20 Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah

Korang dipanggil peperiksaan SPA atau peperiksaan under SPA negeri? Sampai saat ini masih tak pasti apa nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah yg bagus? Gagal peperiksaan online SPA atau peperiksaan online under SPA negeri akan ‘membunuh’ peluang korang untuk dipanggil ke stage temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap.

Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah

Jom add atok di atokpencen.com di Twitter dan atokpencen.com di Facebook. Takkan tak sudi kot..

Gagal peperiksaan SPA juga akan ‘meranapkan’ harapan korang untuk menjadi ‘Abang Pegawai Kerajaan yang hensem’ atau ‘Akak Gomen yg cantik’. Gagal peperiksaan SPA juga semestinya ‘memadamkan’ impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal byk berbakti kelak.

Gagal peperiksaan SPA ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg sering menjadi’sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang. Dan gagal peperiksaan SPA ini sudah pasti ‘memudarkan’ anganan korang untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa kupi-kupi di kedai mamak.

Khas orang Kedah: Asalnya, rujukan ini digunakan untuk calon-calon yang akan menduduki PSEE under SPA Pusat. Namun, kebanyakan skop dan nota yang terkandung di dalam rujukan ini juga turut sesuai digunakan untuk peperiksaan-peperiksaan online yang lain termasuk Peperiksaan Atas Talian kelolaan SPA Kedah. Jadi, kepada korang yang akan menduduki Peperiksaan Atas Talian SPA Kedah bagi jawatan Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 (Tetap) pada Bulan November 2023 ini. Kalau korang ada duit lebih, boleh jadikan ini sebagai bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada korang.

Nota Penting: Untuk korang yang akan menduduki Online Recruitment Entry Qualification Test (Online REQT) Sarawak bagi jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 pada 07 September 2023 ini. Buat persediaan penuh! Bahan ulangkaji dan latih tubi untuk peperiksaan REQT Sarawak boleh korang dapatkan di Rujukan peperiksaan online Sarawak (REQT) ini.

Di bawah merupakan koleksi Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah yang disediakan di bawah.

Bertuahnya, korang juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama menghadapi peperiksaan online SPA (PSEE) pada tahun ini.

Semakan Penjadualan Peperiksaan SPA

Semakan penjadualan peperiksaan online SPA boleh dibuat dengan melayari:

Facebook SPA:

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual peperiksaan online terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping, menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih.

Pengenalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Apa itu Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah?

Basically, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (panggilan exam oleh SPA) atau kekadang disebut juga sebagai Seksyen Daya Penyelesaian Masalah (panggilan exam oleh negeri) adalah bertujuan menguji dan mengukur kebolehan calon dari aspek Numerical Reasoning, seperti yang telah dijelaskan oleh Bahagian Pengambilan SPA.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan dan kebolehan calon dalam menggunakan logik, interpretasi data dan penggunaan angka.

Sebelum kita sambung, sekiranya korang dapat panggilan peperiksaan daripada negeri atau agensi kerajaan negeri dan bukannya under SPA. Post yg lebih sesuai untuk korang baca ialah contoh soalan Daya Penyelesaian Masalah ini.

Bagi yg under SPA, kita teruskan..

Soalan SPA : Daya Menyelesaikan Masalah digunakan untuk mengukur keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Senario Semasa Peperiksaan SPA

Untuk menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang diisyaratkan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online SPA / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Dan ini amat malang sekali.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah di bahagian A.

Format Peperiksaan Online SPA

Format Peperiksaan online SPA telah mengalami evolusi dan mendapat perubahan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan SPA untuk jawatan gred N19 dan W19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2019. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Untuk lebih jelas, teliti contoh di bawah.

Format 2017/2018 vs Format 2022/2023

Format Peperiksaan Online SPA 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Peperiksaan Online SPA 2022/2023

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. bukan sama ke tok?

Nampak saja macam sama. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Elak Daripada ‘Menangis Tak Berlagu’

Jadi, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Daya Penyelesaian Masalah). Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘menangis tak berlagu‘ dek kerana gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Sementera, untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, ia melibatkan soalan-soalan comprehension dan grammar, termasuk;

  1. Pronoun (Kata Ganti)
  2. Noun (Kata Benda)
  3. Verb (Kata Kerja)
  4. Adjective (Kata Sifat)
  5. Adverb (Kata Keterangan)
  6. Determiner (atok lupa)
  7. Preposition (Kata Depan)
  8. Conjunction (Kata Hubung)

Untuk penjelasan lanjut mengenai seksyen kefahaman Bahasa Inggeris ini, baca Contoh Soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris yang membincangkan seksyen ini dengan teliti.

Satu lagi, yang turut tidak kurang pentingnya ialah Seksyen Pengetahuan Am. Ia melibatkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan, seperti:

  1. isu-isu semasa,
  2. hal ehwal politik,
  3. dasar-dasar awam,
  4. pengurusan sumber ekonomi,
  5. pengurusan sumber kewangan,
  6. pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,
  7. serta keselamatan negara

Untuk penjelasan detil mengenai seksyen Pengetahuan Am ini, korang boleh baca Contoh Soalan SPA Pengetahuan Am yang membincangkan seksyen ini dengan jelas.

Pendekatan Dalam Menjawab Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Loya & Mual Angka

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘loya mual angka‘ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir give up.

Namun, jangan terlalu bimbang, kerana dalam Peperiksaan SPA untuk gred 29 dan ke bawah, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dan Jawapan

Soalan di bawah merupakan versi update. Jawapan turut disediakan untuk setiap soalan. Korang boleh cuba jawab contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah di bawah.

Atok tekankan – cuba jawab dahulu tanpa melihat jawapan. Dapat ke tak korang mencari jawapannya.

Markah penuh ialah 20 (satu markah untuk setiap item).

Sila bandingkan jawapan korang dengan skema jawapan yang telah disediakan di bahagian bawah.

20 Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022)

1) Victor Lee membeli sebuah Sofa dengan harga RM 6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Victor Lee membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A. RM5,640.00
B. RM7,540.00
C. RM4,640.00
D. RM5,540.00

2) Letchumi memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang tali yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?

A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m

3) Di sebuah pusat kajian perubatan terdapat seramai 40 subjek. 40% didapati mendapat penyakit kaki, mulut dan tangan. ¼ daripadanya sihat dan selebihnya demam. Berapakah jumlah subjek yang demam?

A. 16 orang
B. 18 orang
C. 17 orang
D. 24 orang

4) Sebuah korperasi mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?

A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang

5) Valendretha mencatat skor 82, 91, 86 dan 88 dalam empat kertas ujian percubaan. Berapakah markah yang harus Valendretha capai dalam kertas percubaan kelima untuk mendapatkan purata markah 85?

A. 78
B. 82
C. 83
D. 86

6) Sekiranya harga petrol RON 97 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 97 tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

7) Kelas 4 Kemboja ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

8) Dalam Persatuan Tari SMK Pekan II, terdapat 10 orang dengan berat 35 kg, 20 orang dengan berat 40 kg. Berapakah purata berat ahli dalam persatuan tari tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

10) Shazrinah Umairah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan M dan N ialah

A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120

11) Amnia Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

12) x(x-2y)-(y-x)2 =

A. –y2
B. 2×2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2

13) Cari median bagi taburan nombor berikut:

| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |

A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

14) Kereta Encik Kamaludin menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?

A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml

15) Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain), berapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

16) Ah Chan mempunyai 280 biji buah rambutan. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah rambutan untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Malini, Agus dan Henry. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

A. 40 biji
B. 60 biji
C. 70 biji
D. 80 biji

17) Dalam satu pertandingan jalan kaki, Linda berada 15m di depan Sandra. Linda melangkah 1m setiap kali kaki Sandra melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Sandra bagi menyamai Linda?

A. 70 langkah
B. 75 langkah
C. 80 langkah
D. 85 langkah

18) Syarikat XYZ Sdn Bhd telah membeli peralatan pejabat pada bulan Januari 2005 dengan kos berjumlah sebanyak RM 40,000.00. Peralatan ini dijangka mempunyai nilai sisa berjumlah RM 10,000.00 dengan tempoh usia guna selama 5 tahun. Berdasarkan kaedah susut nilai garis lurus, berapakah susut nilai tahunan peralatan pejabat berkenaan?

A. RM4,000.00
B. RM6,000.00
C. RM8,000.00
D. RM9,000.00

19) Harga kos set kecantikan di Syarikat Teguh Jaya ialah RM120. Harga jual set kecantikan itu ialah RM150. Set kecantikan itu diberi diskaun sebanyak 60% sempena penghabisan stok. Syarikat Teguh Jaya mengalami…

A) Keuntungan sebanyak RM60
B) Keuntungan sebanyak RM30
C) Kerugian sebanyak RM60
D) Kerugian sebanyak RM30

20) Sebuah tangki berbentuk silinder mempunyai diameter 7.10 meter, diisi penuh dengan minyak. Tinggi silinder itu adalah 1.28 meter lebih dari jejarinya. Berapakah isipadu minyak dalam tangki itu di dalam unit meter padu?

A. 191.03
B. 190.00
C. 192.00
D. 191.14

Skema Jawapan Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022)

  1. A
  2. C
  3. B
  4. C
  5. A
  6. D
  7. C
  8. C
  9. A
  10. A
  11. D
  12. C
  13. C
  14. C
  15. A
  16. D
  17. B
  18. B
  19. C
  20. A

Da semak? Dapat berapa betul?

Korang yang dapat markah sebanyak 19 atau 20. Tahniah atok ucapkan. Ada harapan la tu utk exam nanti..

Bagi yang dapat markah 15 dan ke bawah. Korang berada dalam kedudukan merbahaya. Segera dapatkan rujukan di bawah untuk meningkatkan persiapan korang

Jadi, demikianlah beberapa Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) yang sempat dibincangkan dalam perkongsian ni. Sekali lagi atok ingatkan, korang cuba dulu jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri. Kemudian barulah semak jawapan tu betul ke idok dengan skema yang disediakan.

Tolong atok ya. Tolong jangan tipu diri sendiri..

Atok tahu korang tentu perasan, dan tertanya-tanya dalam hati..

Mana jalan kiranya tok?

Camna bole dapat jawapan A pula ni?’

Tak faham la tok, cara nak dapat jawapannya.

Jadi, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan SPA : Daya Menyelesaikan Masalah yang dilengkapi dengan skema jawapan yang lebih padu dan penjelasan jalan kira yang terperinci. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah

20 Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah

Rujukan ini mengandungi contoh soalan SPA – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA. Di dalamnya tersimpan khazanah berharga – formula matematik SPA.

Ada yg emel dan tanya atok:

Salam tok, rujukan ni sesuai tak dijadikan bahan bacaan tambahan untuk exam online under SPA Negeri bagi jawatan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29?

Jawapannya ialah:

Boleh. Tiada masalah.

Kemudian, sorang calon lain pula emel:

Sy takde kena-mengena dgn exam S29 tu tok. Tapi sy dipanggil utk peperiksaan under SPA Negeri Penolong Jurutera JA29. Sesuai jg ke rujukan Math ni?

Atok balas:

Yup. Oleh kerana rujukan ini bersifat am, jadi ia sesuai dijadikan rujukan asas utk kebanyakan exam.

Cara membuat pembelian:

1. Klik Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah. Scroll ke bawah sekali. Klik butang ‘Pilih Rujukan Anda‘.

Pilih rujukan peperiksaan online SPA anda

2. Scroll ke bawah, sampai nampak pilihan pakej. Tak bleh scroll ke kanan (atok dah try). So, kena guna butang ke kanan (>) yg atok bulatkan dlm gambar di bawah ni.

scroll ke kanan untuk pilih pakej

3. Korang klik jer sampai jumpa ‘Pilihan SINGLE #2‘ (yg kaler hijau tu). Ini ialah pakej utk eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Pastu, klik butang ‘Tempah Sekarang‘.

pilih ebook extra daya menyelesaikan masalah

4. Korang akan sampai ke halaman di bawah.

  • 1) Korang kena isi emel peribadi yg betul (sebaiknya pakai gmail).
  • 2) Jgn lupa tick kotak ‘Syarat & Terma Pembelian‘.
  • 3) Klik butang ‘Proceed to checkout‘.
masuk emel, tick kotak dan proceed to checkout

5. Selepas itu, korang dibawa ke sini. Ikuti betul2 arahan berikut:

  • A) Tak payah isi apa-apa cupon di sini. Biarkan jer kosong.
  • B) Isi billing information dgn lengkap. Ruangan ‘Company’ tu biarkan kosong.
  • C) Ini pun tak payah buat apa-apa.
  • D) Tick semua kotak yg ada.
  • E) Akhirnya klik butang ‘Complete your order‘.
isi butiran pembeli dan klik complete your order

6. Seterusnya, korang akan sampai ke ruangan pembayaran ni.

  • 1) Pilih online banking korang. Atok bagi contoh guna myBSN. So, korang just klik ikon myBSN.
  • 2) Tick kotak tu.
  • 3) Klik butang ‘PAY‘.
Pilih online banking dan klik pay

7. Selepas itu, korang akan dibawa untuk login ke dlm online banking mcm biasa la. Bukan tak biasa beli di shoppee atau Lazada kan..

Jelas tak? Kalau korang masih tak faham jugak. Bleh emel atok di atokpencen.com @ gmail.com. Nnt atok balas klu online.

Ini bagi mereka yang ada kemudahan online banking.

Camna pula kalau tiada internet banking? Tak boleh beli ke tok?

Untuk korang yg tiada kemudahan perbankan internet tu. Korang juga boleh membuat pembelian rujukan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah ni dengan kaedah transfer menggunakan ATM atau kedah bank-in menggunakan CDM (Cash Deposit Machine). Bayaran secara manual ni ada lain sikit dan agak banyak step-nya. Korang bleh emel atok di atokpencen.com @ gmail.com untuk bantuan pembelian secara manual.

Tapi tok, Kenapa saya kena beli rujukan ni?

1) Hati korang jadi riang ria

Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan exam korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin merantau satu internet. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Guna pengalaman 13 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan masih berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu susah-susah buat pengiraan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu. Buat kawin.

Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Realme X3 Superzoom ke, Oppo Reno3 Pro ke, tak pon Huawei Nova 7SE ker.. Kan..

5) Honda City

Rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Malah boleh beli rumah cantik. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

6) Tak Perlu Upah Jawab Soalan SPA

Lastly, tak perlu upah orang jawab soalan SPA. Jimat duit korang. Lagi pun, tahukah korang bahawasanya mengupah orang menjawab soalan SPA bagi pihak korang adalah salah di sisi undang-undang? Di samping itu, ia juga dianggap sebagai tindakan yang tidak beretika. Kalau korang lulus disebabkan orang yg tolong jawabkan, dimana maruah korang sebagai seorang calon yang jujur. Dpt kerja secara tidak amanah. Status rezeki sepanjang hayat korang (jika berjaya dilantik) akan menjadi tanda tanya halal haramnya..

Dengan membuat ulangkaji dan latih tubi berbantukan rujukan extra Daya Menyelesaikan Masalah ini. Korang akan lebih bersedia. Tak perlu upah orang. Tak perlu bergantung kepada org lain.

Tu la sebab kenapa korang bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.

Rujukan ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang korang untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.

Namun, atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, sempat ke pos buku ni?

Rujukan & contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi korang x payah duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Walau bagaimanapun, kalau korang yang banyak sangat ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku.

Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian peperiksaan SPA!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni. Korang jangan tinggal duduk diam. Tidur, bangun, makan, main FB, main Insta, pastu tidur lagi. Usaha ckit dgn baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) ni untuk korang yang betul2 berminat nak masuk kerja kerajaan sahaja.

Bagi yang lebih menggemari kerja swasta (atas sebab amount komisyen yg nampaknya lebih mantul), korang bacalah cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum menggerakkan kaki dan diri korang tu ke mana-mana temuduga terbuka swasta, korang kena tahu dahulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta. Jangan da gerak, baru nak rojer atok pula. Dah terlambat.

Penutup Juga

Exam SPA Pembantu Laut boleh dikatakan sukar. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal menganggotai AADK sebagai pembantu Anti Dadah. Tolong hapuskan sama sekali ancaman ni dari negara kita. Duduklah exam online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Tak lupa juga kepada calon exam SPA penolong pegawai tadbir ambilan under Kementerian Kesihatan Malaysia. Sila baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29. Atok berharap di sedikit sebanyak membantu korang.

Khas cucu atok yang dipanggil exam SPA penolong pegawai pembangunan masyarakat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 ini akan memberi sedikit sebanyak pendedahan berguna.

Dapat panggilan exam SPA pembantu tadbir P/O? Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk exam online tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19.

Korang tahukan, exam SPA pembantu tadbir (p/o) dan pembantu tadbir (kewangan) dijalankan serentak? So, bagi yang dipanggil exam pembantu tadbir kewangan, luangkan sikit masa korang tu tuk baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19.

Last but not least, khusus calon pembantu operasi, dapatkan info berguna dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi N11 ini. Jangan ambil mudah peperiksaan SPA tu.

Ni baru penutup!

Exam SPA online terakhir untuk Penolong Pegawai Pendaftaran bagi tahun ni akan diadakan dalam beberapa hari lagi. Kepada yang dipanggil, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 ni.

Sesi exam online SPA untuk pegawai bomba akan dijalankan bila-bila masa dalam tahun ni. Elok bersiap awal-awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Pegawai Bomba KB19 ni.

Anytime SPA akan keluarkan panggilan exam online Pemeriksa Kilang dan Jentera J41. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Pemeriksa Kilang dan Jentera J41.

Khusus buat yang bakal menganggotai SPRM sebagai penolong pegawai siasatan. Atok da sediakan beberapa bahan bacaan tambahan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Siasaan P29. Selain itu, maklumat lanjut korang boleh layari portal rasmi SPRM k..

Kementerian Kerja Raya dan KKMM sedang menantikan calon-calon pembantu kemahiran yang akan diserap masuk tidak lama lagi. Jika korang sudah menerima emel panggilan exam online untuk jawatan ni, suka atok cadangkan perkongsian contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19 ni.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke exam online penolong jurutera, atok nasihatkan baik bersedia. Adalah dikatakan exam ni sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Jurutera JA29 yang atok kongsi sebelum ni.

OK, ni btl2 last. Panggilan exam SPA bagi pembantu awam sudah dikeluarkan oleh SPA. Dengar khabar, jumlah yang dipanggil amat ramai. So better bersedia. Jangan lupa baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

65 thoughts on “20 Contoh Soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah”

    • Salam Helmy, rujukan utk KP41 sedang dalam proses penghasilan. InsyaAllah dalam minggu depan relese. Nanti atok akan update dalam blog ni. InsyaAllah..

      Reply
      • Assalamualaikum atok Jika saya nak ambil exam (PSEE) Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11,Buku rujukan apa yang paling terbaik..sebenarnya sya kena buat exam tuh 23/7/2020..masih sempat ker abg atok.?terima kasih..assalamualaikum

        Reply
        • Wkslm Rafi. Rujukan eBook Daya Menyelesaikan Masalah. Tapi klu nak beli hari ni (22 Jul), rasanya da tak sempat study kot. Da last minit btl tu.

          Reply
  1. Assalamualaikum atok untuk peperiksaan pembantu tadbir GRED N19. Daya menyelesikan masalah & kafahaman bahasa inggeris ada tak atok?

    Reply
    • Salam Afiqah, untuk beli eBook Kefahaman Bahasa Inggeris sahaja. Ikuti cara di bawah :

      1. Klik Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah.
      2. Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
      3. Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan SINGLE #3’ (yg kaler kuning emas tu)

      P/s: kalau beli hari ni (4/8/2020) masih sempat study. InsyaAllah..

      Reply
  2. Jawapan no 11 agak mengelirukan.
    a) 5 x 3.5 =17.5 -total tali
    b) 3(3.5)+1.45m = 11.95m digunakan
    tinggal a – b = 5.55m

    Reply
    • Wkslm Fikri,

      Kebanyakan Gred N19 termasuk PTPO, Pegawai Khidmat Pelanggan, Juruaudio Visual dll jawatan N19. Gaji basic (kelayakan SPM) ialah pada tangga RM1,352.00 dengan kadar kenaikan tahunan sebanyak RM100.00 pada setiap tahun.

      Reply
    • Hai Epyshariah,

      Maafkan atok, utk beli bahagian A dan B sahaja memang tak ada dalam senarai pilihan di laman tempahan nampaknya. So sorry.. 🙁

      Reply
  3. Assalam, buku rujukan pegawai tadbir diplomatik m41 dijual berapa harganya ya? InshaaAllah akan sit for online exam pada 27/8/2020 ni

    Reply
    • Salam,

      Utk eBook rujukan M41 yg khusus belum dijual lagi. Atok pon belum dapat info rasmi daripada syarikat InfokKerjaya PLT (pengeluar rujukan).
      Buat masa ini, atok cuma suggest dapatkan rujukan umum exam SPA seperti dalam post di atas. Harga dalam RM80 utk full package.

      Reply
  4. Saya nak beli tp dia suruh clik utk free download review dulu
    dan buat pengesahan tp xde pun email instruct tuk beli tu mcmana
    tlg wasup i mohon bantuan
    help..help..
    0142212880

    Reply
    • Salam Ereniweti,

      Tak perlu klik free download preview tu.

      Terus ikuti langkah di bawah:

      1. Klik pautan ini: https://atokpencen.com/baca/exam-spa/

      2. Scroll terus ke bawah sekali dan klik butang ‘Pilih Rujukan Anda’

      3. Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan SINGLE #2’ (button yg kaler hijau tu).

      4. Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik ‘Proceed to checkout’.

      5. Tunggu 5-10 minit baru semak emel, cara pembelian akan diemelkan kpd anda.

      Harap ia membantu.

      Reply
  5. Salam atok, kalau pen pegawai hal ehwal islam 29 nak rujuk yg mana satu pulak?? Bantu tok, nak standby jawab exam ni nanti.

    Reply
    • Wkslm Syahida,

      Kemungkinan besar akan ada rujukan khas dikeluarkan utk pen pegawai hal ehwal islam 29. Tapi masih di peringkat perbincagan.

      Bagaimana pun, utk persediaan awal dan kalau ada bajet lebih. Atok syorkan dptkan dulu pakej ultimate dlm rujuken extra ni. Sebab dlm tu dah cover secara kasar Seksyen A, B dan C.

      Reply
  6. Asalam atok , saya sepatutnya beli ebook pembantu penguasa kastam untuk exam online on April tapi saya dapat ebook pembantu hal ehwal Islam, macam mana ni ya .
    Harap atok dapat bantu ..

    Reply
    • Wkslm,

      Maksud Shuhadah dpt eBook bonus Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29 ea?

      Sebab eBook daya menyelesaikan masalah dan ebook kefahaman bahasa inggeris tu mmg betul.

      Ia boleh digunakan utk kedua-dua exam pembantu penguasa kastam wk19 dan penolong pegawai hal ehwal islam s29.

      Utk makluman Shuhadah, eBook bonus Pembantu Penguasa Kastam wk19 nanti akan dimasukkan di ruangan download pada 4 April.

      So, jgn bimbang. Ianya free. 4 April nnti masuk semula ke ruangan download utk dptkan bonus tu ya.

      Reply
  7. asamulaikm atok.. saya ade exam untk jawatan penolong pegawai tadbir n19 April ni.. untk section A dan section B.. boleh atok suggest yg ok untk rujukan saya.. tq

    Reply
  8. assalamualaikum atok, saya dapat email untuk PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) JURUSOLEK GRED B19 (KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SEMENANJUNG), this exam will be on 21st May 2021
    Contoh soalan yang mana sesuai untuk exam ni? Saya nak rujukan, some readings that can help me greatly for this exam. Thank you so much.

    Reply
    • Wkslm.

      Nak ckp sesuai 100% mmg tak boleh. Tapi InsyaAllah, boleh digunakan sebagai bahan rujukan tambahan. Sedikit sebanyak ia akan membantu persediaan Hanna..

      Reply
  9. Assalamualaikum, saya mau tanya untuk (PSEE) penolong pegawai penguatkuasa gred KP29 (pertanian dan industri makanan), ada ka rujukannya? terima kasih

    Reply
    • Wkslm Jasnita,

      Memandangkan atok dan team tidak mengeluarkan rujukan khusus utk exam Pembantu Belia Dan Sukan S19, rujukan yg boleh digunakan utk membantu proses ulangkaji ialah rujukan eXtra. Tidak spesifik utk jawatan ini. Namun, sedikit sebanyak ia boleh menolong meningkatkan persiapan.

      Boleh lihat pakej yg ditawarkan di pautan berikut:

      https://atokpencen.com/baca/exam-spa/

      Reply
  10. Dalam ebuku ni, ada berapa banyak soalan daya menyelesaikan masalah?
    Cara pengiraan disediakan sekali?
    Ada kupon tak? saya berminat nak beli pakej lengkap & upsell sekali tapi bajet tak mencukupi..
    mohon bantuan pihak tuan

    Reply
    • Salam sejahtera Nani,

      Buat masa ini belum boleh lagi. Bila SPA dah umum tarikh exam Pen. Peg. Penguatkuasa N29 nanti atok akan bincang dengan tim infokerjaya sama ada nak keluarkan rujukan khas utk gred ini atau macamana. Tq..

      Reply
  11. hai atok, sy telah dipanggil untuk sit online exams untuk JURUTERA J41, soalan yang atok sediakan soalan am tu, boleh dipakai tak?

    thank you.

    Reply
  12. Assalamualaikum , hari tu saya ada purchase untuk buku rujukan . tapi email untuk masuk link saya terdelete . boleh bantu saya ?

    Reply
  13. Hye ,sya nak purchase soalan untuk daya menyelesaikan maslah & kefahamn bhasa inggeris update 2022 .. untuk jawatan pegawai imigresen gred kp19 ,boleh tolong forward link untuk pembelian ?

    Reply
    • Hye Christine,

      Mohon maaf daripada kami. Setakat ini, rujukan yg ada hanya versi 2021. Team atok masih blm sempat release versi 2022.

      Reply
  14. Salam toq, bagi link semua ebook/panduaan sesuai utk Q41 – Peg Penyelidik (Engineering).
    Saya masuk kosong ini toq tak ada pengalaman.
    Tq toq. Insha Allah

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!