Contoh Soalan SPiER PDRM

Adakah korang dipanggil ke ujian SPiER PDRM 2024 untuk pengambilan Inspektor Gred YA13 atau Sarjan Gred YA5 atau Konstabel Gred YA1 / YT1 pada kali ini? Di bawah disertakan beberapa contoh soalan SPiER PDRM untuk kemudahan rujukan korang sebelum hadir ujian SPiER itu nanti.

Contoh Soalan SPiER PDRM

Ujian psikometrik atau (ujian SPiER PDRM) ini korang kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah korang akan dipanggil ke sesi temuduga secara bersemuka bagi jawatan Inspektor Gred YA13 atau Sarjan Gred YA5 atau Konstabel Gred YA1 / YT1.

Bagi yg dah berjaya melepasi Ujian SPiER PDRM 2024 ini dengan jayanya. Selepas itu, korang kena hadapi ujian last iaitu sesi temuduga PDRM yang dijadualkan dalam masa terdekat ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Bagi korang yg dipanggil, sila baca contoh soalan temuduga Polis.

Untuk korang dipanggil ke sesi ujian fizikal Polis yang dijadualkan dalam dalam masa terdekat ini. Pastinya tertanya-tanya. Apa yang perlu korang prepare sebelum ke ujian kecergasan tersebut? Dan apa yang berlaku di sana sebenarnya? Baca di ujian fizikal Polis.

Semakan Panggilan Ujian SPiER PDRM

Semua calon yang telah melepasi Pemeriksaan Ujian Fizikal pada bulan Februari 2024 yang lepas, adalah dikehendaki membuat semakan panggilan ujian SPiER.

Semakan Panggilan Ujian SPiER PDRM 2024 bagi jawatan Sarjan Polis Gred YA5 (Lelaki/Wanita) & Konstabel Polis Gred YT1 (Lelaki/Wanita) awam sudah boleh dibuat mulai 21 Mac 2024 hingga 7 April 2024 ini di pautan e-Pengambilan PDRM.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung di talian Helpdesk 03-22668348 / 8350 / 8351 seperti yang tertera di dalam sistem e-Pengambilan PDRM, Instagram, Facebook dan Telegram Unit Pengambilan PDRM.

Apa itu Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER PDRM)?

Pada asasnya, ujian SPiER PDRM ini adalah mirip kepada ujian psikometrik. Amat-amat mirip sebenarnya. Ia merupakan satu ujian psikologi sebagai kaedah saringan awal dalam proses pemilihan dan pengambilan pegawai baharu. Aspek yg dititikberatkan adalah elemen psikologi dan praktis minda keselamatan berdasarkan norma dan keperluan jabatan atau agensi di bawah KDN.

Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) telah diumumkan perlaksanaan pada tahun 2018 lepas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dan Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) ini telah digunakan sepenuhnya pada tahun 2019. SPIER PDRM dibangunkan untuk mengenal pasti calon pengambilan yang mampu memenuhi kriteria terutama dari segi personaliti, integriti, kesihatan mental, kompetensi dan patriotisme.

Secara asasnya, Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER) adalah seakan sama dengan Ujian Psikometrik yang biasanya dijalankan selepas calon melepasi tapisan peperiksaan online pihak SPA. Tetapi pihak PDRM mengambil langkah yang lebih proaktif dengan mengendalikan penilaian yang lebih hampir jiwa dan keperluannya dengan jawatan di agensi bawah KDN.

Antara ujian SPIER yang berjalan sebelum ini adalah SPiER bagi Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kali ini akan menggunakan Ujian SPiER bagi tapisan ambilan INSPEKTOR POLIS YA13, SARJAN YA5, KONSTABEL POLIS YA1 dan KONSTABEL SOKONGAN YT1.

Peperiksaan akan dijalankan terus melalui laman sesawang rasmi pihak KDN iaitu:

https://psikom.moha.gov.my/spier/

Gaji Inspektor Polis YA13, Sarjan Polis YA5 Dan Konstabel Polis YA1

Sebagai calon yang memohon jawatan Inspektor YA13, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Inspektor YA13 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan Profesional.

Manakala, korang yg memohon jawatan Sarjan Polis YA5 dan Konstabel YA1/YT1, sudah pasti korang maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Konstabel YA1/YT1 termasuk di dalam kategori Sokongan dan Pelaksana.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Inspektor Gred YA13, basic-nya adalah RM2,502.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang korang layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM230.00.

Manakala, gaji permulaan jawatan Sarjan Polis Gred YA5 ialah berada pada RM1,930.00. Kenaikan gaji tahunan pula adalah sebanyak RM150.00.

Sementara, kalau baru masuk kerja sebagai Konstabel Gred YA1, basic-nya adalah RM1,220.00. Kenaikan gaji tahunan pula adalah sebanyak RM85.00.

Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan yg diperlukan untuk jawatan Inspektor Gred YA13 atau Sarjan Gred YA5 atau Konstabel Gred YA1 / YT1 kerana korang sudah pun dipanggil ke ujian SPiER PDRM 2024. Maknanya korang memenuhi syarat yg ditetapkan la tu.

11 Contoh Soalan SPiER PDRM

1) Apabila ada individu yang agak mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Walau di mana saya berada, saya mudah menyesuaikan diri dengan keadaan.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, saya harus bersikap positif.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

4) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha terlalu keras.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Peribahasa ‘air dicincang takkan putus’ sudah tidak releven pada masa kini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh dan membuang masa.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya tidak mahu dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Idea saya terlalu banyak, apa yang sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah amat membebankan saya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Saya suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, kerana ia akan menyenangkan kerja saya.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
C. 115
D. 125

Ehh.. Apesal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian SPiER PDRM juga turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi).

Bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik PDRM ini. Boleh baca contoh soalan Ujian Psikometrik SPA (numerical type).

Tips Menjawab Soalan Ujian SPiER PDRM

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan SPiER PDRM. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan korang menghadapi ujian SPiER PDRM yang akan korang duduki kelak.

Sebelum korang hadir ke pusat ujian SPiER PDRM yang telah ditetapkan dalam surat panggilan yang korang terima tu. Sila hadam dan pastikan korang ambil manfaat daripada beberapa tips yang atok perturunkan di bawah..

Selami Sikap Baik korang

Pertama, percayalah, dalam ujian SPiER PDRM, korang dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan atok seterusnya ini..

Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Korang dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian SPiER ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian SPiER PDRM ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, korang perlu mahir mengira, tahu banyak pengetahuan am, pandai bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Akan tetapi, bagi ujian SPiER PDRM, itu semua poyo! Sebab itu semua bukan persoalan yang utama. Persoalannya terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Awasi personaliti dan keperibadian korang. Kerana – kebiasaan korang, tabiat korang, perangai korang amat mempengaruhi apa yang bakal korang jawab sewaktu ujian SPiER ini.

Mari kami berikan satu contoh supaya korang faham apa yang kami maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan SPiER PDRM.

Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.

Jawab: Sama ada A) YA atau B) TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya korang boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan SPiER PDRM.

Pihak KDN bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. Pihak KDN semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan korang.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi contoh soalan Psikometrik/SPiER, jawapan dan nota ujian yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Ujian SPiER PDRM

Kami percaya korang sudah faham maksud poin pertama di atas. Sekarang calon-calon lain ujian SPiER PDRM sudah menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah dan teruskan ke poin kedua ini.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif.

Mustahil?

Tidak!

Jika korang lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik PDRM ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak PDRM tersalah memilih soalan? Tidak.

Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan ujian SPiER PDRM seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Ahh.. sudah.

Jadi ketekalan korang hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur! Punah! Mukhlisin!

Berita yang paling kurang menyenangkan ialah perangkap ujian SPiER PDRM tidak hanya terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Jadi, persoalannya sekarang ialah..

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Ujian SPiER PDRM?

Korang mesti. Korang wajib. Dan korang harus mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian SPiER PDRM. Kerana ini saja satu-satunya cara lulus ujian SPiER PDRM!

Bagaimana saya nak belajar mengenalpasti perangkap ujian SPiER PDRM?

Dan..

Bagaimana pula saya boleh meningkatkan ketekalan semasa menjawab soalan ujian SPiER PDRM?

Jawapan pendek – buat latih tubi bebanyak.

Jawapan panjang sikit – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik di bawah. Kenapa korang amat perlukan rujukan ini? Kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan ujian SPiER / psikometrik
200 Contoh soalan SPiER / Psikometrik dan skema jawapan
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan SPiER PDRM

Atau,

Korang juga boleh baca penjelasan lebih komprehensif dan memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.

Terkini, calon-calon Inspektor Gred YA13 atau Sarjan Gred YA5 atau Konstabel Gred YA1 / YT1 adalah dikehendaki menduduki Ujian Sistem Pemprofilan Rekrutmen (SPiER PDRM).

Tapi ideanya ialah – lebih baik hadir ujian SPiER ini dgn sedikit persiapan, daripada hadir tanpa apa-apa persediaan!

Dapatkan segera rujukan psikometrik / SPiER di atas. Sedikit sebanyak ia akan membantu dan memberi korang idea bagaimana ujian psikologi ini disoal.

Rujukan & Contoh Soalan SPiER PDRM

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan SPiER PDRM. Dan disertakan huraian jawapan. Lihat sedikit contoh di bawah.

Huraian jawapan bagi contoh soalan SPiER PDRM

Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yg sudah ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang dlm menjawab soalan SPiER PDRM korang nanti.

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Psikometrik aka SPiER Ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dlm kehidupan ini, tiada apa yg pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tdk, nak duduk ujian SPiER PDRM ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit MOHA umumkan ujian ditangguhkan pulak!

Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang utk lulus ujian SPiER PDRM.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yg atok recommend ni adalah rujukan SPiER PDRM terbaik yang wujud di pasaran tika dan saat ini.

Tapi Mahal Sangat La Tok Rujukan SPiER Ni..

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yg akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about that..

Sempat Ke Pos Buku Rujukan Ujian SPiER Ni Tok?

Rujukan contoh soalan SPiER PDRM ni bukan buku. Tetapi eBook dlm versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download bagi memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat utk korang mula study!

Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 13 hari tunggu masih x sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni utk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi Tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian SPiER?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yg disediakan.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan SPiER PDRM yg akan korang hadapi pada kali ini.

Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan SPiER PDRM yg atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian SPiER PDRM!

Penutup

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE SPA ujian psikometrik SPA kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

PSEE SPA psikometrik pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA9. Korang ada mohon jawatan ni dlm borang SPA9? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah pembantu operasi. Tdk perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan utk jawatan pembantu awam H11 di jabatan-jabatan kerajaan nampaknya stabil pada setiap tahun. Boleh dikatakan tiap tahun akan ada pengambilan dibuka. Amatlah rugi jika korang abaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini bagi persiapan awal.

Pegawai imigresen KP19 adalah jawatan yg menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yang duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dlm kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai graduan. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik pembantu hidupan liar? Jawatan ni best bagi mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.

Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ni.

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yg dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan ujian psikometrik kepada calon Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ditempatkan di KKM. Jika korang salah sorang yg dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Last but not least. Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian adalah antara ujian psikometrik yg paling ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon tersebut, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.

Ini Baru La Penutup

OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada sembilan lagi ujian psikometrik yg sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah bagi kemudahan korang membuat rujukan.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!