Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1

Salam gais. Ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 datang lagi! Di bawah dikongsikan koleksi 21 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 (calon Semenanjung) yg boleh dijadikan latihan kepada calon ujian sebelum menduduki ujian psikometrik utk ambilan Agensi Antidadah Kebangsaan pada 1 Apr 2026 ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi set soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S19

Di samping itu juga, calon turut digalakkan mendapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1 yg disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada kali ni.

Nota Penting: Kepada korang dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Antidadah S1 (calon Semenanjung) untuk penempatan di Agensi Antidadah Kebangsaan yang dijadualkan pada 21 Mei 2025 – 26 Mei 2025 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga KP29 boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Antidadah S1 ini.

Untuk yg dapat panggilan ujian SPiER Pembantu Antidadah S1 ambilan AADK pada kali ini. Buat persiapan yg rapi utk menghadapi ujian ini! Bahan-bahan bacaan utk ujian SPiER AADK ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian SPiER Pembantu Antidadah S1.

Korang dah semak dan terpilih ke ujian fizikal Pembantu Anti Dadah S1 yang dijadualkan dalam masa terdekat ini? Apa perlu korang prepare? Dan apa yang berlaku di pusat ujian fizikal itu sebenarnya? Baca di ujian fizikal Pembantu Anti Dadah S1.

” Mohon spa hapuskan exam psikometrik bagi pegawai yg sedang bkhidmat di jabatan yg sama.ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

– Farihah

” Hapuskan pada yg belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

– Vivie

” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

– Faridzul

” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “

– Syawal

Itu adalah antara rungutan dan lontaran rasa yg diluahkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dlm hati korang ada rungutan dan lontaran rasa yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Kekosongan Jawatan Pembantu Antidadah S1 Tahun 2026

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 12 Januari 2026, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Antidadah S1 di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) (Semenanjung) adalah sebanyak 55 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 165 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya korang membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Korang da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

  • PEMBANTU ANTIDADAH GRED S1 (SEMENANJUNG)
    (KEMENTERIAN DALAM NEGERI (AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN))
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [ Tarikh PSEE: 1 Apr 2026]

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/perkhidmatan/semakan-online/semakan-penjadualan/senarai-penjadualan-penilaian-psee

Apa Itu Psikometrik?

Menurut definisi Wikipedia;

” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “

Bidang psikometrik adalah berfokus pada pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat keperibadian, dan pencapaian pendidikan.

Konsep asas dlm teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yg mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.

Psikometrik ialah bidang yg mengamalkan kaedah pengukuran objektif dan kuantitatif dlm psikologi, pendidikan dan sains sosial.

Psikometrik berangka pula digunakan dalam mengukur dan menilai keupayaan calon-calon dalam berurusan dengan digit dengan cepat dan tepat. Psikometrik berangka mengandungi set soalan yg menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis, kadar, trend, tukaran mata wang dan lain-lain.

Pada masa ini, ujian psikometrik sudah dijadikan amalan secara meluas di sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik sudah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan yg wajib dalam menapis kemasukan anggota baharu ke dlm sistem perkhidmatan kerajaan / government service system termasuklah untuk kemasukan ke dlm perjawatan Pembantu Antidadah S1.

Apakah Ujian Psikometrik SPA

Dlm konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Bagi mengasingkan calon-calon yg sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dlm kerajaan.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dlm sektor awam di Malaysia (termasuk jawatan Pembantu Antidadah S1).

Proses penapisan ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yg lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat’.

Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka berikan korang info ini bagi menambah kefahaman korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’ / elemen ‘pressure’. Di mana calon ditekan dengan kekangan masa (yg amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir atau memang tdk cukup untuk menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yg ada dlm diri setiap calon. Sehinggakan ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja jawapan dan berserah kepada nasib badan.

Kalau tak silap atok, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dlm tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.

Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yg sudah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yg macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) DUA aneka pilihan jawapan.

(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)

B) TIGA aneka pilihan jawapan.

(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)

C) EMPAT aneka pilihan jawapan.

(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)

D) LIMA aneka pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)

Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa num?

Korang yang belum tahu, sila baca terlebih dahulu post lepas yg bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini hanyalah ringkasan format ujian psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dlm rujukan yg di bawah).

Cara Jawab Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1

Ada calon yg beranggapan soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 seolah tdk masuk akal dan seakan dibuat semborono. No! Soalan ujian psikometrik ini sudah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yg sudah dilantik oleh kerajaan. Ia dirangka bagi menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yg hampir serupa, bertujuan utk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’ dan tdk sesuai diberi amanah sebagai Pembantu Antidadah S1.

Dah Kenapa Dengan ‘Lalang’ Pulak tu nak?

Sebab pokok lalang ni, dia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap condong ke kiri. Kejap condong ke kanan. Dan sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak/kurang tetap.

Yang paling teruk dengan ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Sedangkan angin yg sepoi-sepoi bahasa pun sudah cukup bagi mengalih arah kecondongan rumpai ini.

Mari atok ambil contoh soalan yg bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

Saya merasakan tidak begitu perlu mendengar pandangan orang lain.

Pernyataan 1

Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya tepat, walau orang lain mengatakan sebaliknya kerana saya mempunyai prinsip yg teguh terhadap apa yg saya lakukan.

Pernyataan 2

Apabila orang lain memberikan idea, pasti saya akan dahulukan idea peribadi.

Pernyataan 3

Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘ciri negatif’ dlm diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’ yang perlu ada pada seorang calon Pembantu Antidadah S1 yg baik.

That’s why la, jawapan korang harus sama bagi semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yg sama iaitu penilaian nilai ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘diselerakkan’ atau ‘dicampur adukkan’ atau ‘digaulkan’ di antara ratusan pernyataan lain, boleh korang pastikan yg korang memberikan jawapan yang konsisten?

Tanpa bantuan nota-nota padat yg betul dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini ibarat ‘cari jarum dlm jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.

(Sekali lagi dinyatakan: Ini cuma ringkasan cara menjawab ujian psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dlm rujukan yg dicadangkan di bawah).

Tips Lulus Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1

Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yg sudah diterangkan di atas

Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item soalan. Ini seolah tindakan bijak. Tapi di situlah perangkapnya terletak.

Sedaya upaya keluarkan ciri positif dlm diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yg bakal menjerat diri korang kelak.

Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan-soalan dalam ujian psikometrik SPA ini sudah dirangka dan disusun cukup rapi bagi menapis hal-hal negatif dlm diri korang (termasuk penipuan).

21 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1

1) Sekiranya saya melihat rakan saya memperoleh pencapaian yg lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

2) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya merasa tidak patut, kerana saya yg seharusnya mendapat prestasi cemerlang.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

3) Saya sering rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4) Jika orang tidak menghormati saya, sudah tentu saya pun tidak akan menghormatinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

5) Saya sentiasa bimbang atas kesilapan-kesilapan yg berlaku pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

6) Saya rasa paling gembira apabila bersama ramai kawan.

A. Betul
B. Salah

7) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.

A. YA
B. Bukan

8) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.

A. YA
B. Bukan

9) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yg lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

10) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Betul
B. Salah

11) Saya cukup tidak suka bergantung kepada orang lain, tetapi suka menyesuaikan diri sendiri.

A. Betul
B. Salah

12) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.

A. Betul
B. Salah

13) Saya cukup sukar bermesra dengan orang yg baru dikenali.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

14) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang hina.

A. YA
B. Tidak

15) Saya seorang yg sangat sistematik dan teliti.

A. YA
B. Tidak

16) Bila saya merasa geram, saya akan menyambung kerja yg sedang diusahakan pada hari esok walaupun kerja tersebut sangat mustahak.

A. YA
B. Tidak

17) Saya paling suka melakukan aktiviti yg memajukan saya.

A. YA
B. Tidak

18) Apabila tersedar kesilapan yg sudah dilakukan, saya akan berikhtiar utk berubah.

A. YA
B. Tidak

19) Walaupun saya tidak mahir atau pandai dlm sesuatu perkara, saya akan bertingkahlaku seperti mahir.

A. YA
B. Tidak

20) Apabila keputusan sudah dikeluarkan, mereka tidak boleh menghentikan saya bagi melaksanakannya.

A. YA
B. Tidak

21) Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kualiti kerja seseorang.

A. YA
B. Tidak

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 utk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Oleh kerana korang memang memerlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yg dilengkapi dengan skema jawapan padu). Maka, segera dapatkan rujukan di bawah!

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Dah bersedia untuk ujian psikometrik bagi jawatan Pembantu Antidadah S1? Rujukan persediaan yang paling tepat untuk ujian psikometrik ini adalah:

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah)

Atau pun,

Bagi korang yang ada bajet lebih dan nak kan rujukan yang lebih premium. Boleh dapatkan Rujukan Ujian Psikometrik (Kemasukan Perkhidmatan Awam) ini. Cukup lengkap dan amat memudahkan persiapan korang!

Kedua-dua rujukan ujian psikometrik yang dicadangkan ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik untuk satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1).

Selain itu,

Korang juga boleh baca penerangan yg super detil mengenai ujian psikometrik di ujian psikometrik SPA – kemasukan perkhidmatan awam.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada 8 sebab utama kenapa korang kena dapatkan rujukan panduan lulus ujian psikometrik SPA ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling penting!

1) Korang jadi insan mulia

Untuk makluman korang, sebahagian daripada hasil jualan rujukan ujian psikometrik SPA ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, even korang gagal sekalipun dalam ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 ni, korang tak gagal total. Sekurang-kurangnya korang berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan korang pada saat ini.

2) Hati korang jadi riang ria

Nota ringkas & padat dlm rujukan ujian psikometrik ni akan menjimatkan tenaga korang. Tak perlu berlari seantero Internet cari bahan utk menghadiri ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 yg betul. Tak payah berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ria di hari raya. Haha..

3) Korang dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan ujian psikometrik ini ditulis oleh AtokPencen.com. Siapakah beliau?

AtokPencen.com merupakan penulis rujukan ujian psikometrik dan temuduga yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau telah menghasilkan puluhan eBook rujukan kerjaya untuk pelbagai jenis jawatan.

Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel. Selain itu, beliau pernah menjadi ahli lembaga pemilihan tender pembekalan. Maksudnya menemuduga dan memilih syarikat untuk kesesuaian harga dan bahan. Jadi Atokpencen.com ni memang bukan calang-calang orang!

Korang rasa?

4) Lebih masa main League of Legends

Korang jangan acah-acah tak bersalah. Korang kaki game kan? Takut masa bermain game korang terganggu? Boleh sgt. Korang grab jer rujukan contoh soalan ujian psikometrik SPA ni (sesuai dimanfaatkan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 18 tahun kami sepenuhnya

Panduan lulus psikometrik SPA dan skema jawapan yg diberikan akan membiasakan korang dengan format sebenar ujian psikometrik kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan ujian psikometrik yang hampir sama.

Korang pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 18 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan ujian psikometrik SPA.

6) Memudahkan hidup korang

Skema cara menjawab soalan ujian psikometrik dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, korang hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan ujian psikometrik tu yang naik masa ujian nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Panduan Lulus Psikometrik SPA (Versi Rahmah) ni murah giler. Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang korang akan rugi mendapatkannya.

Ini akan menjimatkan duit korang. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Lagi Hawau..

Dan disebabkan kemurahan panduan lulus ujian psikometrik SPA ni juga. Korang hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah korang lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

First of all, rujukan soalan ujian psikometrik kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

eBook akan dihantar melalui emel kepada korang.

Berapa lama leh dpt rujukan tu lepas bayar?

Klu payment korang tiada masalah, kurang daripada 12 jam (maksimum) sudah boleh dapat. Biasanya lebih cepat daripada itu!

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Korang patut miliki segera panduan yang cukup lengkap dan amat membantu dalam persediaan ujian psikometrik ini.

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ujian Psikometrik Ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dlm kehidupan ini, tiada apa yg pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tdk, nak duduk ujian psikometrik ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit SPA umumkan ujian ditangguhkan pulak!

Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang utk lulus ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yg atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 terbaik yang wujud di pasaran tika dan saat ini.

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yg akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about that..

Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 13 hari tunggu masih x sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni utk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi Tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yg disediakan.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S1 yg akan korang hadapi pada kali ini.

Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Antidadah S1 yg atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Terkini, PDRM melalui sistem e-pengambilan sedang menjalankan tapisan ujian SPiER kepada calon Polis utk ditempatkan di PDRM. Jika korang salah sorang yg dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan SPiER PDRM.

Penerbit rancangan adalah antara ujian psikometrik yg tidak begitu ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon tersebut, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Penerbit Rancangan B9.

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE SPA ujian psikometrik SPA kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U9.

PSEE SPA psikometrik pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA9. Korang ada mohon jawatan ni dlm borang SPA9? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U1.

Pegawai imigresen adalah jawatan yg menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yang duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP1 ni.

Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dlm kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai graduan. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U9.

Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik pembantu hidupan liar? Jawatan ni best bagi mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G1.

Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA5 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N1 ni.

Last but not least. SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yg dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W1 ni.

Ini Baru La Penutup

OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada sembilan lagi ujian psikometrik yg sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah bagi kemudahan korang membuat rujukan.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Leave a Comment

error: Content is protected !!