Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Korang dapat panggilan ke temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Bagi Sesi Julai 2024 yg telah ditetapkan pada 21 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Semenanjung) atau pada 22 April 2024 – 26 April 2024 ini (untuk calon Sarawak) atau pada 22 April 2024 – 3 Mei 2024 ni (untuk calon Sabah)? Alhamdulillah. Laa ni, tgh cari rujukan temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yg bagus ka? Teruskan bacaan jika ya adalah jawapan korang.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma & Sijil

Nota Penting: Khusus untuk korang yang dipanggil ke ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 Latihan Bertaraf Diploma) untuk penempatan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 23 Februari 2024 ini (untuk calon Sabah dan Sarawak) dan pada 27 Februari 2024 ini (untuk calon Semenanjung). Bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian psikometrik ini boleh diperolehi di Contoh Soalan Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Bagi korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam utk ambilan KKM pada kali ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Kesihatan Awam.

Korang yang terlibat dengan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian utk ambilan KKM pada kali ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian.

Korang yang terlibat dengan PSEE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada kali ini. Bahan ulangkaji dan latih tubi PSEE ini boleh korang baca di Contoh Soalan Peperiksaan Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Andainya korang tengah mengejar masa dan mungkin tak sempat baca perkongsian ni sampai habis. Korang boleh lompat mana-mana tajuk yang betul-betul perlu. Klik mana yang berkenan dalam daftar isi kandungan berikut.

Permohonan mengikuti Latihan Separa Perubatan

Sekiranya ingin mengikuti latihan separa perubatan secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan melalui borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan mengikuti latihan separa perubatan adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Akan tetapi tempoh sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Jadual pengambilan Latihan Separa Perubatan

Untuk pengetahuan korang, wahai calon-calon Paramedic Training atau Latihan Separa Perubatan sekalian. Tak kiralah calon latihan separa perubatan bertaraf diploma atau latihan separa perubatan bertaraf sijil.

Biasanya, penjadualan temuduga akan dilakukan pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari tahun hadapannya. Manakala, temuduga akan dibuat pada April bagi kemasukan sesi Julai.

Tapi nampak gaya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kadang-kadang terbabas juga daripada takwim asal. Misalnya, penjadualan temuduga tahun 2019 bagi ambilan sesi Januari 2020 dibuat pada bulan November pula dah.

Tapi apa pun, asalkan dipanggil ke Temuduga Latihan Separa Perubatan, udah ler. Syukur Alhamdulillah. Bulan apa pun tak kisah. Asal jangan bulan posa. Bukan tak bleh, cuma semangat tu macem ada luntur ckit. Hihi..

Semakan penjadualan boleh dibuat di bawah:

MAKLUMAN TERKINI : SEMAKAN PENJADUALAN TEMU DUGA lATIHAN SEPARA PERUBATAN SESI JULAI 2024

1) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SEMENANJUNG) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

TARIKH TEMU DUGA : 21 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/jad_td/jadual_temuduga_sp.php/calon-semenanjung/

2) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SABAH) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 3 MEI 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sabah

3) LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA BAGI SESI JULAI 2024 (SARAWAK) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

TARIKH TEMU DUGA : 22 APRIL 2024 – 26 APRIL 2024

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-temuduga-latihan-separa-perubatan-bertaraf-diploma-calon-sarawak

Senarai Latihan Separa Perubatan

Bagi calon pertama kali, ada yang bertanya – latihan separa perubatan ni apa nama jawatan dia?

Berikut adalah senarai penuh latihan Separa Perubatan bertaraf diploma di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :

  1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  3. Latihan Jururawat
  4. Latihan Juruterapi Pergigian
  5. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  6. Latihan Juruteknologi Pergigian
  7. Latihan Juru X-Ray
  8. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  9. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Ini pula senarai Latihan Separa Perubatan bertaraf sijil di bawah bidang kuasa pengambilan SPA :

  1. Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

Alamat Surat Menyurat Latihan Separa Perubatan

Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pengambilan Khas
Aras 7, Blok C7 Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
60520 PUTRAJAYA

Sekiranya korang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan melalui E-mel di sistem ePertanyaan SPA (SISPAA SPA).

Unit Separa Perubatan

Unit ini bertanggungjawab dalam ambilan perjawatan separa perubatan. Di bawah ialah nama staf bertugas dan no telefon :

Nama StaffNo. Telefon
Nazratul Ain binti Mohamad Ali03-8885 6247
Nor Azliza binti Ismail03-8885 6254
Ahmad Saifudin bin Nadin03-8880 6435
Fauzliza binti Ismail03-8885 6267
Mazita binti Ismail03-8885 6346
Nuryuliana binti Karnilis03-88856264

Apa-apa kemusykilan korang mengenai urusan pengambilan, urursan temuduga atau mungkin tidak dapat hadir temuduga. Boleh bercakap terus dengan Unit Separa Perubatan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kadar Elaun Latihan Separa Perubatan

Sepanjang pengajian korang selama 3 tahun (6 semester) di bawah KKM, korang akan menerima kadar elaun bulanan di bawah :

RM835.57 sebulan

*Di samping elaun-elaun tahunan lain yang layak diterima.

Selain elaun, ada banyak lagi kelebihan mengikuti latihan separa ini. Bagi mengetahui lain-lain kelebihan latihan separa perubatan, korang boleh baca senarai Kelebihan Latihan Separa Perubatan ini.

Syarat mengikuti Latihan Separa Perubatan :

a)Warganegara Malaysia

b) Umur calon :

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

c) Kelayakan am:

Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

d) Keutamaan:

Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam adalah layak dipertimbangkan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di para (c) di atas,
ii) berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.

Selain syarat di atas, ada lagi syarat khusus untuk mengikuti latihan separa ini berdasarkan jawatan yang dipohon. Bagi mengetahui lain-lain syarat dan kelayakan khas latihan separa perubatan, korang boleh baca senarai Syarat Kelayakan Latihan Separa Perubatan ini.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan (berkenaan kementerian / jabatan)

Percaya cakap atok, soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang paling popular diajukan adalah berkaitan dengan kementerian dimana korang bakal bertugas kelak.

Dalam kes ni, tidak lain dan tidak bukan. Sudah pasti KKM atau Kementerian Kesihatan Malaysia.

Adalah amat patut untuk korang mengetahui :

Misi, visi dan objektif utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Siapa KP Kesihatan Malaysia?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Paling penting, ambil tahu peranan yang dimainkan oleh Bahagian Separa Perubatan di KKM.

Tahu tak sapa Pengarah Kesihatan Sarawak?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Sila sediakan info mengenai menteri kesihatan, timbalan beliau, KSU kesihatan, pengarah kesihatan negeri masing-masing dan seumpamanya.

Boleh rujuk portal rasmi KKM untuk mendapatkan maklumat yang perlu.

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang paling lazim diajukan

Apakah dua contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah:

a. Korang diminta memperkenalkan diri.

Tips – perkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

b. Alasan kenapa korang memohon Latihan Separa Perubatan.

Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti korang tetapi jangan lupa menyatakan bahawa Latihan Separa Perubatan (ikut jawatan masing-masing) merupakan peluang untuk korang memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri korang dengan Latihan Separa Perubatan ini berbanding calon-calon lain.

Pertama yang korang kena ingat ialah, selepas contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan berkenaan KKM dan sikit-sikit mengenai kenegaraan secara amnya.

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang menyusul seterusnya adalah menjurus kepada bidang tugas masing-masing. Misalnya jika korang dipanggil temuduga untuk latihan JTMP, maka soalan berkaitan dunia teknologi perubatan akan diajukan.

Di bawah atok senaraikan beberapa Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan yang popular.

  • Awak dah pernah duduk temuduga sebelum ni? Untuk jawatan apa ya?
  • Sekarang keja mana?
  • Kenapa tak sambung study?
  • Kenapa nak jadi jururawat?
  • Apa pasal pilih juruteknologi makmal perubatan? Kan byk lagi jawatan separa lain.
  • Apa sebab nak keja sebagai juru x-ray? Tak bahaya ke selalu terdedah dengan sinaran?
  • Apa yang penolong pegawai perubatan buat sebenarnya?
  • Tugas penolong pegawai kesihatan persekitaran ni apa dia?
  • Penolong pegawai farmasi memang duduk dalam bilik ubat je ker?
  • Yakin dengan jawapan kamu? Betul?
  • Berapakah tekanan darah normal?

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan di atas hanya sekadar rujukan semata-mata. Tiada jaminan ia akan disoal dalam temuduga korang nanti.

Untuk contoh-contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang paling lengkap. Boleh dapatkan di bawah.

Kenapa Ramai Gagal Temuduga Latihan Separa Perubatan?

Ni sedih ckit. Untuk pengetahuan,, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kegagalan calon dalam proses temuduga Latihan Separa Perubatan.

Antara yang dikenalpasti adalah :

  • Tidak tahu apa soalan yang bakal dikemukakan
  • Tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan yang dikemukakan
  • Tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan penemuduga

Ramai calon gagal menjawab soalan dengan baik semasa temuduga diadakan. Mereka juga tidak pasti apa soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang akan diajukan panel.

Faktor di atas inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kegagalan calon. Termasuk juga tidak pandai ‘mengambil hati’ panel, penampilan ‘selekeh’ dan lain-lain.

Tidak setakat itu sahaja. Faktor kegagalan dalam menyediakan resume Latihan Separa Perubatan yang ‘menggiurkan’ kepada panel penemuduga juga telah menjadi halangan utama calon lulus temuduga Latihan Separa Perubatan.

Sayang bukan?

Sudah tentu korang tidak mahu jadi seperti mereka!

Rujukan khas Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan

Untuk korang, atok da paksa geng keras atok (Tok Muaz) untuk buka juga jualan rujukan ini untuk beri manfaat penuh.

Apa yang penting adalah korang hadir ke sesi temuduga Latihan Separa Perubatan nanti dengan penuh keyakinan dan persediaan.

Ambil peluang ini dan jangan sia-siakan panggilan temuduga korang.

Kemungkinan korang tidak dipanggil lagi selepas ini? Jadi berikan yang terbaik untuk temuduga Latihan Separa Perubatan kali ini.

Rujukan Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan ini disusun dengan pengalaman dan perkongsian calon-calon sebenar sebelum ini.

Jadi korang bakal mendapat satu rujukan yang tepat disertakan dengan pelbagai contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan dan template resume yang power untuk persediaan korang.

Rujukan khas contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ini korang boleh gunakan untuk persediaan temuduga korang tahun ini untuk kesemua jawatan dalam SKIM SEPARA PERUBATAN oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Atau, korang juga boleh baca contoh soalan temuduga SPA yang atok kongsikan sebelum ini, ia membincangkan beberapa soalan lazim temuduga SPA.

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan yang akan korang hadapi sepanjang bulan November ni.

Sekali lagi atok nyatakan, rujukan temuduga Separa Perubatan yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja. Da nama pun rujukan kan..

Selamat menduduki temuduga!

Penutup

Panduan ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan. Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab gaji lagi best), korang boleh baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.

Tapi korang jalan berlenggang ke mana-mana karnival kerjaya macam tu je, kena tahu la dulu apa tips penting temuduga terbuka swasta.

Kepada yang menduduki ujian psikometrik dalam bulan ni, korang jangan duduk selagi belum baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Untuk yang dipanggil ke exam online Penolong Pegawai Pembangunan, korang hadam dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Mustahak ni.

Sapa cakap atok lupakan brader-brader driver H11 kita, abg semua baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Betul punya penutup

Lastly, yang kena hadir temuduga Penolong Pegawai Penilaian di JPPH. Atok hadiahkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilai W29 ni. Buat bekal.

OK, ni betul punya last. Lagi beberapa hari SPA akan jalankan peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di MOH. Jadi, Atok da coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor).

Kepada bakal-bakal warga ILP dan IKBN, jangan duduk temuduga korang sebelum baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Latihan Vokasional DV29 ini.

Makluman PSEE Pembantu Anti Dadah dah SPA keluarkan. Bagi yang dapat emel panggilan tu, cepat-cepat rujuk contoh soalan peperiksaan Pembantu Anti Dadah S19.

Dapat panggilan peperiksaan SPA online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma? Yeay.. Tapi tak tahu nak prepare apa pula. Antara bahan bacaan yang sesuai untuk korang sebelum duduk PSEE SPA tu ialah contoh soalan peperiksaan online Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma.

Korang jgn lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Anndree dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!