Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Korang dipanggil ujian psikometrik Pembantu Awam Gred H11 (calon Sabah) untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Januari 2023 ni? Sampai saat ini masih lagi tak tahu apa benda nak prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam Gred H11 yg bagus? Gagal ujian psikometrik akan ‘merosakkan’ peluang korang untuk dipanggil ke stage exam, stage temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Nota Penting: Kepada calon-calon utk sesi temuduga Pembantu Awam Gred H11 untuk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor pada 15 – 18 Januari 2024 ini. Sila buat persediaan penuh. Selain itu, korang juga boleh dapatkan bahan latihan dan ulangkaji untuk persediaan ke temuduga di contoh soalan temuduga Pembantu Awam Gred H11 ni.

Sementara, untuk korang yg dapat panggilan ke peperiksaan online Pembantu Awam H11. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam online ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Awam Gred H11.

Gagal ujian psikometrik Pembantu Awam H11 juga akan ‘meleburkan’ harapan yg korang anyam untuk menjadi ‘Abang Pegawai Kerajaan yg hensem’ atau ‘Akak Gomen yg cantik’. Gagal ujian psikometrik juga semestinya ‘memadamkan’ bara impian korang untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal byk berbakti kelak.

Gagal ujian psikometrik ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat korang untuk menjadi nama anak yg sering menjadi ‘sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang di majlis kahwin saudara mara. Dan semestinya, gagal ujian psikometrik ini sudah tentu ‘memudarkan’ anganan korang untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa ‘ngopi’ di kedai mamak.

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 yang disediakan di bawah.

Bertuahnya, korang boleh dapatkan rujukan khas Soalan ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada tahun ini.

” Mohon spa hapuskan exam psikometrik utk pegawai yg sedang bkhidmat di jabatan yg sama.ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

Husna

” hapuskan pada yg belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

Natasha

” Jawapan ya atau tidak.. Tp kenapa ada gagal n lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

Faizul

Itu adalah antara keluhan-keluhan yang diluahkan oleh calon ujian psikometrik SPA. Kalau keluhan korang hampir serupa, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEMBANTU AWAM GRED H11 (CALON SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH UJIAN : 10 JANUARI 2023

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/pembantu-awam-h11

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori dan amali serta teknik pengukuran psikologi manusia. Secara ringkas, psikometrik adalah bidang mengenai kaedah pengukuran objektif : kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti dan pencapaian pendidikan.

Psikometrik bernombor pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik bernombor mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend, penukaran mata wang dan lain-lain.

Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas di institusi-institusi dan sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Apa itu Ujian psikometrik SPA?

Di dalam konteks negara Malaysia, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat.

Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menambah kefahaman korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik SPA

Kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir tidak cukup bagi menjawab soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.

Kalau tidak silap, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja!

Calon-calon terpaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih mendalam) item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macamana?

Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Wajar atau Tidak Wajar)
  • (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti), (Ya atau Tidak atau Tidak Pasti);

ataupun

Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa Reasoning? Korang yang belum tahu, baca dulu post lepas mengenai Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.

(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Kaedah Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Soalan ujian psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi. Ia bakal menentukan kebenaran jawapan korang. Tip terpenting ialah – pastikan jawapan korang selalu konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang‘.

Kenapa ‘lalang‘? Sebab ia cuma mengikut arah angin bertiup.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain‘.

Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan.

Pernyataan 1


Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

Pernyataan 2


Hasil mesyuarat kurang berkualiti daripada cerakin data sendiri.

Pernyataan 3

Kesemua 3 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain‘.

Jadi, jawapan korang harus sama untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian untuk nilai ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain‘.

Cuba korang bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 60 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?

(Ini hanyalah ringkasan teknik menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Kekalkan konsistensi. Selain itu, sila jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.

Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Harus diingat, soalan psikometrik SPA sudah digubal dan disusun rapi untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

24 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

1) Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Saya gemar meminjam duit daripada rakan-rakan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.

a. YA
b. TIDAK

4) Saya mengemas katil dan tempat tidur.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang pengotor.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

7) Apabila ada insan yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

8) Idea saya tidak banyak, apa yang lebih sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu dari kepala.

a. YA
b. TIDAK

9) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

10) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab alam sekitar.

A. Ya
B. Tidak

11) Saya selalu datang lambat ke sekolah.

A. Ya
B. Tidak

12) Saya suka menonton rancangan berunsur kesihatan.

A. Ya
B. Tidak

13) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

14) Saya cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

15) Menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

16) Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

17) Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai supaya dia sedar kesilapannya.

A. Ya
B. Tidak

18) Saya akan berasa gementar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

19) Saya senantiasa rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20) Jika orang tidak menghormati saya, saya pun tidak akan menghormatinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

21) Saya selalu bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

22) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yang lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

23) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Betul
B. Salah

24) Saya tidak suka bergantung kepada orang lain, tetapi suka menyesuaikan diri sendiri.

A. Betul
B. Salah

Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Mahukan lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan padu? Sebanyak mana tu? Apa kata, kalau 200 contoh soalan psikometrik?

So, segera dapatkan rujukan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar serta detil mengenai ujian psikometrik SPA.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 200 contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Awam H11 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Pembantu Awam Gred H11 korang nanti.

Atok tahu da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematika.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk cara penyelesaian untuk mendapatkan jawapan yang betul!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan psikometrik ni?

Atok tak mahu janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup dan boleh menghirup udara segar. Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni!

Rujukan ini cuma sekadar ikhtiar. Usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus psikometrik Pembantu Awam Gred H11.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Awam Gred H11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, mahal sangat la rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal! Bermula pada harga RM40 hingga RM100. Tgk pakej mana yg korang pilih. Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Tapi tok, sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni?

Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah 2 minggu tak sampai juga.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Guna rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 yang akan korang hadapi pada tahun ini.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Awam Gred H11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik SPA penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik SPA untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan ujian psikometrik SPA bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Awek-awek jururawat yg comel2 tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan psikometrik kan. Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U41.

Ujian psikometrik pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Last but not least, selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg jarang tidak dijalankan ujian psikometrik ialah pembantu operasi. Tak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Operasi N11.

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain sembilan jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!