Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 Sabah Sarawak Semenanjung

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 (Sabah/Sarawak/Semenanjung) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap Soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 yang disediakan di bawah.

Selain daripada itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 yang disarankan di bawah. Untuk dijadikan nota dan bahan latih tubi sebagai persediaan ujian psikometrik pada 08 Januari 2020 (calon Semenanjung) dan 10 Januari 2020 (calon Sabah dan Sarawak) ini.

” Hapuskan pada yang belum berkhidmat la jugak. Baru adil sama rata. Psikometrik ni xtau lah apa kriteria dan cara penilaian dia utk kita lulus. “

Natasyah

” Jawapan ya atau tidak.. Tapi kenapa ada gagal dan lulus… Formula permakahan mcm mana tu? “

Faezul

” Baca boleh, percaya jangan. Soalan level spm, tapi masa menjawab singkat sangat dengan soalan yg panjang dan lama nak di baca (buang masa!). “

Shazwanie

Itu adalah antara keluh kesah yang disuarakan oleh calon ujian psikometrik SPA lepas. Kalau keluh kesah korang hampir serupa, baca perkongsian ini sampai noktah terakhir.

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

1) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SEMENANJUNG)
(Tarikh Ujian : 08 Januari 2020)

Pautan Alternatif:

http://online.spa.gov.my/online/ jad_xm_psikometrik/ jadual_peperiksaan.php/ penolong-pegawai-perubatan-u41/ semenanjung

2) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SARAWAK)
(Tarikh Ujian : 10 Januari 2020)

http://online.spa.gov.my/online/ jad_xm_psikometrik/ jadual_peperiksaan.php/ penolong-pegawai-perubatan-u41/ sarawak

3) PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (SABAH)
(Tarikh Ujian : 10 Januari 2020)

http://online.spa.gov.my/online/ jad_xm_psikometrik/ jadual_peperiksaan.php/ penolong-pegawai-perubatan-u41/ sabah

Atau

Sila layari laman web :

http://www.spa.gov.my/ web/guest/ senarai-penjadualan-peperiksaan/

Apa itu Psikometrik?

Secara ringkas;

Psychometrics is a field of study concerned with the theory and technique of psychological measurement.

Wikipedia

Psikometrik adalah bidang yang mengamalkan kaedah pengukuran objektif dan kuantitatif dalam psikologi, pendidikan dan sains sosial..

Sesetengah penyelidik psikometrik memberi tumpuan kepada pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian seperti soal selidik, ujian, penghakiman, dan ujian keperibadian.

Psikometrik berdigit pula digunakan untuk mengukur dan menilai keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan digit dengan cepat dan tepat. Psikometrik berdigit mengandungi set soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend, penukaran mata wang dan lain-lain.

Pada masa ini, ujian psikometrik diamalkan secara meluas di institusi-institusi luar dan dalam sektor awam di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Ujian psikometrik telah dijadikan sebagai sebahagian instrumen saringan wajib untuk menapis kemasukan anggota baharu ke dalam sistem perkhidmatan kerajaan.

Apa itu Ujian psikometrik SPA?

Di dalam konteks negara Malaysia, psikometrik turut diamalkan dan dijadikan salah satu daripada tapisan. Untuk mengasingkan calon-calon yang sesuai untuk satu-satu jawatan. Dari aspek kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap dan personaliti terhadap jawatan tertentu dalam kerajaan.

Sebelum individu tersebut layak dan diperakukan sesuai, menyandang satu-satu jawatan dalam sektor awam di Malaysia.

Proses penapisan ini telah dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA).

If you follow the progress of this psychometric test, akan didapati bahawasanya seksyen ini berasal dari seksyen yang lama iaitu ‘kertas Sahsiah dan Minat’.

Inilah nama asal kepada ujian psikometrik (semasa era ujian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam masih lagi dijalankan secara bertulis dan berpusat). Atok suka untuk berikan korang info ini untuk menambah kefahaman korang.

Faktor Kesukaran Ujian Psikometrik

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format tahun 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran soalan terletak pada ‘tekanan’. Di mana calon dihimpit dengan kekangan masa (yang amat pendek).

Masa yang diperuntukkan hampir tidak mencukupi bagi menjawab jumlah soalan yang banyak. Ini akan memaksa mengeluarkan apa yang ada dalam diri setiap calon.

Kalau tak silap atok, pada waktu itu calon dikehendaki menjawab 200 soalan dalam tempoh 60 minit sahaja!

Calon-calon dipaksa menjawab (tanpa sempat berfikir lebih panjang) set item-item (yang telah disusun rapi) bertujuan mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Penerangan Format Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

Format soalan dan jenis piihan jawapan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 adalah tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka pilihan yang macamana? Calon berkemungkinan hanya diberi :

A) DUA pilihan jawapan.

(Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Wajar atau Tidak Wajar)

B) TIGA pilihan jawapan.

(Setuju atau Tidak Setuju atau Tidak Pasti), (Ya atau Tidak atau Tidak Pasti);

C) EMPAT pilihan jawapan.

(Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),

D) LIMA pilihan jawapan.

(Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

In addition to the above type of SPA’s psychological questions, ujian psikometrik SPA juga mengandungi soalan jenis ‘Numerical Reasoning Test’. Apa test? Korang yang belum tahu, sila baca terlebih dahulu post lepas yang bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA yg menerangkan jenis soalan ini dengan lengkap.

(Ini hanyalah ringkasan format psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih jelas dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Cara Menjawab Ujian Psikometrik SPA

Soalan ujian psikometrik ini telah dirangka dengan teliti oleh pakar psikologi. Ia digubal untuk menentukan kebenaran jawapan calon. Tip terpenting ialah – pastikan jawapan korang selalu konsisten.

Terdapat sejumlah soalan yang hampir serupa, bertujuan untuk memerangkap calon-calon yang berpendirian ‘lalang’.

Kenapa ‘lalang’ tu?

Sebab ia cuma mengikut arah angin bertiup. Sinonim dengan seseorang yg mempunyai pendirian tidak tetap.

Mari atok ambil contoh soalan yang bakal memerangkap korang, berdasarkan ciri positif – ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Saya merasakan tidak perlu mendengar pandangan orang lain.

Pernyataan 1

Apabila orang lain memberikan pandangan, saya akan utamakan idea saya.

Pernyataan 2

Saya cukup tidak suka apabila pandangan saya ditolak.

Pernyataan 3

Kesemua tiga pernyataan di atas mewakili nilai ‘kualiti negatif’ dalam diri seseorang dan ianya bertentangan sama sekali dengan ciri positif ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

That’s why la, jawapan korang harus SAMA untuk kesemua 3 pernyataan di atas kerana ianya adalah pada satu teras yang sama iaitu penilaian nilai ‘menerima kritikan dan pandangan orang lain’.

Cuba korang bayangkan semua soalan di atas ‘diselerakkan’ di dalam 80 pernyataan lain, boleh korang pastikan yang korang memberikan jawapan yang konsisten? Tanpa latih tubi yang banyak, usaha ini bak ‘cari jarum dalam jerami’. Kerja yg hampir mustahil.

(Ini hanyalah ringkasan cara menjawab psikometrik SPA. Ia diterangkan dengan lebih terperinci dalam rujukan yang dicadangkan di bawah).

Tips lulus Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

Tips utama untuk menjawab dengan baik dan seterusnya ujian ini ialah :

Kekalkan konsistensi jawapan seperti yang sudah dijelaskan di atas. Selain itu, sila jangan berlakon jadi orang lain semasa menjawab item-item. Jadi diri sendiri.

Sedaya upaya keluarkan kualiti positif dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak. 😉

Sekali lagi diingatkan, soalan psikometrik SPA sudah dirangka dan disusun rapi untuk menapis hal-hal negatif dalam diri korang (termasuk penipuan).

24 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

1) Saya mengemas katil dan tempat tidur saya sendiri.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2) Saya akan berhempas-pulas berusaha membuktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada bila-bila masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3) Saya tidak gemar berkawan dengan orang yang pengotor.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

4) Apabila ada personal yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu privasi saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

5) Idea saya tidak banyak, apa yang lebih sukar ialah mengeluarkan idea-idea itu dari kepala.

a. YA
b. TIDAK

6) Apabila ruang dan peluang baik sudah muncul di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha gigih.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

7) Saya berminat menjadi pengerusi untuk kelab kecergasan.

A. Ya
B. Tidak

8) Saya selalu datang lambat ke sekolah.

A. Ya
B. Tidak

9) Saya suka menonton rancangan berunsur perubatan.

A. Ya
B. Tidak

10) Saya mesti membalas semula budi sahabat saya apabila dia membantu saya.

A. Setuju
B. Tidak Setuju
C. Tidak Pasti

11) Saya cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

12) Menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Saya suka memberi penerangan awal kepada pekerja bawahan saya sebelum mereka melakukan kerja harian.

A. Setuju
B. Tidak Setuju

14) Saya suka menegur pekerja bawahan saya di khalayak ramai supaya dia sedar kesilapannya.

A. Ya
B. Tidak

15) Saya akan berasa gementar setiap kali mesyuarat tergempar diadakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16) Saya senantiasa rasa takut kerana kekurangan keyakinan terhadap tugas saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17) Jika orang tidak menghormati saya, kenapa pula saya harus menghormatinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

18) Saya selalu bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

19) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yang lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

20) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Betul
B. Salah

21) Saya tidak suka bergantung kepada orang lain, tetapi suka menyesuaikan diri sendiri.

A. Betul
B. Salah

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Mahu lebih banyak contoh soalan psikometrik yang dilengkapi dengan skema jawapan padu? Segera dapatkan rujukan berikut.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan Gred U41 KKM

Atau,

Korang juga boleh baca penjelasan komprehensif lagi memuaskan mengenai Pengenalan ujian psikometrik SPA.

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41

Rujukan yg dicadangkan ini mengandungi lebih dari 140 contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 (dan disertakan jawapan). Berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Not limited to that, in this reference either dilengkapi dengan nota-nota ringkas dan contoh soalan matematik psikometrik. Ini akan mempertajamkan kemahiran korang menjawab soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 korang nanti.

Atok tau da gtaw sebelum ini, tapi ditekankan sekali lagi. Ujian psikometrik SPA turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk numerical.

Itu juga turut di-cover oleh rujukan ni. Dihuraikan sejelas-jelasnya. Termasuk jalan kira untuk mendapatkan jawapan yang betul!

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan psikometrik ni?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada apa yang pasti (kecuali mati). Ada masanya, kita dah ready abis nak duduk ujian ni. Tapi last2 minit ujian kena tangguh pulak!

Rujukan ini cuma sekadar ikhtiar dalam usaha meninggikan peratusan kemungkinan korang untuk lulus psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA Penolong Pegawai Perubatan U41 terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, mahal sangat la rujukan psikometrik ni..

Yup, memang mahal. Julat harga antara RM40 hingga RM100 (tgk pakej mana korang pilih). Pergghh.. RM100 tu!

Cuma, ia masih tak semahal phone korang (yg harga beribu tu). Think about it.. 😉

Tapi tok, jika ia tidak membantu saya, mcamna?

Jika korang sudah hadir Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu walau setengah sen pun, korang boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Jadi, tiada apa yang perlu korang risaukan!

Duit korang dapat, rujukan ni korang simpan. Anggap ni sedekah daripada atok dan syarikat Infokerjaya. No scam! No fraud!

Just, tolong pastikan korang baca dan buat betui2 semua latihan dalam rujukan ini. Atok yakin & percaya ia bakal membantu korang menjawab soalan Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 🙂

Tapi tok, sempat ke pos buku rujukan psikometrik ni?

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi softcopy. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Jadi korang tak payah duk bertenggek atas pagar rumah. Tunggu kurier hantar barang. Dah dua minggu ditunggu x sampai2 juga.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak ni. Eh.. Nak ke taknak lulus ujian psikometrik SPA?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit. Dapatkan rujukan ni, guna utk study, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang telah disediakan.

Jadi, demikianlah adanya.

Sedikit sebanyak Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 yang akan korang hadapi pada 08 dan 10 Januari 2020 ini.

However, contoh Soalan Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Penutup

Korang dah ready untuk duduk PSEE ujian psikometrik online SPA penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil ke PSEE ujian psikometrik online SPA untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan PSEE ujian psikometrik online SPA bagi penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau sudah, usha lebih sikit juga contoh soalan psikometrik Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

SPA sudah pon mengeluarkan hebahan mengenai PSEE ujian psikometrik SPA jawatan pemandu kenderaan di portal rasmi mereka. Kepada yang dipanggil, molek sungguh kiranya korang dapat baca contoh soalan psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni.

Terkini, SPA sedang menjalankan tapisan PSEE – ujian psikometrik SPA kepada calon pegawai perkhidmatan pendidikan. Jika korang salah sorang yang dipanggil, pastikan korang dah baca contoh soalan psikometrik Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG29 / DG41.

Kepada korang yang layak dan mungkin sudah menerima emel panggilan ke PSEE ujian psikometrik SPA penghantar notis, atok nasihatkan baik bersiap-siap. Dikatakan exam SPA ni juga sedikit sukar. Jadi perbanyakkan bacaan. Sebagai permulaaan, baca contoh soalan psikometrik Penghantar Notis N11 yang atok kongsi sebelum ni.

Aweks comel yg bakal jadi jururawat tu mesti tengah kelam-kabut sekarang ni cari rujukan ujian psikometrik kan? Kalau korang salah sorang daripadanya, relaks jer dan baca contoh soalan psikometrik Jururawat U41.

PSEE Ujian psikometrik SPA pembantu perawatan kesihatan wajib diadakan setiap tahun. Korang ada mohon jawatan ni dalam borang SPA8i? Kalau ada, siap2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Selain pembantu perawatan kesihatan, satu lagi jawatan yg jarang tidak dijalankan PSEE ujian psikometrik SPA ialah pembantu operasi. Tak perlu dikatakan lagi betapa perlunya korang mempersiapkan diri. Kalau ada mohon jawatan ni, elok sungguh kalau awal2 baca contoh soalan psikometrik Pembantu Operasi N11.

Permintaan untuk jawatan pembantu awam di kalangan jabatan-jabatan kerajaan pada setiap tahun, boleh dikatakan stabil. Amatlah rugi jika korang mengabaikan jawatan ini. Jadi baca contoh soalan psikometrik Pembantu Awam H11 ini untuk persiapan awal.

Last but not least, pegawai imigresen KP19 adalah tulang belakang kepada Jabatan Imigresen Malaysia. Inilah kategori jawatan yang menggerakkan jabatan ini. Kalau korang ada isi, sila baca contoh soalan psikometrik Pegawai Imigresen KP19 ni.

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain sebelas jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

2 thoughts on “Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perubatan U41”

Leave a Comment