Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Korang dipanggil ke ujian psikometrik Pemandu Kenderaan Gred H11 (calon Pulau Pinang) untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada kali ni? Nasib baik! Di bawah merupakan koleksi contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 yang boleh dijadikan latihan calon-calon ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 yang disediakan di bawah sebagai latihan.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Selain dari itu, calon juga boleh dapatkan rujukan khas ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama sebelum hadir ujian psikometrik pada kali ini.

Nota Penting: Kepada korang yg dah berjaya lepas ujian psikometrik ni dengan baik, cabaran akhir yg korang kena lepasi ialah sesi temuduga Pemandu Kenderaan H11 untuk ambilan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yg akan dilangsungkan pada 29 Januari 2024 – 30 Januari 2024 ini. Utk persiapan padu, korang boleh baca beberapa contoh soalan temuduga Pemandu Kenderaan H11 ni.

Kekosongan Jawatan Pemandu Kenderaan H11 Tahun 2024

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 31 Mac 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pemandu Kenderaan H11 di Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan serta di beberapa Kementerian / Jabatan lain di Semenanjung adalah sebanyak 110 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 600 orang.

Sementara, hebahan yang telah dikeluarkan SPA bertarikh 12 Julai 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pemandu Kenderaan H11 di Kementerian Kesihatan Malaysia (Sabah) adalah sebanyak 19 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 103 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh korang terhadap perkongsian ini!

Semakan Penjadualan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

MAKLUMAN TERKINI : PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) – UJIAN PSIKOMETRIK

PEMANDU KENDERAAN GRED H11 DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Tarikh Ujian : 14 NOVEMBER 2023

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/jadual-psikometrik-pemandu-kenderaan-h11

Atau

Sila layari laman web :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pengenalan kepada ujian psikometrik

Psikometrik merupakan suatu bidang kajian berkaitan dengan teori dan teknik pengukuran psikologi. Psikometrik juga sebahagian daripada bidang yang berkaitan dengan pengukuran objektif kemahiran dan pengetahuan, kebolehan, sikap, personaliti, dan pencapaian pendidikan.

Psikometrik berangka / matematik pula mengukur dan menunjukkan keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Psikometrik berangka / matematik mengandungi soalan yang menilai pengetahuan korang tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang. Sebab itulah, dalam ujian psikometrik SPA juga terdapat soalan matematik.

Ujian psikometrik SPA mula dijalankan

Kalau korang mengikuti perkembangan dari mula, akan didapati bahawa seksyen ini sebenarnya berasal dari seksyen yang lama iaitu kertas Sahsiah dan Minat. Inilah nama original kepada ujian psikometrik (pada era ketika ujian SPA masih lagi dijalankan secara bertulis). Atok suka untuk berikan korang perkaitan ini untuk menjelaskan kekeliruan korang.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012) terdahulu, faktor kesukaran utama soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan tekanan. Di mana calon dihimpit dengan masa yang amat singkat. Masa singkat yang diperuntukkan bagi menjawab soalan yang banyak. Ini akan memaksa calon untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri.

Calon-calon dikehendaki menjawab (tanpa sempat berfikir panjang) item-item (yang banyak) yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Format Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Format soalan dan jawapan pilihan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11 juga tidak tetap. Cuma dinyatakan ‘Aneka Pilihan Jawapan’ sahaja.

Aneka yang macamana?

Calon berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan yang menguji keyakinan korang.

  • (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah),
  • (Ya atau Betul atau Tidak Pasti);

ataupun

Calon berkemungkinan diberi 4 atau 5 pilihan jawapan sebagai refleksi keyakinan korang dalam membuat pilihan.

  • (Sangat kerap atau Kerap atau Tidak pasti atau Kadang-kadang),
  • (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju)

Selain jenis soalan di atas, ujian psikometrik juga mengandungi soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘. Apa benda pulak tu? Bagi yang x tahu, jangan lupa baca post lepas atok bertajuk Contoh Soalan Matematik Psikometrik SPA (Updated 2021) yang menerangkan jenis soalan ini sejelasnya.

Nota terkini: Bermula 2020, soalan jenis ‘ujian Numerical Reasoning‘ sudah tidak dimasukkan ke dalam ujian psikometrik SPA.

Tips lulus Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah :

Tidak perlu menjadi hipokrit. Jadi saja diri sendiri. Jangan cuba menjadi orang lain. Kaedah itu akan memakan diri. Percayalah..

Sedaya upaya keluarkan kualiti terbaik dalam diri korang dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal menjerat diri korang kelak.

22 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

1) Saya gemar mencampuri urusan kawan-kawan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

2) Saya tidak suka meminjam wang daripada rakan-rakan.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

3) Biarpun membincangkan sesuatu hal yang mustahak, saya masih boleh berjenaka.

a. YA
b. TIDAK

4) Saya lebih suka hadiah berupa wang berbanding kad ucapan semasa menyambut harijadi.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Pepatah ‘Patah sayap, bertongkat paruh’ sudah tidak releven pada masa ini.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya tidak suka apabila dipaksa oleh pensyarah untuk menyiapakan tugasan.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya gemarkan aktiviti luar dan lasak.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya patut dan akan buktikan pilihan yang saya buat adalah betul dan tepat pada sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Menunggu nombor giliran dipanggil semasa berurusan di kaunter bank adalah leceh.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Ketika kecil, saya lebih suka bermain bersama kawan-kawan berbanding adik-beradik.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Apabila berbicara dengan seseorang, saya berasa segan memandang tepat ke wajahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12) Saya malas berbaris di ATM untuk mengambil duit.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13) Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya tidak kisah, asalkan dia tidak mengganggu saya.

a. setuju
b. tidak setuju
c. tidak pasti

14) Idea saya tidak banyak, dan saya berasa sukar mengeluarkannya.

a. YA
b. TIDAK

15) Apabila peluang sudah muncul di depan mata, kita tidak perlu lagi berusaha.

a. Ya
b. Tidak
c. Kurang pasti

16) Mengambil risiko terhadap sesuatu keputusan adalah membimbangkan saya.

a. betul
b. agak betul
c. tidak betul

17) Dalam kerja secara berpasukan, saya lebih suka menjadi ahli yang membentangkan hasil kerja di hadapan.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18) Saya tidak suka meminta pertolongan dalam menyiapkan sesuatu walaupun ia menyusahkan saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

19) Saya berminat menjadi pengerusi untuk menubuhkan kelab lumba.

A. Ya
B. Tidak

20) Saya berminat menjadi mekanik.

A. Ya
B. Tidak

21) Saya suka menonton rancangan berunsur aksi dan kejar-mengejar.

A. Ya
B. Tidak

22) Saya tidak suka memandu dengan perlahan.

A. Ya
B. Tidak

Demikianlah beberapa contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 untuk kali ini. Korang cuba jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri.

Bagaimanpun, jika korang mahukan lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik yang dilengkapi skema jawapan padu dan nota-nota ringkas. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Atau pun,

Bagi korang yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Korang boleh baca penjelasan komprehensif dan panjang lebar atok mengenai ujian psikometrik SPA, (amaran : artikel ni amat panjang).

Rujukan & Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemandu Kenderaan H11

Rujukan di atas mengandungi 200 Contoh Soalan Psikometrik Pemandu Kenderaan H11 yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Atok da gtaw sebelum ni, tapi atok tekankan sekali lagi. Ujian psikometrik turut mengandungi soalan melibatkan logik akal dan pengiraan. Soalan berbentuk Matematik. Tidak selalu. Tapi kalau kena, mmg nasib la..

Tapi tok, confirm lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Atok x berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Entah2 tak sempat nak duduk psikometrik ni!

Rujukan ini hanya sekadar usaha. Iaitu usaha meningkatkan kemungkinan untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtula lebih kurang situasinya.

Tapi atok berani cakap, rujukan yang atok recommend ni adalah rujukan ujian psikometrik SPA terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Tapi tok, sempat ke pos buku ni?

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download. Korang akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan.

Jadi korang tak payah duk termenung di tepi pintu, tunggu orang hantar barang tak kunjung tiba.

Cara ni lebih cepat untuk korang mula study!

Tapi, kalau korang yg banyak sgt ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku. Tak pun, baca guna smartphone atau laptop sudah la.

Tapi tok..

Tapi tok, tapi tok. Korang ni banyak sangat tapi-tapi la. Nak ke taknak lepak mamak. Eh.. Nak ke taknak lulus psikometrik?

Kalau nak, kena usaha lebih sikit la. Dapatkan rujukan ni, baca nota-nota diberi dan buat latih tubi yang disediakan.

Jadi, demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 yang akan korang hadapi pada kali ni.

Namun, harus diingat. Contoh soalan ujian psikometrik Pemandu Kenderaan H11 yang atok bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian psikometrik!

Penutup

Korang dah bersedia untuk ujian psikometrik penolong pegawai pertahanan awam? Kalau belum, terus siapkan diri dengan contoh soalan psikometrik SPA Penolong Pegawai Pertahanan Awam KP29.

Bagi yang dipanggil untuk jawatan penolong pegawai penguatkuasa, tolong baca contoh soalan psikometrik SPA Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni. InsyaAllah sedikit sebanyak akan membantu.

Panggilan psikometrik penolong pegawai seni bina baru sahaja dikeluarkan SPA. Sudah bersedia? Kalau belum, baik usha sikit contoh soalan psikometrik SPA Penolong Pegawai Seni Bina JA29 ni. Memang baek punya!

Ini baru la penutup

OK, ni btl2 last. Selain tiga jawatan di atas, ada empat lagi ujian psikometrik yang sudah dan akan dijalankan. Atok senaraikan di bawah untuk kemudahan rujukan korang.

Korang jangan lupa baca pula, penat atok tulis tu.

Adieu dan ciao dulu dari atok. Gud luck semua!

Atok
Follow me

Leave a Comment

error: Content is protected !!