Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 MAMPU

Korang dipanggil PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih tercari-cari contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yg bagus? Gagal Peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya. Gagal peperiksaan ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi Abang Pegawai Teknologi Maklumat yang hensem. Gagal peperiksaan ini juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg byk berbakti. Dan gagal peperiksaan ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi’sebutan’ dan ‘kebanggaan’ mak di hadapan kawan-kawannya.

Bertuahnya, kerapa di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Lagi menambah betapa bertuahnya, kerana korang boleh dapatkan rujukan khas Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2020 ini.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pegawai Teknologi Maklumat F41

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
TARIKH PEPERIKSAAN : 08 Julai 2020 (Rabu)
MASA PEPERIKSAAN : 10:00 Pagi – 11:40 Pagi

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pegawai-teknologi-maklumat-f41/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

Kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Mengenai jumlah kekosongan, kalau berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA (21 Jan 2020), lalu untuk ambilan di Jabatan Peguam Negara. Bilangan kekosongan jawatan adalah sebanyak 53 tempat sahaja. Manakala, calon simpanan adalah seramai 100 orang.

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau diambilkira jumlah calon yang ramai dipanggil ke peperiksaan online SPA. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan korang terhadap perkongsian ini.

Jadual gaji Pegawai Teknologi Maklumat F41

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pegawai Teknologi Maklumat ;

  • Gaji minimum – RM2,315.00
  • Gaji maksimum – RM9,618.00
  • Kenaikan Gaji – RM225.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pegawai Teknologi Maklumat bergred F41 layak terima.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat F41

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pegawai Teknologi Maklumat?

Secara am, tugas seorang Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 adalah seperti berikut:

” Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan. “

Syarat lantikan dan kelayakan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,315.00);

atau

Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,522.44);

atau

Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM2,833.78);

atau

Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf setaraf.
(Gaji Permulaan pada Gred F41 : RM3,145.11).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat F41

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk tahun 2020 sudah dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya ialah pada 8 Julai, bersamaan pada Rabu minggu depan.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam empat puluh minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Kebiasaanya, bermula jam 10 pagi sampai la jam 11.40 pagi. Inilah pagi tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41 terutama di bahagian C.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Format Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 sesi 2020 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pegawai Teknologi Maklumat F41 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2019/2020. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2019/2020

Format Pegawai Teknologi Maklumat F41 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pegawai Teknologi Maklumat F41 – 2019/2020

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi, rupa-rupanya tak serupa.

Ada pertambahan seksyen di situ. Bukan lagi 2 (dua) Seksyen TETAPI menjadi tiga dengan kehadiran seksyen yang ramai calon nyampah – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tersilap ‘membuat kajian semula sistem pemprosesan data’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘membuat kajian semula sistem pemprosesan data’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh boss, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen B pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Daya Menyelesaikan Masalah

Ini Seksyen B. Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah tol’ tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung kepada kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pegawai Teknologi Maklumat F41, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

1) X dan Y , bila berkerja bersama-sama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Y yang bekerja sendiri. Berapa lama X and Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Wilson dan abangnya Javent baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Wilson mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Handal mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Handal. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Handal tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lawas mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lawas?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Syafiqah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Syafiqah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Mawarni ialah adik kepada Syafiqah. Selain turut cantik seperti kakaknya, Mawarni juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Mawarni untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Simon ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Simon?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Wong membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Wong dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Nur Ardila Adiba baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat F41 di MAMPU. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Nur Ardila Adiba membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) Bebuli M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Bebuli O. Bebuli P pula lebih berat daripada Bebuli O, tetapi lebih ringan daripada Bebuli M. Susun kedudukan semua Bebuli tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Pegawai Teknologi Maklumat F41 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Ini pula Seksyen C. Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon.

Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen C

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Pegawai Teknologi Maklumat F41 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris

Questions 1–5 are based on the following passages.

Eutrophication is a phenomenon where excessive amounts of nutrients are added to a marine ecosystem. These nutrients cause plant life like algae to multiply rapidly, leading to very high population densities. In freshwater ecosystems, the algae can become so dense that it can turn ponds, lakes or even smaller rivers green. The algae grows to an unreasonable level at a very fast rate. The algae are known as phytoplankton and are microscopic, single-celled organisms.

A body of water that is experiencing eutrophication and a resulting bloom can be quickly devastated. Eutrophication affects all living organisms in the area including fish, birds and mammals. The top layer of phytoplankton causes such a build-up on the surface that they accumulate sediment. When this occurs the sunlight is blocked and it will choke off the plant life below the surface. The phytoplankton will also cause less surface area for the water to interface with air. As a result, there will be less oxygen available in the water. As oxygen continues to deplete, the depletion can have a negative effect on life as there will be less oxygen to support the organisms below the surface that depend on the oxygen from plants that diffuses into the water.

Scientist 1
The root cause of eutrophication is not known. However, the frequency and increasing incidents of eutrophication point to human farming activity as the potential cause. The growth of the phytoplankton is caused by runoff that contains multiple sources of nitrates that are also found in fertilizer. The nitrates allow for the phytoplankton to grow rapidly. The solution to the problem is to either move the drainage so the runoff from the human farming activity cannot reach the water source or move the farms.

Scientist 2
Sometimes eutrophication can happen naturally without any real cause. Sometimes when there are periods of heavy rain, the increase in rain water leads to an imbalance in the pH of the water. This in turn creates favorable conditions for the phytoplankton to grow and proliferate. This is a natural cycle that also ensures that too many fish and other animals do not build up in a freshwater source. This type of bloom is nature’s way of eliminating overpopulation with an abiotic factor. Although many organisms will die as a result, it will help to thin the numbers of organisms and ensure a healthier freshwater source.

1) According to Scientist 1, which of the following is the cause of the eutrophication?

A) A change in the pH of the water.
B) The increasing changes in phytoplankton.
C) Agricultural run-off from human activity.
D) The build-up of phosphates in the body of water.

2) What is the main point of disagreement between Scientist 1 and Scientist 2?

A) The source of the nitrogen.
B) The root cause of the eutrophication.
C) The effects of the lack of oxygen.
D) The effect of the plant life in the aquatic ecosystem.

3)Both scientists would likely agree that eutrophication is

A) algae that will occasionally grow in aquatic ecosystems due to human activities.
B) a bloom of phytoplankton that grows in response to high levels of phosphates.
C) a large build-up of algae that grows at a rapid rate in a body of water.
D) an explosion of algae due to natural factors and the need to reduce overpopulation.

4) According to Scientist 2, eutrophication is necessary for

A) the control of overpopulation in an aquatic ecosystem.
B) the natural control of the pH of water in an aquatic ecosystem.
C) the normal process that takes place in a pond in response to farmland runoff.
D) the rejuvenation of aquatic life, which thrives during such an event.

5) Scientist 1 probably mentions farming and agriculture in order to:

A) point to a human activity that would cause eutrophication.
B) show that humans changing natural land is bad for the environment.
C) bolster his case for humans causing a change in the pH of the water that leads to eutrophication.
D) bolster his case that human activity such as farming increases nitrates, leading to eutrophication.

6) Please read the following sentence.

Once Adel Yoh lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Adel Yoh lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Janet has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Janet has three animals in total.
B) Janet has more cats than dogs.
C) One of Janet’s cats is black.
D) All of Janet’s dogs have spots.

8) Where _____________ Amylea George live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Satrini __________________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ______________ Pesta Menuai cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pegawai Teknologi Maklumat F41 di Seksyen C ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 di bawah.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 Gaji Tugas

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2020) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Atok tahu. Tentu korang tertanya-tanya, mana pula contoh soalan Seksyen A? Atok kan boleh baca isi hati korang. Haha..

Cukup sampai setakat B dengan C je la. Penat atok tulis weh. Kalau korang betul nak rujukan ni, korang dapatkan la sendiri. Baru puas hati.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41

Untuk sesi 2020, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Nota Ringkas & padat yang dibekalkan akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam (secara legally) pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih lagi secara bertulis dan secara berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan penyelesaian diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu sampai terkoyak kertas buat kira-kira. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu.

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab, kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan segera rujukan F41 ni!

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pegawai Teknologi Maklumat F41.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi tok, Kalau ia tak membantu saya, camna tu?

Sekiranya korang hadir Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu, korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas peperiksaan.

Duit korang dapat. Rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan Tim Infokerjaya. No scam! No fraud!

Namun, pastikan korang dah baca kesemua nota dan buat kesemua latihan dalam rujukan ini. Atok yakin & percaya jika rujukan ini digunakan sebaiknya, ia bakal membantu persediaan korang menjawab Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 🙂

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses 🙂

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, no hal. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pegawai Teknologi Maklumat F41 yang akan korang hadapi pada tahun 2020 ini.

Contoh soalan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Jawatan penghantar notis mencatatkan salah satu panggilan exam PSEE yang ‘wajib’ setiap tahun oleh SPA. Hampir semua jabatan kerajaan memerlukan jawatan ini. Boleh dikatakan jawatan ini antara jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Sapa calon exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia (MOH)? Angkat phone! Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi tak thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kpd yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Last but not least, sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan perangkawan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

Okey, ni baru penutup!

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Huru-hara exam sudah tamat. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak-agak ramai lagi. Jumlah kekosongan cuma sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

OK, ni btl2 last, buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a comment