Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Juru X-Ray Gred U41 (Diagnostik) yang boleh dijadikan latihan calon-calon ujian pada 1 November 2023 ini dan Juru X-Ray Gred U41 (Terapi) yang boleh dijadikan latihan calon-calon ujian pada 3 November 2023 iniuntuk pengambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41 KKM

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik korang pada kali ini.

Nota Penting: Sementara itu, bagi yg berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan jayanya, cabaran getir terakhir yg korang kena harung ialah sesi temuduga Juru X-Ray Gred U41 (Diagnostik) utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 3 Januari 2024 – 10 Januari 2024 ini dan sesi temuduga Juru X-Ray Gred U41 (Terapi) utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 4 Januari 2024 – 12 Januari 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan lazim temuduga utk jawatan ni boleh korang baca di contoh soalan temuduga Juru X-Ray (Diagnostik) U41 ini.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

  • Juru X-Ray Gred U41 (Diagnostik)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 1 November 2023]
  • Juru X-Ray Gred U41 (Terapi)
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 3 November 2023]

ATAU

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Asal mula ujian psikometrik Juru X-Ray U29 / U41

Kalau korang perasan, seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk buang sedikit kegentaran korang.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) dahulu, kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi. Di mana korang ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri korang.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan’ sahaja.

Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti); ataupun

Korang berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan korang (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang), (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

Oh.. ya, selain itu, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula benda alah tu? Bagi yang belum tahu, jemput baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2020) dan menerangkan jenis soalan ini sebaik mungkin.

Tips lulus Soalan Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Tidak perlu menjadi hipokrit, jadi la diri sendiri. Cuma cover-cover sikit sifat buruk korang tu.

Sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U29 / U41

Saya tidak suka mencampuri urusan orang lain.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Saya sering meminjam wang daripada kawan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Semasa membincangkan sesuatu hal yang serius, saya masih boleh bergurau-senda.

a. ya
b. tidak

Saya lebih suka hadiah berbanding ucapan ketika menyambut ulang tahun.

a. ya
b. tidak
c. kurang pasti

Pendapat seseorang amat dipengaruhi oleh tanggapan awal.

a. betul
b. salah

Saya tidak suka diberi tekanan oleh guru semasa sekolah menengah.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

Saya mudah berasa bosan dengan sesuatu yang rutin.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya akan berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan murung.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Semasa kecil, saya lebih suka bermain secara sendirian.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang tepat ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya berasa geram apabila terpaksa berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berwaspada.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Idea saya banyak, tapi saya berasa sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

Apabila ada peluang yang terhidang, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan menakutkan saya kerana takut keputusan tersebut salah.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Bagaimanpun, jika korang mahukan lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapannya sekali. Korang dapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29

Rujukan di bawah mengandungi lebih dari 200 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 yang berkualiti tinggi. Menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan skema jawapan padu. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik pada tarikh itu nanti.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41/U29

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janjikan bulan dan bintang. Soal lulus ni bukan boleh dijamin-jamin. Lainlah kalau Ketua Pengarah SPA tu bestpren atok. Hahaha..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi mahal sangat la tok rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej yg korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yang akan korang perolehi sepanjang hayat kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih x semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Jika ia tidak membantu saya, camna tok?

Jika korang hadir Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu, korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas ujian. Jadi tiada apa yang perlu korang risau!

Duit korang dapat, rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan syarikat Infokerjaya.

Namun, pastikan korang dah baca dan buat semua latihan dalam rujukan ini. Atok yakin & percaya ia bakal membantu korang menjawab Soalan Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29.

Sempat ke pos buku ni tok?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Korang akan diberikan akses ke laman download untuk muaturun semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Jadi korang tak payah tercongok depan pintu, tunggu orang kurier yang hantar barang tak pandai sampai-sampai. Cara ni lebih cepat untuk korang mula studi!

Kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni.

Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 yang akan korang hadapi pada 19 November ni.

Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U29 /U41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya bertindak sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik untuk jawatan-jawatan lain dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam sambil menonton Maharaja Lawak Mega Peace yoww saja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA ni.

Lagi satu, Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 ni untuk korang yang serius nak masuk kerja kerajaan saja.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab bonus yang mantul), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang-lenggang kangkug, kangkung di tepi paya ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Dapat panggilan peperiksaan online latihan separa perubatan bertaraf diploma? Yeay! Tapi tak tahu nak prepare apa pula. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Penutup juga ke ni?

Tarikh exam pembantu tadbir kewangan da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam. Sapa tahu kan..

Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Tentang sama sekali ancaman ini daripada negara kita. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Relaks dan bertenang sambil baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang comel loteh tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

Ini baru la penutup

Panggilan peperiksaan online PTPO telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan peperiksaan Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N19.

Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan under Jabatan Penerangan Malaysia. Atok da siapkan untu korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga berguna.

Ujian psikometrik ntuk Juruaudio dijalankan hampir serentak dengan ujian psikometrik Juru X-Ray U41 / U29 ni. Korang yang dipanggil bagi jawatan tu tolong baca contoh soalan psikometrik Juruaudio Visual N19.

OK, ni btl2 last. Selain Juruaudio Visual N19 dan Juru X-Ray U29 / U41. Dua lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan ialah Pembantu Kemahiran dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, jadi baca juga contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19 dan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29. Sebagai persediaan.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!