Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Korang rasa, korang ada masa untuk sakit kepala ketika sedang menjawab soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 22 Disember 2020 ini? Memang tak hado. Tapi, nasib korang memang baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) KKM yang diberikan di bawah sebagai latih tubi.

Sementara tu, bagi korang yg first time masuk sini. Selamat datang atok ucapkan dan sila teruskan bacaan di bawah. Ada banyak contoh soalan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 atok kongsikan di sini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) KKM

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan sebelum hadir peperiksaan PSEE SPA pada 22 Disember 2020 ini.

Nota Penting: Untuk anak jati Kedah yg terpilih ke sesi temuduga Pegawai Tadbir N41 utk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Kedah yg dijadualkan pada 5 Mac 2023 – 16 Mac 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa bahan persiapan dan contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 (Kedah) ini.

Sementara, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ini.

Kepada korang yg dapat panggilan ujian psikometrik Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan). Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan).

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) secara rasmi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau lain-lain kementerian/jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA9 di Portal SPA9 (sebelum ini dikenali sebagai SPA8i). Permohonan jawatan sebagai Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 3 September 2020, bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 4 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 30 orang.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke PSEE Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) oleh SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini.

Tempoh Luput Permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan termasuk Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ini adalah satu (1) tahun. Pemohon dikehendaki mengemaskini semula permohonan di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan Penjadualan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEGAWAI TADBIR GRED N41 (REKOD PERUBATAN) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 22 DISEMBER 2020

MASA PEPERIKSAAN : 10:00 PAGI – 11:40 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-pegawai-tadbir-n41-rekod-perubatan

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:40 pagi.

Semakan Keputusan PSEE Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEGAWAI TADBIR GRED N41 (REKOD PERUBATAN) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

BILANGAN CALON DIPANGGIL PEPERIKSAAN: 47,137 ORANG CALON

BILANGAN CALON MENDUDUKI PEPERIKSAAN: 32,400 ORANG CALON

BILANGAN CALON LULUS PEPERIKSAAN: 331 ORANG CALON

BILANGAN KEKOSONGAN JAWATAN: 4 LANTIKAN DAN 30 SIMPANAN

Pautan semakan:

http://e-semakan.spa.gov.my/keputusan-psee-pegawai-tadbir-rekod-perubatan-n41

Jadual Gaji Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ;

Gaji minimum – RM2,080.00
Gaji maksimum – RM9,546.00
KGT – RM225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) dengan gred N41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)?

Secara am, tugas seorang Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) di KKM adalah memastikan:

Setiap individu yang mendapat rawatan di mana-mana klinik atau hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) samada sebagai Pesakit Luar, Pesakit Dalam atau Pesakit Rawatan Harian akan mempunyai rekod perubatannya sendiri dan disimpan sebagai rekod individu dan sinonim dengan sebutan “One Patient One Folder”.

Selain itu, Unit Rekod Perubatan di setiap hospital KKM adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan bahawa rekod perubatan:

  • Sentiasa ada dalam simpanan
  • Senang diperolehi bila diperlukan
  • Boleh dikesan dengan cepat
  • Keselamatan dokumen dan kerahsiaan maklumatnya terjamin

Syarat Lantikan Dan Kelayakan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00)

atau

Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) /Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Exam Online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Panggilan exam online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Exam online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 22 Disember 2020 (hari Selasa ini).

Seperti pada kebiasaanya, kesemua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.40 pagi.

Inilah tempoh pagi yg paling singkat dalam hidup korang yang akan menentukan masa hadapan!

Senario Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan), calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang akan dijadualkan kemudian.

Namun begitu, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Memang sayang sekali..

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) terutama di bahagian A.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) sesi 2019/2020 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) untuk sesi 2016/2017 berbeza dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format 2016/2017 Vs Format 2019/2020

Format Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) – 2016/2017

Seksyen A: Ujian Sahsiah dan Minat

Seksyen B: Pengetahuan Am

Seksyen C: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) – 2019/2020

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ke Tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi ngak serupa.

Penilaian tetap tetap (tiga) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen Ujian Sahsiah dan Minat ditiadakan dan telah digantikan dengan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) sesi peperiksaan 2017 dan ke bawah, memang korang akan buang masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Ujian Sahsiah dan Minat. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak Tersilap ‘Merekod Maklumat Pesakit’ (Sekadar Metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah ‘tersilap merekod maklumat pesakit’. Cuma kali ini, bukan dibebel oleh doktor atau menyebabkan masalah informasi dalam hospital. Tetapi akan berakibat buruk dengan mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan).

Sementara, untuk seksyen C, ia melibatkan kefahaman Bahasa Inggeris. Kena study balik la past tense, present tense, present continuous tense dan lain-lain benda ala tu. Hadoi..

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 – Pengetahuan Am

Dalam banyak2 seksyen yang ada dalam peperiksaan online SPA, paling susah nak skor ialah seksyen A Pengetahuan Am. Kenapa tu?

Ini disebabkan oleh skop soalan seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 adalah cukup luas dan bidang yg disoal adalah sukar diramal.

Topik Ulangkaji Seksyen Pengetahuan Am Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41

Untuk seksyen A: Pengetahuan Am Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41, ia melibatkan keluasan pengetahuan am seseorang. Soalan yang diutarakan menguji sama ada calon ‘alert’ dengan hal-ehwal semasa dalam negara atau tidak. Isu luar negara turut disoal. Di samping menguji pengetahuan korang terhadap perjawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ini.

Sudah tentu skop yang diajukan dalam seksyen A ini luas & sukar untuk dijangka. Walaubagaimana pun, daripada pemerhatian atok, antara topik yang ‘agak kerap’ keluar adalah seperti di bawah:

  • Deskripsi tugas jawatan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41
  • Skop kerja Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41
  • Unit Rekod Perubatan
  • Jabatan Rekod Perubatan
  • Fungsi, peranan dan struktur Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Struktur organisasi kerajaan Malaysia
  • Majlis Raja-Raja
  • Jata dan lambang Negara
  • Ketua Setiausaha Negara (KSN)
  • Badan perundangan di Malaysia
  • Menteri dan Kementerian di Malaysia
  • Jabatan-Jabatan kerajaan di Malaysia

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 – Seksyen A : Pengetahuan Am.

1) Unit Rekod Perubatan di setiap hospital adalah pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan bahawa rekod perubatan

I. Sentiasa ada dalam simpanan
II. Boleh dilupuskan pada setiap masa
III. Senang diperolehi bila diperlukan
IV. Boleh dikesan dengan cepat

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

2) Setelah pesakit discaj dari rawatan dan ringkasan discaj telah disediakan oleh Pegawai Perubatan, Rekod perubatan pesakit akan diterima oleh Jabatan Rekod Perubatan dalam tempoh

A. 70 jam
B. 72 jam
C. 74 jam
D. 76 jam

3) Bahagian Pentadbiran dan Kualiti adalah berperanan

I. Pengurusan Unit Rekod Perubatan
II. Pemantauan objektif kualiti unit
III. Pengurusan anggota Unit Rekod Perubatan
IV. Backup pangkalan data

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4) Berapa lamakah laporan perubatan biasa dapat disiapkan?

A. Dalam masa 30 hari
B. Dalam masa 29 hari
C. Dalam masa 28 hari
D. Dalam masa 27 hari

5) Berapa bayaran bagi permohonan laporan perubatan biasa?

A. RM55.00 bagi warganegara Malaysia dan RM98.00 bagi bukan warganegara Malaysia
B. RM50.00 bagi warganegara Malaysia dan RM96.00 bagi bukan warganegara Malaysia
C. RM45.00 bagi warganegara Malaysia dan RM94.00 bagi bukan warganegara Malaysia
D. RM40.00 bagi warganegara Malaysia dan RM92.00 bagi bukan warganegara Malaysia

6) Apakah syarat-syarat yang membolehkan permohonan laporan perubatan diterima?

A. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada ibubapa pesakit.
B. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada keluarga terdekat.
C. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada keluarga terdekat serta berumur 21 tahun ke atas.
D. Pemohon mestilah mendapat keizinan daripada pesakit sendiri atau keluarga terdekat serta berumur 18 tahun ke atas.

7) Apakah jenis-jenis statistik yang disediakan oleh Unit Rekod Perubatan?

I. Statistik Pesakit Luar,
II. Pesakit Dalam
III. Khidmat pakar
IV. Khidmat Sokongan.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

8) Seseorang itu boleh dilucutkan kewarganegaraannya berdasarkan kepada perkara berikut KECUALI

A) Melucutkan sendiri kewarganegaraannya
B) Menderhaka kepada raja dan negara
C) Bermastautin di negara asing melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa mendaftar dengan Pejabat Konsul Kerajaan
D) Dibuang daerah

9) Berikut merupakan kuasa budi bicara Majlis Raja-raja KECUALI

A) Memilih YDPA dan Timbalan YDPA
B) Memperkenan atau tidak memperkenankan apa-apa undang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu.
C) Membubarkan Parlimen
D) Bersetuju atau tidak bersetuju mengenai apa-apa perkara berkaitan agama Islam

10) Sekiranya seseorang ditahan kerana cuba menggunakan isu bahasa ia boleh dikenakan tindakan di bawah

A) Akta Keselamatan Dalam Negeri
B) Akta Hasutan 1948
C) kta Dadah Berbahaya
D) Akta Jenayah

11) ”Bermatlamat untuk mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang.”

Objektif di atas ada kaitannya dengan pertubuhan

A) ASEAN
B) OIC
C) NAM
D) EU

12) Apakah mahkamah yang paling tinggi di Malaysia

A) Mahkamah Persekutuan
B) Mahkamah Rayuan
C) Mahkamah Khas
D) Mahkamah Syariah

13) Badan perundangan di peringkat Persekutuan terdiri daripada berikut KECUALI

A) Parlimen
B) Dewan Negara
C) Dewan Rakyat
D) Majlis Mesyuarat Kerajaan

14) Perlantikan YDPA adalah dilakukan oleh

A) Majlis Raja-raja
B) Majlis Perundangan Persekutuan
C) Perdana Menteri
D) Mahkamah Agung

15) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan merujuk kepada

A) Bahasa Melayu bahasa rasmi negara
B) Kepentingan bahasa Melayu
C) Bahasa Melayu bahasa orang Melayu
D) Orang bukan Melayu juga boleh menggunakan bahasa Melayu

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 berikut.

Contoh soalan Pengetahuan Am Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41

Atau pun,

Korang juga boleh baca post atok yg satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Pengetahuan Am (Updated 2020) dengan detil. Ia tentunya akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Jangan Sampai ‘Nangis Di Bucu Katil’

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘geli geleman dan mual-mual nombor’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan / rumus / formula math saja terus rasa nak pitam dan padahnya ‘nangis di bucu katil’ la selepas result exam SPA keluar nanti.

Walaupun dikatakan bahawa dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan), soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Tetapi latih tubi yang banyak diperlukan. Takkan nak sia-siakan saja peluang yg dpt ni kot. Tak tahu lagi dpt panggilan ke tak utk exam yg akan datang.

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Humairah Asyikin ialah adik kepada Rubby Ronna. Selain turut cantik seperti kakaknya, Humairah Asyikin juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Humairah Asyikin untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

2) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Tarudin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Tarudin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

3) Encik Jeremy membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Jeremy dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

4) Kai Hoon baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) Gred N41 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Kai Hoon membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

5) 27 batang pensel warna grey daripada jumlah 156 kotak pensel didapati rosak. Jumlah pensel warna grey yang rosak itu bersamaan dengan 3/4 daripada bilangan sekotak pensel. Berapakah jumlah semua pensel tersebut?

A) 4056
B) 5616
C) 3159
D) 4082

6) 257 orang ahli Kelab Drama Kolej A membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan jersi kelab. Berapakah baki wang kelab drama Kolej A yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

7) Satu guni beras wangi dibahagikan kepada beberapa bahagian. Samy dan Sivaraj masing-masing mendapat 0.35 dan 0.45 bahagian. Berapakah jisim satu guni beras wangi itu jika Samy mendapat 43.75kg?

A) 100kg
B) 125kg
C) 150kg
D) 160kg

8) Kubus M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Kubus O. Kubus P pula lebih berat daripada Kubus O, tetapi lebih ringan daripada Kubus M. Susun kedudukan Kubus-Kubus tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

9) Harga sebuah kereta BMW warna hitam mettalic terpakai ialah RM134,300. Setiap tahun harga BMW warna hitam mettalic terpakai itu menyusut sebanyak 15%. Berapakah harga BMW terpakai itu selepas 3 tahun kemudian?

A) RM 114,155
B) RM 97 031
C) RM 82 477
D) RM 70 105

10) Harga sebuah kondominium 3 bilik tidur dan 2 bilik air di Puchong ialah RM330 000. Selepas 5 tahun kemudian harga kondominium tersebut meningkat kepada RM450 000. Berapakah peratus peningkatannya?

A) 66.66%
B) 36.36%
C) 33.33%
D) 26.7%

11) Sejumlah 16 250 keping jubin pelbagai warna dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 2/5 dan 3/5. Bahagian lebih besar diagihkan sama banyak kepada 2 ruangan iaitu ruang tamu M dan ruang tamu N. Berapakah bilangan jubin bagi ruang tamu N?

A) 4875
B) 3250
C) 2438
D) 5416

12) Joanna Cya seorang gadis suku murut yang cantik lagi bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Joanna Cya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

13) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip air dan masuk ke dalam takungan berbentuk pentagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisikan air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk pentagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

14) Sebuah ruang simpanan mengandungi 3,000 biji cili. Tajol mengambil 3/4 daripada jumlah cili tersebut. Kemudian Sumli mengambil 2/5 jumlah cili daripada Tajol. Berapakah jumlah buah cili yang tinggal pada Tajol?

A ) 450
B ) 900
C ) 1,350
D ) 2,250

15) Sebuah kotak mengandungi 780 biji kurma Ajwa diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah kurma Ajwa tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki kurma Ajwa tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan kurma Ajwa yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41 (Rekod Perubatan) berikut.

Rujukan Contoh Soalan Daya menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Atau pun,

Boleh baca post atok satu lagi yang khusus membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon exam Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan). Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension, dan
b) soalan berkaitan vocabulary, dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1) Mr. Loganathan needs to build a cabinet today. He can use the following tools except:

A) hammer
B) measuring tape
C) saw
D) shears

2) Sissy Lim has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Sissy has three animals in total.
B) Sissy has more cats than dogs.
C) One of Sissy’s cats is black.
D) All of Sissy’s dogs have spots.

3) Nurmila’s result for her final exam was very bad. She must make ________ progress.

A) some
B) many
C) little
D) any

4) Please read the following sentence.

Once Bahiyyah Afrahah lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Bahiyyah Afrahah lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

5) Choose the correct sentence with the same meaning of

I will cook a special dinner tonight,” Zainol said to his wife.

A) Zainol told his wife that he will cook a special dinner that night.
B) Zainol told his wife to cook his special dinner that night.
C) Zainol’s wife will cook a special dinner with Zainol at night.
D) Zainol’s wife told Zainol to cook a special dinner for him that night.

6) Where ____________ Chang Han live?

A. are
B. is
C. do
D. does

7) Abdul Shamim __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

8) King Edward IV was so feared by his people because his face was ____________ .

A) monstrous
B) plain
C) unappealing
D) common

Read the following paragraphs to answer the next four questions (Questions 9 – 10).

What causes the monsoon? The monsoon, which is essentially the seasonal reversal in wind direction, causes most of the rainfall received in India and some other parts of the world.

The primary cause of monsoons is the difference between annual temperature trends over land and sea. The apparent position of the Sun with reference to the Earth oscillates from the Tropic of Cancer to the Tropic of Capricorn.

Thus the low pressure region created by solar heating also changes latitude. The northeast and southeast trade winds converge in this low pressure zone, which is also known as the Inter tropical Convergence Zone or ITCZ.

This low pressure region sees continuous rise of moist wind from the sea surface to the upper layers of the atmosphere, where the cooling means the air can no longer hold so much moisture resulting in precipitation. The rainy seasons of East Asia, sub-Saharan Africa, Australia and the southern part of North America coincide with the shift of ITCZ towards these regions.

9) Monsoon is

a) A type of sea wave
b) a seasonal reversal in wind direction
c) very hot wind
d) very cold wind

10) What is the full form of ITCZ?

a) Intertrance Convergence Zone
b) Intertropical Convergence Zone
c) Intertropical Capricorn Zone
d) Intertropical Conveyance Zone

Read the following paragraphs to answer the next five questions (Questions 11 – 15).

Dry fruits are useful in various diseases of the brain, muscles and tissues. Particularly almond has got unique properties to remove brain weakness and strengthen it.

Almond preserves the vitality of the brain, strengthens the muscles, destroys diseases originating from nervous and bilious disorders.

Walnut is another dry fruit that possesses wonderful qualities of curing brain weakness. According to Dr. Johnson, almonds, figs, grapes, dates, apples* and oranges are rich-in phosphoric element and should normally be used by brain workers.

Phosphorus nourishes the vital tissues of the body. It keeps the mind full of enthusiasm for more work.

11) Dry fruits are useful because they

a) strengthen our heart
b) cure various diseases of the brain, muscles and tissues
c) give confidence to us
d) empower us to do challenging tasks.

12) Which one is not a property of almond?

a) It preserves the vitality of the brain
b) It strengthens the muscles
c) It destroys diseases originating from nervous and bilious disorders
d) It strengthens our digestive system.

13) Phosphoric element is profusely found in

a) almonds, figs, grapes, dates, apples and oranges
b) almonds, figs, papayas, guavas and pineapples
c) all the green vegetables
d) seasonal fruits.

14) Brain workers should take fruits rich in phosphoric elements because

a) they remove brain weakness
b) they nourish the vital tissues of the body
c) they keep the mind full of enthusiasm
d) all the above.

15) The word unique means the same as

a) ordinary
b) highly qualified
c) unusual
d) enlightened.

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Gred N41 (Rekod Perubatan) di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Atau pun,

Boleh baca perkongsian atok sebelum ni yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Join channel dulu: Jualan rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 sudah dibuka. Proses kemaskini sudah selesai. Jika korang nak menjadi orang terawal mendapatkan rujukan ini sebagai bahan latih tubi dan bantuan dalam persiapan korang. Korang join jer channel telegram Rekod Perubatan N41 atok ni. Channel tu sunyi jer dan atok takkan bunyi kecuali update pasal rujukan ni saja.

Rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Untuk sesi 22 Disember 2020, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi Tok, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni akan menjimatkan tenaga korang. X perlu berlari seantero Internet cari bahan. X perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata x letih. Pikiran pon x kusut. Hati jadi riang ria di hari raya. Haha..

2) Lebih masa main game

Korang jangan acah-acah soleh la dgn atok. Korang kaki game kan? Korangrisau masa main game korang terganggu? No problem. Buka je jualan rujukan contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan), korang terus grab. Pastu baca nota-nota tu. Buat contoh soalan yg diberi. Habis ceta. Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

3) Guna pengalaman 12 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar exam SPA. Bukan soalan bocor. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Daripada era SPA masih menjalankan peperiksaan secara bertulis dan berpusat lagi!

4) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan disediakan. Yup.. kedua-dua seksyen A dan B ada disediakan jawapan. Sudah tentu skema jawapan ini akan menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak payah hafal sifir. Tak payah congka-mencongak. Rumus dan persamaan turut diberi. Formula matematik yang dah luput diingatan, jadi segar semula. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ada beberapa pakej. Ada pakej murah, ada pakej kurang murah. Pilih la ikut bajet yg ada. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

5) Lagi Hawau..

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni murah giler. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang gemilang. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara Beli Rujukan Penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan).
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hal lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang da berusaha sebaik mungkin. Siapa berusaha, dia dapat. InsyaAllah..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Dah Lupa Formula Matematik La Tok..

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni dah disediakan nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ kembali formula-formula matematik yang da hampir terhapus dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling mustahak, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2015-2020.

Tak perlu ulangkaji dan study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya nk duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni da pilih topik yang perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam Da Dekat Ni Tok. Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) ni bukan buku. Tiada pengeposan dan tiada penghantaran yg perlu dibuat.

Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps daripada orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm sejam lebih (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap jam. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi Tok, Saya Lebih Suka Baca Buku..

Kalau korang yg banyak sgt ink tu, takda masalah. Boleh print eBook ni. Pastu binding. Jadikan buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan) yang akan korang hadapi pada tahun 22 Disember 2020 ini.

Satu lagi, contoh soalan Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) N41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Agak ramai yg bilang (bukan siti bilang yer), peperiksaan online Pembantu Makmal sedikit sukar. Jadi, elok benar kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu naik exam SPA. Sapa tahu kan..

Kpd korang yg bakal menyertai sektor perkhidmatan kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Persiapan rapi haruslah dilakukan utk menghadapi exam. Jawablah exam online tu dengan yakin sambil baca contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Negeri Johor N41.

Tdk lupa juga kepada calon exam online SPA penolong pegawai pertahanan awam ambilan under APMM. Sila baca, & hadam maklumat dalam contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas buat cucu atok yang layak & sudah dipanggil peperiksaan online PSEE Laskar Kelas II Maritim T1 untuk ambilan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pastinya contoh soalan peperiksaan Laskar Kelas II Maritim T1 ini pasti memberi sedikit input bermanfaat.

Dah terima emel panggilan exam SPA pembantu tadbir P/O? Jawatan femes nih. Antara bahan bacaan yang amat sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 ni.

Pasti korang dah tahukan, exam pembantu tadbir (p/o) dan exam pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? Kali tak tahu, maka ketahui la olehmu. Jadi, kepada yang dipanggil PSEE pembantu tadbir kewangan w19, luangkan sedikit masa korang membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Sape yang telah mendapat surat panggilan ke ujian bertulis Pegawai Tadbir N41 untuk kerajaan negeri Terengganu? Exam ni agak rare sbb masih diadakan secara bertulis dan berpusat. Klu korang dipanggil, alhamdulillah. Kena buat persediaan rapi tu. Boleh baca Contoh Soalan Ujian Bertulis Pegawai Tadbir N41 Terengganu.

Last but not least, khusus buat calon exam online PSEE pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah PSEE Gred N11 tu.

Serius, Ni Baru Penutup!

PSEE Online SPA yang terakhir bagi jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11 bagi tahun ni akan diadakan a few days lagi. Kepada korang yang dah dipanggil, tidak rugi baca contoh soalan peperiksaan Pengawal Keselamatan KP11 CGSO ni.

Walaupun kita dlm suasana Covid-19 yang sedng melanda, sesi exam online SPA untuk jawatan Akauntan WA41 akan dijalankan pada bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Akauntan Gred WA41 ni.

Bagi korang yg hado mengisi jawatan pembantu pendaftaran kp19 dalam portal SPA9 (sebelum ni dikenali sebagai SPA8i), panggilan exam dah pon dikeluarkan oleh SPA. Jangan da last minit baru kelam-kabut cari informasi. Awal-awal baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Kpd mereka mungkin bakal menjadi anggota Jabatan Kementerian Kerja Raya Malaysia sebagai Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Atok ada siapkan beberapa bahan bacaan bermutu yg sesuai, termasuk contoh soalan peperiksaan Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19. Maklumat lain korang boleh layari portal rasmi KKR k..

KKR dan KKMM sedang menanti-natikan kehadiran calon-calon pembantu kemahiran Gred H11 yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang dah terima emel panggilan berkenaan exam online SPA untuk jawatan H19 ni, bolehlah tambahkan lagi kemahiran korang tu dengan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kpd korang yang layak & barangkali sudah mendapat emel panggilan ke online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan bahawa exam SPA ni jg sedikit sukar. Itu cakap-cakap orang la. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, bolehlah usha contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

Emel panggilan PSEE online SPA Pembantu Awam gred H11 telah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabarnya, jumlah yang dipanggil x beragak lagi ramainya. So better bersedia. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11 ni.

OK, ni btl2 last. Calon PSEE online SPA bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 adalah tinggi bilangannya pada tahun 2019. Dan dijangka tahun ini pun sama juga kejadiannya. Jadi, kesilapan kecil sudah cukup membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

14 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)”

    • Wkslm IZzati. Itu cuma contoh soalan sahaja memang tak disediakan jawapan atau jalan kira.

      Untuk rujukan penuh N41 Rekod Perubatan yang mengandungi contoh soalan, jawapan dan jalan kira yang detil kami masih siapkan. Once dah available utk pembelian atok akan update dlm blog ni.

      Bagaimana pun, kalau berminat mendapatkanya dan nak jadi orang terawal beli. Boleh join waiting list di channel telegram rasmi di bawah:

      https://t.me/N41_Rekod_AtokPencen_com

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!