Adakah korang terpilih untuk menduduki ujian psikometrik Pembantu Kemahiran Gred H19 ambilan Kementerian Kerja Raya Malaysia pada 14 Disember 2021 ini? Tahniah. Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19 yang boleh dijadikan latihan calon ujian. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19 di bawah sebagai latihan.
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama sebelum menduduki ujian psikometrik H19 korang pada kali ini.
Dah ready utk iv Pembantu Kemahiran H19? Bagi yg dah lepas exam PSEE ni dengan jayanya. Syabas diucapkan. Last cabaran yg korang kena lalui dgn cemerlang sebelum dpt lantikan jawatan Pembantu Kemahiran H19 ialah stage sesi temuduga Pembantu Kemahiran H19 utk ambilan Kementerian Kerja Raya Malaysia (calon Semenanjung) pada 3 April 2022 – 8 April 2022 ini. Cer cuba baca contoh soalan temuduga Pembantu Kemahiran H19 ni. Cer cuba..
Sebelum tu, utk korang yg dapat panggilan PSEE Pembantu Kemahiran H19. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Kemahiran H19.
Isi Kandungan
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
TARIKH UJIAN: 14 DISEMBER 2021
Pautan Alternatif:
http://online.spa.gov.my/online/psikometrik-pembantu-kemahiran-h19
ATAU
Sila layari laman web :
http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Asal usul Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Kalau korang perasan, seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk buang sedikit kegentaran.
Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi. Di mana korang ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri korang.
Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti); ataupun
Korang berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan korang (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang), (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
Oh.. hampir atok lupa, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda tu? Bagi yang belum tahu, sila baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2021) dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Update: Bermula ujian psikometrik sesi Jun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk matematik ke dalam ujian psikometrik. Harap maklum.
Tips menjawab Soalan Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Korang tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan korang. Hihi..
Pesan Atok
Sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri kelak.
Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Dalam membincangkan sesuatu perkara yang serius, saya masih boleh berjenaka.
a. YA
b. TIDAK
Saya mahu mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
Tanggapan pertama mempengaruhi pendapat sesorang.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Saya menangis apabila perasaan saya tertekan.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
Saya amat mudah berasa bosan.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Saya akan membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
Memberikan laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada saya memotong dalam keadaan bahaya.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
Idea saya banyak, tapi saya sukar mengeluarkannya.
a. YA
b. TIDAK
Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi berusaha.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia adalah kesukaan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri sebagai uji diri.
Bagaimanpun, jika korang mahukan lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapannya sekali. Atok cadangkan untuk korang mendapatkan segera rujukan di bawah.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Rujukan di bawah mengandungi 200 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan padu. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian pada tarikh itu nanti.
Bukan itu saja. Ada satu lagi rahsia yang atok hampir lupa nak bagitau. Ujian psikometrik turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Ala.. yang nombor-nombor tu. Baca lebih lanjut mengenai soalan matematik psikometrik spa sini.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk jalan pengiraan untuk mendapatkan jawapan!
Confirm lulus ke tok kalau saya beli rujukan ini?
Atok tak berani janji apa-apa. Lainlah kalau atok ni Ketua Pengarah SPA. Hahaha..
Apa yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik terbaik yang ada di pasaran setakat hari ini. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangan untuk memudahkan persediaan Ujian Psikometrik Pembantu Kemahiran H19 korang.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 yang akan korang hadapi pada kali ni.
Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik!
Penutup
Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk diam sambil tengok GV pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.
Lagi satu, contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.
Bagi yang lebih suka kerja dengan pihak swasta (sebab bonus yang bukan kaleng-kaleng), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.
Sebelum korang jalan buta-buta ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu la dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.
Penutup betul ni
Tarikh exam Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam.
Kepada yang bakal memerangi najis dadah di negara kita. Tolong pastikan dadah lenyap sama sekali dari negara ini.. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.
Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa under KKM. Berehat sebentar bersama kitkat sambil membaca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.
Last but not least, penolong pegawai perubatan adalah antara tulang belakang kepada Jabatan Kesihatan Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini (terutama di bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak). Kalau korang ada isi jawatan ni, jangan lupa baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 ni.
Serius, ni baru penutup!
Buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang cute miut tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda cinta dan sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.
Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil karya atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.
Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan under Jabatan Penerangan Malaysia. Atok da siapkan untu korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga bermanfaat.
Calon dipanggil psikometrik online SPA penghantar notis adalah tinggi bilangannya. Kesilapan kecil boleh membawa padah. Cuba kurangkan risiko kesilapan tersebut dengan mengenali jenis-jenis dan beberapa contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11.
OK, ni btl2 last. Ujian psikometrik ntuk Juruaudio dijalankan hampir serentak dengan ujian psikometrik Pembantu Kemahiran H19 ni. Korang yang dipanggil bagi jawatan tu tolong baca contoh soalan psikometrik Juruaudio Visual Gred N19.
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Auf Wiedersehen dulu dari atok. Gud luck semua!
- Hadiah Untuk Kawan Perempuan (20 Idea Bajet) - 14th May 2023
- Harga Myvi Baru Dan Bayaran Bulanan (2023) - 9th May 2023
- Telur separuh masak berapa minit? Ini cara yang betul! - 7th May 2023