Korang dapat panggilan SPA ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 (calon Semenanjung) pada kali ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang disediakan di bawah.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada tahun ini.
Nota Penting: Bagi korang yang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 (calon Semenanjung) ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 14 Januari 2024 – 26 Januari 2024 ini. Sebelum hadir, sila buat persediaan penuh dahulu, baca contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini.
Oppss.. sebelum itu, jika korang sampai ke sini tanpa sengaja. Sedangkan apa yang korang cari sebenarnya adalah contoh soalan exam online PSEE U11. Terus ke post sebenar mengenai contoh soalan peperiksaan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ini.
Bagi yang memang akan duduk ujian psikometrik U11. Sila teruskan bacaan di bawah..
Kekosongan Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 Tahun 2023
Berpandukan iklan yg dikeluarkan oleh SPA bertarikh 07 Julai 2023, jumlah kekosongan jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Semenanjung) adalah sebanyak 1304 tempat. Manakala, calon simpanan yg diperlukan adalah sebanyak 2200 orang.
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U11 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)
TARIKH UJIAN : 26 OKTOBER 2023
Pautan Alternatif:
https://www.spa.gov.my/ujian-psikometrik-pembantu-perawatan-kesihatan-u11-semenanjung
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu Psikometrik?
Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori, amali dan teknik pengukuran psikologi manusia. Lebih tepat lagi, psikometrik adalah bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Psikometrik bernombor pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik bernombor mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas oleh institusi dan sektor awam di seluruh dunia termasuk Malaysia. Sebagai sebahagian daripada instrumen saringan untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Apa itu Ujian psikometrik SPA?
Dalam konteks negara kita, psikometrik dijadikan salah satu daripada tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti. Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini dari mula, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat singkat). Masa yang diperuntukkan adalah pendek bagi menjawab soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.
Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir lebih mendalam) item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka pilihan yang macamana?
Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);
ataupun
Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa Numeric? Bagi yang belum tahu, sila baca dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah.
Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.
Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉
Harus diingat, soalan psikometrik SPA sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
27 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11
1) Saya tiada masa untuk mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya gemar meminjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh bergurau-senda.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya berasa malas apabila diarahkan oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan yang banyak.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya mengemas katil dan tempat tidur.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya tidak suka berkawan dengan orang yang pengotor.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Sains adalah subjek kegemaran saya.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa kurang perlu memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Kalau boleh saya cuba mengelak berbaris di ATM untuk mengambil wang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada insan yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea saya tidak banyak, apa yang lebih sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu dari kepala.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah perkara membimbangkan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil perbincangan.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya paling tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab alam sekitar.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya selalu datang lambat ke sekolah.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur kesihatan.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun kesuntukan masa.
A. Ya
B. Tidak
23) Biarpun menghadapi situasi menakutkan, saya mesti bersikap tenang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
24) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. dan situasi
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
25) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
26) Saya takut apabila melihat darah yang banyak.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
27) Saya mungkin pitam ketika melihat kecederaan yang teruk.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Demikianlah beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar mengenai ujian psikometrik SPA. Amaran – artikel ni super panjang.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik (dan disertakan huraian jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 korang nanti.
Atok da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematika.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk cara penyelesaian untuk mendapatkan jawapan yang betul!
Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup dan boleh menghirup udara segar. Entah2 sempat atau tidak nak duduk psikometrik ni!
Rujukan ini cuma sekadar ikhtiar. Usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Perawatan Kesihatan U11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi tok, sempat ke pos buku rujukan ni?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah, tunggu orang hantar barang tak pandai sampai-sampai.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik SPA?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Guna rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.
Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan ujian psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik untuk jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kalau korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan melalui ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.
Last but not least, awek-awek juruawat yg comel2 tu tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan psikometrik. Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U41.
Ini baru la penutup
OK, ni btl2 last. Selain tujuh jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
- Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U29
- Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
- Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!
Atok. Mcm mana nak beli ebook
atok macam mana nak beli ebook
Salam Athira,
Atok takda rujukan yg sesuai utk penilaian psikologi organisasi U11. Mohon maaf ya.
eBook daya menyelesaikan masalah di atas tidak sesuai utk dijadikan rujukan utk exam U11 kali ini.
Saya dh bayar..kenapa xdapat apa2 pon…
Salam Azuha,
Bari bukti bayaran, emel yg diguna semasa pembelian dan nyatakan masalah yg dihadapi ke emel bantuan di: support@rujukankerjaya.com
Soalan2 psikometreks kesihatan