Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Korang dipanggl ke PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ambilan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 3 November 2021 ni? Di bawah merupakan koleksi 20 contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Koleksi ini terdiri daripada 10 contoh soalan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah dan 10 contoh soalan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Nota Penting: Kepada korang yg dapat panggilan untuk ujian psikometrik Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 untuk ambilan di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Undang-Undang L19.

Sebelum itu, bagi korang yg dah berjaya melepasi PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ni, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 utk penempatan di Mahkamah Persekutuan Malaysia yg dijadualkan pada kali ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ini.

Cuba dapatkan sendiri jawapan bagi setiap contoh-contoh soalan peperiksaan pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 yang diberikan di bawah sebagai latih tubi korang.

Selain dari itu, calon juga digalakkan mendapatkan rujukan khas Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama dalam membuat persediaan sebelum hadir peperiksaan pada pada kali ini.

Permohonan jawatan kosong Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19

Sekiranya korang mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 secara rasmi di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan di pelbagai kementerian / jabatan, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan atau mengemaskini borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan sebagai Pembantu Tadbir (Undang-Undang) adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh luput permohonan

Suka diingatkan, tempoh luput setiap permohonan adalah satu (1) tahun. Pemohon adalah dikehendaki mengemaskini semula permohonan masing-masing di portal SPA8i setelah tempoh luput tersebut sampai.

Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19

Berpandukan iklan SPA bertarikh 28 Mei 2021, adalah dimaklumkan jumlah kekosongan sebanyak 45 tempat. Sementara itu, tempat utk calon simpanan adalah seramai 210 tempat.

Jangan tanya atok kenapa begitu ramai sekali jumlah simpanan yg dinyatakan. Atok tak terlibat k..

Apa yg penting, korang kena buat persediaan sebaiknya utk menghadapi peperiksaan online Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 ni.

Bilangan calon yang dipanggil mmg ramai giler.

Semakan penjadualan peperiksaan PSEE Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PEMBANTU TADBIR (UNDANG-UNDANG) GRED L19 DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 3 NOVEMBER 2021

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-tadbir-undang-undang-l19/

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

” Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan korang tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA! “

” *Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang. “

Jadual gaji Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Tadbir Undang-Undang L19;

  • Gaji minimum – RM1,355.00
  • Gaji maksimum – RM4,007.00
  • Kenaikan Gaji – RM100.00

*Di samping elaun-elaun, imbuhan-imbuhan dan kemudahan-kemudahan lain yang seorang penjawat jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang bergred L19 layak terima.

Deskripsi Tugas Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19

Apakah skop kerja atau senarai tugas Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19?

Secara am, tugas seorang Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 adalah seperti berikut:

Bertanggungjawab membuat fail-fail pendaftaran, menyemak draf perintah dan menulis surat kepada peguam-peguam mengenai tarikh-tarikh perbicaraan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Warganegara Malaysia;
Berumur 18 tahun atau lebih pada tarikh tutup iklan;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,355.00);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,411.40);

atau

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred L19: RM1,467.80).

Dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf.

Peperiksaan Online Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 untuk tahun 2021 baru sahaja dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online untuk jawatan ini mungkin akan dijalankan satu (1) kali dalam tahun ini.

Tarikhnya jatuh pada 3 November 2021.

Seperti selalu, semua calon adalah dikehendaki menduduki dan menjawab peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama satu jam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam 2 petang sampai la jam 3 petang. Inilah petang tersingkat dalam hidup yang akan menentukan masa hadapan korang!

Senario Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Sebagai persediaan awal, beberapa perkara berikut perlulah diketahui.

Syarat untuk menyandang jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 :

Calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE).

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yang akan dijadualkan kemudian.

Namun agak malang, berdasarkan maklumbalas yang diterima kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal ini.

Antara sebab yang dapat dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam peperiksaan online Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 terutama di bahagian B.

Format Peperiksaan Untuk Jawatan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19

Format Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 sesi 2020/2021 berbeza dengan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika korang perasan, format soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 untuk sesi 2017/2018 berlainan dengan format 2020/2021. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah melakukan perubahan drastik untuk format sesi exam ini.

Format 2017/2018 vs Format 2020/2021

Format Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 – 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 – 2020/2021

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. macam sama je tok?

Yup, nampak seakan sama. Tapi tak serupa.

Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI kalau korang perasan, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM telah ditiadakan dan digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Jadi, jika korang gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 sesi peperiksaan tahun 2018 dan ke bawah, memang korang akan bazir masa.

Masa korang akan terbuang dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tersilap ‘menyemak draf perintah mahkamah’ (sekadar metafora)

Sekali lagi dinyatakan, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon seolah – tersilap ‘menyemak draf perintah mahkamah’ semasa exam. Cuma kali ini bukan dimarahi oleh peguam bertugas, tetapi – mendapat keputusan gagal dalam peperiksaan online SPA!

Maklumlah, kita lahir-lahir da memang cakap Melayu atau bahasa ibunda masing-masing. Kalau teacher masuk pun, memang ‘yes’ ngan ‘no’ je la yg tahu dijawab.

Sementera, untuk seksyen A pula melibatkan daya menyelesaikan masalah. Masalah yang dikemukakan haruslah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi rumus matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian yang paling sesuai.

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada atok mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan korang menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran pemikiran logik,
  2. kemampuan menginterpretasi data
  3. pemahaman konsep-konsep matematik.

Jangan menambah bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi lagi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘tak suka angka’ atau ‘nyampah angka’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan digit. Asal tengok masalah yang melibatkan formula atau rumus math saja, terus rasa ‘kemalasan’ pun melanda atau dalam hati cakap – ‘nyampah tol den’.

Kenapa tu?

Korang ada belajar teori kecerdasan pelbagai kan? Ala.. teori si Howard Gardner tu. Calon yang mengalami simptom ini adalah dari kalangan mereka yang lebih cenderung kepada kecerdasan naturalis atau kecerdasan kinestetik berbanding logikal-matematik.

Dan padahnya bilangan ‘rekod kegagalan’ peribadi bertambah lagi! Masuk ni da 5 kali kecundang dalam exam online. Setelah result exam SPA keluar dengan keputusan mendukacitakan.

Jika korang salah satu daripadanya, tiada jalan lain kecuali buat latih tubi yang banyak. Percayalah! Ia akan banyak membantu korang dalam exam nanti.

Namun begitu pun, jangan terlalu stress kerana dalam Peperiksaan online Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan bukan?

Pecahan Seksyen A

Daripada pemerhatian yang dilakukan juga, atok cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian & Logik (like IQ test la)

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 – Seksyen A : Daya Menyelesaikan Masalah

1) Sekiranya bulatan bersisi satu. Berapakah sisi Oktagon?

A) 02
B) 06
C) 08
D) 12

2) Nik Ahmad dan abangnya Muhammad Fadil baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu dibeli oleh Nik Ahmad mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3) Budak yang duduk di depan kelas 2 Gemilang mendapat markah tertinggi iaitu 4,500 markah. Budak yang duduk di belakang kelas pula mendapat kurang 250 markah daripada budak yang duduk di tengah kelas 2 Gemilang. Manakala budak yang duduk di tengah kelas pula mendapat kurang 350 markah daripada Budak yang duduk di depan kelas. Berapakah jumlah markah ketiga-tiga budak di kelas 2 Gemilang tersebut?

A) 13,500
B) 13,550
C) 12,550
D) 12,500

4) Daerah Mukah mempunyai kaum M seramai 0.47 juta orang. Kaum N pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa M. Manakala kaum O adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa N. Berapakah jumlah kaum O di Daerah Mukah?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

5) Amelia Natasha seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Add Math dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Add Math yang boleh dijawab oleh Amelia Natasha dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55
B) 50
C) 40
D) 45

6) Siti Nor Haslinda ialah adik kepada Amelia Natasha. Selain turut cantik seperti kakaknya, Siti Nor Haslinda juga suka menabung. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa tabungan Siti Nor Haslinda untuk mendapat dividen sebanyak RM81.00?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

7) Harga 40 ekor Siakap yang dibeli Encik Iswandi ialah RM380. Berapakah harga purata seekor Siakap Encik Iswandi?

A) RM 10.00
B) RM 9.00
C) RM 8.50
D) RM 9.50

8) Encik Adaha membelanjakan 10% daripada pendapat gajinya setiap bulan untuk membayar bil utiliti iaitu RM100. Sekiranya gaji Encik Adaha dinaikkan 50% pada bulan hadapan, berapakan berapakah gaji baru yang akan diperolehinya?

A) RM1000
B) RM1500
C) RM1750
D) RM2000

9) Nur E’zzati baru sahaja mendapat pekerjaan sebagai Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Jadi dia membeli sebuah Sofa dengan harga RM6000 untuk kegunaan peribadi. Potongan sebanyak 6% kerana Nur E’zzati membeli dengan mengunakan kupon diskaun. Berapakah harga Sofa selepas menggunakan kupon diskaun?

A) RM5,640.00
B) RM7,540.00
C) RM4,640.00
D) RM5,540.00

10) Bahan kimia M lebih ringan daripada N tetapi lebih berat daripada Bahan kimia O. Bahan kimia P pula lebih berat daripada Bahan kimia O, tetapi lebih ringan daripada Bahan kimia M. Susun kedudukan semua Bahan kimia tersebut bermula dengan yang paling ringan.

A) O,P,N,M
B) N,M,P,O
C) N,M,O,P
D) O,P,M,N

Untuk lebih banyak contoh (dan skema jawapan lengkap) bagi seksyen A Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ini. Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 berikut.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

Atau pun,

Baca post khas yg membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2021) dengan detil. Ia akan memberikan kefahaman lebih terhadap seksyen ini.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ harapan menggunung ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah korang pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Pecahan Seksyen B

Soalan kefahaman Bahasa Inggeris diolah dalam bentuk sama ada;

a) petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension,
b) soalan berkaitan vocabulary; dan
c) soalan mengenai grammar (Noun, Pronoun, Adjective, Verb, Adverb, Conjunction, Interjection, Preposition, etc).

Di bawah beberapa contoh soalan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 – Seksyen B : Kefahaman Bahasa Inggeris.

Questions 1–5 are based on the following passages.

Passage 1

Climate change is the greatest threat that humanity is facing today, and whether we choose to close our eyes to our impending doom or not, it’s on its way. That is, unless we start making some fundamental changes in the way that we live. Governments around the globe need to start making more forceful moves to encourage their citizens to buy into green living.

The average citizen can’t impact every aspect of climate change, but if the government pressures people to make real changes in their everyday lives, the summative impact would be immense. One way that the government can affect change is by applying more strict taxes on gas-guzzling vehicles and providing monetary incentives for citizens who choose hybrid and electric vehicles. In some countries, citizens have to pay a large fee just for the right to own a vehicle, a fee that contributes to the development of new, more efficient public transit. This may be an audacious move for the American government, but dire situations require drastic action.

The American government can also pass legislation to ban harmful products, including plastic bags, straws, and other plastic materials that have turned our oceans into garbage dumps. Something as simple as using a reusable bag made of biodegradable materials when you shop for groceries would make a huge difference, and really doesn’t force people to make a hug sacrifice.

Change is difficult, and if we want people to really make a difference and slow climate change, we need to use the law to compel them to do so. As long as the majority of cars we produce and sell are fueled by gas, or our grocery stores are stocked with convenient and deadly plastic bags, people won’t make a change. Once we make these harmful products less accessible, real change will begin.

Passage 2

Climate change may be a real danger, but anyone who advocates for more government intervention into how we live our lives is oversimplifying the problem and trying to turn this country into a police state. Proponents of this movement often discuss sweeping governmental intervention as if it’s the magic bullet that will kill climate change for good. All it will really do, though, is restrict our freedom while having little environmental impact.

Many conservationists focus all of their energy on plastic, what they believe is the leviathan pollutants. They conjure up images of birds stuck in can holders, turtles with straws up their noses, and whales is stomachs full of bags. In reality, though, plastics are just one of thousands of different pollutants in the oceans (and plastic bags aren’t even the worst offender). If the government starts sending storm troopers into our streets to take our straws, what impact are they really going to have?

There are plenty of things that we can do to combat climate change, but it starts with education, not legislation. People will buy in to green movements if they understand the problem and what reasonable solutions they can contribute to in order to fix the problem. An autocratic ruler arbitrarily deciding what products are acceptable and what products are unacceptable is never going to inspire people to change.

1) The author of Passage 1 suggests that citizens can make monumental change by

A) petitioning the government to pass legislation that bans harmful products.
B) each making small changes that add up and have a large effect.
C) encouraging local businesses to stop using plastic materials.
D) elect officials who are committed to making real environmental change.

2) Which choice provides the best evidence for the answer to the previous question?

A) “That is, unless we start making some fundamental changes in the way that we live.”
B) “The average citizen can’t impact every aspect of climate change, but if the government pressures people to make real changes in their everyday lives, the summative impact would be immense.”
C) “One way that the government can affect change is by applying more strict taxes on gas-guzzling vehicles and providing monetary incentives for citizens who choose hybrid and electric vehicles.”
D) “This may be an audacious move for the American government, but dire situations require drastic action.”

3) As used at the end of the second paragraph, “drastic” most nearly means

A) rash and unplanned.
B) naïve and thoughtless.
C) aggressive and controlling.
D) quick and impactful.

4) The author of Passage 2 indicates that sweeping government intervention will

A) be met with sharp opposition by Americans.
B) turn America into a communist state.
C) not do much to help the evironment while limiting people’s rights.
D) only work if citizens buy in.

5) Which choice provides the best evidence for the answer to the previous question?

A) “Climate change may be a real danger, but anyone who advocates for more government intervention into how we live our lives is oversimplifying the problem and trying to turn this country into a police state.”
B) “Proponents of this movement often discuss sweeping governmental intervention as if it’s the magic bullet that will kill climate change for good.”
C) “All it will really do, though, is restrict our freedom while having little environmental impact.”
D) “Many conservationists focus all of their energy on plastic, what they believe is the leviathan pollutants.”

6) Please read the following sentence.

Once Allyca lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A) after starting.
B) after lifting her pen.
C) once Allyca lifted her pen and made a start.
D) once she lifted her pen and made a start.

7) Cassandra has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A) Cassandra has three animals in total.
B) Cassandra has more cats than dogs.
C) One of Cassandra’s cats is black.
D) All of Cassandra’s dogs have spots.

8) Where ___________ Yin Yin live?

A. are
B. is
C. do
D. does

9) Mei Hui Chan ___________ English, Mandarin and a bit of Arabic.

A. speaks
B. speak
C. speaking
D. is speaking

10) I have only a ________ Hari Raya Idul Adha cards left to write.

A. few
B. fewer
C. less
D. little

Dapat tak jawapan untuk contoh soalan di atas?

Untuk lebih banyak contoh soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ini (dan dilengkapi skema jawapan padu). Korang boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19 di bawah.

Contoh Soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang Gred L19 Tugas

Atau pun,

Baca perkongsian yang membincangkan contoh-contoh soalan SPA Kefahaman Bahasa Inggeris (Updated 2021) dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman korang terhadap pecahan soalan dalam seksyen ini.

Rujukan Bantuan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19

Untuk sesi 2021, rujukan penuh kali ini telah diperhalusi dan dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Kenapa korang kena dapatkan rujukan penuh ni?

1) Hati korang jadi riang gembira

Nota Ringkas & padat dalam rujukan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ini akan menjimatkan masa persediaan korang. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. X perlu buang berjam-jam masa berharga korang mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Guna pengalaman 12 tahun kami

Contoh soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yg diberikan akan membiasakan korang dengan format exam. Bukan soalan bocor tetapi jenis soalan yang hampir sama. Korang pinjam pengalaman kami selama 12 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis dan berpusat!

3) Memudahkan hidup korang

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian korang. Ada jalan kira diberi. X perlu pecah kepala cari jawapan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup korang.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk beli smartphone baharu)

Boleh beli asing2, misalnya nak seksyen B saja pun boleh. Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu.

5) Murah gilerr

Lastly, rujukan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang korang memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Cara beli rujukan penuh

Arahan:

  1. Klik Rujukan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19.
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘Beli Sekarang’.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej yang sesuai dengan bajet korang.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout’.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang korang masukkan tadi).

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ni?

Atok tak berani janji apa-apa. Rezeki lulus ni kita serah pada Allah SWT. Apa yang paling penting, korang sdh berusaha dengan gigih dan sebaik mungkin.

Namun, apa yang atok recommend ni adalah rujukan & contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 terbaik yang ada di pasaran setakat ini. Termasuk nota, contoh soalan, contoh jawapan dan penerangan jalan kira untuk memudahkan persediaan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Habislah nak.. Dah lupa formula Matematik la tok!

Jangan risau. Dalam rujukan Pembantu Tadbir (Undang-Undang) L19 ni, dia dah disediakan dgn nota-nota ringkas Matematik untuk korang ‘refresh’ semula konsep-konsep matematik yang da hampir terpadam dari ingatan tu. Cara pengiraan dan jalan penyelesaian untuk mendapatkan jawapan juga disertakan.

Paling penting, nota-nota Matematik ini adalah daripada soalan-soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan kerajaan sepanjang 2014-2019.

Tak perlu ulangkaji & study keseluruhan buku teks Matematik. Korang bukannya mahu duk SPM pon. Nak tau apa paling best? Dalam rujukan ni, da pilih topik yg perlu sahaja. Maklumat ni sulit ya. Untuk korang yang serius tak nak buang masa dan nak sukses.

Exam da dekat ni tok. Sempat ke pos buku ni?

Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi PDF. Korang akan diberikan akses ke ruangan download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan dan disahkan.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang x perlu tunggu whatapps dari orang Pos Laju atau lain-lain kurier gtaw barang da sampai. Pastu naik la keta atau motor dlm 50 minit (pegi ulang-alik amik barang).

Korang juga tak perlu bz sgt, tengok tracking number tiap minit. Nak tengok barang korang da sampai area mana.

Tapi tok, saya lebih suka baca buku..

Korang yg banyak sgt ink tu, xda masalah. Boleh print eBook ni. Then binding. Menjadi la ia sebuah buku. Boleh conteng2 nota kaki. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Ada soalan lagi? Kalau da tak ada, cepat dapatkan sekarang juga! Sebelum jualan ditutup. Rujukan ni bukan dijual selama-lamanya.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yang akan korang hadapi pada kali ini.

Contoh soalan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Penutup

Bilangan dipanggil ke exam online pembantu pendaftaran amat-amat ramai. Kalau tak silap atok lebih kurang 47,513 calon dari Sabah dan 30,592 caon dari Sarawak. Itu belum masuk calon Semenanjung lagi. Korang rasa? Kalau korang ada mohon jawatan pembantu pendaftaran dalam portal SPA8i, panggilan exam sudah dikeluarkan oleh SPA. Jangan sudah last minit baru kelam-kabut. Siap-siap baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Pendaftaran KP19.

Buat cucu atok yang dipanggil ke exam PSEE online untuk pembantu penguasa kastam. Buat masa ni, panggilan belum lagi keluar. Tapi tarikh yang dijangkakan semakin menghampiri dari hari ke hari. Tapi pastinya contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguasa Kastam WK19 ini akan memberi sedikit input bermanfaat sebagai bekalan awal sebelum ke exam nanti.

Jawatan penghantar notis mencatatkan antara panggilan exam PSEE yang wajib dibuat setiap tahun oleh SPA. Hampir semua jabatan kerajaan memerlukan jawatan ini. Boleh dikatakan jawatan ini antara jawatan yang cukup popular di kalangan pemohon. Kalau korang terlibat memohon jawatan ni, sila dapatkan info di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11.

Sapa exam PSEE online atendan hospital ambilan under Ministry of Health Malaysia (MOH)? Sila baca contoh soalan peperiksaan Atendan Hospital U11. Atok harap di sedikit sebanyak membantu korang.

Buat cucu atok yang dipanggil exam online SPA utk juruteknik komputer ambilan The Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU). Panggil exam sudah dibuat. Pastinya contoh soalan peperiksaan Juruteknik Komputer FT19 ini akan memberi sedikit input yg berguna.

Dpt panggilan peperiksaan PSEE online pembantu juruaudit? Alhamdulillah.. Tapi X thu nak prepare apa pula kan? Antara bahan bacaan yg sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan Pembantu Juruaudit W19.

Kepada yg dipanggil ke PSEE pegawai imigresen, sila luangkan sikit daripada masa korang yg berharga tu utk membaca contoh soalan peperiksaan Pegawai Imigresen KP19. Jangan ambil mudah kerana ini juga jawatan popular dan calon yang menduduki pada setiap berjumlah puluhan ribu. Berani sambil lewa?

Jabatan Perikanan Malaysia telah membuka peluang kepada calon yang berkelayakan untuk menjadi Pembantu Penyelidik Q19. Ambilan tahun ini sudah bermula. Bagi yg melepasi kelayakan dan sudah menerima emel panggilan. Syabas. Kini korang harus mempersiapkan diri. Bacalah koleksi contoh soalan peperiksaan Pembantu Penyelidik Q19 ni.

Last but not least, khusus calon yg dipangil ke PSEE latihan separa perubatan bertaraf diploma. Dapatkan info berguna, fahami bentuk, serta contoh soalan peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma ini.

Oklah, ni baru penutup!

Panggilan peperiksaan exam online SPA untuk Penolong Pegawai Perangkaan ambilan Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun ni sudah dibuat. Jumlahnya tidak lah begitu ramai. Jadi ini satu kesempatan yg baik. Kepada yang dapat emel panggilan, tak rugi baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perangkaan E29 ni.

Sesi peperiksaan online PSEE untuk jawatan perangkawan utk Jabatan Perangkaan Malaysia sudah diadakan utk kali pertama. Mungkin akan ada panggilan untuk kali kedua. Mungkin? Bijak sekali andai korang bersiap-sedia awal. Penuhkan ilmu di dada tu dengan maklumat seperti contoh soalan peperiksaan Perangkawan E41 ni.

SPA dah keluarkan panggilan peperiksaan online PSEE penolong pegawai undang-undang. Tapi akan ada panggilan kali kedua. Kali ini untuk Jabatan Peguam Negara pula. Korang yang ada memohon jawatan ni dalam borang SPA8i, atok suggest baca siap2 contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Undang-Undang L29.

Kepada yang bakal menganggotai Jabatan Tanah dan Galian sebagai penolong pegawai tanah. Tolong pastikan negara kita jangan dijual kepada pihak luar. Atok dah sediakan beberapa bahan bacaan tambahan yg baik, termasuk contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tanah NT29.

Jabatan Penerangan Malaysia masih sedang menantikan kehadiran calon2 pembantu penerangan yg akan diserap masuk tidak berapa lama lagi. Jika korang dah isi permohonan dalam SPA8i untuk jawatan ni, teruskan pula dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Penerangan S19 ni. Sebagai persediaan awal.

Utk korang yang layak, dan semestinya sdh menerima emel panggilan ke exam PSEE online kawalan trafik udara, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni sedikit sukar daripada biasa kerana ia mengandungi 3 seksyen. Jadi perbanyakkan doa dan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara A29 yang atok kongsi sebelum ni.

Dgr khabar, jumlah calon yang dipanggil untuk jawatan pembantu perikanan mcm tak beragak ramai lagi. Jumlah kekosongan sebanyak 32 tempat (iklan SPA, Januari). Tp tu khabar angin la. Apa pun, better bersedia jg la kan. Mari mulakan dengan membaca contoh soalan peperiksaan Pembantu Perikanan G19 ni.

OK, ni btl2 last, calon exam PSEE online gred L41 di Jabatan Peguam Negara (AGC) pun ramai bilangan yg dipanggil. Itu semestinya. Maklumlah, kekosongan jawatan yg kerajaan sediakan amat sedikit tapi orang yang perlukan kerja berlambak. Kesilapan kecil pun boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Undang-Undang L41.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Au revoir dan arrivederci dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir Undang-Undang L19”

Leave a Comment

error: Content is protected !!