Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

Adakah korang dipanggil ke ujian psikometrik Penghantar Notis N11 ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada kali ini. Kali ini adalah panggilan khas untuk calon Melaka. Syukur kerana di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang boleh dijadikan latihan untuk calon ujian. Calon yang terlibat juga amat dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi bagi persediaan menduduki ujian psikometrik pada kali ini.

Nota Penting: Sebelum itu, untuk korang yg baru saja mendapat panggilan ke sesi temuduga Penghantar Notis N11 ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor pada 21 – 23 November 2023 ini. Bahan-bahan utk persediaan temuduga ini boleh korang dapatkan di soalan temuduga Penghantar Notis N11.

Manakala, bagi yg terlibat dengan peperiksaan online Penghantar Notis N11. Bahan-bahan ulangkaji dan contoh-contoh soalan peperiksaan online Gred N11 boleh korang dapatkan di contoh soalan peperiksaan Penghantar Notis N11 ini.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PENGHANTAR NOTIS GRED N11 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

TARIKH UJIAN : 23 DISEMBER 2022

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-penghantar-notis-n11-melaka

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Psikometrik merupakan salah suatu cabang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi manusia. Psikometrik juga adalah sebahagian daripada bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang. Sebab itulah, dalam ujian psikometrik SPA juga terdapat soalan matematik.

Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas oleh institusi dan kerajaan di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan.

Apa pula Ujian psikometrik SPA?

Dalam konteks Malaysia, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk menyaring calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti. Sebelum calon tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikometrik sedari awal, didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama original kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis). Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.

Tahap Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan masa yang amat singkat. Masa pendek yang diperuntukkan bagi menjawab soalan yang agak banyak. Ini akan memaksa calon untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri masing-masing.

Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir panjang) item-item (yang telah disusun sedemikian rupa) bagi mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka yang macamana?

Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
  • (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);

ataupun

Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

Selain jenis soalan psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa reasoning? Bagi yang belum tahu, baca dahulu post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2022) dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.

Tips lulus Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri. Cuma sembunyikan keburukan korang. 😉

Sedaya upaya keluarkan kualiti terbaik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.

Harus diingat, soalan ujian psikometrik sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara negatif (termasuk penipuan).

25 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

1) Saya selesa mencampuri urusan kawan-kawan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Saya tidak gemar meminta pinjam wang daripada rakan-rakan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh berjenaka.

a. YA
b. TIDAK

4) Saya suka hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut harijadi.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Pepatah ‘air dicincang takkan putus’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya berasa geram apabila diarahkan oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya sedaya-upaya berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Menunggu nombor giliran sampai ketika berurusan di kaunter bank adalah leceh dan membuang masa.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama jiran berbanding adik-beradik.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa segan memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12) Saya tidak mahu dan tidak suka berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Apabila ada individu yang agak mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

14) Idea saya terlalu banyak, apa yang sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu.

a. YA
b. TIDAK

15) Apabila peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah amat meletihkan.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

17) Dalam kerja secara berkumpulan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18) Saya gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab amal.

A. Ya
B. Tidak

20) Saya berminat menjadi pelumba.

A. Ya
B. Tidak

21) Saya suka menonton rancangan berunsur hiburan.

A. Ya
B. Tidak

22) Saya suka memandu dengan laju.

A. Ya
B. Tidak

23) Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, saya mesti bersikap tenang.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

24) Walau di mana saya berada, saya tetap sukar menyesuaikan diri dengan keadaan.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

25) Saya tidak perlu membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

Demikianlah 25 contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghantar Notis Gred N11

Atau pun,

Kalau masih belum berpuas hati dan mahukan penjelasan lebih komprehensif serta menyeluruh mengenai ujian ni, sambung baca di artikel lain atok yg bertajuk ujian psikometrik SPA.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penghantar Notis N11

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 200 contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Penghantar Notis N11 korang nanti.

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok tidak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Entah2 sempat atau tidak nak duduk ujian psikometrik ni!

Rujukan ini hanya sekadar usaha. Iaitu usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Penghantar Notis N11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Jadi korang tak payah duk bergayut atas pagar rumah, tunggu orang hantar barang tak kunjung tiba.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Tapi tok, tapi tok. Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.

Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang akan korang hadapi nanti.

Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanyalah sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

SPA sudah mengeluarkan hebahan mengenai psikometrik untuk jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kalau korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Korang dah ready untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil akan ke psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

Permintaan untuk jawatan pegawai imigresen di Jabatan Imigresen Malaysia pada setiap tahun adalah stabil. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ini untuk persiapan awal.

Last but not least, permintaan untuk jawatan pembantu tadbir di jabatan-jabatan kerajaan selalu ada. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan yg mempunyai permintaan tinggi ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ini untuk persiapan awal.

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain tujuh jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!