Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Korang menerima emel panggilan ke ujian psikometrik Juruaudio Visual Gred N19 utk ambilan Jabatan Penerangan Malaysia pada 30 November 2021 ini? Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Juruaudio Visual Gred N19 yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan. Cuba dapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Juruaudio Visual N19 di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19 Jabatan Penerangan

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan ujian psikometrik Juruaudio Visual N19 yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan ujian Psikometrik korang pada kali ini.

Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg korang kena hadapi ialah sesi temuduga Juruaudio Visual N19 utk ambilan di Jabatan Penerangan Malaysia yg dijadualkan pada 11 April 2022 – 14 April 2022 (untuk calon Semenanjung) atau pada 11 April 2022 – 12 April 2022 (untuk calon Sabah dan Sarawak). Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh korang baca di soalan temuduga Juruaudio Visual N19 ini.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

1) JURUAUDIO VISUAL GRED N19 (SARAWAK) DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

TARIKH UJIAN : 30 NOVEMBER 2021

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-juruaudio-visual-n19-sarawak

2) JURUAUDIO VISUAL GRED N19 (SABAH) DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

TARIKH UJIAN : 30 NOVEMBER 2021

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-juruaudio-visual-n19-sabah

3) JURUAUDIO VISUAL GRED N19 (SEMENANJUNG) DI JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

TARIKH UJIAN : 30 NOVEMBER 2021

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/ujian-psikometrik-juruaudio-visual-n19-semenanjung

ATAU

Sila layari laman web :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Asal usul Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19

Kalau korang perasan, seksyen ini adalah berasal dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk buang kegentaran.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana korang ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri korang.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’.

Korang berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti), ataupun

Korang berkemungkinan diberi 4-5 jawapan yang menguji keyakinan korang (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

Oh.. ya, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pula tu? Bagi yang belum tahu, jemput baca post lepas atok yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2021) dan menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.

Tips menjawab Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Korang tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan korang. Hihi..

Pesan Atok

Sedaya upaya untuk keluarkan kualiti baik korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri korang.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. YA
b. TIDAK

Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Saya menjerit / menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan sedih.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

Apabila berborak dengan seseorang, saya akan memandang ke matanya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

Idea saya banyak, tapi saya sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

Apabila ada peluang, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ia adalah kesukaan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

Memberikan laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada saya memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

Demikianlah 10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri sebagai uji diri.

Bagaimanpun, jika korang mahukan lebih banyak contoh soalan yang dilengkapi dengan skema jawapan. Korang mendapatkan segera rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Rujukan ini mengandungi lebih seratus contoh soalan ujian psikometrik Juruaudio Visual N19. Lengkap dengan nota-nota dan skema jawapan-jawapan yang padu.

Ia akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab ujian psikometrik pada tarikh itu nanti.

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19 SPA

Confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok tak berani janji apa-apa. Hape? Korang hengat atok ni Ketua Pengarah SPA ke apa? Hahaha..

Apa yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik terbaik yang ada di pasaran. Termasuk nota, contoh soalan dan penerangann untuk memudahkan persediaan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual Gred N19 korang.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19 yang akan korang hadapi pada 15 November ni.

Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Juruaudio Visual N19 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Sementara tu, bagi korang yang akan menduduki ujian psikometrik SPA dalam jangkamasa terdekat ni, korang jangan tinggal duduk goyang kaki pula. Baca penjelasan penuh atok mengenai ujian psikometrik SPA.

Lagi satu, Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19 ni untuk korang yang nak kerja dengan kerajaan.

Bagi yang lebih suka kerja swasta (sebab gaji yang lebih tinggi), korang baca cara mohon kerja swasta yang atok da kongsi sebelum ni.

Sebelum korang jalan berlenggang sehelai sepinggang ke mana-mana karnival kerjaya swasta, korang kena tahu dulu apa tips penting menghadiri temuduga terbuka swasta.

Untuk yang dipanggil ke exam online Penolong Pegawai Pembangunan S29, korang cerna dahulu contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29.

Siapa kata atok lupakan sahabat2 pemandu H11 kita. Untuk calon dipanggil temuduga gred H11, jemput baca perkongsian contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Penutup juga ni

Pernah duduk temuduga Penolong Pegawai Penilaian? Belum? Jangan bimbang. Atok bekalkan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penilaian W29 ni. Sebagai hadiah.

Sapa calon peperiksaan PPT N29 untuk penempatan di KKM sini? Sila angkat tangan. Atok ada coretkan beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor).

Tarikh peperiksaan Pembantu Laut da semakin hampir. Elok sangat kalau korang sempat baca contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut A19 ni. Mana tahu ada contoh yang atok bagi tu kuar exam.

Kepada yang bakal memerangi musuh no 1 negara – dadah durjana. Syabas atok ucapkan. Duduklah peperiksaan online tu dengan yakin sambil baca Contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Serius, ni baru la penutup!

Bagi yang dipanggil untuk temuduga bagi mengikuti latihan separa utk ambilan KKM. Relaks dan baca contoh soalan temuduga Latihan Separa Perubatan ni.

Lastly, buat korang yang bakal jadi Jururawat (yang comey belaka tu), perkongsian contoh soalan temuduga Latihan Jururawat ni tanda kasih sayang daripada atok untuk korang. Haha.. orang tua gatai.

Panggilan temuduga Q19 under Jabatan Perhutanan telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil nukilan atok berjudul contoh soalan temuduga Pembantu Penyelidik Gred Q19.

Panggilan temuduga J41 under KKR telah dikeluarkan. Jika korang dipanggil, terus baca hasil nukilan atok berjudul contoh soalan ujian Psikometrik Juruukur Bahan J41.

OK, ni btl2 last. Tuk yang ke interview pembantu penerangan ambilan under Jabatan Penerangan Malaysia. Atok da siapkan untu korang Contoh soalan temuduga Pembantu Penerangan S19. Moga bermanfaat.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Auf Wiedersehen dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!