Contoh Soalan Peperiksaan Penghulu NP29

Korang dipanggil ke peperiksaan online Penghulu Gred NP29 utk ambilan SPA Kedah pada kali ni? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan tengah mencari-cari contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 yg bagus?

Contoh Soalan Peperiksaan Penghulu NP29

Gagal peperiksaan online Penghulu NP29 akan ‘mematikan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya. Gagal peperiksaan Penghulu NP29 ini juga akan ‘memusnahkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Penghulu’ yang kacak lagi bergaya.

Dan gagal peperiksaan Penghulu NP29 ini juga sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg menjadi ‘sebutan’ dan ‘kebanggaan’ mak di hadapan kawan-kawannya.

Nota Penting: Sementara itu, bagi korang yg baru saja menerima panggilan ke sesi temuduga Penghulu NP29 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan berlangsung dalam pada 11 Disember 2023 – 12 Disember 2023 ini. Buat persediaan sepadu mungkin! Rujukan temuduga lengkap boleh dapatkan di soalan temuduga Penghulu NP29.

Kepada korang yg dapat panggilan ke ujian psikometrik Penghulu Gred NP29 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Penghulu Gred NP29.

Bertuahnya korang, kerana di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Penyelesaian Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Lagi menambah tuahnya korang, kerana korang juga boleh dapatkan rujukan eXtra Seksyen Peperiksaan Penghulu NP29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada tahun 2023 ini.

Permohonan jawatan kosong Penghulu NP29

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Penghulu NP29 secara rasmi di SPA, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang online di Portal SPA. Permohonan jawatan sebagai Penghulu NP29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Kekosongan Jawatan Penghulu NP29

Berdasarkan iklan SPA bertarikh 24 November 2019, bilangan kekosongan jawatan yg diperlukan di SPA adalah sebanyak 2 orang. Manakala, utk calon simpanan yg diperlukan adalah 8 orang. (Kekosongan terkini utk jawatan ni atok tidak perolehi, jadi angka ini mungkin sudah tidak releven lagi).

Kekosongan jawatan yg ditawarkan ini adalah terlalu sedikit berbanding jumlah permohonan yg diterima. Selain itu, calon yg dipanggil ke peperiksaan Penghulu NP29 kali ini juga adalah ‘agak’ ramai juga.

Persediaan yg padu harus dilakukan utk membolehkan korang ‘menyelit’ masuk ke jawatan ini. Jadi sila beri perhatian dan fokus korang terhadap perkongsian atok kali ini. Atok akan cuba setakat yg termampu utk menghuraikan format peperiksaan dan contoh-contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29.

Off topic kejap. Atok sedang mengupah penulis artikel sambilan. Hanya dua orang diperlukan. Keutamaan ialah kepada korang yg tahan lasak dan tidak mudah sentap. Dateline adalah ketat (tarikh siapkan dan hantar artikel adalah singkat) tapi pendapatan menarik. Sebelum diambil bekerja, atok akan nilai sample kerja korang (contoh artikel). Tajuk artikel nanti atok bagi. Bagi korang yg berminat, sila emelkan nama penuh dan resume ke atokpencen.com @gmail.com

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan termasuk jawatan Penghulu NP29 ini adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA9 setelah tempoh luput tersebut sampai.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Penghulu NP29

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENGHULU GRED NP29 DI SPA KEDAH

TARIKH PEPERIKSAAN : SILA SEMAK EMEL YANG DIHANTAR

MASA PEPERIKSAAN : SILA SEMAK EMEL YANG DIHANTAR

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/peperiksaan-penghulu-np29

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/jadual-peperiksaan-spa

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

Semakan Program Terengganu Assessment Centre (TAC) Bagi Penilaian Memasuki Skim Perkhidmatan Penghulu Gred NP29

Calon-calon adalah dikehendaki :

1. Melayari laman http://calon.terengganu.gov.my untuk semakan tarikh dan tempat program akan diadakan.

Dan..

2. Memuat turun, mencetak serta melengkapkan dokumen yang berkaitan sebelum menghadiri Program Terengganu Assessment Centre (TAC).

Jadual gaji Penghulu NP29

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penghulu NP29 ;

Gaji minimum – RM1,493.00

Gaji maksimum – RM5,672.00

Kenaikan Gaji – RM145.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat awam bagi jawatan Penghulu dengan gred NP29 layak terima.

Deskripsi Tugas Penghulu NP29

Apakah skop kerja atau senarai tugas Penghulu NP29?

Secara am, seorang Penghulu NP29 N19 adalah bertanggungjawab:

Sebagai Pegawai Perhubungan antara Kerajaan dengan rakyat bagi urusan-urusan yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah, Pentadbiran Agama Islam, Keselamatan Pembangunan, Kegiatan Sosial dan Kebajikan Masyarakat di peringkat kampung, mukim, daerah dan negeri.

Nota* – Walaubagaimanapun, tugas hakiki seorang Penghulu NP29 adalah tertakluk kepada negeri yg akan korang ditempatkan kelak.

Syarat lantikan dan kelayakan Penghulu NP29

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,642.54)

atau

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15)

atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM1,846.15)

atau

Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred NP29: RM2,146.96)

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Nota: Calon dengan kelayakan STPM, STAM atau diploma disyaratkan mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan.

Peperiksaan Online Penghulu NP29

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penghulu NP29 untuk tahun 2023 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA Kedah.

Peperiksaan online untuk jawatan ini akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya sudah dihebahkan melalui emel kepada calon yang terpilih.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 3:00 petang sampailah 4:40 petang. Inilah petang tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Penghulu NP29

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Penghulu NP29 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga ke jawatan Penghulu NP29 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Penghulu NP29 terutama di Seksyen B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Penghulu NP29

Format Peperiksaan Penghulu NP29 sesi 2023 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Penghulu NP29 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2022/2023. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2022/2023

Format Penghulu NP29 – 2017/2018

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah

Format Penghulu NP29 – 2022/2023

  • Seksyen A: Pengetahuan Am
  • Seksyen B: Daya Penyelesaian Masalah
  • Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak macam sama. Tapi, tak serupa.

Penilaian menjadi 3 (tiga) seksyen DAN kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen baharu diperkenalkan yakni seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa dan ke laut la jawabnya.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak ‘Tersilap urus tanah’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah-olah lalai dlm menjalankan tugas hakiki dan tersilap dalam ‘tadbir urus tanah’ sehingga berlakunya kesilapan besar. Cuma kali ini bukan orang kampung mengamuk, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online Penghulu NP29!

Seksyen B ini melibatkan daya menyelesaikan masalah. Seksyen ini lebih dikenali di kalangan calon sebagai seksyen matematik. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Sementara, untuk seksyen C adalah kefahaman Bahasa Inggeris. Ni pon satu hal jugak. Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk dlm kelas tu pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu jawab.

Ada Satu Masa’ela

Sebelum kita ke contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29, atok nak kongsi satu masalah.

Boleh dikatakan setiap minggu, akan ada saja yg bertanya soalan ini kepada atok:

Salam Atok, adakah markah akan dikira kalau tak sempat jawab habis semua soalan?

Jawapannya:

Yup.. Markah tetap akan dikira. Cuma peluang untuk lulus adalah rendah!

Kenapa korang nak rendahkan peluang utk lulus? Sudah tentu bukan saja-saja kan..

Situasinya begini:

” Ada sorang budak (calon exam la). Budak ni memang baik dan taat kepada raja dan negara. Haha.. Dia sedang menjawab soalan berkaitan diskaun di seksyen B peperiksaan Penghulu NP29. Dia pun mengira untuk mendapatkan jawapan. Sambil membuat kira-kira tu, dia cuba mengingat formula diskaun. Masa terus berlalu. Soalan seterusnya mengenai halaju. Rumus halaju pun dia dah tak berapa nak ingat. Aahh.. sudah. Akhirnya, dia tak sempat menjawab beberapa soalan terakhir di seksyen B peperiksaan Penghulu NP29 kerana kehabisan masa. “

So, elakkan masa’ela ni menimpa korang. Buat ulangkaji dan latih tubi sekarang juga. Agar semua rumus dan persamaan math tu jelas dan bold dlm ingatan!

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Penghulu NP29 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan topup jumlah ‘rekod kegagalan’ peribadi korang lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka digit’ atau ‘nyampah digit’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan angka. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa ‘nyampah’ sesangat tu?

Ingat lagi tak teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung pada kecerdasan verbal-linguistik / kecerdasan naturalis / kecerdasan kinestetik / kecerdasan muzik berbanding kecerdasan logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 3 kali kecundang dalam exam online. Semenjak era sebelum ada PKP lagi. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam menjawab exam online nanti.

Namun begitu, jangan terlalu stress kerana dalam peperiksaan online Penghulu NP29 soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidaklah bertaraf dewa. Bahkan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen B

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Penghulu NP29 – Seksyen B : Daya Penyelesaian Masalah

1) Encik X dan Encik Y , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Encik X bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Encik Y yang bekerja sendiri. Berapa lama Encik X dan Encik Y ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) X = 11 hari , Y = 16 hari
B) X = 12 hari , Y = 17 hari
C) X = 10 hari , Y = 15 hari
D) X = 10 hari , Y = 16 hari

2) Dicksen dan abangnya Doni baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Dicksen mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 4 Setia mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 4 Setia. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 4 Setia tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Lundu mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Lundu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Noor Ilya seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Noor Ilya dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Sarah Izumi ialah adik kepada Noor Ilya. Selain turut cantik seperti kakaknya, Sarah Izumi juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Sarah Izumi untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Jupirin ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Jupirin?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Mohd Zain membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Mohd Zain dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Harun baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Penghulu NP29 di SPA. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Cevianah membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) 257 orang ahli Kelab Kaunseling dan Kerjaya membuat kutipan RM25 setiap orang. 45% daripada jumlah kutipan itu dibelanjakan untuk jamuan akhir tahun, 65% daripada bakinya untuk cenderamata dan RM550 untuk bayaran tempahan dewan. Berapakah baki wang Kelab Kaunseling dan Kerjaya yang tinggal?

A) RM2,010.90
B) RM1,701.60
C) RM1,529.70
D) RM2,079.70

Untuk lebih banyak contoh soalan (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen B Penghulu NP29 ini. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Daya Menyelesaikan Masalah berikut.

contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penghulu NP29

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Penghulu NP29 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ impian menggunung ramai calon. Impian nak kasi mak duit poket setiap bulan. Impian nak ringankan beban ayah. Impian untuk membantu majlis kahwin kakak lagi beberapa bulan ke depan ni. Impian untuk tolong bayar yuran pengajian adik-adik..

Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen C

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition dan yang lain-lain).

Di bawah beberapa contoh soalan Penghulu NP29 – Seksyen C : Kefahaman Bahasa Inggeris

Questions 1–5 are based on the following passages.

(The following is an excerpt from A Man of Letters as a Man of Business by William Dean Howells.)

I think that every man ought to work for his living, without exception, and that when he has once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living. I do not think any man ought to live by an art. A man’s art should be his privilege, when he has proven his fitness to exercise it, and has otherwise earned his daily bread; and its results should be free to all. There is an instinctive sense of this, even in the midst of the grotesque confusion of our economic being; people feel that there is something profane, something impious, in taking money for a picture, or a poem, or a statue. Most of all, the artist himself feels this. He puts on a bold front with the world, to be sure, and brazens it out as business; but he knows very well that there is something false and vulgar in it; and that the work which cannot be truly priced in money cannot be truly paid in money.

He can, of course, say that the priest takes money for reading the marriage service, for christening the new-born babe, and for saying the last office for the dead; that the physician sells healing; that justice itself is paid for; and that he is merely a party to the thing that is and must be. He can say that, as the thing is, unless he sells his art he cannot live, that society will leave him to starve if he does not hit its fancy in a picture, or a poem, or a statue; and all this is bitterly true. He is, and he must be, only too glad if there is a market for his wares. Without a market for his wares he must perish, or turn to making something that will sell better than pictures, or poems, or statues. All the same, the sin and the shame remain, and the averted eye sees them still, with its inward vision. Many will make believe otherwise, but I would rather not make believe otherwise; and in trying to write of Literature as Business I am tempted to begin by saying that Business is the opprobrium of Literature.

Literature is at once the most intimate and the most articulate of the arts. It cannot impart its effect through the senses or the nerves as the other arts can; it is beautiful only through the intelligence; it is the mind speaking to the mind; until it has been put into absolute terms, of an invariable significance, it does not exist at all. It cannot awaken this emotion in one, and that in another; if it fails to express precisely the meaning of the author, it says nothing, and is nothing. So that when a poet has put his heart, much or little, into a poem, and sold it to a magazine, the scandal is greater than when a painter has sold a picture to a patron, or a sculptor has modeled a statue to order. These are artists less articulate and less intimate than the poet; they are more exterior to their work. They are less personally in it.

If it will serve to make my meaning a little clearer we will suppose that a poet has been crossed in love, or has suffered some real sorrow, like the loss of a wife or child. He pours out his broken heart in verse that shall bring tears of sacred sympathy from his readers, and an editor pays him a hundred dollars for the right of bringing his verse to their notice. It is perfectly true that the poem was not written for these dollars, but it is perfectly true that it was sold for them.

The poet must use his emotions to pay his bills; he has no other means. Society does not propose to pay his bills for him. Yet, and at the end of the ends, the unsophisticated witness finds the transaction ridiculous, finds it repulsive, finds it shabby. Somehow he knows that if our huckstering civilization did not at every moment violate the eternal fitness of things, the poet’s song would have been given to the world, and the poet would have been cared for by the whole human brotherhood, as any man should be who does the duty that every man owes it.

1) What is the thesis or controlling opinion in this passage?

A) “There is an instinctive sense of this, even in the midst of the grotesque confusion of our economic being; people feel that there is something profane, something impious, in taking money for a picture, or a poem, or a statue.”
B) “I think that every man ought to work for his living, without exception …”
C) “…once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living.”
D) “Business is the opprobrium of Literature.”
E) “Without a market for his wares he must perish, or turn to making something that will sell better than pictures, or poems, or statues.”

2) What is the philosophical dilemma in this passage?

A) Artists should be supported and allowed to work on their art without worrying about money.
B) Art should be free to the viewer; however, many artists know they would starve unless they make art that people will buy.
C) A priest and a doctor get paid for performing their services, so an artist should too.
D) Even though artists create beauty, they are getting paid way too much, especially considering the relatively little that writers get paid.
E) Artists in general should assert their willingness to work.

3) What rhetorical strategy is contained in the examples of the doctor, the priest, and the justice?

A) Appeal to authority
B) Example
C) Smilie
D) Allegory
E) Analogy

4) Which sentence best supports the writer’s claim that a man should not live by an art?

A) Unless he sells his art he cannot live, that society will leave him to starve if he does not hit its fancy in a picture, or a poem, or a statue.
B) Its (art’s) results should be free to all.
C) When he has once avouched his willingness to work, society should provide him with work and warrant him a living.
D) A man’s art should be his privilege, when he has proven his fitness to exercise it.
E) Without a market to sell his product, there’s no point in an artist’s perseverance in his craft.

5) The author would be critical of a work of literature if it were

A) too fanciful and not grounded in truth
B) unable to contain the author’s intent
C) misinterpreted by the general readership
D) too literal and without imaginative appeal
E) emotional at the expense of being intellectual

6) Please read the following sentence.

Once Lailena lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Lailena lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Cevian has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Cevian has three animals in total.
B) Cevian has more cats than dogs.
C) One of Cevian’s cats is black.
D) None of these.

8) Where __________ Michelle Neeya live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Evanna Olivia ______________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ___________ Pesta Gawai cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Penghulu NP29 (Seksyen C) ini serta dilengkapi skema jawapan padu. Korang boleh dapatkan rujukan eXtra Kefahaman Bahasa Inggeris di bawah.

contoh soalan kefahaman bahasa inggeris Penghulu NP29

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Kunci Kejayaan Calon Penghulu NP29 Yang Lepas-Lepas

Kunci kejayaan calon Penghulu NP29 sebelum ni adalah:

1) Study dengan pantas.
Tak bertangguh. Terus baca semua nota berkaitan. Terus hafal mana yg patut. Terutama rumus dan formula math.

2) Buat latihan.
Lagi banyak soalan, lagi bagus. Korang akan jadi lebih bersedia. Dalam rujukan eXtra seksyen Penghulu NP29 ni, korang akan dapat 70 contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah dan jawapan dan 65 contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris dan jawapan.

Rujukan Bantuan Contoh Soalan Peperiksaan Penghulu NP29 (Rujukan eXtra Seksyen)

Untuk sesi 2023, rujukan eXtra seksyen kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Tapi tok, kenapa saya kena dapatkan rujukan eXtra ni segera?

1) Hati korang jadi riang

Kenapa riang ria tu? Sebab, nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Pinjam pengalaman 15 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawen)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawen. Tak lama lagi PKP akan berakhir. Jadi walimah korang tu dah boleh diadakan secara besar-besaran. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Hehe..

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Tu la sebab kenapa korang bukan saja kena dapatkan. Tetapi kena dapatkan SEGERA rujukan eXtra seksyen ni!

Cara Beli Rujukan Penuh

Berikut step by step cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan eXtra Seksyen. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan extra Penghulu NP29 korang

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena klik guna butang ke kanan yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej rujukan Penghulu NP29

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini kalau korang nak pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra daya menyelesaikan masalah Penghulu NP29

4. Tapi klu korang nak pakej utk eBook Kefahaman Bahasa Inggeris. Korang klik lagi sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #3‘ (yg kaler kuning aka gold tu). Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra kefahaman bahasa inggeris Penghulu NP29

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘syarat & terma pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa ‘Cupon’ di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak ‘I understand and accept the terms and conditions‘.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

Selepas itu, korang akan dibawa utk login dlm online banking mcm biasa la. Username, password dan nombor TAC. Alaaa.. Bukan tak biasa beli di shopee atau Lazada kan.

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok bukan Ketua Pengarah SPA. Jadi, atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan tambahan & contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Penghulu NP29 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Adoi.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan bimbang. Dalam rujukan Penghulu NP29 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir ter-delete dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2023.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam da dekat ni tok, Sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 ni bukan buku fizikal (yg boleh pegang tu). Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 1 jam 55 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Lagi pun, kalau korang beli menggunakan FPX (via Billplz) / online banking. Link download rujukan ni akan diterima dlm tempoh 10 – 15 minit sahaja.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku yg comel. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga rujukan eXtra contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Penghulu NP29 yang akan korang hadapi pada tahun 2023 ini.

Contoh soalan Penghulu NP29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Senarai FAQ

Ada tak contoh soalan Pengetahuan Am Penghulu NP29 dalam rujukan ini?

Ada. Korang kena beli sekali. Saja atok tak ulas dalam post ni. Nanti jadi panjang sangat.

Contoh soalan Penghulu NP29 Daya Menyelesaikan Masalah ada dalam rujukan ni?

Ada. Ia telah digubal setara dengan aras yang telah ditetapkan oleh SPA dalam pengendalian exam secara online.

Contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penghulu NP29 sudah pasti ada bukan?

Sudah tentu ada. Ia telah disediakan dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu persediaan korang.

Ini soalan bocor ke?

Bukan sama sekali. Ini pakej yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat. Ia membantu korang study sahaja.

penutup

Dapat panggilan peperiksaan PSEE online Pembantu Penerbitan? Alhamdulillah.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerbitan N19.

Kpd yg dipanggil ke PSEE Pegawai Kebudayaan, mohon luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Kebudayaan B29. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap tahun adalah berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Khas calon yg dipangil ke PSEE Penolong Kurator ambilan kementerian pelancongan, seni dan budaya malaysia. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Kurator S29 ini.

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Jurufotografi B19 ambilan KKMM bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Jurufotografi B19 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan Penolong Pegawai Syariah LS29 ambilan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat penting di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Syariah LS29 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE Pemeriksa Cap Jari N19. Kali ini untuk Kementerian Dalam Negeri pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA9, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Cap Jari N19.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan tergadai apa lagi terjual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Last but not least, Jabatan Penerangan sedang menapis calon2 Pegawai Penerangan S41 yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA9 untuk jawatan ni, teruskan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Penerangan S41 ni. Sebagai persediaan awal.

penutup juga

Khusus utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE Gred 29 Terengganu, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA Terengganu ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu yang atok kongsi sebelum ni.

Atok dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan Pegawai Belia dan Sukan mcm tak beragak lagi ramainya. Malangnya, jumlah kekosongan amatlah sedikit. Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Belia dan Sukan S41 ni.

Calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu tadbir undang-undang boleh tahan juga ramai. Korang rasa cmna? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu tadbir undang undang dalam portal SPA9, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang Undang L19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu syariah. Buat masa ni, panggilan kedua belum lagi keluar. Tapi atok jangkakan, tarikh sudah semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Syariah LS19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

SPA dah keluarkan panggilan untuk Penolong Penguasa Kastam. Jika korang dipanggil memang kelam-kabut cari rujukan tu. So chill jer dan baca contoh soalan peperiksaan Penolong Penguasa Kastam WK29 ni.

Sapa calon exam PSEE online Pembantu Geosains? Angkat phone! Dah angkat? OK, skrg baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Geosains C19. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

OK, ni btl2 last. Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk pegawai penguatkuasa ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Panggil exam sudah dikeluarkan. Pastinya contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!