrik dijalankan oleh SPA?

Selain itu, pengendalian ujian secara atas talian ini juga membantu untuk mencapai objektif pelaksanaan Sistem PSC Recruitment iaitu sistem pengambilan dalam talian yang telah dilaksanakan SPA sejak 4 Mac 2015.

Melalui kaedah ini markah calon-calon yang menduduki ujian dengan mudah dimuat naik ke dalam sistem PSC Recruitment bagi proses pengisian selanjutnya.

Apakah 3 Komponen utama dalam psikometrik SPA?

Ujian Psikometrik mempunyai tiga komponen iaitu Ujian Verbal Reasoning Test, Ujian Numerical Reasoning dan Ujian Inductive Reasoning.

Bahagian Pengambilan,
Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
Awang Syahmi bin Halimshah

Ujian Psikometrik SPA

Sekarang kita ke topik yang korang suka iaitu ujian psikometrik SPA – saringan kemasukan perkhidmatan awam.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengamalkan kaedah ini untuk menilai calon yang ingin masuk ke dalam perkhidmatan awam di Malaysia.

Boleh dikatakan, wajib semua duduk ujian ni sebelum dipanggil ke sesi temuduga.

Senarai jawatan yang ada ujian psikometrik SPA

Sedikit demi sedikit, pihak SPA menambah bilangan perjawatan yang memerlukan calon menduduki ujian ini. Buat masa ini, antara jawatan yang sudah wajib (dan akan wajib) duduk ujian psikometrik SPA ialah :

  1. Pembantu Awam H11
  2. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  3. Juruaudio Visual N19
  4. Pembantu Kemahiran H19
  5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
  6. Juru X-Ray U41
  7. Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
  8. Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
  9. Penolong Pegawai Seni Bina JA29
  10. Pemandu Kenderaan H11
  11. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41
  12. Penghantar Notis N11
  13. Jururawat U41
  14. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
  15. Pembantu Operasi N11
  16. Pembantu Awam Gred H11
  17. Pegawai Imigresen KP19
  18. Penolong Pegawai Perubatan U41
  19. Pembantu Hidupan Liar G19
  20. Penolong Arkitek Landskap JA29
  21. Pembantu Tadbir N19
  22. Pembantu Tadbir Kewangan W19
  23. Pembantu Pendaftaran KP19
  24. Pegawai Kebudayaan B41
  25. Pegawai Pertanian G41
  26. Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
  27. Juruukur Bahan J41
  28. Pembantu Kesihatan Awam U19
  29. Pembantu Pembedahan Pergigian U19
  30. Penerbit Rancangan B41
  31. Inspektor Polis Gred YA13 (SPiER PDRM)
  32. Konstabel Polis Gred YA1 (SPiER PDRM)
  33. Pembantu Antidadah S19
  34. Perangkawan E41
  35. Penolong Penguasa Penjara KA29
  36. Penolong Pegawai Penilaian W29
  37. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
  38. Penolong Penguasa Penjara KA29 (SPiER PENJARA)
  39. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma
  40. Kadet Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Format Ujian Psikometrik SPA

Tiada format khas atau pun bentuk tetap bagi ujian psikometrik SPA ini. Calon hanya diberikan beberapa bentuk pilihan jawapan. Kira soalan psikometrik ni berbentuk objektif la secara amnya.

Bilangan aneka pilihan jawapan terdiri daripada :

  • 2 pilihan jawapan
  • 3 pilihan jawapan
  • 4 pilihan jawapan
  • 5 pilihan jawapan

Bentuk aneka pilihan jawapan pula, sama ada :

  1. YA atau TIDAK
  2. BETUL atau SALAH
  3. YA, TIDAK atau TIDAK PASTI
  4. BETUL, SALAH atau TIDAK PASTI
  5. SANGAT SETUJU, SETUJU, TIDAK PASTI, TIDAK SETUJU atau SANGAT TIDAK SETUJU

Tidak terhad setakat bilangan dan bentuk aneka pilihan jawapan di atas, pihak SPA berhak menukar, mengurang atau menambah atau laian-lain mengikut budi bicara mereka. Sekiranya mereka fikirkan perlu.

Selain itu, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan Matematik. Ini adalah untuk memenuhi keperluan ‘Ujian Numerical Reasoning‘ seperti yang dijelaskan oleh Bahagian Pengambilan SPA.

Untuk memahami jenis soalan ‘Ujian Numerical Reasoning‘ ini dengan lebih baik, korang baca post Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA ni.

Berapa markah lulus Ujian Psikometrik SPA?

Malangnya tiada markah lulus tertentu yang diperuntukkan untuk ujian psikometrik SPA ini. Harus diingat, ujian ini bermatlamat mengukur kcerdasan, personaliti dan ability calon.

Secara teknikalnya, tiada jawapan betul atau salah dalam ujian ini. Semua jawapan adalah betul. Semua jawapan berfungsi mendefinisikan siapa diri korang.

Sebab itu lah..

Soalan ujian psikometrik online SPA ini telah disediakan banyak ‘periuk api’

Mari atok terangkan salah satu daripada ‘periuk api’ ujian ini. Soalan dengan maksud serupa akan ditanya beberapa kali dalam bentuk yang berlainan. Ini bagi memastikan pernilaian psikometrik terhadap calon lebih jitu.

So, amat payah untuk menipu personaliti diri korang. Tambahan lagi jika tidak pernah membuat sebarang latihan menjawab psikometrik sebelum ini.

Kenapa masih ada calon yang terpijak ‘periuk api’ psikometrik?

Semasa ujian psikometrik SPA berlangsung, korang perlu menjawab banyak soalan. Tempoh menjawab yang diberi pula amat singkat.

Kalau menurut pengiraan atok, untuk setiap soalan, korang hanya boleh luangkan paling banyak masa pun cuma 8-11 saat sahaja!

Mana sempat nak fikirkan jawapan dengan tenang. Mana sempat nak pilih jawapan yang boleh melambangkan personaliti korang yang baik tu.

Sedang asyik menjawab. Sedang asyik memilih jawapan. Sedang asyik menyemak ngam ke tak. Tangggg…

Masa dah tamat!

Ramai. Memang ramai sangat yang tak sempat habiskan ujian psikometrik dengan jayanya.

Semakan tarikh & jadual Psikometrik

Untuk ujian psikometrik SPA, bila korang perlu ambil?

Korang akan dapat panggilan ujian psikometrik SPA ini melalui emel yang digunakan semasa membuat permohonan dalam sistem SPA9.

Dalam emel tersebut, korang akan diberi butiran penting seperti tarikh, masa dan pautan ( link ) untuk mengikuti ujian psikometrik SPA ini.

Selain itu, rajin-rajin la melayari portal rasmi SPA untuk membuat semakan. SPA akan membuat pengumuman ujian psikometrik online bagi jawatan yang sedang mereka jalankan. Pautan semakan secara online bleh diperolehi di sana.

Cara mengambil ujian psikometrik SPA

Ujian psikometrik spa 2023
Ujian psikometrik dijalankan secara online

Ujian psikometrik SPA tidak dijalankan secara bertulis. Ia hanya dibuat oleh pihak SPA secara online sahaja. Maksudnya korang memerlukan talian internet dan peranti seperti komputer atau smartphone.

Bagi yang bermasalah rabun, atok nasihatkan untuk mengambil ujian ini menggunakan laptop kerana tulisannya lebih besar dan jelas. Nak lagi selesa, pakai tetikus.

Boleh juga nak guna smartphone tapi nanti korang sibuk zoom in, zoom out. Habis masa men-zoom jak. Menjawabnya tak. Hadoi..

Tips Penting kepada calon Ujian psikometrik online SPA

Tarikh dan masa
Tarikh dan masa telah ditetapkan untuk calon yang dipanggil. Jadi pastikan korang duduk ujian ni pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam emel yang korang dapat sahaja.

Link
Sila pastikan link atau pautan ujian psikometrik SPA korang betul. Jangan ikut link kawan. Sebab link korang mungkin berbeza daripada calon lain. Jangan suka-suka ikut orang dan jangan ambil risiko.

Emel
Tolonglah. Tolong memeriksa emel korang selalu. Emel yang mana? Korang banyak emel kan. Check emel yang korang gunakan sewaktu membuat pendaftaran SPA9 untuk sebarang hebahan atau panggilan daripada pihak SPA. Kalau terlepas, atok tak tahu!

Gastrik
Bagi korang yang mudah lapar. Makan siap-siap sebelum masa yang ditetapkan untuk memulakan ujian tiba. Nanti gastrik korang kuar. Jangan kata makan, nak minum pun tak sempat masa tu, even teh tarik dah depan mata (kalau korang buat d kedai mamak la masa tu).

Masa diperuntukkan untuk setiap soalan amat singkat. Baca di bawah, atok ada terangkan.

Sukatan Peperiksaan ujian psikometrik SPA

Ujian psikometrik online free
Sukatan psikometrik merangkumi aspek psikologi dan logik

Korang sebagai calon adalah dikehendaki menjawab item-item psikologi yang merangkumi domain-domain berikut :

a) Personaliti
b) Motivasi
c) Kejujuran
d) Integriti
e) Kebolehan Sosial
f) Kestabilan Emosi; dan
g) Disiplin

Soalan digubal berdasarkan domain-domain ini. Pecahan soalan dan jumlah soalan untuk setiap domain ini hanya diketahui oleh pihak SPA sahaja.

Berapa Jumlah soalan ujian psikometrik SPA?

Tidak tentu. Tidak ditetapkan. Bilangan soalan berubah mengikut keperluan ujian dan jenis jawatan. Walaupun begitu, jangan risau sebab jumlah sebenar soalan dan tempoh menjawab akan diberitahu oleh SPA.

Biasanya mereka panggil awal beberapa minggu. Jadi korang adalah masa lepak-lepak ckit. Nanti last minit baru study. Kemudian sikit la baru buat persediaan. kan?

Kita ambil contoh jumlah soalan daripada beberapa ujian psikometrik SPA yang sudah dijalankan :

1. Sewaktu format lama (ketika semua seksyen A, B dan C masih digabungkan), calon jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 mesti menjawab 143 soalan psikometrik dalam tempoh 30 minit bagi seksyen psikometrik.

2. Calon Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 pada sesi Januari 2018 dikehendaki menjawab 382 soalan psikometrik dalam tempoh 60 minit.

Berapa Masa diperuntukkan menjawab ujian psikometrik SPA?

Mari kita kira berapakah masa yang diperlukan untuk 1 soalan ujian psikometrik SPA dibaca, difahami, difikirkan jawapan dan akhirnya ditandai jawapan yang dipilih oleh seorang calon.

  • Untuk seksyen psikometrik Pegawai Psikologi Gred S41 – hanya 11 saat per soalan!
  • Untuk seksyen psikometrik Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 – hanya 8 saat per soalan!

Camna? Korang rasa korang ada masa untuk sakit kepala pada waktu itu?

Contoh soalan psikometrik Matematik

Benarkah ada soalan berbentuk pengiraan dalam ujian ni? Betui. Sebelum ni tiada.

Tapi bermula pada Jun 2018, SPA sudah memasukkan komponen Daya Menyelesaikan Masalah dalam set ujian psikometrik mereka.

Contohnya – Ujian psikometrik online SPA Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 sesi Januari 2019.

Calon dikehendaki menjawab 115 soalan. Dan pecahan jenis soalan adalah seperti di bawah :

  • Jenis Daya menyelesaikan masalah (Matematik) – 30 soalan
  • Jenis Psikologi – 85 soalan

Nota semasa: Bermula jun 2020, SPA sekali lagi mengugurkan kembali soalan psikometrik matematik. Jadi buat masa sekarang, calon boleh la berasa lega. Tapi tahun ni tak tahu lagi ya..

Tak sempat jawab semua soalan ujian psikometrik SPA

‘Aku tak sempat jawab semua soalan psikometrik la tok!’

‘Korang bawa bersabar.’

‘Lebih separuh je siap. Masa da habis. Camna ni tok?’

‘Sabar, atok cakap.’

‘Tak leh jadi ni tok!’

‘Bawa bertenang. Eeii.. atok lempang juga budak ni.’

Begini, selepas kejadian huru-hara dalam exam online tahun-tahun sebelum. Pihak SPA sudah mengambil inisiatif dengan menambah fungsi autosave dalam sistem mereka.

Jadi walaupun korang tak sempat jawab semua soalan psikometrik, jawapan yang sudah korang isi adalah selamat. Sistem akan simpan.

Korang tetap akan dinilai. Tetapi jangan mengharap sangat la kn.

Bagi yang sempat habiskan semua soalan psikometrik, selepas klik butang ‘selesai’ akan ada satu notifikasi dipaparkan berbunyi – ‘anda selesai menjawab soalan’. Yang ni dah kira lebih selamat la. Peluang pun ada lebih cerah untuk dipanggil ke temuduga.

Atok ucapkan tahniah la kalau sempat menjawab semua soalan psikometrik dalam tempoh yang ditetapkan. Teh tarik tadi tu dah boleh minum la tu.

Berdasarkan kepada pecahan yang diterangkan di atas. Berikutnya pula adalah beberapa contoh soalan Matematik psikometrik dan contoh-contoh soalan Psikologi psikometrik.

10 Contoh soalan Matematik dalam ujian psikometrik SPA

Seperti yang diterangkan sebelum ni, seksyen daya menyelesaikan masalah dalam ujian ini melibatkan pengiraan dan matematikal.

Tambah-tambah lagi jika sudah pernah mengikuti ujian ini sebelumnya. Sekurang-kurangnya sudah boleh biasakan diri dengan format.

Apa yang diuji dalam segmen Matematik ni? Pertama kemahiran logik, kebolehan menginterpretasi data, menganalisis masalah dan pengetahuan dalam konsep matematik.

Calon yang ada asas Matematik bagus, tentunya boleh menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Yang penting, jangan cuai dan alpa semasa menjawab.

Jangan leka walaupun korang pandai, jika tidak peka pada soalan, ‘periuk api’ menanti.

Bagi yang A student, rasanya benda ni kacang je.

Bagi yang cukup-cukup makan, jangan bimbang sebab di akhir artikel ini ada senjata rahsia yang atok akan berikan.

Latih tubi soalan Matematik Psikometrik

Arahan : Jawap setiap soalan Matematik di bawah. Masa diperuntukkan adalah 2 minit sahaja (satu soalan 12 saat). Kalau tak dapat jawab, pindah soalan seterusnya. Pastu tengok berapa soalan korang boleh jawap dalam tempoh tersebut. Jangan menipu!

1. Dalam turutan nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?

a) 12
b) 17
c) 23
d) 25

2. Sulaiman boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang boleh diselesaikan dalam masa 1 jam?

a) 41
b) 42
c) 43
d) 44

3. Dari nombor 1 hingga 30. Berapa bilangan digit 2?

a) 11
b) 12
c) 13
d) 14

4. Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit

a) 2 jam 15 minit
b) 2 jam 55 minit
c) 4 jam 15 minit
d) 4 jam 25 minit

5. Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =

a) 1 jam 01 minit
b) 1 jam 20 minit
c) 1 jam 50 minit
d) 60 minit

6. Antara berikut yang manakah benar?

a) 0.32km bersamaan 3020m
b) 1.12km bersamaa 1012m
c) 0.45km bersamaan 4500m
d) 1.25km bersamaan 1250m

7. 125, 120, 110, x, 75, 50. Apakah nilai x?

a) 105
b) 100
c) 95
d) 85

8. Antara nombor berikut yang mankah paling hampir kepada 7.5?

a) 7.055
b) 8.065
c) 7.005
d) 8.005

9. Berapakah baki apabila RM100,795 dibahagi 8?

a) 0.3
b) 0.4
c) 3
d) 4

10. Berapa peratuskah daripada 6 liter bersamaan dengan 1.92 liter?

a) 0.32
b) 3.2
c) 30.2
d) 32

Macamana A student? Dapat jawab semua? Cuba korang gtaw atok berapa korang boleh jawab dalam tempoh ditetapkan dalam ruangan komen.

14 Contoh soalan psikologi dalam ujian psikometrik SPA

Okeh.. Now kita pindah ke contoh soalan psikologi ujian psikometrik pula.

Pecahan ini lebih mudah. Tak perlu kira-mengira. Cuma seperti yang dinyatakan sebelum ini, jawapan korang menyerlahkan siapa diri korang sebenarnya.

Serlahkan nilai positif yang ada dalam diri melebihi nilai negatif sediakala korang.

Pesan atok

Key di sini ialah – konsistensi.

Latihan soalan psikologi psikometrik

Arahan : Sama seperti arahan dalam latihan Matematik di atas.

1. Saya akan berfikir dahulu sebelum membuat keputusan

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

2. Saya tidak suka apabila pandangan saya ditolak

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

3. Saya akan menyelidik dahulu berita yang diterima

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

4. Saya selesa bercakap di atas pentas

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

5. Saya tidak mudah marah walaupun orang lain menggunakan taktik kotor

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

6. Saya berasa marah apabila diminta untuk bekerja lebih masa

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

7. Saya tidak akan memberi pendapat ketika dalam mesyuarat

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

8. Saya seorang yang teliti dalam menyiapkan kerja

Sangat Benar
Benar
Neutral
Tidak Benar
Sangat Tidak Benar

9. Saya boleh menyesuaikan diri dalam setiap keadaan

Betul
Salah

10. Saya suka bekerja secara berkumpulan

Benar
Palsu

11. Saya tidak perlu mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Ya
Tidak

12. Saya menerima alasan daripada rakan yang tidak menepati janji

Ya
Tidak

13. Saya tidak berminat terhadap permasalahan yang memerlukan kajian

Benar
Salah

14. Jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah bertanya kepada orang lain

Benar
Salah

Nampak? Ia tak susah, tapi bukan mudah juga.

Latih tubi

Kunci kejayaan dalam ujian pskikometrik ialah latih tubi.

Latih tubi membentuk kebiasaan. Jika korang sudah biasa membuat jenis soalan yang sama, pada lain kali, korang boleh jawab soalan yang hampir sama atau seakan-akan sama dengan baik.

Jadi jangan pandang ringan kepentingan latih tubi.

Ada yang handal sangat, mereka ini dengan selamba menduduki ujian psikometrik SPA tanpa apa-apa persediaan. Last-last, next year duduk ujian yang sama lagi sebab gagal tahun ni!

Kalau korang nak ikut dorang, sukati.

Format ujian berubah

Selain latih tubi, memahami format ujian juga penting. SPA sudah beberapa kali mengubah format ujian online mereka. Dan mereka pasti akan membuat perubahan lagi pada masa depan.

Jadi, kebimbangan atok ialah korang buat latih tubi mengikut format lama. Format yang dah expired. Sia-sia sajalah.

Sebab tu, menjadi satu kekuatan andainya korang dapatkan rujukan berbayar.

Rujukan berbayar sering di-update seiring dengan perubahan format terkini SPA.

Ada rujukan yang korang perlu beli hanya sekali tetapi update akan diberi secara percuma. Korang tak perlu beli dan beli lagi. Kerisauan terhadap format yang out of date boleh disingkirkan.

Peringatan mengenai ujian psikometrik online free

Format ujian psikometrik SPA berbeza sama sekali dengan ujian-ujian psikometrik di negara lain.

Jadi korang jangan cuba-cuba membuat psychometric online test di Internet. Ia cenderung mengelirukan korang.

Seperti yang sudah diterangkan sebelum ini, ada banyak jenis ujian psikometrik. Kalau tak ingat, baca semula di perenggan atas.

Belum tentu ujian psikometrik online free atau dalam bahasa inggeris disebut free psychometric online test menepati seperti yang SPA kehendaki.

Ia satu tindakan yang agak semborono dan kurang wajar. Kecuali kalau korang memang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara.

Rujukan Khas Ujian Psikometrik

Jika korang tak pasti, tak yakin dan tak tahu. Atok syorkan, korang laburkan sedikit duit untuk mendapatkan rujukan khas ini.

Bagi yang masih bekerja sambilan dimana-mana, pasti korang sibuk. Mana sempat buang banyak masa nak cari maklumat.

Kalau tengok smartphone memanjang, nanti boss bising. Boss ingat korang dah ketagih main PUBG pula. Rujukan ini menjimatkan masa korang dan menyelamatkan korang daripada salah faham boss dan abah korang (ni semestinya).

Antara sebab kenapa atok syorkan ialah jaminan update selama 3 tahun. Tempoh tersebut lama, rasanya cukup sampai korang lulus ujian ni.

Kenapa mesti rujukan ini?

Contoh soalan psikometrik SPA

Kenapa rujukan psikometrik ini amat disyorkan?

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ 200 contoh soalan psikometrik
✓ Penerangan cara menjawab soalan agar tidak tersasar
✓ Kenali ‘perangkap’ ujian psikometrik
✓ Penjelasan tentang apa bakal menggagalkan korang
✓ Dan lain-lain lagi.

Bagaimana mendapatkan rujukan psikometrik ini?

1. Klik pautan rujukan khas ujian psikometrik ini.
2. Scroll / slide ke bawah.
3. Klik butang ‘Tempah Sekarang’
4. Pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang!

Penutup

Jika korang masih mencari rujukan, mungkin ini rujukan yang korang cari. Inilah rujukan yang korang perlukan.

Kini, korang hanya perlu fokus terhadap study sahaja. Tidak perlu pening-pening mencari maklumat yang ntah betul, ntah tidak.

Buat latih tubi yang diberi tu lebih daripada sekali. Atok cadangkan – minimum sebanyak 3 kali. Biar mahir dan dapat biasakan diri.

Paling penting, hafal betul-betul penerangan mengenai perangkap atau ‘periuk api’ dalam ujian psikometrik.

Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam perangkap najis dadah dan ujian psikometrik SPA bersama-sama mereka yang tiada rujukan ini.

Sehingga itu, salam sayang daripada atok..

Betul-betul penutup

Last but not least, yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ni. Buat bekal.

Dalam bulan November ni SPA da jadualkan PSEE bagi Pembantu Anti Dadah. Jadi atok da siapkan sedikit contoh soalan peperiksaan Pembantu Anti Dadah S19.

Agak ramai yang terlibat dalam temuduga separa untuk bulan depan. Ada yang dipanggil untuk latihan Jururawat, JTMP, AMO dan lain-lain. Jadi terus saja baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

OK, ni betul punya last. Lagi beberapa hari SPA akan jalankan peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di MOH. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor).

Korang jgn lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Atok
Follow me

30 thoughts on “Ujian Psikometrik SPA (Kemasukan Ke Dalam Perkhidmatan Awam)”

  1. Blog yg teruk punya tahap terbaek👍,ikhlas dari sya..padat,ringkas n mudah difahami dan paling super,setiap perkara ada disediakan link..klik je trus msuk ke destinasi🏃‍♂💨..dah baca n fahami apa yg cuba disampaikan..t.kasih bnyak2 terutama ats tips dan nasihat yg diberikan..amat membantu dan rasa mkin bsemangat nk jwab exam onĺine psikometrik untuk jawatan Gred JA29 (jpj) pda 21 Disember ni..mohon doakan saya🙏

    Reply
  2. Salam Tok..tadi saya jwb soalan Psikometrik, dah habis jawab semua soalan dah lps tu double check balik jawapan2 tu..belum sempat klik ‘Hantar’ masa dah tamat..mcm mana tu ye Tok? Adakah jawapan saya ada dlm sistem atau mcm mana?

    Reply
  3. Salam, nak tanya rujukan psikometrik ni still boleh guna lagi ke klau ade ujian dlm bln ni? Risau pulak klau ade perubahan format mcm tiba² ada soalan matematik ke 😅

    Reply
    • Wkslm Wan. InsyaAllah masih boleh guna. Sebab kita sertakan sekali bahan latih tubi matematik selain rujukan utama psikometrik. Jika ada soalan math, dah ada persediaan juga..

      Reply
    • Salam..Sekiranya ujian psikometrik kali pertama gagal,adakah peluang untuk menduduki ujian semula..tempoh tamat jawatan di pohon 15/03/2022.Terima kasih.

      Reply
  4. Salam..saya nak tanya kenapa tiada emel dihantar untuk tarikh temuduga kkm setelah berjaya menduduki ujian psikometrik..didalam emel yang menyatakan saya telah lulus menjawab ada memberitahu akan dipanggil pada bulan januari 2023 untuk temuduga serta tarikh dan tempat temuduga akan diberitahu kemudian,sampai ke hari ini masih tidak menerima apa2 info dari kkm,trime kasih sekiranya dapat membantu saya atok..

    Reply
    • Wkslm Ayuni,

      Maaf atok tak dapat jawab benda ni. Ia di bawah bidang kuasa SPA sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan dalam pengambilan bagi pihak KKM.

      Walau bagaimanapun, kita doa moga dpt panggilan sebelum bulan Januari ini berakhir ya..

      Reply
  5. Assalamualaikum Atok,

    Saya ada dapat email untuk menjawab exam online PSEE – Ujian Psikometrik bagi jawatan Leftenan Muda Maritim T13. Dimaklumkan terdapat 166 soalan dan akan diberi 1 jam 30 minit masa menjawab.

    Apa yang saya faham exam PSEE ada soalan Math & English, manakala Ujian Psikometrik ni soalan Psikologi individual.

    Soalan saya, adakah ketiga-tiga bahagian ni akan ditanya dalam exam online tersebut?

    Mohon pencerahan dan rujukan daripada Atok atas kekeliruan saya ini.

    Shukran Wasalam.

    Reply
    • Buat masa ini PSEE ditiadakan oeh pihak SPA. Hanya ujian psikometrik sahaja. Tapi, ini menurut pengetahuan atok la. Untuk lebih lanjut, boleh berhubung dgan pihak SPA sendiri.

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!