Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 yang boleh dijadikan latihan calon ujian pada kali ini utk ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan
Nota Penting: Bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Penolong Pegawai Senibina JA29 utk ambilan Kementerian Kerja Raya Malaysia pada 03 November 2024 – 08 November 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang dapatkan di soalan temuduga Penolong Pegawai Senibina JA29 ini.
Khas untuk korang yang dipanggil ke peperiksaan online REQT Sarawak (JKR) untuk jawatan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 yang dijadualkan pada kali ini. Setinggi-tinggi tahniah atok ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh korang perolehi di Nota Exam REQT Sarawak (JKR).
Sementara itu, bagi korang yg dapat panggilan exam online Penolong Pegawai Seni Bina JA29. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam PSEE ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Seni Bina JA29.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA29 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama ujian psikometrik pada kali ini.
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PENOLONG PEGAWAI SENI BINA GRED JA29 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA
TARIKH UJIAN: 06 OKTOBER 2023
Pautan Alternatif:
https://online.spa.gov.my/online/ujian-psikometrik-penolong-pegawai-seni-bina-ja29
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu ujian psikometrik
Secara asasnya, psikometrik adalah bidang pengajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Ia sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.
Ujian psikometrik berangka pula menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang. Sebab itulah, dalam ujian psikometrik SPA juga terdapat soalan matematik.
Asal mula kewujudan ujian psikometrik SPA
Kalau korang perasan, seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama asal ujian psikometrik pada era ketika ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis. Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk buang sedikit kemusykilan korang.
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, kesukaran soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana korang dihimpit dengan masa yang amat terhad. Masa sedikit bagi menjawab soalan yang banyak, untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri korang.
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka yang macamana?
Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Ya atau Betul atau Tidak Pasti);
ataupun
Korang berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
Oh.. dan satu lagi, untuk makluman awal, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda numerical? Bagi yang belum tahu, jemput baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2021) dan menerangkan jenis soalan ini dengan detil.
Tips lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :
Tidak perlu menjadi hipokrit, jadi saja diri sendiri. Sembunyikan keburukan korang. Hihi..
Sedaya upaya untuk keluarkan kualiti terbaik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
1) Saya setuju mencampuri urusan kawan-kawan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya sering meminjam wang daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yag mustahak, saya masih boleh bergelak ketawa.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya lebih suka hadiah berupa wang ringgit berbanding kad ucapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. BETUL
b. SALAH
6) Saya tidak suka apabila dipaksa oleh guru untuk menyiapakan kerja rumah semasa sekolah dahulu.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya tidak suka aktiviti luar dan lasak.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya mesti buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada bila-bila masa.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank adalah perlu.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Semasa kecil, saya lebih suka bermain bersama adik-beradik berbanding kawan-kawan.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbicara dengan seseorang, saya lebih suka memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Saya tidak selesa berbaris di ATM untuk mengambil duit.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berwaspada dengan memberitahu orang sesiapa yang saya kenali.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea saya sedikit, dan saya berasa sukar mengeluarkannya.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila peluang sudah terhidang di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan merungsingkan saya kerana keputusan tersebut adalah tanggungjawab saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berkumpulan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu kerana ia memudahkan saya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab pendidikan.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya berminat menjadi pendidik.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur informasi.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya suka mendayung sampan.
A. Ya
B. Tidak
Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Bagaimanpun, jika korang mahu lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif atok mengenai ujian psikometrik SPA (amaran : artikel ni amat panjang).
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Rujukan Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni mengandungi 200 soalan dan jawapan ujian psikometrik yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik pada tarikh itu nanti.
Atok tau da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematik.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk jalan pengiraan untuk mendapatkan jawapan yang betul!
Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup.
Rujukan ini hanya sekadar usaha. Usaha meningkatkan kemungkinan untuk lulus.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi tok, sempat ke pos buku ni?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.
Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan. Jadi korang tak payah duk tercongok depan pintu, tunggu orang hantar barang tak kunjung tiba.
Lama ke dpt eBook ni pas bayar tok?
Tak. Klu guna online banking / FPX, dlm sejam dah dpt link download.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study utk ujian psikometrik!
Korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku.
Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Tapi tok, tapi tok. Nak ke taknak lulus psikometrik ni?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latihan diberi.
Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 yang akan korang hadapi pada 17 Disember ni.
Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik untuk lain-lain jawatan, korang jangan tinggal duduk diam sambil menonton Gegar Vaganza yang dah ditambah daripada 8 minggu kepada 11 minggu tu saja. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA ni.
Lagi satu, Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni untuk korang yang serius nak masuk kerja kerajaan saja.
Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab upah dan bonus yang mantul), korang baca cara mohon kerja swasta yang betul yg atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan sehelai sepinggang ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Penutup juga
Korang dan bersedia untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.
Bagi yang dipanggil untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Ini baru penutup
OK, ni btl2 last. Selain dua jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
- Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
- Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
- Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
- Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U29
- Contoh Soalan Psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!