Korang dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Operasi N11 (calon Sabah) pada 15 Oktober 2024 ini utk ambilan Di Pelbagai Kementerian/Jabatan? Memang nasib baik! Sebab di bawah adalah koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi N11 yang boleh dijadikan latihan oleh calon. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 yang disediakan di bawah.
Isi Kandungan
Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas soalan ujian Psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada tahun ini.
Nota Penting: Sebelum tu, bagi yg berjaya terpilih ke sesi temuduga Pembantu Operasi N11 (calon Sabah) utk ambilan di Kementerian Dalam Negeri yg dijadualkan pada 24 Jun 2024 – 27 Jun 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Pembantu Operasi Gred N11 ini.
Manakala, bagi korang yg dapat panggilan exam online Pembantu Operasi Gred N11. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk exam ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Operasi Gred N11.
Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11 Tahun 2024
Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 27 Mac 2024, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Operasi Gred N11 di Kementerian Dalam Negeri dan lan-lain jabatan (Semenanjung) adalah sebanyak 94 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 1 000 orang.
Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 itu tiba. Korang da besar dan da bleh pikir sendiri..
Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tersangat tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Operasi Gred N11 oleh pihak SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!
Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11
MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
(PELBAGAI JABATAN)
(Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
[ Tarikh PSEE: 15 Okt 2024]
Atau
Sila layari laman web :
https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/
Apa itu Psikometrik?
Psikometrik adalah satu cabang kajian berkaitan dengan teori, amali dan teknik pengukuran psikologi manusia. Lebih tepat lagi, psikometrik adalah bidang berkaitan dengan kaedah pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti dan pencapaian pendidikan.
Psikometrik berangka pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan angka dengan cepat dan tepat. Psikometrik berangka mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.
Pada masa ini, ujian psikometrik diaplikasikan secara meluas di institusi-institusi dan sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian daripada instrumen saringan untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.
Apa itu Ujian psikometrik SPA?
Di dalam konteks negara kita, psikometrik turut dijadikan salah satu daripada peringkat tapisan untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti.
Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang jawatan dalam sektor awam di Malaysia.
Kalau korang mengikuti perkembangan ujian psikomerik ini dari mula, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat.
Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.
Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik
Kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan yang diajukan berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat singkat).
Masa yang diperuntukkan adalah pendek bagi menjawab soalan yang cukup banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.
Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir lebih mendalam) item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Format Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11
Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.
Aneka pilihan yang macamana?
Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.
- (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
- (Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti);
ataupun
Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.
- (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
- (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)
(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Selain soalan jenis psikologi di atas, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa Numerical? Kepada yang belum tahu, sila baca dahulu post yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.
Teknik Menjawab Ujian Psikometrik SPA
Soalan ujian psikometrik ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan korang. Tip terpenting ialah – pastikan jawapan korang selalu konsisten.
Terdapat sejumlah soalan yang hampir sama, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang‘.
Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain‘.
1. Saya rasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain. |
2. Saya akan sentiasa memastikan tindakan saya betul, biar orang lain mengatakan salah kerana saya mempunyai asas terhadap apa yang saya lakukan. |
3. Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya. |
Kesemua 3 pernyataan di atas mewakili nilai ‘aura negatif’ dalam diri dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Jadi, jawapan korang harus sama untuk semua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.
Cuba korang bayangkan semua pernyataan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 90 pernyataan, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten?
(Ini hanyalah ringkasan teknik menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dan terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).
Tips lulus Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11
Tips utama untuk menjawab dengan baik ujian ini ialah :
Selain konsistensi. Jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.
Sedaya upaya keluarkan kualiti paling baik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉
Harus diingat, soalan psikometrik SPA sudah digubal dan disusun sedemikian rupa untuk menapis perkara-perkara negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).
25 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11
1) Saya peka kepada perubahan persekitaran.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
2) Saya suka meminjam duit daripada rakan-rakan.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
3) Sungguh pun membincangkan sesuatu hal yang boleh dikatakan mustahak, saya masih boleh buat lawak.
a. YA
b. TIDAK
4) Saya kurang suka menerima hadiah berbentuk wang. Berbanding ucapan semasa menyambut ulang tahun saya.
a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI
5) Pepatah ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ sudah tidak releven pada masa ini.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
6) Saya susah hati jika kawan saya gagal.
a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah
7) Saya mengemas katil dan tempat tidur.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
8) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang waktu.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
9) Saya terpaksa memilih bulu dan mengelak berkawan dengan orang yang pengotor.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
10) Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.
a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju
11) Apabila berbincang dengan sesiapa pun, saya berasa kurang sesuai memandang tepat ke wajahnya.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
12) Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
13) Apabila ada manusia yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.
a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti
14) Idea saya tidak banyak, apa yang lebih sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu dari kepala saya.
a. YA
b. TIDAK
15) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita masih perlu lagi berusaha gigih.
a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti
16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan, adalah perkara membimbangkan saya.
a. betul
b. agak betul
c. tidak betul
17) Dalam kerja secara berpasukan di universiti, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja.
a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju
18) Saya paling tidak gemar meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu, walaupun ia menyusahkan saya nanti.
a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah
19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab alam sekitar.
A. Ya
B. Tidak
20) Saya selalu datang awal ke sekolah.
A. Ya
B. Tidak
21) Saya suka menonton rancangan berunsur sukan.
A. Ya
B. Tidak
22) Saya tetap memandu dengan perlahan walaupun kesuntukan masa.
A. Ya
B. Tidak
23) Biarpun menghadapi situasi menakutkan, saya mesti bersikap tenang.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
24) Walau di mana saya berada, saya tetap mudah menyesuaikan diri dengan keadaan serta situasi baharu.
A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti
25) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.
A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti
Demikianlah beberapa Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.
Jika korang mahu lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan padu. Segera dapatkan rujukan di bawah.
Atau pun,
Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar lagi detil mengenai soalan psikometrik SPA.
Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11
Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi 200 contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Bukan itu sahaja, rujukan ini turut dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan ujian psikometrik Matematik. Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik Pembantu Operasi N11 korang nanti.
Atok tahu da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematika.
Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dijelaskan sedetil-detilnya termasuk cara penyelesaian untuk mendapatkan jawapan yang betul!
Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?
Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup dan boleh menghirup udara segar. Entah sempat, entah tidak, nak duduk psikometrik ni!
Rujukan ini cuma sekadar ikhtiar. Usaha meningkatkan kemungkinan korang untuk lulus psikometrik Pembantu Operasi N11.
Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.
Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Pembantu Operasi N11 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.
Tapi tok, mahal sangat la..
Yup, memang mahal. Range harga RM40 to RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!
Cuma, ia masih tak semahal smartphone korang (yang harga beribu tu). Think about it..
Tapi tok, sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni?
Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.
Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah, tunggu orang hantar barang, dah seminggu tak tiba juga.
Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!
Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.
Tapi tok..
Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik SPA?
Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Guna rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.
Jadi, demikianlah adanya.
Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 yang akan korang hadapi pada tahun ini.
Namun, harus diingat. Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Operasi N11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.
Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!
Penutup
Korang dah ready untuk duduk ujian psikometrik SPA penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.
Bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik SPA untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.
Panggilan ujian psikometrik SPA bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!
SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai ujian psikometrik jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.
Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan ujian psikometrik kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.
Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke ujian psikometrik penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.
Awek-awek jururawat yg comel2 tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan psikometrik kan. Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U41.
Last but not least, psikometrik pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.
Ini baru la penutup
OK, ni btl2 last. Selain lapan jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.
Contoh soalan psikometrik Pembantu Kemahiran H19
Contoh soalan psikometrik Juru X-Ray U29
Contoh soalan Psikometrik Juruaudio Visual N19
Contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S29
Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.
Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!
Selamat Petang Tuan,
Saya baru sahaja membuat pembayaran untuk e-book PSEE, mohon Tuan hantarkan link untuk saya download e-book.
Sekian, Terima Kasih
Hai Nancy,
Dah dapat eBook belum?
Klu masih belum dapat, emel ke support@rujukankerjaya.com untuk bantuan lanjut.
Terima kasih.