Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

Di bawah merupakan koleksi 21 contoh soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 yg boleh dijadikan latihan kepada calon ujian sebelum menduduki ujian psikometrik pada 8 Disember 2020 ini. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi set soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 yang disediakan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41 Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR)

Di samping itu juga, calon turut digalakkan mendapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41 yg disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota bacaan dan bahan latih tubi sebagai persediaan menduduki ujian psikometrik SPA pada 8 Disember 2020 ni.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi PSEE atau ujian psikometrik Juruukur Bahan J41, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Juruukur Bahan J41 ini.

” Mohon spa hapuskan exam psikometrik bagi pegawai yg sedang bkhidmat di jabatan yg sama.ada yg lulus kpsl dan berkhidmt lebih dr 10 tahun, tp gagal ujian psikometrik. “

– Farihah

” Hapuskan pada yg belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

– Vivie

” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

– Faridzul

” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “

– Syawal

Itu adalah antara rungutan dan lontaran rasa yg diluahkan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau dlm hati korang ada rungutan dan lontaran rasa yg sama, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Bagi korang yang dah melepasi saringan psikometrik Juruukur Bahan Gred J41, kini saringan seterusnya pula bermula. Korang kena duduk sesi temuduga SPA pasni. Dah bersedia sepenuhnya? Klu belum, baca beberapa info penting dan contoh-contoh soalan temuduga Juruukur Bahan Gred J41 ni.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

JURUUKUR BAHAN GRED J41 DI KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA

TARIKH UJIAN: 8 DISEMBER 2020

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-juruukur-bahan-j41

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/semakan-jadual-peperiksaan

Apa Itu Psikometrik?

Menurut definisi Wikipedia;

” Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement. “

Bidang psikometrik adalah berfokus pada pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, sifat keperibadian, dan pencapaian pendidikan.

Konsep asas dlm teori ujian klasikal psikometrik adalah kebolehpercayaan dan kesahihan. Alat ukur yg mempunyai kebolehpercayaan melakukan pengukuran dengan konsisten, sementara ukuran yang sah adalah yang mengukur apa yang akan diukur.

Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.

Psikometrik ialah bidang yg mengamalkan kaedah pengukuran objektif dan kuantitatif dlm psikologi, pendidikan dan sains sosial.

Psikometrik berangka pula digunakan bagi mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan digit dengan cepat dan tepat. Psikometrik berangka mengandungi set soalan yg menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis, kadar, trend, tukaran mata wang dan lain-lain.

Pada masa ini, ujian psikometrik sudah dijadikan amalan secara meluas di sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik sudah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan yg wajib bagi menapis kemasukan anggota baharu ke dlm sistem perkhidmatan kerajaan / government service system termasuklah untuk kemasukan ke dlm perjawatan Juruukur Bahan J41.

Apakah Ujian Psikometrik SPA

Dlm konteks negara kita, ujian psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yg sesuai bagi satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dlm kerajaan.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dlm sektor awam di Malaysia (termasuk jawatan Juruukur Bahan J41).

Proses penapisan ini adalah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yg lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat’.

Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini bagi menambah kefahaman korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’ / elemen ‘pressure’. Di mana calon ditekan dengan kekangan masa (yg amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir atau memang tdk cukup bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yg ada dlm diri setiap calon. Sehinggakan ada di antara calon yang main ‘tembak’ sahaja jawapan dan berserah kepada nasib badan.

Kalau tak silap atok, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dlm tempoh 60 minit sahaja! But it was at that time la.

Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yg sudah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik SPA

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Ujian psikometrik SPA adalah tak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yg macam mana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) DUA aneka pilihan jawapan.

(Ya, Tidak) atau (Betul, Salah) atau (Wajar, Tidak Wajar)

B) TIGA aneka pilihan jawapan.

(Setuju, Tidak Setuju, Tidak Pasti) atau (Ya, Tidak, Tidak Pasti)

C) EMPAT aneka pilihan jawapan.

(Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang) atau (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju)

D) LIMA aneka pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) atau (Sangat kerap, Kerap, Tidak pasti, Kadang-kadang, Tidak pernah)

Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning’. Apa num?

Korang yang belum tahu, sila baca terlebih dahulu post lepas yg bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini hanyalah ringkasan format ujian psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dlm rujukan yg di bawah).

Cara Jawab Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

Ada calon yg beranggapan soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 seolah tdk masuk akal dan seakan dibuat semborono. No! Soalan ujian psikometrik ini sudah digubal dengan teliti oleh pakar psikologi yg sudah dilantik oleh kerajaan. Ia dirangka bagi menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – jawapan korang hendaklah konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yg hampir serupa, bertujuan utk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’ dan tdk sesuai diberi amanah sebagai Juruukur Bahan J41.

Dah Kenapa Dengan ‘Lalang’ Pulak tu nak?

Sebab pokok lalang ni, dia cuma mengikut dari mana arah angin bertiup. Kejap condong ke kiri. Kejap condong ke kanan. Dan sinonim dengan individu yg mempunyai berpendirian tidak/kurang tetap.

Yang paling teruk dengan ‘lalang’ ni tau apa dia? Jangan kata angin yg kencang. Sedangkan angin yg sepoi-sepoi bahasa pun sudah cukup bagi mengalih arah kecondongan rumpai ini.

Mari atok ambil contoh soalan yg bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

Saya merasakan tidak begitu perlu mendengar pandangan orang lain.

Pernyataan 1

Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya tepat, walau orang lain mengatakan sebaliknya kerana saya mempunyai prinsip yg teguh terhadap apa yg saya lakukan.

Pernyataan 2

Apabila orang lain memberikan idea, pasti saya akan dahulukan idea peribadi.

Pernyataan 3

Kesemua pernyataan di atas mewakili nilai ‘ciri negatif’ dlm diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’ yang perlu ada pada seorang Juruukur Bahan J41 yg baik.

That’s why la, jawapan korang harus sama bagi semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yg sama iaitu penilaian nilai ‘kebolehan menerima kritikan dan pendapat orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘diselerakkan’ atau ‘dicampur adukkan’ atau ‘digaulkan’ di antara 70 pernyataan lain, boleh korang pastikan yg korang memberikan jawapan yang konsisten?

Tanpa bantuan nota-nota padat yg betul dan latih tubi yang mencukupi, usaha ini ibarat ‘cari jarum dlm jerami’. Suatu kerja yg hampir mustahil.

(Ini cuma ringkasan cara menjawab ujian psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dlm rujukan yg dicadangkan di bawah).

Tips Lulus Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

Dua tips penting menjawab dengan baik ujian ini ialah :

Pertama, Kekalkan konsistensi jawapan seperti yg sudah diterangkan di atas

Kedua, jangan sekali-kali berlakon jadi orang lain semasa menjawab item soalan. Ini seolah tindakan bijak. Tapi di situlah perangkapnya terletak.

Sedaya upaya keluarkan ciri positif dlm diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yg bakal menjerat diri korang kelak.

Mungkin korang sudah lupa, tapi sekali lagi diingatkan, soalan-soalan dalam ujian psikometrik SPA ini sudah dirangka dan disusun cukup rapi bagi menapis hal-hal negatif dlm diri korang (termasuk penipuan).

21 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

1) Sekiranya saya melihat rakan saya memperoleh pencapaian yg lebih baik, saya akan berusaha mencontohinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

2) Saya mendapat prestasi baik, kawan sekerja saya mendapat prestasi cemerlang. Saya merasa tidak patut, kerana saya yg seharusnya mendapat prestasi cemerlang.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

3) Saya sering rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4) Jika orang tidak menghormati saya, sudah tentu saya pun tidak akan menghormatinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

5) Saya sentiasa bimbang atas kesilapan-kesilapan yg berlaku pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

6) Saya rasa paling gembira apabila bersama ramai kawan.

A. Betul
B. Salah

7) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.

A. YA
B. Bukan

8) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.

A. YA
B. Bukan

9) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yg lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

10) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Betul
B. Salah

11) Saya cukup tidak suka bergantung kepada orang lain, tetapi suka menyesuaikan diri sendiri.

A. Betul
B. Salah

12) Setiap kejayaan adalah hasil kerjasama atau hasil pertolongan orang lain.

A. Betul
B. Salah

47) Saya cukup sukar bermesra dengan orang yg baru dikenali.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

13) Jika saya merendah diri, saya akan dipandang hina.

A. YA
B. Tidak

14) Saya seorang yg sangat sistematik dan teliti.

A. YA
B. Tidak

15) Bila saya merasa geram, saya akan menyambung kerja yg sedang diusahakan pada hari esok walaupun kerja tersebut sangat mustahak.

A. YA
B. Tidak

16) Saya paling suka melakukan aktiviti yg memajukan saya.

A. YA
B. Tidak

17) Apabila tersedar kesilapan yg sudah dilakukan, saya akan berikhtiar utk berubah.

A. YA
B. Tidak

18) Walaupun saya tidak mahir atau pandai dlm sesuatu perkara, saya akan bertingkahlaku seperti mahir.

A. YA
B. Tidak

19) Apabila keputusan sudah dikeluarkan, mereka tidak boleh menghentikan saya bagi melaksanakannya.

A. YA
B. Tidak

20) Saya akan menjadi lebih tegas apabila tidak berpuas hati dengan kualiti kerja seseorang.

A. YA
B. Tidak

21) Marah merupakan emosi negatif yg boleh menimbulkan masalah lebih teruk jika tidak dikawal.

A. Betul
B. Salah

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 utk kali ini. Cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Kalau perlukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik (tetapi kali ini yg dilengkapi dengan skema jawapan padu). Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

Atau,

Korang juga boleh baca penjelasan lebih komprehensif dan memuaskan mengenai ujian psikometrik SPA. Termasuk sejarah dan jenis-jenis psychometrics test yg lain.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 140 contoh soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yg sudah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang dlm menjawab soalan ujian psikometrik Juruukur Bahan J41 korang nanti.

Atok tahu da bgtaw sebelum ini, tetapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira bagi mendapatkan jawapan yg sebenar!

Confirm Lulus Ke Tok Kalau Saya Beli Rujukan Ujian Psikometrik Ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dlm kehidupan ini, tiada apa yg pasti (kecuali mati). Entah sempat, entah tdk, nak duduk ujian psikometrik ni. Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tiba-tiba, last minit SPA umumkan ujian ditangguhkan pulak!

Rujukan ini hanya sekadar usaha meningkatkan peratus peluang korang utk lulus ujian psikometrik Juruukur Bahan J41.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yg atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Juruukur Bahan J41 terbaik yang wujud di pasaran tika dan saat ini.

Tapi Mahal Sangat La Tok Rujukan Ujian Psikometrik Ni..

Yup, memang mahal. Atok akui. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, bila fikir2 balik. Ia masih dianggap terlalu murah, bila dibandingkan faedah dan manfaat yg akan korang perolehi kelak (andai berjaya dilantik).

Lagipun, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about that..

Sempat Ke Pos Buku Rujukan Ujian Psikometrik Ni Tok?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41 ni bukan buku. Tetapi eBook dlm versi softcopy. Format file ialah PDF. Korang akan diberikan akses ke laman download bagi memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Cara ni lebih cepat utk korang mula study!

Korang pn tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah masuk 13 hari tunggu masih x sampai2 juga (terutama di kawasan pedalaman).

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni utk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi Tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yg disediakan.

Jadi, Demikianlah Adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41 yg akan korang hadapi pada 8 Disember 2020 ini.

Namun, harus diingat. Koleksi contoh soalan Ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41 yg atok bawakan di atas ni bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tgh kelam-kabut cari rujukan PSEE SPA ujian psikometrik SPA kan? Klu korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan ujian psikometrik Jururawat U41.

PSEE SPA psikometrik pembantu perawatan kesihatan (boleh dikatakan) wajib diadakan setiap tahun. Jawatan super popular di SPA9. Korang ada mohon jawatan ni dlm borang SPA9? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg juga jarang2 tdk dijalankan PSEE ujian psikometrik adalah pembantu operasi. Tdk perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni dlm SPA9, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan utk jawatan pembantu awam H11 di jabatan-jabatan kerajaan nampaknya stabil pada setiap tahun. Boleh dikatakan tiap tahun akan ada pengambilan dibuka. Amatlah rugi jika korang abaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Awam H11 ini bagi persiapan awal.

Pegawai imigresen KP19 adalah jawatan yg menjadi tulang belakang kpd Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Inilah individu yang duk duduk tercongok di kaunter pintu2 keluar masuk utama negara. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Selepas Jururawat PSL, jawatan sebagai Penolong pegawai perubatan merupakan antara jawatan dlm kategori latihan separa perubatan yg paling diminati ramai graduan. Atok percaya ramai di kalangan korang mohon jawatan ini. Jadi khas utk korang, atok da sediakan contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Korang dah sedia utk duduk PSEE ujian psikometrik pembantu hidupan liar? Jawatan ni best bagi mereka yg sukakan nature. Bertugas dekat dengan alam semulajadi seperti di hutan simpan dll. Jika belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Hidupan Liar G19.

Kepada yg dipanggil ke PSEE ujian psikometrik SPA bagi jawatan penolong arkitek landskap, inilah individu yg memastikan keindahan pemandangan di kota-kota kita. Please baca terlebih dahulu contoh soalan ujian psikometrik Penolong Arkitek Landskap JA29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik bagi pembantu tadbir (p/o) akan ada saja saban tahun. Jawatan yg laku keras kerana diperlukan di semua jabatan kerajaan. Sudah bersedia utk tahun ini? Kalau sudah, bagus. Klu belum, baik baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir N19 ni.

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik jawatan pembantu tadbir kewangan di portal rasmi dan facebook mereka. Kepada yg dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Tadbir Kewangan W19 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik kepada calon pembantu pendaftaran utk ditempatkan di Jabatan Pendaftaran Negara. Jika korang salah sorang yg dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pendaftaran KP19.

Last but not least. Gred B41 adalah antara ujian psikometrik yg ramai calon dipanggil. Jika korang salah sorang calon tersebut, jemput baca contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Kebudayaan B41.

Ini Baru La Penutup

OK, ni betul2 last. Selain dua belas jawatan di atas, ada sembilan lagi ujian psikometrik yg sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah bagi kemudahan korang membuat rujukan.

Soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Soalan psikometrik Juru X-Ray U29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29
Soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29
Soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11
soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41
soalan psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!